CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, March 30, 2015

Dah Start Buat Stock Untuk Solid Food

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hampir sebulan dah Melissa start solid food. So far semuanya okay and Alhamdulillah she has good apetite!

Tapi ada jugak hari-hari yang aku tak bagi dia makan. Sebab mak dia sibuk pastu skip lah prepare solid food anak. Hehehehe.

Cut it short, cakap pasal solid food anak dalam entri ni, nothing special pun about my solid food. Sama je dengan solid food baby lain. Sebab dah ada rules kan. Cuma aku saje nak buat entri jugak supaya ada lah kenangan sikit, bukti betapa rajinnya Ibu Melissa dan adik-adiknya ni. Kehkehkeh!

Check up Melissa 6 bulan nurse tanya bagi anak makan apa? Aku cakap puree buah dan sayur, nurse suruh bagi bubur tanpa bahan-bahan lain. Alaaaaaa. Sehari sebelum check up KK, kitorang bawak Melissa jumpa paed, seronok bila doctor bagi sokongan, bagi cadangan, bagi kata-kata semangat. Huhuhu. Takpe lah. Ikut kata hati seorang Ibu jelah.

Balik check up tu try bagi brown rice dekat Melissa. Kebetulan brown rice memang dah siap. Cara-cara haluskan/sediakan brown rice untuk baby?

First step aku basuh lepas tu rendam brown rice/beras perang selama 12jam. Lepas tu aku sangai dalam kuali sampai beras tadi kering semula. *sangai bermaksud goreng tanpa minyak. Aku goreng sampai beras tadi jadi ringan. Boleh beza beras yang basah (berat) bertukar jadi kering (ringan) dengan cara kita angkat beras tinggi sikit pastu jatuhkan dalam kuali. Beras kalau dah kering nampak smooth je jatuh dari sudip ke dalam kuali. Third, aku kisar sampai halus.

Bila dah siap masak brown rice aku rasa tawar, aku campurkan jugak dengan carrot. Tapi first time buat aku terlebih beras. Walaupun dah letak carrot, masih tawar. Manis carrot jauhhhhhhhhh sangat. Aku bagi jugak Melissa makan, tapi muka dia tak excited macam biasa. Huhuhu. Aku kira berapa suap dia boleh makan bubur tawar tu.. 60x suap jugak. Not bad. Hehehe. Malam bagi lagi sekali, 40x suap je.

Sebagai pengajaran, dan nak elak bubur rasa tawar, aku kurangkan beras. Tau kan sudu IKEA yang kaler-kaler tu? Aku ambil satu sudu beras tapi tak full, ambil lebih kurang je. Lepas tu campur dengan carrot dan peas. Baru sedap. Hoyeaa!

Lepas tu aku tukar lagi cara masak, kali ni aku rebus apple. Air rebusan apple tadi aku masak beras perang. Bila beras dah masak, beras tadi yang sekarang dah jadi bubur rasa apple! Apple yang dah dikisar aku masuk balik dalam periuk kacau sampai sebati pastu siap!

Tapi takkan la aku nak buat cara macam tu setiap hari. Sabtu Ahad boleh lah buat special sikit sempena hujung minggu. Melissa pun dah settle follow 4 days rule secara cincai sebab terbantut atas arahan nurse (salahkan nurse pulak), hujung minggu yang baru je berlalu ni aku prepared solid food Melissa untuk stock 2 atau 3 minggu. Lepas ni masak beras dalam 10-15 minit dengan api kecil sebab aku ni pelupa, oleh itu perlu api yang sangat kecil. Dah jadi bubur masuk je puree apa yang aku suka.

Sebenarnya takde niat dan tak terfikir pun nak snap picha, tapi aku prepared pada waktu malam, Melissa dah tidur, banyak lah masa aku nak buat slow and steady lepas tu snap picha senyap-senyap sebelum Abah dia nampak. Hehehehe.




































kupas kulit dan basuh bersih-bersih




kukus atau rebus




Broccoli






Cauliflower




Sweet Potato




Carrot




Pear




Apple

Bila dah buat stock untuk 2 hingga 3 minggu mesti lah memerlukan space dalam freezer kan. Aku pulak duduk rumah Ibu, freezer Ibu confirm penuh. Jadi macam EBM, dapat je dalam 10 bags, Suami bawak balik EBM ke rumah sewa masuk freezer peti ais kami pulak. Sadis betul. Tak sabar nak tunggu Jun. Haih!

Niat nak beli storage tray tak jadi sebab memang dah takde space dalam freezer Ibu. Macam mana nak buat stock tanpa makan ruang dalam freezer? Aku taktau option ni okay atau tak, tapi nampaknya aku berjaya tak ambil space dalam freezer Ibu aku.


Buat sementara waktu ni je, bulan Jun kita frozen guna storage tray. Dont worry k! Lagi pun untuk penggunaan kurang dari sebulan okay kot.

Till then.






Love,
Nursaila Norman!


10 comments:

  1. akak dulu tak pernah terfikir nak buat stok macam ni.. akak jenis masak hari2..

    ReplyDelete
  2. gud job mummy!
    rajin² selalu tau..
    tp saila buat stock dlm pack besar camtu sekali mkn ke? byk jugak melissa mkn ni..hihi

    dhafea dlu i buat kiub jer dia mkn dlm 4-5kiub je. hehe

    ReplyDelete
  3. suria : dlm pack tu cuma 1.5-2oz je..nmpk mcm byk eh? hehehehehe

    ReplyDelete
  4. Waa rajin nye ibu Melisa ni..

    Chaiyo2 saila.. Nanti share ilmu dengan rina pulak eh :)

    ReplyDelete
  5. Bagusla Saila ni, kalau akak ada baby mesti akak tiru ni. ohh btw we all missed u very much.

    ReplyDelete
  6. kite masak hari2 je...sbb ntah..xbrani nak buat frozen...takut basi ke ape...walaupun dah tentu2 xkan basi..hihi.. kcg peas tu beli dlm tin tu ke?

    ReplyDelete
  7. rajinnye saila. kite dlu mls buat cmni. sbb ari2 masak kt helena. smoga trus rajin hoke.

    ReplyDelete
  8. rjinnye saila..nnti sy pun nk wt cmni..xsbr nk bg bby mkn solid food..biar tmbh bsar n sihat lg..hihi

    ReplyDelete
  9. Wahhh...senng ht nk wat keje kan bila bby dah tdo. Tp ibu kena berkorbanlah sikitkan demi anak..

    ReplyDelete
  10. linda pun gigih wat stok puree utk adra...hehe. mcm2 ade dlm peti :)

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!