Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua
Mood bekerja sangat ke laut. Nun jauh ke tengah laut. Malas nak kejar. Biar jelah. Tunggu En Boss marah baru buat kerja. Maaf ya En Boss. Cuti sekolah la.. Banyak kenduri kawen pulak tu. Apa kena mengena? Hikhikhik!
Tetiba nak kongsi dengan anda semua beberapa perkara tentang majlis nikah aku. Wink! Wink!
Ingat tak dengan tukang jahit baju resepsi aku? Dia jugak tukang jahit untuk baju nikah aku. Lepas bereksperimen dengan baju resepsi (ambil risiko gila) aku tersangat berpuas hati. Untuk baju nikah aku tak tau nak buat design apa. Disebabkan aku suka sangat dengan cutting baju kurung moden untuk majlis resepsi tu, aku malas nak fikir lama-lama, aku terus on dengan design yang sama. Lantak lah. Cuma part kain je aku ubah sikit.
Kain untuk baju resepsi aku mintak akak tu buatkan style payung/kedut. Ntah mana satu ntah. Untuk baju nikah pulak mintak akak tu buat kain style meleret. Meleret la sangattttt..
sebelah kiri : kain payung/kedut
sebelah kanan : kain meleret
O.o
Baju tetap sama, baju kurung moden sahaja. Cuma baju nikah akak tu buat longgar sebab ibu aku bising. Huhuhuhu! Lengan dekat baju nikah ada kedut-kedut sikit dekat bahu. Part kedut-kedut dekat bahu tu akak tu yang create sendiri. Aku tak suruh pun. Tapi aku suka. Pandai akak tu kan.. Okay, i noe, simple. Takde perbezaan sangat. Lantak lah.
Sekarang tengah berusaha paksa diri supaya rajin mem'beads' baju resepsi dan baju nikah. Malasnya. Eh, rajin. Rajin. Cakap 44x cepat. Rajin, rajin, rajin, rajin, rajin, rajin.... ZzzZzzZz!!
yang ni veil nikah :)
lagi sikit nak siap. lambat gila nak siap. tak habis-habis 'lagi sikit' T____T
sambungan dari SINI
Kain untuk veil adalah sama dengan kain baju nikah. Nak selamat. Nanti ketara pulak warna berbeza.
So far itu sahaja preparation yang in progress. Lain-lain baru nak mula, terbengkalai dan macam-macam lagi. Sedihnya perangai. Harap-harap semuanya okay. Dah la jenis try and error. Eksperimen macam dalam makmal. Suka hati je.
Aku buat semua ni sebab nak jimat kos dan nak hasilkan guna tangan sendiri. For sure semuanya tak se'grand' wedding orang lain, sebab seriously wedding aku tersangatlah simple. Huhuhu. Takpe lah, janji aku kawen dengan lelaki yang aku cintai dan aku sayangi. Weyyyk! Maaf. Jangan muntah ;)
Malam ni nak sambung segala benda yang terbengkalai. Kalau ikutkan mood aku nak sambung buat bunga chiffon. Gatal. Boleh lak main pilih-pilih. Ceh!
thanks korang!
Love,
Tata!
11 comments:
saila, bagusnye awk. Pandai DIY, memang cantik baju resepsi n nikah tu. Veil sangat2 cantik. Bagusnye orang yg kreatif ni kan. Nak tempah kat saila la watkan veil linda..:)
baru belajar la Linda..huhu!
tempah? woohooo.. seramnya permintaan..boleh ke saila bt utk org lain ni? huhuhu
cntik2
cantik lah model veil kau tu... ahaakks! :)
model tue mcm gadis lari umah jew.. cer tgk paper arinie..
cantik diy veil dear ..umi suke sangat2 ..wahhh leh jadi ratu diy dear ni ..piwetttt
saila rajin nya DIY baju nikah n resepi tu. baju resepi kalau letak beading yg agak meleret mesti cantek :)
cantik ! cantik ! smua cantik ! saya suka laa..
mesti cantik baju nikah awak tu...x sabar nak tnggu hasilnya nanti
cantiklah baju.. suka ssuka.. :-D
salam saila..salam kenal..cantiknye baju awk..boleh saya tau siapa yg jahit..nmpak mcm kemas sgt dia jahit...saya jrg bukak blog..klu mntk tlg saila bg contact num akk tu blh? harap saila x kisah..ni contact num sy 0122766693-fariha..tq awk
Post a Comment