Assalamualaikum.
Dah lama kita tak share benda-benda DIY kan?kan?kannn? Setelah sekian lama, baruuuuuu lah siap 13 helai barut baby. sobs! Punya lah lama ambil masa.
Untuk barut baby aku sengaja pilih kain sendiri.. Ada je barut siap kat luar sana, tapi aku tak berkenan dengan corak dia. Huhuhu! Cerewet. Jadi aku pilih sendiri kain dekat KAMDAR Jalan TAR. Walaupun ramai yang mengeji service SA Kamdar, termasuklah aku (sebab dah terkena), aku pedulik apa. Janji aku dapat kain cotton untuk buat barut baby. Haha.
Expectation aku tinggi lah jugak masa nak cari kain.. Tapi agak hampa sebab takde corak yang menarik. Dah tu, aku pun banyak sangat menyogok diri sendiri dengan corak-corak kain ohsem dari luar negara siapa suruh kan?! Ingat tak aku pernah share satu blog ni MayMayShop dekat
SINI. Semeter je rm20. Baru-baru ni aku nak tambah lagi barut, sebab Ibu aku bising cakap barut baby aku tu kecik sangat. Salah sendiri. sobs! Jadi aku nak tambah sikit dengan saiz yang lebih besar. Aku email lah MayMayShop, tapi sebab dia lambat reply beberapa hari, dan aku pun jenis tak penyabar.. Aku ulang balik ke Kamdar mencari kain. Kali ni comel sikit, buah stoberi. Hikhik!
Harga pun murah, setimpal lah dengan corak yang ada.. Macam kat MayMayShop corak diorang memang gempaks! Berbaloi lah dengan harga semeter rm20. Postage rm6. So pilihan di tangan anda :)
Bagi aku, untuk buat barut baby tak perlu lah mahal-mahal kot.. Tapi kalau buat barut gantung yes, sebab barut gantung kira macam baju baby.. Sesuai lah dengan cuaca panas berpanjangan nih. Huhuhu. Barut gantung boleh buat nanti, tunggu baby besar sikit dalam 2 - 3 bulan macam tu. Masa tu sila lah membeli di MayMayShop!
Okay lah, cukup lah membebel tu.. Fokus dengan cerita barut baby versi Nursaila Norman ya!
Aku beli kain corak kereta tu semeter, corak love dengan kain purple tu aku beli setengah meter. Tapi kain corak kereta tu aku tak guna pun sebab kain dia terlalu lembutttt susah aku nak gunting. Plus sususan kereta tu pun memainkan peranan. Membuatkan barut macam senget padahal tak. So kain corak kereta kita buat sarung bantal lah kot.
Oh, jangan lupa kain cotton putih ye untuk bahagian dalam. Yang ini gambar aku dah gunting kain ikut ukuran (5 inci lebar x 17 inci panjang). Aku lebihkan panjang supaya baby boleh pakai lama sikit. Tapi sayang, 5 inci lebar agak kecik Ibu aku cakap. Tapi sementara nak tunggu tali pusat baby tanggal, okay lah 5 inci lebar tu. Sebab tu aku tambah lagi 7 helai barut dengan ukuran (6 inci lebar x 17 inci panjang).
Aku tak buat bentuk lekuk kat tengah2 barut, tak buat pun takpe. Especially bila tali pusat dah tanggal, okay je barut baby tanpa lekuk tu. Sebenarnya aku pun malas nak gunting lekuk tu.. Hehehehe!
Jangan lupa tali barut (tali untuk barut). Buat panjangggg sikit ya, supaya bila baby dah membesar, takde la susah nak ikat barut.. Takde la isu ikat ngam-ngam. Ini semua pengalaman Ibu aku. Jadi aku ikut jelah orang yang lebih berpengalaman.. Tali barut beli lebih sebab memang pakai banyak. Panjang tali barut kalau tak salah dalam 30 inci jugak lah aku buat.
Dah siappp! Tali barut pun aku tak jahit style pelik-pelik. Bentangkan je tali barut atas kain, jahit kat bahagian tengah je. Ada orang jahit tali kat bahagian tepi barut. Bahagian tengah barut kosong takde tali. Tapi untuk mudah, jahit je kat bahagian tengah pastu biar je lebihan tali kat area kiri dan kanan barut.
Faham kot apa aku mengarut ni.
Ada lagi 7 helai barut akan disiapkan. Corak lain pulak. Hehehehe! See, over kan ibu baby. Takpe, nanti boleh pakai untuk adik pulak. Buat lebih apa salahnyaaaa. Hewhewhew!
Selimut baby pun dah siap jugak, yang itu nanti lah kita share eh. Selimut baby senang je.
Love,
Nursaila Norman!