Assalamualaikum
Dah 2 hari Melissa tak poop, walaupun semua checklist menunjukkan tanda-tanda normal tapi sebagai Ibu mesti aku ada rasa risau sikit kan. Air masak, susu, makanan pejal semua okay. Takde kurang air masak, takde tukar susu (pernah sekali Melissa sembelit - sebab tukar susu), makanan pejal pun okay. Malah cik Mel tu her favorite food dia yang berasaskan sup. Bihun sup & Nasi Ayam. Huhuhu.
Tapi tiba-tiba dia tak poop 2 hari pulak. Lepas maghrib kami keluar beli dinner sekali dengan sesikat pisang. Hehehehe. Dalam kereta aku bagi dia sebiji. Habis. Dah sampai rumah dia mintak lagi pisang. Ingatkan konon-konon je mintak pisang, rupanya betul. Habis lagi sebiji. Tak lama tu dia mintak lagi! Aku of course tak percaya sangat, Melissa yang aku kenal bukan kuat makan. Kecuali Bihun Sup dan Nasi Ayam. Hehehehehehe. Pisang yang ketiga pun habis!
Aku tak perasan lagi ni apa akibatnya bagi anak makan pisang sebelum tidur.
Dah settle 3 biji pisangs dalam tempoh sejam, dari pukul 8pm hingga 9pm, aku ajak dia masuk bilik untuk tidur. Memang pukul 9pm tu time masuk bilik, pokpok dalam 20 minit settle.
Malam tadi aku dah tunggu dia atas katil, dia punya aktf lain macam. Turun naik katil dekat 5,6 kali. 5 kali jugak aku bawak dia masuk bilik. Kali keenam tu aku tak bawak dah, aku panggil je dari dalam bilik suruh dia naik katil. Mak-mak sangat 'Melissaaaaaaaa, masuk bilik naik katil, cepat'. Dia dengar je suara aku dah kurang sikit kelembutan, dia terus panjat katil.
40 minit kemudian, aku dengan Suami kena gomol dengan Melissa. Bukan kami yang gomol dia. Terbalik. Hukhuk. Peel terbaru dia sekarang dia buat ekspresi geram pastu datang kat kita cium kita dengan mood gerammm gerammmmmm. So malam tadi itu lah kerja dia. Aku dengan Suami nak tengok TV pun tak tenang. Sebab anak kejap-kejap geram kat Abah dia. Kejap-kejap geram kat Ibu dia. Huhuhuhuhu.
Aku dah pelik dah.. Apasal lah Melissa ni tertonggeng-tonggeng main sorang-sorang ni. Selalunya dalam 5 minit je dia main-main lagi 15 minit dia akan cari posisi yang sedap untuk dia tidur. Ini dah lain macam ni. Aku tanya Suami apakah yang telah berlaku. Suami cakap pisang kan sumber tenaga yang pantas, nampaknya Melissa dah terlebih tenaga lah ni. Huwaaaaaaaaaaa.. Suami cakap tadi dia pun makan 4 biji pisang untuk tambah tenaga sementara nak drive balik ke rumah lepas beli dinner. Melissa makan 3 biji?!
Bertabah.
Dekat sejam jugak dia main gila-gila punya main, tiba-tiba dia tonggeng (macam sujud - favorite pose dia nak tidur) tak sampai 5 minit dia tidur. Zzzzzzzzz. Aku tak perasan lagi sebab mata kat TV tengok Dato' Jamal nyanyi. Bila aku pandang makcik tu, eh? Dah habis dah pisang Lissa?
Hahahaha.
Sambil susun-susun bantal, selimut semua aku cakap lah 'habis jugak pisang Lissa huhu'. Tergelak kami Suami Isteri. Kelakar kot kena tunggu sumber tenaga dari pisang tu habis. Huhuhuhu!
Sorry Lissa, cerita awak Ibu jadi kan entry. Dannnn, dapatlah satu entry hari ni. Hikhikhik!
Pengajaran yang kami selalu bare in mind boleh terlupa malam tadi. HAHA. Jangan bagi anak makan malam selepas jam 8mlm. Jangan bagi anak makan sumber bergula (bukan junk food ya) selepas maghrib. Selalunya petang kami bagi dia bersenam (main sampai berpeluh dekat taman), nanti malam mudah tidur. Walaupun Melissa jenis mudah tidur waktu malam, tapi aku tetap elakkan benda-benda yang boleh buat dia aktif waktu malam. Macam kes pisang malam tadi. Huhuhu.
Takpe lah, sekali sekala. Hehehehe.
Love,
Nursaila Norman!
hihi terlebih gula..tu yg aktif semacam tu.. anak kite sembelit dulu pun selalu bagi pisang...lepas tu jumpe doktor baru tau kdg2 pisang boleh buat lagi sembelit...lepas tu dah tak bagi pisang dah
ReplyDeletehi done folo, folo me back ;)
ReplyDeletesuka makan pisang ye Lisa.Fayyadh pun jenis mudah tidur malam sebab siang pergi taska jumpa ramai kawan. penat main sama
ReplyDeleteHehehe..azwa hantu pisang...klau xstop kan..mau seikat die makam...tp xde pulak die aktif lain mcm..hehe...comel je ragam melissa..
ReplyDeleteSaya particular pasal sumber bergula ni. Budak kalau hyper..selamat la mak bapak..Kalau Ammar tu saya sendiri pun tak boleh control kalau dia makan banyak pisang..
ReplyDeletePisang kan banyak gula..tu yang aktif semacam tu..hehehe
ReplyDelete