Assalamualaikum.
Permulaan solid food untuk Melissa nampaknya OKAY. Bermula dengan Avocado, Banana, Sweet Potato, Apple dan Carrot.
Masa bagi avocado, Melissa dah start kurang menyusu time tu. Taktau kenapa. Tapi bila aku bagi avocado dia makan pulak. Tiga hari yang pertama dia makan, enjoy, tapi tak banyak. Hari keempat baru nampak dia betul-betul enjoy dan makan banyak. Tapi dari air muka dia aku rasa dia suka makan tapi kurang minat dengan avocado. Makan tu makan, tapi muka tak happy sangat.
Settle 4 hari avocado aku sambung dengan pisang pulak. Masa ni selera makan dia dah kembali asal. Macam dalam entry sebelum ni, lepas selera dia dah kembali normal, dia qada' balik susu yang dia miss beberapa hari tu. Masa ni aku tengok dia happy gila makan pisang. So aku tak tau sama ada dia kurang minat avocado atau selera dia out masa tu. Huhuhuhu.
Lepas pisang aku bagi sweet potato. Tapi aku bagi 3 hari sahaja sebab perut dia kembung sikit ditambah pulak dia kerap berak. Untuk elakkan benda yang pelik-pelik berlaku, aku stop sweet potato pada hari ketiga. I'm not sure makan sweet potato akan menyebabkan dia kerap berak atau apa. Aku stop untuk tengok effect dia. Tapi still berterusan. But don't worry, dah refer pead, its not diarrhea, alhamdulillah. Just continue solid food macam biasa. Takut jugak kalau infection, tapi takde. Fuh!
Masa bagi apple, Melissa dah 250% enjoy her food. Cuma apple ada rasa masam sikit dihujung-hujung rasa, first spoon dia terbuat muka masam erk! Haha! Lepas tu dia telan macam biasa. Apple nampaknya takde masalah macam avocado, pisang, keledek. Dia tak boleh stop pulak dengan apple. Dah habis pun dia mintak lagi. Huhuhu.
So far dapat snap 4 jenis solid food yang dah settle Melissa telan. Alhamdulillah semuanya mengikut jadual yang aku buat haritu. Sekarang ni tengah bagi dia makan carrot. Hari pertama bagi, tak lama tu dia berak. Terkejut aku apasal najis dia kaler orange! Gelabah kejap, pastu teringat dia makan carrot. Hikhik! Picha carrot takde sebab malas nak snap. HAHA.
Rasanya ramai dah tau cara-cara nak sediakan solid food kan? Google je mesti jumpa.
Avocado dengan pisang tak payah kukus atau rebus. Boleh terus blend. Campur dengan air atau susu (BM atau FM). Aku lebih suka campur dengan susu, sebab ada rasa banding campur dengan air.
Sweet potato, apple, carrot kena kukus dulu. Lepas tu baru blend. Nak sediakan puree senang sangat. Kukus/rebus, blend pastu campur dengan air/susu.
Benda paling best nak bagi Melissa makan bila aku masukkan puree dalam mangkuk dia macam dalam picha atas ni, campur dengan susu pastu kacau-kacau bagi sebati, dia start excited habis semua benda dia tendang. Tangan macam burung nak start terbang. Muka tak sabar. Mulut dah nganga! Dia kenal pulak tu mangkuk dia! Kalau aku suap lambat sikit mesti dia panggil 'huh!'. Hehehehehe!
So far walaupun bagi dia solid food, kadar penyusuan dia masih macam biasa. Maybe puree, tak kenyang sangat. Yeke? Alhamdulillah dia okay dengan solid food. Harap dia kekal okay macam ni. Amin.
Okay lah, good night! *cutting board, pisau, mangkuk dari DAISO.
Love,
Nursaila Norman!
seronok tengok anak makan kan.. lelagi kalau kita buat sendiri rasa macam dihargai bila tgk anak makan habis
ReplyDeletegood job ibu .. happy baby happy mom.
ReplyDeletebestkan bila ank dh start mkn :)
ReplyDeletelps ni blh explore mcm2 menu utk bb
ReplyDelete