CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, January 19, 2012

5th A N N I V E R S A R Y

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Tak tau nak mulakan entry macam mana.. Okay lah, kita mulakan dengan perasaan la eh.

Perasaan aku sekarang ni takde la excited gila vavi. Biasa-biasa je. Aku rasa lebih baik aku excited celebrate anniversary perkahwinan kannn? Disebabkan aku belum berkahwin, tak dapat la aku nak celebrate anniversary perkahwinan. Perasaan bangga langsung takde okay, korang jangan cakap aku meroyan sangat nak celebrate. Kitorang tak pernah pun celebrate kat kelab ke, tepi jalan ke.. Tak. Kitorang celebrate dalam hati je. Lebih-lebih pun kitorang g makan kat tempat yang kitorang suka dan makan makanan yang kitorang suka. Hadiah mahal-mahal semua takde. Again, sepanjang aku dengan dia.. Belum pernah ada hadiah mahal-mahal untuk anniversary. Its okay. Bukan hadiah yang aku tunggu. Kalau dia bagi aku amek, kalau takde cukup dia remind aku tiap-tiap tahun pun aku dah seronok sangat2.

Macam hari ni, serius aku lupa semula. Padahal dah ingat kan aritu? Pagi-pagi ni aku tak ingat langsung. Bila dapat email dari En Gaban baru tersedar. Lepas tu buat2 tak bersalah. Terus cerita pasal anak buah gegurl dia tu. Ianya hanya lah 'hari' yang bermakna. Tak lebih dari itu. Cara kita celebrate pun jangan la sampai menyimpang jauh.. Jangan la ada kiss-kiss, terlebih mesra apa semua tu dengan alasan meraikan hari penting. Jangan okeh!

Happy of kos happy. Secara jujurnya bila aku setuju nak berkapel macam kapal selam 5 tahun dulu, aku tak terfikir pun aku akan sampai ke tahap ini dengan dia. Dalam kepala otak aku time tu 'ala,aku target 2 minggu je aku kapel dgn dia ni' lepas tu buat bodoh selamber badak masuk kelas. 6 bulan ke 7 bulan berkapal baru aku betul2 sayangkan dia. Okay, aku hampeh. Dekat setahun berkapal selam baru aku cintakan dia. Dulik apa aku. Dah aku memang macam ni. Bapak keras okeh hati dan kepala. That time bila bergaduh baru menangis2. Sebelum tu? 'kesah pulak aku?' Muahahahahaha..

Aku tak pernah jangka selama ini aku habiskan masa bujang aku dengan dia. Aku macam kakak kepada dia. Dia memang macam adik. Sebab tu kitorang takde hal nak lepak di mana-mana dan buat apa saja dengan member2. Sebab takde istilah manja2, cintan cintun bila melepak. Nak cintan cintun dalam SMS sahaja. Hahahaha kantoi!!

Sepanjang aku ada blog, ni anniversary kami yang kedua aku publish secara open. Sebelum ni 4th anniversary. Rasa macam nak delete je entry poyo tu. Aku sendiri nak muntah bila baca. Muahahaha! Hopefully takde la 6th anniversary dah. Nak wedding anniversary la pulakkkk.. Hikhikhik!

Adanya 5th anniversary ni pun sebab dia. Sabar dia rasanya aku sendiri tak mampu nak ikut. Aku tak penyabar. Tapi dia terrrrlebih la pulak. Kalau ikutkan aku memang meroyan 24jam. Memang tak la 5th anniversary. Hahaha.. Tenkiu ya En Gaban. Harap2 sampai ke akhir hayat anda tetap bersabar dengan saya eh.. Saya ni memang merbahaya sikit tapi dalam hati ada taman negara tauuuu..






Untuk En Gaban

 mungkin ini anniversary kapel selam kita yang terakhir. (gila aku sedih lakkk! hampeh!!) Terima kasih yang teramat sangat kerana anda terlalu banyak bersabar dengan wanita seperti saya. Kerana kesabaran anda, kita sampai di sini. Teruskan kesabaran anda ya. Sebab perjalanan kita yang sebenar bakal bermula tak lama lagi. Panjang lagi perjalanan kita. Semoga segala2 baik-baik sahaja.
Amin.






Cinta kamu,
Tata :)


thanks korang!



Love,
Tata!



2 comments:

  1. :) aku nampak mcam ayam tu tenggek ats cc korg je hahah... Anyway, semoga berkekalan smpai akhir hayat & mulakan kehidupan sebenar selepas korg kawin nnt huraayyy!!! tak saborr :)

    ReplyDelete
  2. yayyyy..aku pun tak sabar..aku tau ko xsabar sbb apa..ko nk over shadow dr aku kannnn..hahaha

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!