Assalamualaikum
Sabtu baru2 ni abang Ifah kawen.. Bukan Ifah okay.. Aku dengan rasa rendah hatinya menghadirkan diri. Padahal dah janji dengan Ifah nak datang awal, nak tolong2 apa patut. A'ah.. Balik dari tengok wayang tido pun lambat, mana nak bangun pagi dah. Kul 11 baru sampai rumah Ifah. Tak guna punya kawan kan.. Hahaha.. Rumah dekat, tapi 2jam baru sampai. Salahkan Leha sebab dia bersiap lambat.
Sesampai je kat rumah Ifah carik Ifah dulu. Mesti la carik dia, macam dia pengantin lak kan.. Hohoho.. Nasib baik takde apa yang perlu dibuat kecuali buat2 sibuk sahaja.. Kumpulan marhaban datang kul 11 lebih.. Sementara nak tunggu diorg datang kitorang rasmikan pelamin dulu.
Maaflah Ifah, aku terrtinggi lak dari kau.. Hahaha
Diorg ni haruslah bajet ayu.. Hehe!
Kan?
Bila makcik2 marhaban sampai kelam kabut lari naik atas rumah.
Patutnya kena pakai baju pink. Tapi Leha pakai baju hijau. Kan dah sama dengan kumpulan marhaban. Cayalah kau.. Ketua kumpulan kan?
Lepas dah penat mengaji sambil duduk, makcik2 ni berdiri la pulak. Pastu kelam kabut Ifah suruh kitorang amek souvenir untuk makcik2 marhaban tu. Ingatkan bagi je.. Rupanya kena bt pusingan lak dalam kumpulan tu. Ohh okay.. Aku teringat zaman kecik2 dulu.. Kalau makcik2 aku kawen wajib ada kumpulan marhaban sebab nenek aku ahli kumpulan marhaban. Jadi pengantin kena la bagi bunga telur + souvenir utk makcik2 marhaban. Kalau ada baby leh buat majlis cukur jambul sekali. Time tu aku wajib la menggedik sekali. Pegang bakul souvenir. Nama je kecik. Nak jugak menyemak. Sambil buat pusingan sambil dengar makcik2 tu ngaji. Nasib baik takde Mawi kan.. Tetiba sabtu lepas dapat gak merasa lagi sekali.. Teringat zaman kecik2. Rindunyaaa..
Leha tukang bagi bunga telur ( patut tugas ni pengantin perempuan yang buat ) tp disebabkan pengantin perempuan takde, tak pasal2 makcik2 tu ingat Leha ni pengantinnya. Ifah, Leha nak potong Q kau.
Cik Ani tudung biru tu penat explain kat makcik2 marhabah ' ni bukan pengantin.. bukann..'
Ada mcm pengantin ke? Kau tak payah nak suka sgt eh..
Dah settle bagi sorvenir, kitorg gelak ramai2 pasal Leha.. Aku tau kau suka kan Leha? Hahaha.. Pastu Leha cakap 'ayah nak ada majlis marhaban kalau kau kawen nanti' Eh? Yeke?
Pastu menyemak kat bilik pengantin lak..
Eh, eh?
Dah lapar.. Jom makan..
Lauk dia sedap okay.. Kerabu mangga!
Silat pun ada.. Yelah, abg Ifah kan ahli silat sejati.. Sama la dengan Ifah pun..
Budak kecik ni main2 lak nak salam.. Malu ai.. Kata pengantin perempuan..
Bapak pengantin a.k.a Ayah Ifah
Nampak tak muka orang suka hati?
Bersama dengan Cik Ani Kaki Menyelit Dalam Gambar Aku
Cik Ani Kaki Menyelit Dalam Gambar Aku lagi sekali
Kek pengantin. Simple je. Tapi apahal aku rasa mcm cantik sgt eh? Sebab pink kott..
G.E.R.A.M !!
Makcik Leha. Ataupun bakal mak ngah tahun depan? Haaaa?!!
Dah marhaban, dah makan, dah gedik2, dah makan cendol.. Boleh lak cakap bosan kan.. Cakap la penat makan.. Tayang jari kaki yang gemuk boleh?
Ada.. Ketemu lagi kita.. Baru la aku tgk ko waras sikit nak banding dengan Party Bujang Yang Sopan aritu.. Hahaha
Aku tau korang pening tengok entri aku ni sebab Jambu sangat kan.. Nak buat mcm mana.. Pink itu gadis. Korang tengok Jambu kat Maharajalawak lagi la pening. Pink memancor bak kata En Gaban. Aku rasa takmau balik.. Sebab aku rasa mcm kat syurga sangat bila dunia aku berkaler pink. Aduhaiii..
Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)
Tata!
No comments:
Post a Comment
mmuah! mmuah!