CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, May 26, 2011

Satay Station

Ptg semalam cakap nak makan aiskrim.
Cubaan memujuk.
Siap2 lebih kurang jelah sebab nak g makan aiskrim je kan.. Btpe ber'skinny' bagai.
Makan aiskrim haruslah area berhampiran, tak payah Baskin Robbins. Rasa sama je.
Kecuali la tekak ni menggatal mintak gak Baskin sebab tetiba aiskrim murah2 ni jadi tak sedap semuanya.

Excited aku nak makan cornetto. Dalam kepala otak dah terbayang dah nak amek perasa stroberi.
Pastu orang yang patut pujuk aku dengan membelikan aku aiskrim dapat panggilan.

apa? satay station? kat ampang? kau kat situ ke? dengan sape? okay2. aku datang.
Simpan henfon dalam poket pastu toleh belakang pandang aku
boleh?
Boleh la. Dah lapar okay.. Dia pun dah setuju dengan kawan dia. Takkan tetiba aku nak merenggek cakap takmau,takmau,takmau.. nak aiskrim gak.
Tak reti lak aku nak buat cenggitu. Janji kawan dia tengah tggu kat tempat makan. Kalau kawan dia tnggu kat kedai basikal memang aku g makan sorang.

Nasib baik si besha tu laju.
Petik je nak  ke mana kan.
Tak pk banyak dah.
Aiskrim aku pun terus tinggal.

Dah nama pun Satay Station, wajiblah aku kena order satay.
En Gaban boleh pulak nak mintak nasik okay.
Kawan baik En Gaban sekampung dah tggu kat situ dengan girlfren dia.
Dah nak habis minum pun.
Diorg tak makan pulak.
Kitorg lapar nih.. Tanya nak makan apa diorg takmau.. Segan la nak makan berdua, yang dua lagi tak makan kan. Aku order satay lebih untuk diorg sekali.
Tapi tetap diorg tak makan. Huhuhuhu..
Malunya nak makan depan orang.. Haha
Aku tau En Gaban lapar. Dia makan dulu. Aku taktau nak amek satay tu mcm mana sebab malu. Boleh kan aku mcm tu. Mengong.
Nasib baik la kawan En Gaban nama En Naim dengan buah hati dia nama Cik Azian tu layan borak takde la malu sangat nak makan.
Disebabkan diorg sama bahasa, aku sorang je orang KL.. Aku layan jelah satay sambil dengar diorg borak2.
Nak menyampuk kang tak reti cakap pulak.. Hahaha
Paksa diorg suh makan satay tetap takmau.

Satay Station tu cantik, besar, kemas, bersih sama mcm Satay Kajang Hj Samuri.
Kira cetusan idea yang lebih kurang sama la jugak.
Satay dia siyes gemuk. Eh, silap.. Besha.. Besha okay.. Kuah dia paling sedap bagi aku. Bagi aku jela..
Aku memang makan satay daging je. En Gaban wajib satay ayam. Senang.
Tak payah nak berebut. Hahaha


Abg motor dua org tu sweet kan? Erk!


Atas dulang klasik ( aku taktau nama dia apa huhu )



Pastu mcm biasa la kan.. Gedik2 sikit suh En Gaban snap pic aku..

Orang malu2 kucing nak makan. Tapi habis gak.

Tengah2 makan tetiba dengar bunyik muzik. Muzik melayu asli.
Okay, aku suka gila kalau dengar lagu mcm tu. Tak tau la nape. Tapi aku memang takleh dengar muzik mcm tu. En Gaban dah sengih2 tgk aku.
dia bukan boleh ni.. kang berzapin pulak..
Hampeh. Malu aku kat En Naim dan Cik Azian.

Tetiba dengar ada orang nyanyi. Ingatkan radio je. Tapi apasal mcm karoke.
Takkan la ada karoke pulak kat situ.
At last ternampak ada group orangorang lama tgh main alat muzik.
Ada sorg makcik tgh nyanyi.
Makcik ke?


Walaupun makcik dgn pakcik, memalam diorg buat aktiviti klasik mcm ni okay.
Gigih diorg nak tunjuk kat orang tentang seni melayu asli.
Korang boleh nyanyi lagu asli?
Aku pun takleh.. Huhuhuhuhu

next time kita datang sini,kita duduk kat meja paling depan tu eh..paling depan tau. tata nak tgk dekat2.
En Gaban menyokong seratus peratus niat aku. Sebab dia tau aku memang gila lagu2 mcm tu.
Walaupun tak dapat makan aiskrim, tapi puas hati dpt makan satay gemuk sambil layan lagu lama.
Satay 20cucuk kami makan tu harga rm18 okay.
Lagi mahal dari Satay Kajang.
Nasib baik satay tu gemuk.
Kuah sedap. Kalau tak aku sambung merajuk lagi. Boleh tuntut aiskrim.



Tata!

Monday, May 23, 2011

Aiskrim Potong

En Gaban suka makan junk food rupanya.
Aku tau ni pun sebab tiap kali aku beli brg kat Tesco ke, Giant ke, Carrefour ke.. Dia mesti peluk 1 bag keropok. Tak kisah brand apa.



Pastu takleh tgk Cadbury. Aku mcm bawak budak kecik g supermarket okay.
Letih nak larang2 dia.



Aiskrim lagi la. Sikitsikit aiskrim. Sikitsikit aiskrim.
Aku bukan kaki junk food.


Ni sesuai untuk En Gaban.

Aiskrim cornetto lagi la.
Tapi xyah ngada2. Aiskrim singgit kat Giant tu ada. Sama je rasa dia.
Apalah nasib dapat En Gaban kaki junk food.
Aku tak reti tol la.
Pantang masuk kedai.
Amek junk food mcm budak2.


Air ni lagi la dia takleh tgk.
Ngilu otak aku benda masam2 ni.
Dia? Mcm minum air masak.

sumber : google

Okay,sebenarnya aku bukan nak kutuk dia. Walaupun niat aku mmg mcm tu tiap kali buat entry.
Sebenarnya aku nak tulis pasal aiskrim potong.
Aku tau ada. Aku tau korang selalu jumpa.
Tapi aku ni ha... Bertahun okay tak jumpa aiskrim potong tu.
Ahad semalam, kitorg g Speedmart99. En Gaban terrjumpa la aiskrim potong kat situ.
Disebabkan aku ni agak atas pokok la jugak.. Terkinja2 la tgk aiskrim potong tu.
Banyak okay. Banyak sampai aku amek sume perasa.
Then En Gaban pandang perut aku.
Muat okay. Aiskrim je pun. Bukan besar mana. Hahahaha
Tak jadi amek banyak. Amek satu je. Takut En Gaban bising.. Eleh, tak takut pun sebenarnya. Small matter je kalau dia bising. Hehehehehe..
nanti datang sini lagi eh..tata nak amek perisa lain lak next time..
Pastu sengih buat muka tak bersalah.


Kacang merah : En Gaban
Jagung : Saya!


Okay, nyaris aku nak gigit bagi lesap kacang merah tu.
Meraung En Gaban tak pasal2. Haha


Lepas ni nak perisa Cendol lak.
Gila lah.. Zaman sekolah rendah je dapat makan.
Dah matang nie susah tol nak jumpa aiskrim potong ni.



Aku : tak habis lagi?
En Gaban : b menikmati kalau mkn aiskrim ni..
Aku buat muka menyampah.
En Gaban : b tak suka gigit. b suka isap.. kalau gigit nanti cepat habis..
Aku buat muka menyampah lagi.
En Gaban : baru la menikmati..

Suka hati lah En Gabannnnnnn..
Cakap jela gigi kamu ngilu. Takleh gigit asikrim.
Kalau gigit nanti beku otak.
Kan?
Bagi alasan menikmati konon.
Cair okay. Cair.
Menitik.
Mcm budak2.
Hishhh.
Lain kali gigit je. Cepat habis. Takde la menitik.
Pakai Sensodyne Toothpaste. Ah, mahal.
Gosok gigi ikut prosuder yang betul CORNFIRM tak ngilu bila gigit aiskrim.
Try la.
En Gaban bukan dgr pun aku suh gosok gigi ikut prosuder.
Sebab tu takleh gigit aiskrim.
Mengigil otak.
Hahahaha..


Tata!

Wednesday, May 18, 2011

Party Bujang Yang Sopan

Ahad lepas aku dapat jemputan mengejut untuk menghadiri satu perjumpaan.
Disebabkan aku merajuk dengan En Gaban, amarah sgt sampai nangis2 so aku terima la jemputan tetiba tu.

Suruh Tetty amek aku kat rumah ( besar kan pangkat kau suruh2 orang jemput kau pakai limo ).. Bayaran dia satu ciuman. Rupanya nak celebrate kawan kitorg yang sorang ni. Bulan depan dia nak kawen. Jadinya nak celebrate untuk kali terakhir la sebelum dia jadi isteri orang. Takde dah istilah bujang2 ni untuk Cik Norazlin Omar. Bulan depan kau jadi Puan Norazlin Omar okay.

Macam biasa la.. Kawan2 aku wajib yang gelak kuat2. Takde yang gelak slow2 dalam kain. Dan yang penting kurang waras lebih sikit. Sesampai je kat tempat yang dipersertujui, pilih meja pun berpusing2 dalam restoran. Malu? Maaflah.. Nak tempat selesa,cun harus memilih yer. Biar berpusing sampai ke dapur restoran. Janji puas hati. Meja bulat jadi pilihan sebab senang nak fire sorang2. Dah lama tak jumpa kan. Banyak benda nak disoal siasat.

Amek order harus lambat. Adik waiter tu pulak setia menunggu di tepi meja. Aku memang takleh tol orang tggu2 ni. Belasah jelah Carbonara. Lagi lama aku tgk menu tu lagi mengarut perut aku mintak. Ada paling lambat buat order. Last2 air teh ais dia pilih. Boleh kan. Dah tu kelam kabut kena push suruh cepat,cepat,cepat. Teh ais mana2 pun ada la Ada.

Sementara tggu makanan sampai kitorg mulakan dengan penyampaian kad kawen.
Alin bagi kad kawen dia sebab dia yang nak kawen bulan depan kan..

Alin & Alan
sesuai kan?
Shahir & Saila
sesuai jugak kan? Muntah laju2!

Lepas tu Ifah pun menyampaikan jugak kad kawen..
Kad kawen abg dia.
Dia nya tahun depan. Kan Ifah? Tahun depan tu jgn clash lak dengan tarikh aku.
Yakin je kau kan. Jangan berangan lebih sangat.

Halim & Huda
sesuai jugak.
Mcm Shahir & Saila.
Hahahaha..

Pastu giliran aku lak edarkan kad kawen.
Yer.. Aku edar kad kawen. Tak boleh?
Dah sampai giliran aku edar kad kawen okay.


Eh,eh.. Perhal nama aku jadi Azie lak ni. Sape Aziz tu? Bukan dengan Shahir AF ke?
Apakah?
Saya mewakili Cik Noor Azizah untuk menjemput kengkawan menghadiri majlis perkahwinan dia.

Okay,ternyata bulan Jun depan terlalu ramai kengkawan aku yang kawen.
Aya Dato'Awang pun dah jemput. Dia suruh aku datang kenduri dia 3hb Jun kat Kuala Terengganu.
Kau kawen jumaat pulak. KT takpe lah. Jumaat cuti. Aku KL kan. Aya suruh aku amek cuti. Boleh je. Tapi 4hb kat Perak pulak. Mana sempat. Yang kat Perak tu orang dah booking aku siap2. Kalau kau cakap awal sebulan wajib aku pertimbangkan. Haha.. Kesian Aya.
Lepas sesi pengedaran kad kawen tibalah masa sesi makan sambil bercakap.


Eh, jap. Sebelum makan sengih2 dulu.

Zanna : perhal Ada ni?

Zanna, Tetty.. Aku tau muka korg tak masuk pun dalam camera tu.

Ada lapar. Dia tak puas hati apasal makanan Zanna sampai dulu.

Tetiba aku menyesal apasal aku tak mintak sikit ABC Zanna aritu.
Air aku dgn Ifah wajib kembar kan.. Kau Kapucino, aku Moka!
Air bakal pengantin air buah-buahan nampaknya.

Makanan Ifah kalau tak Laksa ni ha. Kue Tiow Bandung.
Mangkuk besar gergasi.

Me? Bajet orang putih tergigit cili api.
Fettucini Carbonara. Mak bapak orang melayu, anak bajet keju.
Suka aku lah.
Berjaya aku hasut Ada dgn Ifah suka makanan ni.

Chicken Chop Grill kalau tak salah. Berasap2 mcm kemenyan okay.
Sesuai dengan muka Ada.


Haku dengan Ifah. Kembar kan. Duduk sebelah2 la.
Padan muka En Gaban tak dapat join. Sape suh buat aku nangis.





Yang tudung hijau tu la bakal pengantin. Alin.

Okay, masa sesi makan sambil bercakap tu aku sorang je tak paham pape.
Diorg sume satu kelas masa form1,2,3 dulu. Kelas pun sebelah2. Diorg lak g ungkit citer2 lama zaman skolah. Aku? Gelak jela bila diorg gelak. Sedihkan. Padan muka aku. Duduk lagi kelas bajet bagus.
Tak merasa la pancitkan tayar basikal budak lelaki.
Boleh tahan ganas gak Ifah upanya. Tayar basikal budak lelaki dia pancitkan.
Pastu salah basikal. Basikal budak lain yang jadi mangsa.
Cayalah Ifah.. Nasib baik kau tak pancitkan tayar keta cikgu kan..
Hehehehe..

Bila dikenang2 blk memang best zaman skolah dulu.. Buat jahat sama2.. Buat apa saja ikut suka..


Ni sisa2 yang tinggal.. Tapi Lenny still tak sampai2. Aku taktau la apa yang jauh sgt padahal dia duduk dalam daerah yang sama gak.
Make up tebal 5 inci kot.

Okay, nilah muka datang lambat. Selalu okay.
Dengan tak bersalah dia datang senyum2..
Pastu

sape yang nak kawen boleh la tempah tudung kat aku..mcm aku pakai ni ha..


Mcm tu la ayat orang tak bersalah..
Nasib baik kau ada anak dua orang kan..
Okay, bagi chance Lenny promote tudung dia kat dalam blog ni.
Tudung Tunang/Nikah
tabur2 batu kilat2 ni kat tudung..

Ni sesi berebut anak orang. Aku taktau la apa masalah diorg ni.
Kesian baby tu.

Tgk. Ada cuba merampas Irfan dari Ifah

Dah berjaya merampas Irfan. Pastu Ifah rampas balik. Pasni tolong bawak anak masing2 okay. Kalau takde tu usaha bagi ada.



Okay,cukupcukup. Penuh dah muka korang kat entry ni.
















Semuanya masih bujang kecuali yang tudung hijau tu.
Bulan depan dia tak bujang lagi dah.




Bagi chance aku pulak.
Aku letak pic aku yang waras2 je okay.
Yang tak waras ada dalam camera Tetty. Teruk sungguh.
Aku dah cakap jangan masuk dalam Fb, kau masuk jugak kan?
Maaflah.. Aku ni tak reti gelak hikhikhik.. Aku gelak kahkahkah.. Boleh kan.
Korang pun sama. Takyah banyak cakap.

Ni rambut sudah tak waras sebab banyak sangat gelak sampai serabai.
Apa-apa pun harapan aku semoga seri pengantin Alin berjangkit kat aku.
Tahun depan. Jemputlah datang.
Hahahaha!

Ada & Tata

Malas nak cakap. Pantang nampak camera.



Dulu - Zanna dgn Aku
Skrg - Aku dgn Zanna


Mengong lah ni.

Lambat tggu diorg posing2 seluruh restoran.
Buat2 rajin sikit takpe kan.


Apa-apa pun ahad tu memang best lagi menyeronokkan.
Bila gang Fikah nak buat perjumpaan?
Jawab Fikah, jawab..
Tenkiu banyak2 Tetty sebab clearkan bil ahad tu.
Laju je kau mintak bil kan.
Senyap2 kau bayar.
Terima kasih banyak2 yer.

Saaaayang korang semua!


Tata!