CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 2, 2012

Teaser : Baju Kahwen Saya

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


















Maybe mood tertinggal kat rumah jadi hari ni sangat bermalas-malasan di pejabat. Mati la kalau En Boss tau. Msti dia ingat aku gigih buat kerja. Padahal ber'email' dengan En Gaban pasal baju kawen aku. Ceh! Ber'email'? Yup. Dipejabat adalah dilarang ber'YM'. Kejam kan diorg? Kalau boleh ber'YM' pasti aku lah pekerja paling hampeh sekali. kehkehkeh.

Disebabkan Cik Munnafendy tanya apakah bunga 3D yang aku buat, dan aku pulak boleh tak tau nama bunga ni apa.. Jadi aku gigih memujuk rayu En Gaban supaya meng'email' picha baju kawen yang ada bunga 3D ni. Nasib baik En Gaban tak busy. Boleh la dia melayan kerenah aku. Kan boboi kan? Hikhik!

So inilah bunga yang aku buat sebagai pengganti bunga poodle. Memula nak buat bunga poodle lepas tengok beberapa tutorial. Tapi ntah apasal.. Tak menjadi langsung. Tapi still nekad nak letak bunga timbul dekat baju resepsi aku. Lastly aku belasah je bunga ni. Buat, siap, terus attach kat baju. Actually bunga timbul tu tak sama warna pun dengan lace aku. Dalam picha ni nampak mcm sama eh? Sebenarnya tak. Memang sengaja pilih warna lari sikit dari lace. Idea? Dari ayah aku. Lace warna tiffany blue, bunga timbul warna aqua.

First impression bila aku cakap warna baju adalah warna coffee latte nak di lace kan dengan tiffany blue semua orang buat dahi berkerut. Sedih pun ada. Tapi tak pedulik. Jenis degil kan. Tetap nak match kan jugak. Akhirnya jadi la macam gambar di atas.

Aku rasa wedding aku dah jadi tempat aku ber'eksperimentasi'. Buat apa yang ada dalam kepala aku lepas tu mintak pandangan ayah aku. So bila aku rasa macam dah boleh pergi dengan eksperimen aku, tak salah rasanya aku post kan? kan? Ke salah eh? Ala, lagi 6 bulan je pun.. Sharing is caring. I am okay kalau orang cakap 'tak suprise la u olls'. Aku bukan artis nak bajet 'suprise!! lihatlah baju aku, glamor tak? glamor kannnn?'. Aku cuma orang biasa yang punya sikap tak sabar, nak cepat, banyak kerenah. Kesian En Gaban. Awak tabah kan dengan saya? Huhuhuhu!

Oh ya, baru 40% - 45% siap. Jauh lagi perjalanan.

thanks korang!



Love,
Tata!



7 comments:

Saya Disini said...

cntik2

LiNda said...

macam sgt gojes je dear..x sbar nk tgok awk pakai bju tu..:)

Munnafendy said...

haaa bunga ni la yg sy buat tak jadi tu! adooii geramnyee...jenuh la bakar2 keliling tu dia xnak kerepot..lurus je mcm xkena api..smp hangit bau pun xnak gak kerepot..awak pakai kain ape ni? material kain?

zOeY zAu YaH said...

cantiknya..

Cik Saila said...

Saya Disini : yeke? tenkiu :)

Linda : sgt gojes ke? tak kot..biasa2 je tu.. huhuhuhu!

Cik Saila said...

Munnafendy : la yeke..sian awak..saya guna kain chiffon je..chiffon murah je rm5 semeter..

LiNda said...

cantikla saila..x sbr nk tgok full baju nnti..:)