CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 20, 2014

Menabung @ Menyimpan cara Nursaila Norman

Assalamualaikum.


Entry macam good-good je kan? Macam master in financial, macam financial consultant. Macam..

Dah lama tak share benda baik, tak salah kot kalau nak share sikit kan? Kalau sudi teruskan lah membaca, kalau tak sudi close sahaja. Benda ni dah lama aku nak share, konon untuk kebaikan bersama, mana lah tau kot-kot ada yang macam aku, nak buat cili jeruk pun rasa nak google je. Haha!

Tapi sebelum tu, entry ni mungkin panjang.. Hati-hati ya.

Masing-masing ada cara tersendiri dalam menabung kan? Cuma cara aku ni aku amalkan masa aku belajar dekat U dulu. Al-maklumlah, itu lah kali pertama aku jauhhhh dari family, keluar dari KL, kena lah pandai-pandai nak hidup. Mak bapak pulak bukan Dato' Datin. Boleh mintak duit kat diorang suka hati. Sesen pun aku tak pernah mintak duit diorang. Tak ganas lah mintak duit family, aku ganas kena lah tunjuk ganas dalam hati.

Aku dapat idea masa dekat U sebab duit belanja aku every month banyak habis ke makan dan shopping! Memang meriah hidup aku masa kat U dulu. Makan, shopping, makan, shopping. Tak sampai hujung bulan duit dah nyawa-nyawa ikan. Tak boleh jadi nih! Aku tolak shopping. Beli yang perlu je. Tapi tak kuat mana pun. Nampak t-shirt Siam, aku cair hati. Nampak skirt Siam aku lemah lutut.

Akhirnya aku buat macam ni..

Duit PTPTN yang kita dapat kan lump sum untuk satu semester. Aku bahagi jumlah PTPTN tu kepada 5 bulan (tempoh belajar satu semester). Aku guna lah jumlah tu untuk perbelanjaan selama sebulan. Saving macam mana? Aku pun buat saving, supaya bila hujung bulan ada lah duit terselit-selit. 

Setiap hari aku ambil rm1 dari dalam purse pastu masuk dalam purse lain yang tak dipakai. Sorok dalam laci meja study. Kalau 30 hari kan dah ada rm30. Selalunya aku buat-buat tak tau je.. Kadang-kadang tu sampai 2 bulan baru intai-intai saving aku tu..

Dah keja pulak aku akan asingkan duit saving sebanyak yang boleh. Kalau aku terpaksa ambil pun, tak kisah lah sebab dah saving lebih-lebih kan. Contoh nak simpan rm150 sepatutnya. Tapi dalam tangan ada rm300, simpan terus rm300 tu. Kalau ambil rm50 atau rm100 pun masih saving rm200 kan?

Zaman bujang dengan dah kawen lain.. Zaman bujang lepas tolak sana sini, aku saving dalam ASB terus berapa yang tinggal supaya aku takde lah nak cucuk ATM ke, swap debit card ke kannnn.. ASB jelah bagi aku selamat, takde mesin ATM, takde card. Haha.

Tapi bila dah kawen ni cara saving aku dah jadi lain sikit.. Honestly orang lelaki punya saving lain, macam cincai-cincai sikit. So aku ajak Suami ikut cara aku saving. Hikhik!

Cara saving kami ada dua jenis.. Satu yang memang untuk perkara yang pasti/wajib, satu lagi saving suka-suka. Aku share saving untuk perkara yang pasti dulu eh..

Perkara pasti/wajib : Dulu masa bujang kami takde kereta, yang jadi isu pasal kereta ialah insurans dengan road tax. Zaman takde kereta aku selalu dengar kawan-kawan mengeluh nak bayar insurans dengan road tax (irt lah senang), sebab sekali nak keluarkan duit tu bukan rm40.90 kannnn? Lagi-lagi untuk tahun pertama, so aku dah plan siap-siap dengan Suami, duit irt kena simpan secara sistematik.

Total irt untuk tahun pertama rmA. Bahagikan dengan 12 bulan. Jumlah tu lah saving setiap bulan. Sampai masa, bila nak bayar irt langsung tak terasa! Cara ni pun aku dapat masa jadi student.


contoh. rajin pulak aku nak meng'edit' !


Tak terasa kan bila nak bayar irt? Macam aku irt bulan November, time-time macam tu selalunya mood bonus lah apa lah kan, tapi saving tetap saving. Duit bonus ke duit durian runtuh ke takyah la guna untuk irt. Kan best? Wink! Wink!

Itu untuk irt, untuk hal-hal lain pun sama. Macam nak ada baby nie, sebelum aku decide untuk pregnant kami saving secara sistematik jugak. Anggaran berapa untuk persiapan baby, kami simpan secara kasar. Alhamdulillah, boleh membeli barang baby sikit-sikit ikut keperluan sejak awal kehamilan. Ada lagi 3/4 bulan lagi untuk saving. Still menyimpan walaupun checklist hampir lengkap, duit tu nanti saving je kot-kot ada perkara lain yang menanti. Yelah, tiap kali nak membeli barang baby tunggu hujung bulan guna duit gaji rasa macam terasaaaa sangat. Pulak tu membeli masa baby 7 bulan dalam perut, homaiiiii.. Aku tak larat nak memilih memilah, Suami pun tak larat jugak lah nak tengok duit keluar sekali harung beratus-ratus.

Setakat aku bershopping barang baby ni, sekali beli (yang penting-penting yaaaaaa) selamat rm150 macam tu. Set tilam kekabu yang aku beli pun selamat rm240 sekali bayar. Kalau semua nak tunggu gaji, nak tunggu 7 bulan.. Menitis air mata. Hukhuk! Lain lah berjawatan hebat, gaji pun lebat :(

Macam tu lah cara kami saving untuk perkara yang pasti/wajib. Hal-hal lain takyah lah aku share ye. Termasuk simpanan hari tua tau. Jangan lupa tu walaupun dah ada KWSP. Simpanan untuk terdesak pun kena ada tau. Tetiba tayar dah botak, mesin basuh rosak, blablabla.. Terdesak tu. sobs!

Cara saving kedua, untuk suka-suka supaya duit takde lah habis, lesap, lenyap macam tuuuu je, at least kita nampak jugak lah walaupun sikit.. Aku akan simpan macam budak-budak.

Aku akan simpan macam budak-budak sama ada :

1. Aku sukaaaaaa sangat dengan duit tu; ATAU
2. Aku tak sukaaaa dengan duit tu

Aku suka duit 50sen yang lama tu.. Yang besar gedabak tu, yang berat tu.. Sedar tak sedar baru-baru ni aku kira, saje-sajeeeee nak kira duit syiling.. Suka-suka.. Ingatkan ada la rm40 rm50. Rupanya lagi rm6 cukup rm100! Sape nak bagi aku rm100? Please la.. rm100 lesap seminit boleh aku usahakan.. Tapi dalam diam boleh ada rm100 adalah mengujakan aku kotttt. Tanya pendapat Suami nak buat cane dengan duit syiling ni supaya maintain sebagai saving budak-budak.. Kami sepakat simpan dalam ASB. Once again, ASB takde ATM takde card. Haha!

Kedua aku tak suka duit rm1 yang baru. Yang licin tu.. Sangat tak suka. Dari tak suka macam tu je, baik kita buat sesuatu. Setiap hari aku simpan rm1 dalam laci ofis. Tapi baru mula lah. Hehehehehe..

Dalam diam akan ada lah jugak duit sesat-sesat.. rm100 rm200 pun jadi lah kan? Duit yang kita campak-campak. Tak ke seronok? Tu belum kira duit yang kita simpan bersungguh-sungguh tu kan? Pelbagai kan simpanan selagi boleh.. Banyak kebaikan. Takde kerugian pun.

Aku dari kecik memang dah terbiasa menyimpan, duit syiling lah kan kalau zaman budak-budak dulu. Amalan tu insyaallah aku akan ajar anak-anak pulak. Belikan diorang tabung comel-comel ke, ikut kesukaan diorang ke, pastu ajar diorang menyimpan 20sen sehari. 

Mind to share cara korang menyimpan pulak tak? Hari tu aku ada terjumpa satu cara menyimpan.. Hari pertama rm1. Hari kedua rm2. Hari ketiga rm3.... Hari ke-28 rm28. Tapi aku tak mampu pulak nak saving macam tu bila dah masuk hari ke-20 ke atas tu kannnn.. Hikhik!

Sudi-sudi lah kongsi ye!






Love,
Nursaila Norman!



12 comments:

Unknown said...

duit gaji tu kite buat potongan gaji terus ke ASB terus...sng..sbb kalau x buat mcm tu duit kompem abis..xtau buat ape..

Kuazue Mohamad said...

kita, kita simpan semua duit syiling dlm tabung khas bila tiap kali balik beli brg dapur.. sbb kita WAHM.. so jom jenguk blog cik azue. apa cik azue buat bila dah jadi WAHM

hajar hazizi said...

mak saya lak, simpan duit 5 ringgit yg hijau baru tu..jarang nak dapat kan change duit 5rgt..asal dapat simpan...ade sekali tu mak sy saja kira, masa tu ade la dlm sebulan lebih, ade dekat 500..dia pun terkejut...tapi simpan duit 5rgt ni mmg kawan saya ajar, dia melabur untk emas...

Shafizah Man said...

Hehe..best la baca tips sis ni. Fiza plak masi blajar, dgn guna cara yg sama juga bahagikan kpd 5 bulan. Menahan diri dr membeli sesuka hati. Pastu, bila dpt duit syiling..trus masukkn kt tabung atas peti sejuk tu. Skrang kira2 dah nak jd rm150. :)

InaYusoff said...

cara kita senang je saila..

everytime masok rumah..laki bini kene masokkan sorang singgit dalam tabung...wajib!..


kadang2 masokkan banyak terus..
kadang2 terlupe jugek..

:p

Han Hanni said...

yang bab simpan duit dalam purse lain tu ada sikit sama dengan saya laa

Ann said...

cara kite lbh krng..

duit syiling terutamanye mmg hjng hari duit syiling yg ade dlm wallet, yg terjmp ms kemas2 ke msk dlm tabung..

duit utk saving..mmg kene displinkan diri simpan sekian amount wlpn kita rasa mcm ssh tp percayalah bila time memerlukan, duit itu juga yg kita cari...

ssh-ssh dulu..

Mar Mansor said...

nice tips..
tabiat menabung kena pupuk dari kecil..tabung ada byk kat umah..siap ada tag kat tabung tu..utk apa..hahaha..
tp tiap kali gumbira ada saving lebih sket..sure ada hal y memerlukan utk duit tu (tolong kena ikhlas kan)..

PetakBunga said...

duit syiling memang jarang guna..
sikit lg nak penuh tin biskut kita..

saila dh kerja balik ek?

Anonymous said...

Sy masukkn investment ASB sbg satu bil wajib tiap bln. Syiling mmg simpan.. anyway, nice tips..

R.R.Z said...

haaa..kita masih kekalkan simpan duit tersorok2..kdg2 terlupa.bila kemas2, ehh..ada rm100 kat situ..ehh ade rm50 di sini..merata2 dalam rumah (so far husband tak tau)..then syiling 50sen berat tu mmg kita simpan..dlm kotak kasut vincci.hihihi (campur2 ngn 20sen,10sen n 5sen)..banyak juga..okay la kan. Dlm asb pon ada, tolak gaji je la..

meytimy said...

Best tips ni