Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua
Sesungguhnya aku kena kejar masa dan menggunakan masa dengan sebaiknya. Fuh! Ni reminder pada hari rabu. Terkejut aku tengok reminder ni dekat email. Biar betik. Rasa macam lambat lagi je. Huhuhuhu. 199 hari sahaja lagi. Tolak Isnin sampai Jumaat tinggal apa je? Pitam! Nak tak nak tiap kali cuti kena jadi robot dengan kelajuan maksimum lah nampaknya. Rilex saila rilex.. Huhuhu.
So semalam ada masa sikit (padahal dah nak muntah buat kerja, so aku bermalas-malasan sikit semalam) aku pun buat checklist secara proper. Takde main tulis-tulis dekat buku nota dah. Sikit-sikit tulis baru. Sikit-sikit tulis baru. Lepas tu selekeh sebab banyak conteng. Menyampah.
Checklist aku tak lah canggih macam checklist B2B yang lain. Aku takde masa nak buat se'grand' itu dan aku malas nak godek-godek segala mak nenek software yang ada. Okay, pemalas. Aku punya checklist guna Excell sahaja. Aku buat sesimple macam orang malas (hakikatnya aku buat dekat ofis. jadi takleh la fokus sangat nak buat elok2). Okay, pemalas again. Asalkan aku faham dan aku tau mana yang sudah mana yang belum okay la tu kan?
Saja je nak tunjuk checklist aku yang sumpah simple gila macam budak baru belajar Excell. Tapi aku suka. Sebab aku faham. Hikhikhik.
Motif ada tandatangan dan tarikh? Tandatangan tu motif gatal. Tarikh tu sebagai penunjuk bila checklist tu di update / amend. Maksud aku checklist ni akan sentiasa berubah ikut keadaan kan. Mungkin ada penambahan atau pengurangan. So setiap kali aku buat perubahan, aku akan edit dan print baru. Lepas tu sign dan tarikh. Lepas tu masuk dalam file supaya tak hilang atau bersepah, koyak, kotor, comot blablabla. Pasal file aku cerita lepas ni k.
Akan jadi macam di atas. So bila masuk dalam file aku boleh tau tarikh checklist terbaru di print setelah di ubah. Macam pening je ayat aku ni. Huhuhu.
Kalau korang perasan checklist aku memang takde apa kan? Takde la macam orang lain banyak gila checklist dia. Sebab aku pun buat majlis kecil-kecilan sahaja. Simple. Mungkin tak macam majlis yang lain. Simple. Kecil-kecilan. Biasa-biasa saja. Itu yang aku nak. Dan, alhamdulillah majlis tu adalah sesimple macam yang aku rancang. :)
Okay lah, nanti aku sambung pasal fail pulak eh. Aku nak masuk meeting kejap. Lepas tu aku update lagi eh. (macam ada orang nak tau). Hehehehe.
thanks korang!
Love,
Tata!