CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 14, 2012

Conversation #3

Hai!



Assalamualaikum.


86 hari lagi. Fuhhh! 86 tu angka kegemaran kami berdua. Hiks! 86 hari lagi okeh. Patut la En Gaban asyik remind aku '...kurang 100 hari je...' gulp! 

Makin dekat makin tak rasa. Sebab malas nak fikir.
Makin dekat makin stress. Sebab gedik nak complete kan rumah.
Makin dekat makin takut. Sebab masih degil macam dulu.
Haihhhh.

Baru-baru ni pun aku still berdegil. Ala, itu pun En Gaban mulakan dulu. Boleh? Hik!

Aku : b sayang tata tak?
Dia  : sayang..
Aku : walaupun tata degil?
Dia angguk.
Aku : nape b still sayang tata walaupun tata degil?
Dia angkat bahu.

Aku tunggu jawapan kot-kot lepas angkat bahu dia nak cakap sesuatu. Tapi takde. Senyap. Aku pandang tempat lain. Berfikir. Dia sendiri takde alasan/jawapan kenapa dia masih,tetap sayang aku walaupun aku degil. Maknanya dia tak perlu kan apa-apa alasan untuk sayang aku lah kan.

Aku terima bahasa badan dia dengan mengangkat bahu sebagai tanda dia terima aku seadanya dan still mengharap aku tak degil-degil lagi.

Betul lah kata orang, tulisan-tulisan sastera.. Cinta tak memerlukan alasan. Biarkan je dia menjawab dengan 'ntah' atau angkat bahu. Itu tandanya dia pun tak tahu kenapa dia cintakan kita. Kalau dia jawab dia cintakan kita sebab mata kita cantik, satu hari nanti mata kita akan berkedut jugak. Kalau dia jawab dia cintakan kita sebab kita comel, satu hari nanti kita akan tua jugak. Biarkan dia terus terima kita tanpa jawapan.

Degil saya bertempat kan,kan,kan? Hehehehe ;) 



selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!


4 comments:

LiNda said...

yup..linda lagi suke dia jawab ntah, drpd dia bg alasan..huhu. Memang betul cinta tak perlukan alasan.

My Life's Journey said...

betul2 dear .. jika ada alasan untuk semua itu ..jika suatu hari nanti tiada alasan untuk itu semua ..maka hilanglah cinta ..

ecehwah ..berbelit2 ayat umi ni ..tak pe, yang penting sekali ..umi sokong dear ..muahhh

ayut said...

hihihi..syg kamu sbb kamu syg sy.blh gitu? :p semoga selamat semuanya kak.jgn degil2..nakal cikit takpe.hahaha.

p/s:kak ayut tag kak saila yer
http://akuayut.blogspot.com/2012/08/segmen-ucapan-aidilfitri.html

Petak Bunga said...

oh kenapa makin dekat makin takut yer...gemuruh ke?