CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 8, 2012

Dimana kamu, Powder Blue?

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Bila cakap pasal majlis perkahwinan benda pertama yang kita fikir mesti tema warna apa. Orang lain pun akan tanya tema warna apa.

Bila tanya dekat aku, serius aku tak tau nak cakap apa. Takde tema. Boleh tak cakap macam tu? Huhuhuhu! Memula masa pilih-pilih sendiri nak tema apa, aku feeling-feeling nak style macam moden. Pink dan kuning. Masa tu awal tahun 2011 belum ada lagi orang buat tema tu. Ye ke? Ke dah ada tapi aku je tak tau? So aku pun beli beberapa benda yang berwarna pink dan kuning untuk diy. Tapi telah di reject oleh ayah aku. Part ayah aku yang ni aku memang takleh nak keras kepala pasal warna. Huhuhuhu. Bersamaan aku melawan lecturer art. Nak mati kah? sobs! Bila dah kena ceramah sebab pilihan warna tak ngam dengan susunan warna menyebabkan pink dan kuning di reject terus! Okay. Redha.




bye bye!!





Disebabkan baju resepsi aku warna coffee latte (ni aku yang memandai bagi nama kat warna baju aku), so ayah aku try and error dengan beberapa warna lain. Beberapa minit selepas aku dah naik mengantuk asyik tenung komputer ayah aku sebab dia gigih mix and match kan warna akhirnya..




actually, bukan picha ni yang kami refer. Aku tak tau aku save dekat mana. Kat FB ada la sebab aku tagged semua sedara mara supaya diorg memulakan misi mencari warna macam yang aku arahkan perlukan. hikhik!

sepatutnya : powder blue, lavender, aqua, tiffany
- lebih kurang. asalkan dalam kelompok biru -



Maknanya nanti hal-hal utama untuk majlis dekat dewan adalah berwarna kebiru-biruan. Bukan satu biru. Tapi beberapa biru. So takde la semua sama. Aku pun bagi kebebasan kepada sedara mara aku untuk pilih biru mana yang diorang suka. Takde paksaaan. Nanti akan ada pelbagai biru dalam dewan nanti. Harap-harap ianya blend. Tak kisah lah. Janji kawen. Hehe!

Tapi tak banyak warna lavender yang cantik (dimata aku je kot), dan powder blue adalah sangat susah untuk dijumpai. Silap powder blue, boleh nampak macam baju sekolah. Cis!







powder blue from the perfect palette


Nak buat decoration pun susah nak jumpa warna ni. Takpe lah, kalau jumpa grab je terus dan banyak-banyak. Buat je bunga banyak-banyak terus. Itu pun kalau jumpa. Tissue Paper pun takde warna ni. Riben ada la.

Okay lah, tetiba mengarut pasal tema pulak kan.. Sebab terjumpa warna powder blue ni kat The Perfect Palette tadi. Terus rasa 'mana la nak cari warna ni' Huhuhuhu.

Oklah, sambung buat kerja dulu eh.




thanks korang!



Love,
Tata!

3 comments:

Munn Jaafar said...

powder blue, cantik! mmg sesuai sbb tahun 2012 ni mmg turn color yg kusam2 n light ckit =)

LiNda said...

wane biru memang sgt cntik, cadangnye linda pun nk gune wane biru kawin nnti

Liza Razak said...

powder blue tu mmg cantik dan sesuai dibuat wedding theme :)