Assalamualaikum.
Perancangan last minute. Suami lah ni, tetiba tanya nak cat rumah tak? Tanya orang perempuan, apa yang taknak. Ye tak? Hehehehe! Perancangan last minute ni berlaku pagi tadi. Pagi tak pagi sangat, dalam pukul 10.30am macam tu. Nak mengecatnya esok. Boleh? Lepas tu boleh pulak Suami bagi task kat Isteri untuk pilih warna. Wink! Wink!
Benda first yang aku buat ialah bukak balik entry lama dalam blog ni, nak refresh pengalaman pertama kali aku dengan Suami (masa tu bakal Suami) mengecat rumah, nak tengok kitorang beli cat apa. Jotun rupanya. Boleh tengok kat entry mengecat rumah sewa. Itu lah entry pertama pasal rumah sewa kami untuk mulakan hidup berdua. Ya Allah, kenangannya! Okay taknak cakap lebih-lebih pasal kenangan lama, nanti aku sedih. Emosi sungguh perempuan ni.
Cuma kali ni aku request dekat Suami nak cat yang boleh dicuci. Dah ada anak kan, dan akan ada anak-anak pulak nanti, confirm terkotor dinding tak banyak sikit dah pasti. Masa kat rumah sewa dulu kitorang pakai cat biasa sahaja. Kalau ikutkan nak pakai yang mahal sikit (yang boleh dicuci jugak) tapi difikir-fikir balik, tak payah lah. Rumah sewa je pun.
Aku rasa aku nak stay dengan Jotun lah kot. Tapi taktau lah kalau kat kedai esok aku tukar fikiran due to harga dan kualiti kan. Hewhewhew! Sempat tengok-tengok website Jotun sebelum update blog.
Aku pilih Everyday Balance Everyday Simplicity Everyday Beauty. Lepas tu aku rasa aku nak tengok skim kaler Everyday Balance lah.
Beza antara White Poetry dengan Minty Breeze. Okay, now confuse, dilema etc. Masa kat rumah sewa pilih warna creamy. Kali ni nak pilih warna-warna grey pulak. Hiks!
Strax Easy Clean dari Jotun. Esok nak suruh Suami tanya apek kedai cat habis-habisan mana yang elok, yang penting kalau dinding kotor boleh dicuci/lap tanpa menanggalkan cat.
Kita tengok esok macam mana. Tasabaaaaaaa nak shopping cat. Eh! HAHA.
Love,
Nursaila Norman!