CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, May 26, 2011

Satay Station

Ptg semalam cakap nak makan aiskrim.
Cubaan memujuk.
Siap2 lebih kurang jelah sebab nak g makan aiskrim je kan.. Btpe ber'skinny' bagai.
Makan aiskrim haruslah area berhampiran, tak payah Baskin Robbins. Rasa sama je.
Kecuali la tekak ni menggatal mintak gak Baskin sebab tetiba aiskrim murah2 ni jadi tak sedap semuanya.

Excited aku nak makan cornetto. Dalam kepala otak dah terbayang dah nak amek perasa stroberi.
Pastu orang yang patut pujuk aku dengan membelikan aku aiskrim dapat panggilan.

apa? satay station? kat ampang? kau kat situ ke? dengan sape? okay2. aku datang.
Simpan henfon dalam poket pastu toleh belakang pandang aku
boleh?
Boleh la. Dah lapar okay.. Dia pun dah setuju dengan kawan dia. Takkan tetiba aku nak merenggek cakap takmau,takmau,takmau.. nak aiskrim gak.
Tak reti lak aku nak buat cenggitu. Janji kawan dia tengah tggu kat tempat makan. Kalau kawan dia tnggu kat kedai basikal memang aku g makan sorang.

Nasib baik si besha tu laju.
Petik je nak  ke mana kan.
Tak pk banyak dah.
Aiskrim aku pun terus tinggal.

Dah nama pun Satay Station, wajiblah aku kena order satay.
En Gaban boleh pulak nak mintak nasik okay.
Kawan baik En Gaban sekampung dah tggu kat situ dengan girlfren dia.
Dah nak habis minum pun.
Diorg tak makan pulak.
Kitorg lapar nih.. Tanya nak makan apa diorg takmau.. Segan la nak makan berdua, yang dua lagi tak makan kan. Aku order satay lebih untuk diorg sekali.
Tapi tetap diorg tak makan. Huhuhuhu..
Malunya nak makan depan orang.. Haha
Aku tau En Gaban lapar. Dia makan dulu. Aku taktau nak amek satay tu mcm mana sebab malu. Boleh kan aku mcm tu. Mengong.
Nasib baik la kawan En Gaban nama En Naim dengan buah hati dia nama Cik Azian tu layan borak takde la malu sangat nak makan.
Disebabkan diorg sama bahasa, aku sorang je orang KL.. Aku layan jelah satay sambil dengar diorg borak2.
Nak menyampuk kang tak reti cakap pulak.. Hahaha
Paksa diorg suh makan satay tetap takmau.

Satay Station tu cantik, besar, kemas, bersih sama mcm Satay Kajang Hj Samuri.
Kira cetusan idea yang lebih kurang sama la jugak.
Satay dia siyes gemuk. Eh, silap.. Besha.. Besha okay.. Kuah dia paling sedap bagi aku. Bagi aku jela..
Aku memang makan satay daging je. En Gaban wajib satay ayam. Senang.
Tak payah nak berebut. Hahaha


Abg motor dua org tu sweet kan? Erk!


Atas dulang klasik ( aku taktau nama dia apa huhu )



Pastu mcm biasa la kan.. Gedik2 sikit suh En Gaban snap pic aku..

Orang malu2 kucing nak makan. Tapi habis gak.

Tengah2 makan tetiba dengar bunyik muzik. Muzik melayu asli.
Okay, aku suka gila kalau dengar lagu mcm tu. Tak tau la nape. Tapi aku memang takleh dengar muzik mcm tu. En Gaban dah sengih2 tgk aku.
dia bukan boleh ni.. kang berzapin pulak..
Hampeh. Malu aku kat En Naim dan Cik Azian.

Tetiba dengar ada orang nyanyi. Ingatkan radio je. Tapi apasal mcm karoke.
Takkan la ada karoke pulak kat situ.
At last ternampak ada group orangorang lama tgh main alat muzik.
Ada sorg makcik tgh nyanyi.
Makcik ke?


Walaupun makcik dgn pakcik, memalam diorg buat aktiviti klasik mcm ni okay.
Gigih diorg nak tunjuk kat orang tentang seni melayu asli.
Korang boleh nyanyi lagu asli?
Aku pun takleh.. Huhuhuhuhu

next time kita datang sini,kita duduk kat meja paling depan tu eh..paling depan tau. tata nak tgk dekat2.
En Gaban menyokong seratus peratus niat aku. Sebab dia tau aku memang gila lagu2 mcm tu.
Walaupun tak dapat makan aiskrim, tapi puas hati dpt makan satay gemuk sambil layan lagu lama.
Satay 20cucuk kami makan tu harga rm18 okay.
Lagi mahal dari Satay Kajang.
Nasib baik satay tu gemuk.
Kuah sedap. Kalau tak aku sambung merajuk lagi. Boleh tuntut aiskrim.



Tata!

2 comments:

mmuah! mmuah!