CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, April 27, 2012

Ring! Ringgg! 199 days to go!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua







Sesungguhnya aku kena kejar masa dan menggunakan masa dengan sebaiknya. Fuh! Ni reminder pada hari rabu. Terkejut aku tengok reminder ni dekat email. Biar betik. Rasa macam lambat lagi je. Huhuhuhu. 199 hari sahaja lagi. Tolak Isnin sampai Jumaat tinggal apa je? Pitam! Nak tak nak tiap kali cuti kena jadi robot dengan kelajuan maksimum lah nampaknya. Rilex saila rilex.. Huhuhu.

So semalam ada masa sikit (padahal dah nak muntah buat kerja, so aku bermalas-malasan sikit semalam) aku pun buat checklist secara proper. Takde main tulis-tulis dekat buku nota dah. Sikit-sikit tulis baru. Sikit-sikit tulis baru. Lepas tu selekeh sebab banyak conteng. Menyampah.

Checklist aku tak lah canggih macam checklist B2B yang lain. Aku takde masa nak buat se'grand' itu dan aku malas nak godek-godek segala mak nenek software yang ada. Okay, pemalas. Aku punya checklist guna Excell sahaja. Aku buat sesimple macam orang malas (hakikatnya aku buat dekat ofis. jadi takleh la fokus sangat nak buat elok2). Okay, pemalas again. Asalkan aku faham dan aku tau mana yang sudah mana yang belum okay la tu kan?

Saja je nak tunjuk checklist aku yang sumpah simple gila macam budak baru belajar Excell. Tapi aku suka. Sebab aku faham. Hikhikhik.














Motif ada tandatangan dan tarikh? Tandatangan tu motif gatal. Tarikh tu sebagai penunjuk bila checklist tu di update / amend. Maksud aku checklist ni akan sentiasa berubah ikut keadaan kan. Mungkin ada penambahan atau pengurangan. So setiap kali aku buat perubahan, aku akan edit dan print baru. Lepas tu sign dan tarikh. Lepas tu masuk dalam file supaya tak hilang atau bersepah, koyak, kotor, comot blablabla. Pasal file aku cerita lepas ni k.





Akan jadi macam di atas. So bila masuk dalam file aku boleh tau tarikh checklist terbaru di print setelah di ubah. Macam pening je ayat aku ni. Huhuhu.

Kalau korang perasan checklist aku memang takde apa kan? Takde la macam orang lain banyak gila checklist dia. Sebab aku pun buat majlis kecil-kecilan sahaja. Simple. Mungkin tak macam majlis yang lain. Simple. Kecil-kecilan. Biasa-biasa saja. Itu yang aku nak. Dan, alhamdulillah majlis tu adalah sesimple macam yang aku rancang. :)

Okay lah, nanti aku sambung pasal fail pulak eh. Aku nak masuk meeting kejap. Lepas tu aku update lagi eh. (macam ada orang nak tau). Hehehehe.



thanks korang!




Love,
Tata!








Wednesday, April 25, 2012

Semalam di sebelah KLCC

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Oh! Rindu dengan blog dan blogger semua!


Semalam banyak entry korang yang aku nak komen tapi last-last terpaksa close tab sebab banyak hal dan terpaksa berlari ke KL. Okay, bukan lari. Berlari untuk dapatkan kereta dan lepas tu pecut ke KL.


Kali ni pasal delegasi dari Hong Kong pulak. Haritu delegasi Brunei tak dapat la bersenang lenang duduk dalam bilik hotel. Berlegar-legar dekat lobby jela. Tapi Brunei always the best ever!




Relaxing. (serabai sebab tgh layan mata)
Baju tu jugak standby kat lobby sampai ke malam. Haha.







Waktu maghrib memang sedap tido.
Cannot. Cannot.







Pukul 9.30 malam baru dapat makan.
Sepanjang hari tak makan.
sobsobsob
Makan pun kat food court KLCC je. Tu pun dah nak closing.
But still makan dengan penuh kenikmatan. kehkeh!










Pastri paling sedap in the world. Boleh?
Repeat for second round hanya for this pastri. Over.



Jangan terpedaya eh. Sarapan pagi bukan 2 jenis sahaja. Ada lagi 2 jenis aku makan. Tapi tak snap sebab tengah layan. T____T


kaki-lenguh-gila
sape boleh urut-urut kaki?




thanks korang!





Love,
Tata!


Monday, April 23, 2012

Birthday Kami - entry lewat :(

Assalamualaikum
dan
Salam Sejahtera Semua





Quick update!

Selamat petang Isnin. Serius! Pagi tadi memang lemau gila. Otak macam lembab. Macam banyak gila makan semut. Tapi bila kena masuk bilik Tan Sri lepas lunch baru tau nak celik bijik mata nak running selaju-lajunya kepala otak ni. Padan muka kau otak. Malas lagi. So, sementara ada masa sebelum nak kena pergi ke PM's Office pukul 5 petang ni jejari gemoks sibuk nak update. Quick! Qiuck! Quick!


Minggu lepas 13 dan 14 April 2012 kan birthday aku dengan En Gaban.. Wink! Wink! Disebabkan kami sibuk melampau (melampau apanya. takat attend wedding dengan settlekan hal galaxy tab je kot. POYO), jadi ibu aku arrange kan dinner untuk kami berdua. Happy gila! Dinner dengan family aku, dua orang kawan baik ayah aku dan En Gaban.


Leha



Four of us
sila abaikan si dahi luas





Saila & Salihah
shine! yaww!!








Miza, Ibu & En Gaban











Birthday Boy and Birthday Girl
13 and 14 April
E   V   E   R   Y         Y   E   A   R

En Gaban - 13 April
Cik Saila - 14 April
Our children - 15, 16, 17, 18, 19 April (different year lorrr)
hikhikhikhikhik!!







thanks korang!




Love,
Tata!

Thursday, April 19, 2012

Panda Eyes

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Rajin pulak meng'update' blog sehari dua ni kan? Sebab kerja aku beberapa hari ni kena siapkan dokumen. So duduk jelah ngadap PC sampai lebam. Kejap-kejap aku BW korang punya blog. Asyik refresh dashbord je.. Korang update la banyak2 arini. Haha. Boleh tak?

Cakap pasal panda eyes ni memang sedih kan? Aku bukan la obses sangat dengan kecantikan. Teruk? Okay. Lantak la. Tapi bila tenung-tenung cermin dah nampak macam bawah mata gelap sikit mula la susah hati. Dah kata 'dari mata turun ke hati'. Ececehh. Gila tak susah hati? Nampak orang lain ingat aku hantu cemana? Wah kejam sama kan mata lebam dengan hantu. Eh! tapi tak hardworking la kalau mata tak lebam beb? *nak sedap kan hati la tu*

Tapi serius, hari selasa aku tidur pukul 2 pagi. Lepas tu wajib bangun pukul 5.30 pagi. Lepas tu perut buat hal. Biasa la.. Aku tak boleh tidur lewat dari pukul 12. Sebab? Nanti lapar macam hantu kelaparan. Ceh! Jadinya terlajak. Pukul 2.30 pagi baru aku terlelap. Itupun lepas aku pujuk perut aku 'esok kita sarapan gila-gila eh'. Hampeh betul.

Dan kemudian terus merenung PC macam nak masuk dalam PC. Mana tak lebam kan? Tapi okay what. Hardworking kot.

Tetiba baru teringat timun dan tea bag. Dulu rajin la buat sebab tiap-tiap hari berjaga malam untuk study tengok DVD. Study. Tapi play DVD kat laptop. Alaa.. Perkara biasa budak-budak U kan?kan?kan? Pastu gigih la tampal tea bag kat mata. Pastu roomate aku cakap aku obses sangat. Mana ada. Mana ada. Mana ada. Benci.

Balik kerja ni nak selongkar peti air kalau-kalau ada timun ke tidak. Kalau takde guna jelah tea bag. Buat teh panas satu jug pastu paksa semua orang minum. Yang penting aku dapat tea bag. Tapi guna timun lagi nikmat. Dapatkan jugak.

Dulu En Gaban selalu ngutuk aku. Katanya mata aku lebam. Padahal takde. (yeke). Sekarang ni dia tak ngutuk lak. Oh! Lupa. Baru-baru ni dia cakap dia macam rabun. Patut la dia tak kutuk aku.

Tolong jangan cop aku obses dengan kecantikan segala tu eh.. Timun dengan tea bag je kot. Please, please, please.. Katakan saja entry ni petua orang muda-muda seperti aku. kehkehkeh!





thanks korang!




Love,
Tata!






Wednesday, April 18, 2012

katering OH katering!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Semalam, semalam lagi dan hari ini sangat bingung memikirkan katering. Haihh. Setakat ini aku berminat dengan dua buah katering. Katering S paling aku berkenan. Tapi komitmen dia untuk menghantar quotation sangat lah lembab. Quotation je kottt. Apakah yang lembab sangat. Dia pesan supaya aku remind dia kalau dia tak email quotation petang Isnin. Done. Aku dah remind. Tapi still takde apa-apa. Pagi Selasa aku remind lagi. Dia reply 'ok'. Okay bermaksud dia akan buat lah kan? Betul kan? Tapi sampai ke hari ini masih tiada apa-apa email berbentuk quotation diberikan. Kecewa.

Katering K pulak bersungguh-sungguh nauzubillah. Sampai aku pulak naik rimas. Call aku time aku sedang meeting atau sedang berbual kosong dengan Encik Boss atau rakan sewajat tentang hal-hal negara. Bila aku tak jawab dia call Ibu aku pulak. Hampeh. Bukan taknak, tapi aku lebih berminat dengan katering S. Katering K pilihan kedua. Okay, yang ini aku rimas.

Actually katering S dah lama bertangguh soal quotation dengan aku. Memang dia ada hantar quotation kat aku sebelum ni tapi kali ni aku nak buat penambahan pada beberapa benda. Taknak duit ke? Takkan aku nak remind lagi. Kalau aku jadi orang tu mesti la aku rimas. Dan aku sedang memikirkan sekiranya dia rimas. Aku masih risaukan hati dia lagi ni. Hati aku? Huhuhuhuhu.

Akhirnya tengahari tadi masa tengah lunch aku sms En Gaban. Ini memang tabiat aku. Selagi aku boleh hadap memang aku telan sorang-sorang. Bila dah tak boleh baru aku cari sesiapa untuk bagi pandangan atau apa saja.

Aku : Bi, ada problem dengan katering la.. Sedih la..
Dia  : Nape? Nape?
Aku : Sedih la bi.. Tata nak katering S, tapi orang tu tak bagi2 quotation. Ta risau nanti full. Mcm mana ni bi..
Dia  : Bkn tata dah amek katering K?
Aku : Tp item dia sama je.. Cuma meja je lebih. Cane eh? Ta dah buntu ni..
Dia  : Ta tanya semula S tu lagi sekali. Kalau dia tak faham bahasa gak, cancel je..
Aku : Dah, ta dah call dia, dia suruh ta remind dia. Ta dah remind tp still senyap. Kali kedua ta remind dia cakap ok. Tp still takde pape.. Sedih la by..
Dia  : Cuba kali ke-3 lak cane. Ke nak kena bi azan kat telinga katering tu?

Ni yang malas ni. Takkan nak azan-azan pulak kan.. Sabar jelah En Gaban ni. Sabar jelahhh.. Huhuhuhu. Akhirnya perbualan kami terputus di situ memandangkan aku ada kerja yang perlu diselesaikan. Aku tak pasti sama ada En Gaban serius atau niat nak bergurau-gurau manja dengan aku di tengahari buta.

Jadi sekarang ni nak aku remind untuk kali ketiga atau tidak? Dia tak rimas ke kalau orang asyik remind dia berkali-kali eh? Kalau aku, memang aku terasa seperti aku sangat tidak berdaya saing okay.

Remind ke tidak? Remind ke tidak? Remind ke remind? :'(





thanks korang!



Love,
Tata!





Wordless Wednesday : I need to rest my tired and overworked mind.

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua






















thanks korang!



Love,
Tata!




Tuesday, April 17, 2012

Cuba teka apa yang Johnny TENUNG tu?

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Selamat pagi untuk semua readers dan followers kesayangan!

Pagi ni jom main teka-teka nak? Sekarang baru pukul 7.45pagi. Masih malas dan rindukan bantal bushuk. Jadinya jom teka apa yang Johnny tenunggggg tu.































agak-agak boleh teka tak Johnny tenung apa tu?
tenung ada makna okehhh..
dengan harapan boleh dijadikan barang permainan dia..
ceh!
































nak tau?










































Hehehehehehehehe..






















mengantuk sudah. kehkehkeh.
Lama sangat nak dapat riben tu.
Terlelap okay tunggu aku balut hadiah.
Agak-agak kenal tak hadiah siapa tu?








sorry eh kak wan, Johnny berkenan dengan riben tu. HUHUHU.
nakal okeh budak joni joko nih.


eh! korang semua berjaya meneka dengan tepat la.
yeahhhh! tahniah-tahniah.






thanks korang!




Love,
Tata!




Monday, April 16, 2012

A Wedding on my Birthday

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai readers and followers!


14 April 2012 adalah birthday aku yang ke-26. Ada orang berahsia sangat dengan angka umur mereka, tapi tidak bagi aku. Angka pasti bertambah. Admit and accept. Takde hal lah. Give me any number. Terima jelah diri sendiri semakin dewasa. Hikhik.

Entry lepas ada sebut pasal wedding kak wan pada 14 April 2012 bersamaan dengan birthday aku kan? Aku dengan excited nya tak sabar2 nak attend wedding dia. Excited lebih dari pengantin. Haha. Disebabkan terrrlebih excited, aku just snap picha guna handphone Sony kesayangan aku sahaja. Dslr lupa terus sebab dia di dalam laci. Hampeh. Maaf kalau kualiti gambar memang sampah. Blame me!




Part ni aku gedik lebih nak sign dekat guest book. Apakah? En Gaban dan kengkawan dia sibuk bersalam dengan tuan rumah, aku boleh fokus je dekat guest book ni. HAHA. Over kan? kehkehkeh. Nampak tak muka over happy tu? Nampak tak?











Hadiah dari kami, En Gaban apek jual ikan dan Cik Saila. Lauk dia sangat,sangat,sangat sedap. Kalau tengok chef dia sebijik macam chef pizza itali tau.. Macam chef dalam game kat lappy aku pun ada. Hikhikhik. Comel! Perasan tak? En Gaban semakin mok. Ada kawan dia wish birthday kat FB dia cakap macam ni 'Happy Birthday Gemok, Happy Birthday Gemok, Happy Birthday En Gaban, Happy Birthday Gemok'. Aku suka gilaaaaaaaaaa!




Ni lah catering nya. Aku dah search kat internet. Kalau berminat boleh la try. Rasa dia memang sedap. Aku dah ada pilihan catering dah, simple je. Tak secantik majlis kak wan :) Comel kan chef dia?








Kek dia cantik sangat, tapi pedang dia paling penting okehh. Kak wan, if you read this entry, you can see yourself in the picha!! You are so,soo,sooo cute and beautiful. Saya suka veil akak!




Super cute jar!! Sekarang trend balang comel-comel dan ber'riben'. Since paper bag yang diberikan oleh tuan rumah selalunya dibuang begitu saja, this simple door gift dah memadai. Pegang dan pulang. Tak berat pun. Sometimes kita terlalu detail sampai membazir. Same goes with me, takde paper bag ya sayangs. Go Green dan berjimat cermat. Wink! Wink! Biskut bakar yang sedap.

So settle majlis pada birthday En Gaban dan aku. Seronok sangat tengok diorang dah settle hal kawen. Settle review wedding kak wan menggunakan henfon cap Sony. Okbai!



thanks korang!



Love,
Tata!

Friday, April 13, 2012

DIY : Blue Crepe Paper

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua










Malam tadi sempat snap bunga tisu yang dah siap beberapa kuntum beberapa hari yang lepas. Untuk mata sendiri, dah puas hati sangat-sangat dah. Cuma warna biru ni aku guna untuk backdrop atau hiasan semasa resepsi nanti. Insyaallah. Tapi warna untuk hantaran belum decide lagi. Kuning sudah pasti. Lagi satu side hantaran tak sure lagi nak pilih warna apa.

Kalau korang perasan, ada dua warna yang berbeza kan? Biru laut dan turqouise. Satu lagi warna aqua belum buat lagi. Sorry, warna lari sikit dari yang asal. Huhuhuhu.






Satu crepe paper rm0.60 boleh dapat dalam 7-8 kuntum untuk saiz sederhana. Murah kan bajet dia. Takde la membazir sangat. Untuk majlis sehari dua sahaja, tak kan nak spend belasan ribu ringgit. Not for me.




three different colours for my reception day :)
combination!


jom diy!




thanks korang!




Love,
Tata!

Birthday Dia

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Quick update selepas meeting.


Hari ini ulang tahun kelahiran En Gaban yang ke-26. Oppss.. Terbagitahu pulak umur dia. Terbocor rahsia yang dia sudah TUA. kehkeh.

Wish birthday malam tadi macam biasa. Cuma bagi aku intonasinya macam lain sikit. Lebih matang mungkin. Lebih serius mungkin. Ntah. Tapi takde apa yang beza. Cuma rasa-rasanya macam baru je wish birthday tahun lepas punya. Erk?

Harini jugak ada tarikh penting yang buat aku sangat-sangat terharu. Kak Wan Suhaini, ofismate En Gaban nikah. Tak tahu nak explain macam mana. Aku yang excited lebih. Ada jugak niat nak bernikah pada tarikh 13 April 2012, tapi masa dan ruang tidak mengizinkan. Takpe lah. Rezeki kak wan, dapat nikah hari ini dan bersanding hari esok. Okay, esok juga hari penting bagi aku dan En Gaban setiap tahun.

Tahun ini tahun yang ke-6 kami celebrate birthday sama-sama. Harapan agar tahun depan celebration kami berbeza sebab dah bertukar status. No limit! Yayyyy!

Untuk kak wan, selamat mengira saat untuk menjadi isteri. Tears. T___T
Untuk En Gaban, selamat ulang tahun kelahiran sayang. You never change. You are my Cinta Hati Saya.



*bagi chance ek? hiks!







thanks korang!



Love,
Tata!




Thursday, April 12, 2012

Berita gembira

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Morning!

Amaran keras : entry ini sangat panjang. sila sediakan makanan ringan. kehkehkeh.

Semalam dapat cuti walaupun sehari tapi sangat-sangat bermakna untuk diri sendiri. Ceh! Ayat tak boleh pergi. Hikhik.

Semalam sepanjang hari meng'settle'kan atau menyelesaikan beberapa perkara. Empat pun dikira sebagai beberapa jugak kan?kan?kan?

1. Bunga Tisu
2. Souvenir
3. Rumah
4. Make up untuk Nikah dan Resepsi

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Okay, kita cakap eh! aku cakap pasal bunga tisu dulu eh. Bercakap pasal bunga tisu ni aku dah lama terniat nak buat sesuatu dari bunga tisu atau crepe paper. Puncanya adalah dia murah rm0.60 sekeping dan dia lembut. Jadinya cuti semalam dapat la buat beberapa kuntum bunga hasil dari bunga tisu yang aku beli dari kedai bunga. Tapi maaf, lupa nak snap picha. Esok kan masih ada. Haha. First try perfect! Puas hati bukan kepalang lagi. Terus confirm nak jadikan bunga tisu sebagai hiasan di hantaran dan beberapa tempat lain.

Alasan kenapa bunga tisu? Sebab murah dan tak terkilan kalau dibuang selepas majlis. Kalau guna artificial flowers nanti dan takleh guna lepas buat hiasan dekat dulang hantaran. Nak guna fresh flowers rasanya diri ini tidak begitu komited nak buat last minute hiasan hantaran. Huhu. Yelah, fresh flowers ni kena tabah dan sabar. Cik Saila tak sabar okeh. Sekian. Jadinya bunga tisu menjadi pilihan hati. Yayy. Tak kisah lah orang nak kata apa. Sobs.

Semalam ambil kesempatan pergi beli souvenir untuk family sebelah En Gaban. Ahad lepas pergi survey je. Ingat nak tengok-tengok dulu. Tapi terus jatuh cinta. Wink! Wink! So semalam pergi beli dengan ibu dan Leha. Lepas tu ter'over' shopping. Waduh! Takpe, sekali sekala. Lagi pun untuk kegunaan rumah jugak. Hiks!

















 *sila cuci tahi mata*


Beza-beza harga. Tengok kotak je dah boleh agak kan?kan?kan? Kalau dah kotak bulat kaler merah tu pitam la pulak. Eh, tapi apa salahnya untuk family En Gaban. Bukan selalu. Mereka pun bakal pakcik dan makcik aku jugak kan. Tapi pemilihan semalam bukan di antara yang di atas. Syyyy..rahsiaaa. Geli tak? Tapi paling keji picha yang second last tu aku beli untuk diri sendiri. Kejam tak? Selalu tau macam tu. Beli untuk orang lain tapi harus beli untuk diri sendiri juga. Hikhik.

Rumah? Pencarian telah berakhir. Beberapa hari lepas aku dah apply rumah sewa dekat Percint 11 Putrajaya. Tapi tak sangka, semalam jumpa rumah yang amat-amat kami berpuas hati. Dari aspek dalam dan luar rumah sangat berpuas hati. Alhamdulillah. Itu je kata-kata yang termampu diluahkan. Harap-harap semuanya okay dan akan sentiasa berpuas hati sampai bila-bila. Cerita pasal rumah nanti lah eh, tunggu dah dapat kunci baru cerita. Mood? Bapak teruja nak masuk rumah sendiri. Over, over, over.

Hal make up pulak sabtu ni baru nak tempah. Semalam pergi intai-intai harga. Harga biasa-biasa la, tak mahal sangat dan mustahil nak dapat yang murah-murah kan. Dengan harga yang aku dapat aku rasa okay lah. Aku pun tak berharap boleh bertukar menjadi semanis Lisa Surihani. Cukup orang tak nampak jerawat tegar kat muka ni dah la. Haha. Make up bukan benda penting sangat bagi aku. Bagi aku okeh. Bagi orang lain yup penting. Its okay. Asal cantik, kemas, tutup jerawat okay dah bagi aku. Huhuhu. Semalam tengok contoh dekat album En Gaban dah tegur pasal fake eyelash yang model tu pakai. Kamu tak suka, saya lagi la tak suka. HUHUHU. Dont worry, i won't wear it. Less is more. Sabtu book! Jangan lengah-lengah.

Ada jugak yang bertanya majlisnya bila, bila aku cakap insyaallah on November ramai yang cakap awal gila aku beli itu beli ini buat itu buat ini. Masalahnya kekangan masa yang tak menentu memaksa aku capai/beli/confirm/ambil dan seangkatan dengannya tanpa berlengah. Huhuhuhu. Kalau lengah-lengah nanti buatnya hujung tahun ni kerja aku pack, mati aku nanti. Lagi satu aku ni jenis tak menyabar (sabar). Asal nampak, asal dah berkenan terus beli/book. Dah nak buat macam mana.

Okay lah, nanti kita sambung lagi eh. Kerja dan bertimpa-timpa semula. Settle kerja dulu baru boleh mengarut ya. Muax!





thanks korang!



Love,
Tata!




Friday, April 6, 2012

Jangan Marah Haaa ;)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Rindunya korang semua :)

Serius, since korang-korang yang memang rajin meninggalkan komen dekat entry Little Rabby walaupun entry entah hape-hape memang buat selalu rindu dengan korang. Ini serius okay :) Beberapa hari ni memang aku tak dapat nak update, nak jengah atau apa pun. Just tengok dari dashboard sahaja. Nak bukak lebih-lebih dah kena panggil dengan En Boss. Terus terbantut. Hehe!

Banyak sebenarnya nak update. Lagi-lagi info yang boleh di'share'. Tapi mood macam ke Laut Sumatera je. Harini jejari tak berapa runcing sebab jari gemuks (jadinya jejari gemuks) HAHA macam ringan pulak nak menaip.



First : Kursus Kahwin

Aku dengan En Gaban sudah berjaya memperolehi Sijil Perkahwinan. Yayy! (cerita dah basi). Dah lama dah dapat. Tapi pagi tadi sebelum g kerja terpandang Wedding File (WF) so ternampak la sijil tu. Sedih tak? Hikhik. Berbangga bila ada dua Sijil Perkahwinan. Satu dari JAWI, satu dari MAIK. Wink! Wink! En Gaban ada satu je. Muahahaha.

Second : Katering

Setakat ni aku dah ada satu katering yang aku berminat. Tapi disebabkan ibu aku beriya-iya suruh try yang itu, try yang ini, terus pening kepala. Huhuhu. Tapi tak tau la kenapa aku still berkenan dengan katering S tu. Bagi aku yang penting makanan sedap, bersih dah cukup. Nak buat kenduri kena la bagi yang elok-elok kepada tetamu. Tak semestinya mahal. Yang penting elok pastu ikhlas.

Lepas tu bila aku bukak website katering S baru aku perasan dia ada garden chair. Wallahh! Terus call nak tanya harga satu kerusi berapa. Tapi yang ado.. dia tak tahu pulak. Boss je tahu. Takpe sabar2. Tak lari kerusi dikejar.


Third : DIY

Yang ni memang masalah paling hard core sekali. Kalau pakai rotan baru tersedar kot. Takleh nak pergi la mood malas ni. Veil nikah stuck. Baju resepsi langsung tak sentuh. Jap lagi aku pakai je baju kosong tu baru tau. Haha. Aku okay je. Ceh! Semuanya salah tugas-tugas di pejabat. Boleh? Suka hati je kan? Hikhik. Bila la nak rajin ni. Haihhh.

Jomlah layan picha gedik-gedik-geletis. Nak? Nak? Hehehe..









serupa tak? serupa tak?
okay korang dibenarkan muntah sekarang.
okbai!




Love,
Tata!

Wednesday, April 4, 2012

Serius tak faham. Haha!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Maaf ya kepada followers yang tinggalkan komen.. Tak sempat nak reply sebab sibuk sangat. Nak baca entry korang semua pun tak sempat. Tapi harini insyaallah aku blogwalking blog korang semua eh. Korang sangat ohsem! sebab sudi meninggalkan komen :)

Sebenarnya banyak sangat nak cakap/mengadu/mengumpat kat sini. Tapi bila klik je 'new post' terusterpadam semua niat. Kenapa eh? Okay abaikan.

Beberapa hari stress. Menangis tiap-tiap malam. Dah la En Gaban takde kat KL. Lagi la stress. Huhuhu. Semalam last. Penamatnya tetap stress. Meeting start pukul 5.45 petang. Exhausted sangat-sangat sebab sabtu OT. Beberapa hari sebelum tu memang dah stress dah. Penat tak tau nak gambarkan macam mana. Isnin dan Selasa hari penting. Nak pastikan bengkel perfect. Semuanya menggila. Haihh. Isnin En Gaban still takde kat KL. Sedih. Tapi semalam En Gaban dah ada dekat KL. Dalam meeting tak sabar-sabar nak pulang. Haha. Walaupun ketakutan tapi tetap gedik tak sabar-sabar nak balik dengan En Gaban. HAHA.

On the way balik dengan En Gaban semalam tetiba terfikir.. Semuanya takkan terjadi kalau adanya kerjasama dari semua pihak. Tak kira la kau besar ke, kau kecik ke. Kerjasama tak mengira apa pun status anda. Once kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berat bontot untuk bekerjasama, sorry la. Besar mana pun kau, you are nothing.

Kalau nak bercakap pasal hikmah, memang Allah itu Maha Bijaksana. DIA mengaturkan segala-galanya dengan sempurna. Sekarang baru tau dari hujung pangkal. Selama ni 'SYOK SENDIRI'. Tapi kesian dekat mereka-mereka yang banyak sangat-sangat membantu dan tak jemu-jemu join bengkel yang sama berulang kali. Korang sangat baik hati.

Kepada korang-korang yang baaaaaanyak sangat membantu, terima kasih yang tak terhingga ya! Kalau korang takde, i bet.. Takde satu pun yang bergerak.


entry ni mesti tak ramai yang faham. cuma mereka-mereka yang tahu dan lihat betapa tak cukup  tanah kami berkejaran sahaja yang faham. you know who you are.


thanks korang!




Love,
Tata!





Tuesday, April 3, 2012

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Masih dipejabat.
Baru habis meeting.
Perkataan yang sewajarnya untuk saat ini 'Ya Allah'

Semoga Allah permudahkan kerja-kerja kami.
Amin.