CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 24, 2014

Main MasakMasak : Salmon Grill with Lemon Sauce

Assalamualaikum.



Salam Isnin semuaaaaaa!

Sejak awallll awallll pregnant aku rajin gila ke dapur, lagi-lagi kalau aku nak makan benda tu, laju je aku buat. Semalam pepagi buta bangun tidur je terus rasa nak makan salmon. hiks :) Dah sihat sikit kannn, rajin pun datang lah :)

Sampai Ibu aku cakap macam tak mengandung je dia nih, larattt je ke dapur. iheeeee.. Alhamdulillah.

Sebelum membeli bahan-bahan, aku sempat tgk channel 703 (AFC). Sempat aku tengok chef Bruce Lim grill sayur-sayuran! Dan-dan aku nak! Oh, aku sekarang suka sangat tgk rancangan masakan. Mana yang aku sempat tangkap pakai mata, laju aku try. So semalam aku try cara Bruce Lim grill sayur!

Kalau bab membeli sayur aku memang hantu! Aku bukan penggemar terung sangat, tapi sebab tgk Bruce Lim grill terung, aku beli.

Cut it short....


















Disebabkan aku gila sayur, aku grill sayur dulu walaupun niat asal nak makan salmon. Haha. Resepi nak sedap grill sayur boleh cuba :

Olive oil
Garam
Lada hitam

Gaulkan sayur yang korang suka sampai sebati dengan bahan-bahan kat atas ni, pastu grill! Masa grill sayur-sayuran ni, bau diaaaa.. Ya Allah.. 


























Ini lah rupa paras sayur-sayuran aku yang telah di grill :)



Lepas tu baru aku grill salmon pulaks..


























Aku perapkan salmon dengan perahan limau sikittt, lada hitam, garam dan rosemary leaves. Lada hitam aku letak banyak lah jugak, sebab aku suka lada hitam.

Sambil tunggu salmon di grill kan, aku buat kuah dia. Kuah lemon sauce ni aku ambil dari google je. Bahan-bahan dia pun senang :



1/2 cawan butter
2 ulas bawang putih
Lada hitam
Garam
Lemon (tapi aku gantikan dengan limau nipis)

Panaskan butter, lepas tu masukkan bawang putih. Perahkan sikit lemon ikut citarasa masing-masing. Bau dah wangi masukkan lada hitam dan garam. Kalau nak masam lagi, perah lagi lemon tadi. Macam aku kurang suka masam-masam, aku aku perah sikit je.

Salmon dah masak, sila hias atas pinggan bersama-sama sayur-sayuran tadi. Lepas tu siram salmon dengan kuah lemon sauce tadi. 

Masa masak kuah lemon tu, aku rasa macam tak best je bau dia, sebab aku tak suka bawang putih :( Rasa macam fail je nih. Tapi dah masak kan, takkan nak cancel, tawakal jelah :)


























Rupanya sedapppppp gilerrrr :) Ikan rasa manis manis masin, ada aroma rosemary, kuah pulak masam-masam sikit.

Makan separuh ikan aku dah kenyang, pastu tak puas hati aku grill lagi sayur. Kali ni tambah ubi kentang pulak sebab nak try ubi kentang + rosemary :)


























Jadi lah macam ni.. Lebih sayur dari salmon. Hehehehehe.. Ni terus rasa nak grill lagi! Huhuhuhuhu.. Sabar ye, balik ni kita grill sampai lebam ye baby :)

Aku ni tak lah pandai masak, tapi kalau sekali masak tu boleh je sebenarnya. Tapi malas yang lebih. Padanlah muka. hiks!







Love,
Nursaila Norman!


20 comments:

Nur Inani said...

sedapnyaa ikan salmon :D

Balqis said...

sedap2..smlm dh masak menu ni..tp without lemon sauce :)
ganti ayaq asam je..
tekak kampung

sedapnye...mkn utk bby tau
tc

Miss Hidy said...

Sedapnyer...berkhasiat...berwarna warni..perfect!

Nursaila Norman said...

Balqis : agree! pasni nak siram dgn air asam tak pun kuah black pepper lak..xnak lemon2..saya x suka masam..hehehe

Puan Awin said...

sedapnya....tq ye share resepi, leh awin lak mencuba pasni...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak.. sheila teringin nak buat sendiri salmon grill ni.. terliur dah tengok entri ni. wahhh sayur pun grill.. perghh terangkat tekak ni saila. hehehe rajin awak. saya ni ikut mood kekadang ~~~

Nuriesya Nadia said...

Sedap nampak !! Bolehla try nanti. Hiksss. :D

misz sheyla said...

nampak sedap...suke gak tgok afc...asal nk try aje..bahan xde...terus mood kelaut..

cik hani said...

terbaikk..sedap nampaknya..macam kat kedai.. boleh try pasni

Fiza Rahman said...

Sedapnya.

Lyaa Suriany said...

YA ALLAH. meleleh air liur ni kak oiiiii

Norhazrina Abdul Hamid said...

amboi seapnyaaaa. terus rs nak beli salmon. hahhaha

Nurul said...

Hai...
Harap Saila & baby sihat2 yer... sedappnya tengok ikan salmon grill tu... siap ngan sayur-mayur kalerful lg... tertarik nak makan... ^__^

khadijah said...

Amboi sedapnye. Ala ala hotel 5 star gitu. Boleh try jugak ni

ayut said...

Bila rajin ye dtg....sedap ye xde tandingan..hihihi.lg2x klu tekak sndri yg mkn.mmg abis la...m

ezan said...

sedapnya! nampak so tempting kak, tapiii tekak kita tak boleh terima ikan salmon T_T selain salmon ikan apa lagi sesuai ek buat macam nie?

Mimi Azirah said...

Sedapnye salmon...x merasa nak mkn salmon nih...

MamaDaniel said...

oooooo...sedapnya....

Kesuma Angsana said...

hehehe one of my fevert ni sedap !

Akmar Ramli said...

Tak pernah pulak buat lemon sauce ni... baru tau..next time boleh la try..hehe...selamat berkenalan.. :) jemputlah ke blog..