Assalamualaikum
Alhamdulillah, seperti yang diharapkan aku berjaya jugak masak untuk malam anniversary Isnin baru-baru ni. Ahad tu aku ajak Suami pergi beli bahan-bahan dekat Aeon, Isnin malam tu aku berjaya buat Nachos & Chicken Salami Burrito!
Anyway kami celebrated dekat Mexico. Fefeeling sangat sambil makan Nachos & Burrito, HAHA.
Pada awalnya aku agak risau kalau-kalau perancangan aku tak menjadi, balik kerja pun agak lambat, sobs! Tapi alhamdulillah, Melissa tidur awal sikit dari biasa, dalam 9.40malam aku start masak. Actually ini first time aku masak Nachos & Burrito. Belum pernah aku try masakan Mexico. Alhamdulillah Suami suka!
Ini lah Chicken Salami Burrito dengan Nachos yang berjaya kami habiskan dengan penuh berselera. Masa nak makan tu risaaaaauuu sangat kalau rasa dia ke laut. Tapi alhamdulillah, Suami cakap sedap 'good try'. Lalalalalalalalala. Hati berbunga-bunga lah kan bila Suami cakap macam tu. Hikhikhik.
Sambil makan sambil layan firecrackers. Malam raya kan. Hehehehehe. Nasib baik Melissa rilex je tidur, sama lah macam tahun lepas, masa tu Melissa baru 2 bulan. Nasib baik dia kalau tidur malam bunyi mercun pun buat taktau je. Tapi kejap-kejap intai jugak dia dalam bilik.
Dari balkoni rumah boleh nampak mercun, kawasan apartment dah kelabu penuh asap mercun. Sabar jelah, dalam rumah tengok Astro 202. Ajit Kumar berlakon pulak, layannnn citer Tamil setiap malam. Eh, nak cerita pasal Anniversary ke pasal Deepavali? Hahahaha.
Tapi sebelum makan, aku masuk bilik kejap tengok Melissa. Suami keluar pergi beli air best Isteri suruh beli. Bila Suami balik dari kedai dia masuk bilik tunggu aku settle tengok Melissa. Bila aku nak keluar dari bilik cepat-cepat Suami tutup mata aku. Aku pelik lah, buat apa tutup mata.. Makanan tu pun aku yang masak mana ada surprise nyaaaaa. Hahaha. Bila sampai depan TV ta-raaaaaaa~
kek anniversary!
Thank you husband. Actually, tak minta apa-apa pun dari dia. Memang kenal dia dari awal dia jenis tak pandai nak romatik-romantik guna barang ni. Selama 9 tahun (belum halal & lepas halal) dia tak pernah surprise kan apa-apa. Ada sekali tu dia pernah surprise kan aku dengan anak patung Patrick kawan si Spongebob tu. Masa tu tahun 2007. Itu pun aku taktau kenapa dia belikan. Huhuhu. Lepas tu takde dah.
Dia lelaki cliche yang tak pandai nak buat surprise. Kalau tanya aku sebagai perempuan of course aku suka tiba-tiba dapat bunga. Eh! Cakap pasal bunga, ada sekali tu dia hantar bunga dekat ofis aku dekat Putrajaya masa tu. *tepuk dahi!
Okay, 2 kali dia suprise aku setakat ni dan semalam sekali. So total 3 kali. Dush!
Kalau ikutkan aku teringin jugak tiba-tiba Suami cakap 'okay sayang, 2 minggu lagi kita pergi bercuti, saya dah tempah hotel'. Wahhhhh, kerlas cita-cita kau kan. Hahaha. Tapi aku rasa (sifat underestimate aku terhadap Suami, kahkah) mungkin takkan berlaku. Tapi takpe, aku kenal dia memang macam tu. Aku terima Suami seadanya, sebab aku pun jenis cool je. Kalau ada, best lah. Kalau takde pun takpe. Sebab aku pulak memang jenis suka plan itu ini. Sifat semulajadi perempuan kan.
Biasanya aku yang plan apa-apa, Suami just betulkan masa yang kurang. Lepas tu layankan aje Isteri dia ni. Huhuhuhu. Tapi aku bangga dengan Suami sebab dia jenis mudah menerima segala macam idea Isteri. Dia bukan seorang yang mudah membantah. Kalau dia tak setuju dengan plan aku dia akan bagi sebab dan betulkan. Instead of reject bulat-bulat. Dan sebolehnya dia cuba penuhi plan Isteri dia.
Contoh macam masakan Mexico tu. Aku cakap aku nak buatkan dia Nachos. Dia pernah cakap dia teringin nak makan. Masa tu aku pregnantkan Melissa (lama gila). Baru semalam aku dapat buatkan. Burrito tu aku belasah ikut suka sendiri je. Sesat tak jumpa dapur pun hebat jugakkkk. Wink! Wink! Sila lempang skrin masing-masing >.< Dia cakap okay boleh je, lepas tu dia layannn jelah Isteri dia berpusing-pusing dalam Aeon tu. Dia tau Isteri dia malas banyak kalau masak masakan Melayu (sebab leceh banyak step). Suami pun jenis tekak universal, alhamdulillah. Layan lagi sekali kerenah Isteri dia. Hehehehehe.
Suami mintak aku buatkan lagi Nachos & Burrito tu. Isteri dah kembang-kembang tak boleh nak kuncup dah ni. Hahaha. Baiklah husband, nanti saya buatkan ye.
Happy 3rd Anniversary sayang. Terima kasih sebab bertahan dengan kerenah saya. Love you to the moon and back! Taktau nak tulis apa, sebab rasa diri dah tua sangat nak tulis hal laki bini. Hek!
Tahun ni takde gambaq SuamiIsteri. Celebrate dalam rumah gelap-gelap, tak kuasa nak berselfie. Malaih nak capai tudung. Hikhik.
Tahun ni takde gambaq SuamiIsteri. Celebrate dalam rumah gelap-gelap, tak kuasa nak berselfie. Malaih nak capai tudung. Hikhik.
Love,
Nursaila Norman!
HAPPY ANIVERSARY SAILA N SUAMI.
ReplyDeleteROMANTIK PUN TAKDE ORANG TAHU KAN..
YANG PENTING MEMORI TU ADA.. KAN SAILA..
WALAUPUN SAMBUTAN KAT RUMAH, ITU YANG LAGI KITA INGAT SEBAB PERSIAPAN SENDIRI BUAT
besnyaa saila. romentik betul korang. hehehe. happy anniversary ye. mujur la si kecik tu tdo awal. kalau kategori macam helena kitorang yg tidur dlu baru dia tdo. hahaha.
ReplyDeleteapapun makanan tu nmpak menyelerakan sgt. share la resipe!
So sweet. Happy anniversary to both of you. Smoga kekal bahagia till jannah.
ReplyDeletehappy anniversary saila! :)
ReplyDelete