CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 3, 2012

saya VS dia

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Morning!


Sejak kebelakangan ni entry aku asyik cerita pasal wedding je kan. Padahal bukan nya ada apa yang best pun. Apa kata kita tukar cerita lain pulak.. Dulu masa awal-awal buat blog banyak gila cerita pasal En Gaban. Blog ni kira tempat nak usik-usik dia semata-mata. Tapi lama-lama aku risau pulak nanti orang muntah baca cerita pasal baby boy aku tu. Macam la kau sorang je ada boyafren. Nyampah kan. Tapi kali ni terdetik (gila poyo) nak tulis pasal kami. Maaf ya kalau ada yang tak/kurang suka.

Aku berlawanan dengan dia.


Saya cepat marah. Dia susah marah.

Saya laju-laju, kelam kabut. Dia slow, relax, cool.

Saya merajuk lama. Dia tak merajuk. (kalau merajuk pun tak sampai 30minit)

Saya suka cakap laju-laju. Dia suka cakap slow-slow.

Saya pemboros. Dia pandai jaga duit.

Saya tak sabar. Dia sangat penyabar.

Saya suka lap tangan dekat baju. Dia tak. (dia marah gilaaaaa)

Saya membeli tanpa berfikir. Dia sepuluh kali fikir sebelum beli.

Saya sensitif. Dia tak. (of course la kan..tak jejantan la kalau cepat sentap)


Part dia penyabar dan susah marah tu yang buat aku selalu rasa bersalah. Bukan la dia tak pernah marah lansung. Tapi jarang la dia boleh buat aku takut. kehkehkeh. Teruk tak? Kadang-kadang je dia marah betul-betul tapi itu kejap je. Aku adore gila dengan sikap dia tu. Selalu gak aku fikir, apa yang buat dia cepat gila buang perasaan marah dia tu eh.

Macam malam tadi.. Aku pun tak tahu apa yang buat aku sensitif sangat. Cepat sangat berubah mood. Tak boleh la terabai sikit. Tak boleh la terbiar sikit. Mula la mengada nak moody. Haihh. Kesian dekat dia la. Blur tak tau apa-apa tetiba aku buat endah tak endah je. Selalunya aku tak suka dipujuk. Aku cuma nak di tanya 'awak merajuk sbb saya eh?'. Okay, mengada tak? Tapi takde la susah sangat kan? Ke susah eh? Huhuhu.

Malam tadi aku buat perangai sampai sudah. Dah nak tido baru rasa bersalah gila. Call lepas tu minta maaf. Pagi ni aku mengada-ngada mintak dia hantar aku ke tempat ambil bas kementerian. Malas nak ambil depan rumah. Dia okay sangat. Senyum-senyum, happy gila hantar aku walaupun masih pagi buta.

Sampai kat pejabat aku still rasa bersalah sebab buat perangai malam tadi. Bila aku minta maaf kali kedua baru aku tau dia berkecil hati. Tapi dia okay je. Dia happy je. Macam tak ambil hati pun. Tapi rupa-rupanya dia kisah. Dia berkecil hati. Dan mungkin dia marah sikit. Tapi dia tak tunjuk pun. Dia tak bagitahu pun. Kejamnya aku. Dia selalu sabar dengan kerenah aku. Dia susah nak marah aku. Tapi aku? Haihhh. Mengada betul. Awak, kenapa sembunyikan perasaan itu?

Chop! Takde niat nak kecoh-kecoh kat sini pasal sikap dia. Tapi nak bandingkan diri aku ni yang serba serbi mengada-ngada. Patutnya aku tak ikutkan sangat perangai mengada-ngada tu. Tapi still suka nak ikut. Patutnya aku kena lebih bersabar. Tapi still suka nak marah-marah, nak cepat-cepat. Nasib lah dapat yang slow. Hikhik. Kalau dapat yang berhangin jugak.. Baru padan muka. Lima tahun okay dia bersabar. Lamanya. Kalau aku mesti dah lama tak sabar.

Tabahnya awak melayan kerenah saya. Tetiba rasa macam bersalah gila-gila. sobsobsob!



p/s : lagu 150 juta oleh fynn jamal sangat ngam dengan aku.



thanks korang!



Love,
Tata!



5 comments:

Muhamad Azam said...

OHOI!!! Singgah melawat BLOGGER PEMES

LiNda said...

hehe..lelaki memang mcm tu kan. Tp sy cool, raja plak yg kelam kabut ckit. Dan yg penting memang lelaki penyabar, sbb sy pon jnis banyak songeh, selalu ade je tak kene...ALhamdulillah le kite ni dpt lelaki yg penyabar..:)

Cikpuan rara said...

kite ni mmg pompuan yg cm tu kot.nasib lah dpt suami or bf penyabar kan.hehehe

CIK MAY said...

jgn sia2kan mereka yg menyayangi kite...sbb susah nak dpt org penyabar...mcm suami saye jugak!hehe..mulut ckp takpe,ok..dlm hati siape la tau kan..kdg2 kite kene duduk sendiri dan muhasabah diri sendiri...cewah..pndai bagi nasihat.pdhal 2X5 je dgn saila..kakakakaaa..

Cik Saila said...

kita semua beruntung dpt bakal suami, suami yg penyabar.. huhuhu.. hargai sebelum terlambat ya :))