CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 19, 2014

Klinik Kesihatan vs Klinik Swasta : Pregnancy Story

Assalamualaikum.


Just a simple story of me, yang orang lain dah lalui, yang aku baru nak lalui with exciting experience :) Setiap kali ada appointment check up, Suami yang super excited keep remind me 'yeay, minggu ni check up!' ' yeay, lusa check up!' 'yeay, esok check up!'. With a big smile! 

Aku kalau excited pun check up kat Klinik Swasta lah, sebab dapat jumpa baby :) Kalau check up dekat KK bukan tak best.. Bestttt. Tapi masa yang kita dah buang dekat situ, dengan info yang kita dapat tak berbaloi. Huhuhu. Bukan nak compare2. Tapi semua pun tahu kan?

For example, kalau dekat KS (klinik swasta) masa menunggu cuma 5-10 minit. Kalau aku sampai awal dari doctor, tunggu lah dalam 10-15 minit. Kalau aku sampai ngam-ngam dengan doctor, aku cuma perlu tunggu 5 minit. Suami akan pastikan kami sampai awal supaya kami adalah first patient. So doctor boleh layan aku dengan lebihhhh lama. Hehehe. Kalau KK pulak, so far aku tak pernah tunggu depan klinik sebelum klinik bukak. No point. Sampai lah awal macam mana pun, tetap kena tunggu nurse prepare apa yang patut, kan? Pukul 8am baru kitorang keluar dari rumah, sampai dekat KK 5-10 minit kemudian.  Orang dah ramai, so far aku tetap kena tunggu sejam (paling cepat). Jumpa nurse 10-15 minit itu pun tunggu diorang isi buku merah dua kali (sebab ada dua buku merah kan). Takde apa yang dikongsi meaning takde two way communication :(

Kalau ubat memang KK provide, macam sekarang ni nurse bagi Folic Acid, Vitamin B Complex, Iron Tablets, Vitamin C. So no need dari KS lagi lah kan. Nurse cakap makan ubat 2 jam lepas makan. Noted. Sebelum pregnant pun, kawan baik cakap dia selaaaaaaluuuu lupa makan ubat yang KK bagi sebab 2 jam lepas makan adalah masa dia tertidur. Selalu skip. Homaii aku dah la pemalas!

Skema lah aku makan ubat2 tu semua 2 jam lepas makan. End up dengan skip jugak! Sebab apa? Sebab tak sampai 2 jam aku dah lapar, aku dah makan. Tak main la makan biskut sekeping dua. Nak makan yang best-best je. Delay punya delay, selalu lah aku lupa nak makan ubat. Kadang-kadang tu skip sehari, skip dua hari :( Skema tak?

Bila check up dengan KS aku pun mengadu lah macam-macam (best part check up dengan KS boleh mengadu segala macam dengan penuh perasaan) ngeeeeee! Doctor cakap tak payah tunggu 2 jam pun, sebab aku pun bukan makan kenyang2 macam single dulu. Sekarang makan sikit dah kenyang, pastu lapar balik. So tak payah tunggu 2 jam. Agak-agak 40 minit or sejam macam tu, boleh dah makan ubat. 

Ya Allah, yeke? Skema and ngokngek nya aku. Haha. Lepas tu aku dapat minimum kan skip makan ubat. Alhamdulillah. 

Bab bloating and heartburn pun KK tak boleh nak tolong, sedih :( Nurse cuma cakap its normal for pregnant lady like me! Yeay, its like only me! Lepas tu aku selalu down sebab aku je yang bloating teruk ya rabbi. Even ayat nurse tu normal orang mengandung, tapi aku rasa macam aku je yang teruk. Serius teruk. Sampai aku nangis (tak keluar air mata pun, merengek je lebih) dekat Suami tak tahan la anginnnnnn. 

Honestly, masa aku bujang memang aku kuat angin dalam perut, tapi its like nothing for me sebab dah biasaaa (sambil buat muka kerek). Letak balm atau minyak panas kat perut settle. Tapi bila ada baby dalam perut ni takkan nak sapu minyak panas kot! Nak urut perut? No way. Lepas tu dia punya sensitif tak payah cakap la, makan sambal sikittttt je tak boleh. Makan benda masam sikitttttt tak boleh. 

Aku cuma boleh makan makanan omputih yang kat London tu je! Hahaha. Tak pun makanan cina dari China yang langsung tak kenal apa itu cili (itu pun kalau Halal lah).

Semua orang cakap 'esok anak kau mesti tak boleh makan pedas' 'esok baby mesti nak makan western je'. Waaahhh, baby, what say you? Kesian baby, bukan salah baby, salah Ibu lah. sobs!

Bila mengadu kat KS, doctor bagi ubat angin which safe untuk pregnant lady. Sampai tahap aku paksa muntah sebab angin menguasai perut (doc cakap), so tak bagus lah kan sampai tahap paksa muntah. Best lah kann bila dah muntah walaupun sakittttt gila masa muntah tu. Urghh! Doctor advice, bagi kata-kata semangat, bagi ubat yang sepatutnya untuk wanita mengandung macam aku, sobs.. So aku tak down lagi dah. Ngehngehngeh. Balik dengan senyuman dan kelegaan.

Migrain light-light pun malas nak tanya nurse KK. Bukan memperlekehkan diorang, tak. Huhuhuhu.. Tapi jawapan diorang kurang membantu atau memberangsangkan :( Jadi aku refer doctor KS. Doctor cakap simptom morning sickness ni macam-macam. Memandangkan masa bujang aku migrain seminggu sebelum period, ia agak normal asalkan aku masih okay (takde sampai tahap kritikal). Doctor cakap morning sickness ni start dari 6weeks sampai 16weeks. 

Aku lupa, aku baru masuk 15weeks. Daaaa.. Memula check up dulu doctor dah cakap tapi lupa. Hehehehe. Lepas doctor convince kan aku macam tu, terus migrain aku baik. Cisss. Aku rasa ni semua psikologi semata-mata. Bila dapat kata-kata semangat, advice dari doctor, kita rasa lega, tenang, acceptable, dan-dan tu okay. Huhuhuhuhu.

Tak dinafikan lah, KK pun ada kelebihan macam detect gula, kencing kotor, hb, darah cukup ke kurang, tapi kita tak boleh nak mengadu, bertanya lebih-lebih. Jawapan diorang simple sangat 'normal'. Morning sickness yang teruk sampai boleh memudaratkan kesihatan dan waktu bekerja pun ada ubat, aku pun baru tahu dari doctor KS aku tu. Takde sebab kita nak suffer dengan morning sickness doctor cakap. Tapi kalau KK mesti diorang cakap 'tu normal'. Huhuhuhuhuhuhuhuhu!!

Tapi dekat KK nurse-nurse semua baik lemah lembut.. Lama menunggu pun sejuk lah hati. Takde lah nurse moody ke apa ke. Orang cakap nurse KK suka marah-marah kalau ada yang tak kena, tapi so far okay lah.. Harap takde lah yang nak marah-marah kan. Macam aku, kena pergi Klinik Desa, so environment lain sikit dari KK. Tempat kecik, orang pun tak ramai, tak sesak, nurse pun cool je.

Korangs yang dah lalui benda ni mesti faham kan, walaupun tak best macam mana pun kita tetap kena pergi. Nurse KK jangan la salah faham pulak, nurse dengan doctor kan tak sama, that's why susah nak buat two way communication.. So aku okay lah dekat situ, sebab ada Dr Ezeta tempat rujukan segala kemusykilan. Kalau tak sempat nak ke KS aku refer babycenter dulu. Situ pun bagus banyak info dan tips :)

Bila dibaca-baca balik nampak macam aku sengaja nak buat comparison antara klinik kerajaan denga klinik swasta kan? Sebenarnya nak cakap pasal masa dan info je.. Hmmm, hakikat kan? Takpe kan?



























Sejuk kan mata dan hati dengan Turkey Breast + Chicken Slice! Urggghh.. All time favourite nih. Kalau boleh tiap hari nak makan ini. Sebelum pregnant bukan main gigih melantak ini konon makanan sihat. Roti, sayur-sayuran. Last-last time pregnant ni memang ini jelah makanan yang sesuai tanpa mengganggu perut :)

Bagus untuk ibu dan baby. hikhik :)





Love,
Nursaila Norman!


21 comments:

(●*∩_∩*●) said...

Betul la saila..bukan nak compare kan..tp mmg betul pun..yela kt mmg paham kerajaan punya layanan..tp why not setiap kali kt cerita masalah, please la jgn hanya bg jawapan "It's normal" elaborate ckit.. dlm 5-10 patah perkataan..stress rasanya..last2 endup dgn google aje menjawab persoalan dihati..ekeke :p

Mama Safiy Arfan said...

Psl angin tu mmg biasa bg ibu ngandung..dh rmi yg ngadu mcm tu kat grup...sy sndiri pon alami.mmg x selesa.tp ble perut dh masuk 7bln gtu bru ok ckit..sbr yer...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum saila. hehe standard answer. ahhaa pasrah je. sheila skrg dah 30weeks, check up 2 minggu sekali. jenuh gak nak pergi tgu 2 jam baru sampai giliran.. fuhh kuatkan semangatku. hihiiii.. sheila pula mengandung ni suka sangat makan nasi dengan lauk kampung padahal dulu liat nak makan nasi tau. ahha sehari sekali tu ok la. skrg ni kena cukupkan pagi, petang dan malam. hahahahaa berlemak badan ~~~

cik mah said...

Pnjng entry saila..terubat rindu nk baca..hehhe...aaa mmg kk mcm tu...tp kk cik mah g okay n bnyk info dpt n sngt membantu..bnyk juga dngr kk mcm2 hal...tp mmg swasta okay n best..cepat pun cepat..jimat bnyk masa kan...

Nursaila Norman said...

Sue : kannnn..bkn nk membanding2, tp itu lah..simple sgt dan kurang membantu..kalau yg kurang berkemampuan nak ke private, tak mudah nak access internet, kesian tau :(

Mama Safiy Arfan : tu la, tp saya punya kes lain kot..sbb seriously cannot tahan..huhu! sy bkn tahap x selesa, tapi terseksa hehehe. ada yg ckp lg byk bln lg teruk, cane tu..huhuhu

Sheila Salim : waalaikumsalam, saila cravingggggg lauk kampung yg pedas2, sambal belacan, masak lemak..ya allah! tp tak boleh, nnt sakit perut yg kronik..telan air liur jelah :(

khadijah said...

Kk pada dijah penat menunggu la. Tapi dija suke je gi kk. Dah tau lame nak tunggu walau datang pagi kan, tak nak berebut dija dtg la tgh ari. Masa tu mmg jap je tunggu. Mule2 dgr org cite misi cam horror gile. Tapi tempat dija baik je. Bile berat naik banyak masa raya dia pun cakap tak pe raya makan banyak kan. Doktor pun baik2 je. Diaorang kalau tanye je semue jawab. Pada dijah kan sebenarnye tak semue kk tak bagus dan tak semue ks tu bagus. Ks tempat dija pun kalo pergi kene tunggu 2 jam lebih. Oh mmg tak la haha

cik hani said...

Saila.

Sabar menunggu nanti dapat anak yang penyabar.. eh eh.. yeke.. hihihi.

cik ems said...

hehe comel je ibu mengandung ni bebel2.
take care tau! :)

Balqis said...

hai ibu to be :)

betul tu..sy pun suke p private... :P
p KKIA ni mmg tgu lama..lagi2 if de bby..mmg kasi chance kt ibu yg de bby dulu..tu xpe lg..sy pnh tgu 3jam..tp masuk jmp nurse 10minit je...
moreover..pnh silap mkn ubt sbb nurse ckp mkn 2bj iron utk naikkn hb tp pharmacist ckp mkn 4biji acid folic...hambikkk..rupenye allergic to acid folic..overdosed..trs iv hydrocots kt private.. bab scan xyh ckp la..hahaha....mcm2 ragam...bile request doc pompuan..nurse ok..smp kt doc tu..die xmo..alasan byk patient..hahaha..mcm2...
belum kes p tumpang KKIA sbb nk mintak ubat..kena sembur dgnM16 :P


tp enjoy je moment pregnant ni tau..seronok... :)

Petak Bunga said...

beza pling besar..free nga berbayar..huhu.

Nursaila Norman said...

Balqis : halamakk..pening nya..hehehe! itu lah..walau mcm mana pun kena layan dan nikmati je semuanya :) tp kalau bab salah advice ubat tu ngeri nyaaa.. tumpang KK pun kena sembur ke? pitam..huhuhuhu

Lyaa Suriany said...

kite tak boleh nak compared sbb mmg p klinik swasta je since first check up. mr razman mls nk menunggu lama punya psl. sanggup byr mhl . tp tu laa. keje rase nak scannnn je manjang.haha


bab heartbun tu, kite dulu masa first 3 month. memang trk. muntah keluar air masam. hish. kalau boleh xmo rase dah. skrg ni bila msk 3rd trimester kdg2 kena jugak bila terlambat mkn. pujuk hati sendiri. mengadu domba kat suami. itu je yg boleh buat. so kena make sure kan ade mknn je kalau rase cm dah start lapar tu.

Shizan Syafik said...

Senenar kdg2 dorg xde stok ubt.. Huhu.. Sbb pernah trkna.. Tp mmndangkn klinik swasta jauhhhhh sgt.. Redha je..

Muhammad Taufiq said...

Singgah sini :)

Jemput akak singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

AyongAtikah Zaid said...

bab mkn western tu kita gang!! ayong 1st n 2nd tri masa selera x bape nak ade tu mmg hadap western food jela..lynkn jela tekak...nasi mmg jeling pn x mampu..haha..selalu ckp kat baby, nasib baik la ummi n papa ni kaya nak...blh la melayan...kaya la sgt!! berangan jela...hahaha...

Siti(zoey) said...

lama x blogwalking..naahhh mai2 dgr berita gembira ni.tahniah ya :'D

Nuriesya Nadia said...

Too much info. Sangat berguna untuk orang yang belum kawen macam kita. Untuk kegunaan masa akan datang. Gitu !

Yang last tuuuuu , gambarrr tuuuu. Nape over ! Laparrrrr. Y__Y

Kesuma Angsana said...

take care & jaga diri yer..

athirah said...

BETUL SGT... DULU IGT NK CHECKUP KK JE N NAK STOP SWASTA TAPI SEBAB PERBEZAAN CAMNI LA YANG SINCE PRGNANT SMPI NK MSUK 7BLN STILL CHECKUP DEKAT BOTH.. ADA PRO N CON.. X BERANI NK CHECKUP KK SAJA...

misz sheyla said...

kite pun kena gak heartburn ni..tapi x teruk... masuk 4 bulan baru ok...memang cek kat swasta seronok sikit..tanya la pape pun doktor jawab..kalau dok kerajaan payah sikit nk layan..yela ramai lagi yg die nak kena cek

ayut said...

Seronok ye...!! Haha blh gitu?? Adehhh..ap pon krjaan tpksa mcm tu sbb patient rmai..sbb tu ad swasta utk mmbntu ;) Positif jela ye mkna ye gini.hahaha