CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 25, 2012

Buat bajet sebelum berbelanja :)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Macam lama sangat je tak update. Yeke?

Waktu lunch tadi pergi tapak Himpunan Jutaan Belia. Penat. Nafsu. Haus. Nyaris-nyaris nak beli blouse dua helai. Ceh! Sikit lagi nak beli tapi tiba-tiba terus blah dari booth tersebut. Fuh. Nasib baik. Kalau tak lesap rm100. Ntah, sejak nak dekat kawen ni, sejak dah ada 'rumah kita' ni, rasa sayang pulak nak menggila shopping macam dulu. Asal nampak baju terus beli. Asal nampak kasut terus beli. Serius macam gila.

Nasib baik syaitan tak hasut aku teruk-teruk tadi. Huhuhuhu.

Cakap pasal duit aku yakin, banyak macam mana pun kita still rasa tak cukup. Ke korang semua memang cukup. Aku je tak cukup-cukup? Huhuhuhu.

Sejak dari zaman U aku dah didik diri aku supaya follow budget. Sebelum nak pegang duit belanja bulanan, aku dah tulis siap-siap (peruntukan). Duit top-up kredit henfon, duit toiletries, duit makan, duit shopping, etc. Tapi, bab makan aku sampai sekarang fail. Tak pernah on track. Makan banyak. Cis. Sampai satu tahap aku buat keputusan sehari rm10. Lepas tu aku pastikan tiap kali aku pergi cafe aku bawak duit rm10 je. Kalau terlebih belanja pada waktu siang, malam tu pandai2 la guna balance yang ada. Kalau tak buat macam tu, rm20 sehari pun boleh. Ngalahkan raksaksa.

Sampai la sekarang. Kalau aku tak tulis bajet sebelum keluarkan duit gaji, konfem! Habis dalam masa sehari. Aku ada buku kecik, buku catatan peruntukan. Sebelum keluarkan gaji aku akan tulis satu-satu. Contoh :

1.   Ibu - Rm***
2.   Ayah - Rm***
3.   Bus - Rm***
4.   Makan - Rm***
5.   Topup - Rm***
6.   Beauty - Rm***
7.   Collagen - Rm***
8.   Contact Lens - Rm***
9.   Air Contact Lens - Rm***
10. Toiletries - Rm***
11. Simpanan - Rm***
12. Weekend - Rm***
13. Shopping - Rm***

Lepas dah tulis, baru aku keluarkan duit. Lepas tu asingkan dalam sampul surat yang aku dah rename. Contoh : 'Contact Lens, Beauty, Collagen'. Duit ketiga-tiga benda tu aku masukkan dalam sampul berkenaan. Bila nak beli baru aku keluarkan duit dari sampul tu. Toiletries bukan tiap2 bulan kena beli. Dah kalau pakai sorang, susah nak habis dalam tempoh sebulan. Selalunya dua bulan sekali baru beli. Gilir-gilir la. Contact lens pulak aku pakai yang 3 bulan satu kotak, Rm60. So sebulan jatuh Rm20. Cukup 3 bulan, cukup la Rm60, baru pergi beli.

Simpanan adalah mandatori. Aku tak simpan duit simpanan dalam bank. Nanti aku ambil semasa di shopping complex yang punya la banyak mesin ATM. Bila dah asingkan duit simpanan, jangan ambil. Abaikan. Part ni kena kuat. Selalunya simpanan ni ada matlamat. So remind diri kita dengan matlamat yang nak dicapai. Bila nak guna untuk nafsu syaitan je, ingat balik matlamat simpanan kita. Huhuhu!
Semalam aku dengan En Gaban buat pengiraan/peruntukan selepas kawen. Berapa bil bulanan, berapa duit barang dapur, berapa bayaran installment, berapa kos tersembunyi, dan berapa untuk simpan, etc. So far numbering nampak okay. Ia akan jadi tak okay bila kita lost. Apa yang kami jumpa ialah, hidup berdua (lepas kawen) lebih jimat dari hidup sekarang. Pertama sekali of course bab makan. Sebab kami suka melepak, kami suka lapar. Hehehehe. Makan harus dekat luar tanpa hala tuju. Lapar je singgah mana-mana, makan. Nanti dah kawen dah boleh makan serumah, dah boleh masak, jimat, bersih, sihat. Sihat ke? Hohoho!

Kitorang saling mengingati antara satu sama lain, duit banyak nak pakai untuk kawen. Tapi aku sentiasa pastikan majlis kawen aku tak over budget. Still on track. Tak perlu membazir, tak perlu mengarut2. Just majlis kecil yang mengumpulkan semua ahli-ahli jiwa makan sambil berseronok. Lepas majlis kawen settle kami nak fokus dekat simpanan tetap untuk hari tua, waktu sakit, unexpected cost, bakal baby and so on.

Benda paling penting aku remind diri sendiri dan juga En Gaban ialah hidup cara kita, bukan cara dunia. Kalau ikut rentak dunia, ikut zaman memang tak cukup, tak puas. Tapi ikut cara kita, poket kita. Paling penting simpanan. Elakkan pinjaman melampau-lampau. Sebelum beli/buat pinjaman, kira dari A sampai Z. Berapa kita rugi, berapa kita untung. Buat perbandingan dari banyak sudut. Pilih pengiraan yang kita rasa sesuai dengan poket kita. Tak boleh cara A, kita cari cari B. Jangan harap dengan bank semata-mata. Kad kredit aku memang tolak awal-awal. Biarlah orang cakap aku mampu ke, layak ke, apa ke.. Yang penting aku beli dengan duit dari dalam purse, aku taknak beli duit dari dalam bank.

Cakap pasal sampul, nampak macam kolot kan? Tapi dengan cara tu aku selesa. Aku lebih confident duit aku teratur. Huhuhuhu.

Entry ni reminder untuk diri sendiri. Banyak kali jugak tersasar dari peruntukan. Tapi kena perbaiki.

Maaf, entry panjang mengurai pulak. Chill ya :)






thanks korang!


Love,
Tata!


7 comments:

Anonymous said...

kenapa nama aku tak ada dalam list perbelanjaan kau eh? O.o huhuh... :)

Liza Razak said...

saya patut contohi awak part simpan duit ni..selalu mesti kantoi di tengah jalan..hehe

Rosmawati Yusof said...

Wah.. tahniah, sentiasa beringat terutama tent. duit ni, kan. Klw tak, mcm air terjun dia kuar.. he, he..

Nursaila Norman said...

Leha : sbb ko byk dh ada duit sdiri..cisss

Liza : huhuhu.. saya pn selalu terbabas gak kdg2.. huhuhu

Nursaila Norman said...

Kak kim : duit mmg mcm air.. huhuhu!

MAY said...

luv ur entry..hihi..duit mmg macam air..tapi betul pe yg saila ckp tu..setuju..may pun suke seperate duit...

simpanan plg safety, ASB la..takde mesin ATM..simpan dlm tu memang berbaloi2...dividen tinggi...ASB may mmg tak kcu..ari tu nak kawen je kacau..sbb mase kawen mmg tak kacau duit mak dan abah.. ;)

LiNda said...

bagus2, memang penting wat list ni. Cara saila same macam cara linda, wat list n simpan dalam envelope. Memang mule2 buat susah gak.Hihi..kite pun kuat makan, tp linda gemok, saila kurus je