Assalamualaikum
Alhamdulillah, Melissa dah pun
setahun pada 11 September 2015 (Jumaat) yang lalu. Susah nak percaya yang aku
ada anak. Sebabnya aku ni bukanlah friendly kanak-kanak, HUHU. Bila Lissa lahir
memang rasa miracle sangat. Dia membesar dengan tangan aku. Susah betul nak
percaya. Huhuhuhu.
Sekarang ni kita cakap pasal
birthday party dulu eh. Sambutan hari jadi memang dah jadi amalan keluarga aku.
Sejak ulang tahun aku yang pertama, Ibu & Ayah dah mula sambut walaupun
hanya secara kecil-kecilan. Sambutan hari lahir aku bukan setakat umur setahun
dua.. Tapi sampai sekarang. Bukan aku je.. Adik-adik aku pun sambut hari lahir
jugak. Takde istilah ‘alaaaa, anak first boleh la’ ‘alaaaa, anak baru sorang
boleh lah, cuba anak dah dua tiga nanti’ Why so negative? Duh!
Jadi aku nekad nak teruskan
amalan ni. Lagipun bukannya ada tiup-tiup lilin. Niat aku nak buat macam Ibu
& Ayah. Setiap tahun, setiap kali birthday kami, wajib ada gambar
kenang-kenangan. Banyak album birthday kami kat rumah diorang tu. Terima kasih
Ibu & Ayah, sebab tak pernah miss sambut birthday kami. Setiap tahun ada
gambar. Terima kasih sebab jadikan semua tu kenangan terindah untuk kami.
*swipe tears*
Pada awalnya nak celebrate kami
bertiga je (Aku, Suami & Melissa). Tapi family aku dekat je pun. So tukar,
celebrate kami bertujuh. Bajet tak besar, cukup lah sekadar celebrate dan ada
gambar sebagai kenangan. Tak lama tu Ibu aku mintak family terdekat ada sekali.
Itu yang nampak macam meriah, tapi tak pun.. Makan-makan je. Aku pun slow-slow
buat checklist. Simple checklist, sebab ini adalah simple birthday party. Hehe!
Aku ringkaskan checklist /
senarai aku kat sini eh. Sebabnya aku draft dekat kertas kosong, lepas dah puas
hati baru aku buat kat Excel. Tapi takyah kot aku letak Excel tu kat sini.
Kacang je!
CHECKLIST BIRTHDAY PARTY FOR
MELISSA
Aku taknak nampak terlalu gegirl
sangat. Masih ada warna pink, tapi taknak semuaaaanya pink. Aku suka putih.
Tapi untuk anak perempuan, ulang tahun pertama pulak, macam plain sangat kalau
semuanya putih. So aku combine kan Putih + Pink. Nampak macam selalu dah orang
buat tema ni kan? So aku add kan warna Gold. Disebabkan bukan mudah untuk dapat
kertas craft warna gold, aku blend kan warna kuning, oren dengan peach. Nampak
perkataan blend tu? Macam best je. Haha!
2 BAJU
Untuk queen of the day tu –
Melissa, aku plan nak pakaikan dia tutu dress. Dah jumpa Instagram kawan yang
buat tutu dress. Tapi beberapa minggu sebelum birthday aku jumpa skirt pink ala-ala
tutu tapi lebih cantik RM49 je dekat Manjaku. Baju pulak plan sleeveless putih.
Tak suka pakaikan dia dress kembang-kembang, tebal-tebal – cliché sangat. Huhu!
But who knows? Neksu Melissa hadiahkan (as usual) simple-romper-dress untuk
birthday nanti. Dari Nicholas & Bears. Haihhhh.. Untung Melissa. Dress labuh
brand yang sama Neksu bagi pun tak pakai lagi. Konon nak pakaikan itu (sebelum jumpa skirt kat Manjaku) Huhuhu!
Untuk Ibu & Abah pulak aku nak kitorang pakai t-shirt tulis ‘MEL’ dan ‘11’ warna gold. T-shirt tu aku tempah. Alang-alang tu dengan family sekali pakai t-shirt custom-made tu.
Untuk Ibu & Abah pulak aku nak kitorang pakai t-shirt tulis ‘MEL’ dan ‘11’ warna gold. T-shirt tu aku tempah. Alang-alang tu dengan family sekali pakai t-shirt custom-made tu.
3 JEMPUTAN
Dalam jemputan of course ada
tarikh, masa dan tempat. Aku edit daripada kalender hp lepas tu jemput dalam
group wassap je. Hehehe! Tarikh aku terpaksa buat pada 13 September 2015, lepas
Zohor, dekat rumah baru kami. Wink! Wink! Dalam jemputan ni jugak aku dah kira
berapa orang tetamu yang dijemput. Ahli keluarga terdekat sangat-sangat. Lebih
kurang 50pax!
4 KEK
Mulanya nak tempeh kek. Tapi
budget tak besar, lagi pun Melissa bukan boleh makan sebiji kek tu. Hehe. Aku
tukar dengan pulut kuning. Aku mintak Ayah design huruf ‘M’. Aku teringat, dulu
masa birthday aku darjah 3, Ayah buatkan kek 2 tingkat guna pulut kuning. And I
admit, kek aku dulu lebih cantik. Huhuhu! So aku nak throwback lah konon-konon.
Hehehe. Suprisingly, Neksu Melissa bawak pulak sebijik kek Red Velvet! Thank you Ucu!
5 MAKANAN
Semua jenis makanan Ibu aku yang
handle. Dalam checklist ni kira sekali segala peralatan untuk makan.
Termasuklah meja untuk makanan dan meja untuk kek.
6 DEKORASI
Dalam checklist dekorasi ni aku
bahagi kepada dua.
A Dekorasi untuk backdrop
B Dekorasi untuk candy buffet
Disebabkan kesuntukan masa dan
kesilapan teknikal (dah buat, terpaksa canceled), aku dapat fokus kat backdrop
je. Untuk candy buffet sangat simple. Sepatutnya ada hiasan kat dinding jugak
tapi masa dah suntuk sangat-sangat. Huhu.
Happy First Birthday Melissa. I
am so proud with you. You are so clever. Doa Ibu untuk Melissa tak payah lah
Ibu tulis kat sini. Cukup lah doa-doa tu Ibu baca setiap kali lepas solat dan
masa Melissa tengah tidur. Supaya doa-doa Ibu tu Melissa simpan kemas-kemas
dalam mimpi. Jadi anak yang pandai. Pandai segala perkara. Ibu dah bacakan
senarai pandai tu masa Melissa tidur. Syhhhh..
You guys, aku tak amek semua gambar yang ada. Cukup lah kot beberapa keping ni. Live update of course kat IG. Jadi, cukup lah sekadar menebus kekejaman aku selama ni mengabaikan blog. Aku harap sangat blog aku happy dapar pictures dari tuan dia. Lama sangat tak masukkan gambar tuan dia. Hikhikhik.
You guys, aku tak amek semua gambar yang ada. Cukup lah kot beberapa keping ni. Live update of course kat IG. Jadi, cukup lah sekadar menebus kekejaman aku selama ni mengabaikan blog. Aku harap sangat blog aku happy dapar pictures dari tuan dia. Lama sangat tak masukkan gambar tuan dia. Hikhikhik.
Next entry aku cerita macam mana aku DIY backdrop dan candy buffet eh. Walaupun lambat janji tetap janji. Daaa!
Love,
Nursaila Norman!
last pic...lissa senyum melting hihi
ReplyDeleteHappy belated birthday melissa. Semoga membesar dengan sihat & jadi anak yang solehah
ReplyDeletecomel je besday....
ReplyDeleteDah setahun dah? Macam sekejap jer..
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDelete