CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 27, 2012

Sindrom Datang Bulan : Menangis

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai gadis-gadis dan wanita juga :)

Kita tak payah formal sangat la eh, lagi pun kita semua dah kenal-kenal walaupun baru je follow antara satu sama lain kan, so kita feel free kat sini eh :)

Cakap pasal Sindrom Datang Bulan atau Sindrom Period atau PMS semua gadis sudah pakar kan.. Hehe. Okay, ni aku saje nak bagitahu sindrom datang bulan aku kali ni ialah menangis. Yup. Menangis. Sedih tak?

PMS aku tiap-tiap bulan takde la yang extreme sangat. Tak pernah pun senggugut teruk-teruk malah jarang dan susah sangat nak datang senggugut. Cuma PMS aku agak pelik dan ngada-ngada gitu. Boleh? Huhu.. Yang bestnya PMS aku akan bertukar setelah beberapa bulan dari PMS yang sama. Contohnya kalau dah beberapa bulan PMS aku ialah sakit gusi, setelah beberapa bulan kemudian PMS aku akan bertukar kepada hal-hal lain. Pelik tak? Ngada-ngada tak? Hikhik.

Bagi aku PMS ni kita kena terima la kan, bukan selalu pun asalkan tak menjejaskan kesihatan..Tapi ianya masalah bagi aku bila datang PMS baru. Sebab dia buat aku confius. Huhuhu! Contohnya bulan ni.. PMS aku ialah menangis. Aku tak tau pulak itu adalah PMS. So aku tak prepare untuk itu. Huhuhu.. Nasib baik ada spare kat ofis. Hiks!

Jadinya PMS kali ni buat aku suka menangis tak tentu pasal. En Gaban salah cakap sikit dah nangis. Orang cakap sikit je dah nangis. En Gaban buat-buat terasa hati, aku yang menangis. Hampeh tak? Haha.. Patutnya dia yang menangis. Ni aku pulak.. Memalam sebelum tidur pun boleh menangis. Apakah? Tapi rupanya kawan ofis aku pun alami benda yang sama. Dia pun merasa PMS menangis jugak. Lega hati bila ada kawan.. Hehehe..

Eh, jap.. Lagi satu sindrom yang aku suka time period ialah tekak aku selalu haus. Tak makan pun takpe, janji dapat air. Nak air yang sedap-sedap je. Tak sedap tamau. Hahaha.. Sindrom ni aku share dengan kawan baik aku Ifah.. Petang semalam hujan lebat, so duduk rumah jela.. Tetiba Ifah chat kat FB.. Katanya dia period dan haus gila.. Nak lepak tapi hujan.. Jom minum air hujan. Hikhikhik!

Awak-awak semua, share la PMS korang.. Mana tau ada lagi PMS yang saya tak pernah tahu.. Huhu. Jangan malu-malu tinggalkan komen eh :)




thanks korang!




Love,
Tata!




Sunday, February 26, 2012

HB yang di'reject' :(

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




HB ni kena reject sebab warna untuk w-day sudah bertukar. Tengah hari tadi diskas dengan ayah pasal warna untuk w-day. Ayah aku cakap warna aku pilih huru-hara. Hambek kau.. Nanti aku update warna yang telah dipersetujui okay.


followers baru, nanti saya check dan follow blog awak semua eh. Dont worry sayangs.
tak sempat nak buat semua benda dihujung minggu.
sobsobsob!



thanks korang!



Love,
Tata!


Friday, February 24, 2012

Testing :)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua










part pemegang belum siap. sila abaikan.



Love,
Tata!







Thursday, February 23, 2012

Bila teringat..

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Memalam ni buat apa awak-awak?

Tetiba teringat bahawa hidup ni macam happy dan tenangggg sangat.. Alhamdulillah. Itu yang aku mahu pun. Aku tak mahu diganggu. Shooh, shooohh. Stay away from me. Nak menyampuk sikit.. Kalau ada orang tak suka kat kita tanpa sebab, sila abaikan. Kalau awak-awak semua pasti yang awak-awak semua tak pernah pun buat apa-apa kat orang itu, tapi dia tak suka gila-gila kat awak-awak semua.. Abaikan je. Dia sakit tu. Ni nasihat untuk kawan saya yang sorang tu juga k. Biarlah dia nak jadi hanjing. Hanjing menyalak bukit. Tak rugi apa-apa pun. Esok-esok tekak dia sakit, tau la dia senyap. Chill babe!



People who hate you are just your confused admirers.
They can't figure out the reason why everyone loves you.



Pegang kata-kata tu okay. Sepatutnya kita tulis perkataan 'jealous' kat sehelai kertas, lepas tu tampal kat dahi orang tu. Baru ngam. Hiks! Okay lah, nak sambung men'diy' HB. Almost done! Yayyy!





thanks korang!




Love,
Tata!

Segmen : Tambah Follower Tanpa Blogwalking By MD

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua





Dan lagi sekali aku tak pandai (belum pandai-pandai lagi) nak buat link kat picha. Apakah lembab sangat? Huhu! Awak-awak, sila klik dekat link ya. Ampun dipinta Mr Doctor T__________T

Sejak ramai kenalan baru ni, macam-macam segmen aku jumpa. Tapi tak semua aku berkesempatan nak join. Sorry ya penganjur.. Yang terbaru segmen dari mr doctor speaking ni. Sambil dia buat segmen, dia bagi idea bernas tentang sistem grouping. Bagus betul idea dia. Aku sendiri tak reti, tak terfikir idea macam ni. Yelah, aku ni takat membebel pandai la. Muahahaha..

Kepada MrD , saya setuju dengan : 1 Group ada 50 bloggers.


Dengan ini saya meng'tag'.. Tat taraaaa..



thanks korang!



Love,
Tata!







Dress @ Baju Kurung Moden eh?

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Semalam singgah 'butik' nak ambil baju. Tapi hampa. Ahkak tu cakap belum siap. Ahkak ni kannnn.. Katanya ada lagi sikit dia nak adjust. Adjust sampai jadi macam baju puteri dewi kayangan eh? Tenkiu-tenkiu. Ceh! Ahkak tu suruh saya ambil pada 28hb atau 29hb Februari. Time tu aku takde. Training kat Bukit Tinggi Pahang. Aiyooo.. Nanti mula la termimpi-mimpi kat Bukit Tinggi nanti. Huhuhu!

Sempat jugak komplen kat En Gaban.. Tapi dia cakap 'takpe la, biar akak tu jahit slow-slow baru elok. kalau cepat-cepat tapi tak kemas cane?' Okay.. Tenang sikit hati. Sobsob.

Tapi sentap jugak bila ibu aku dengan En Gaban cakap benda yang sama. "awal sangat tempah baju, nanti kalau badan naik pastu tak muat cane?". Ehem! Ehemm! Insyaallahhh.. Muat. Huaaaaa.. Tau la aku jenis perut bocor, makan segala. Tapi janganlah berkata sebegitu.. Sentap okehhh.

Teringin nak buat baju nikah style dress. Tapi tengah berkira-kira ni.. Okay ke tidak. boleh ke tidak, jadi ke tidak. Suka tau negative thinking. Menci!






























sila anggap dada dan tangan di tutup supaya boleh masuk ke dalam masjid. hiks!


Tak cuba tak tahu. So, kita try dulu eh.. Try tanya kat ahkak tu dia boleh buat dress labuh ke tidak. Sebab baju aku yang ahkak tu tengah jahit pun aku tunjuk picha je. Tapi pape pun kena tengok dulu baju yang dia tengah buat tu. Kalau okay baru hantar baju nikah pulak. Wink! Wink!



thanks korang!



Love,
Tata!






Wednesday, February 22, 2012

Kalau...

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Petang ni berniat nak singgah 'butik'. Nak ambil baju yang ditempah. Dengan tiba-tiba rasa berdebar-debar, risau, takut semua ada. Berdebar-debar nak tengok hasil. Risau kalau-kalau tak seperti yang aku harapkan. Takut kalau-kalau rosak terus. Haihhh.

Kalau tak seperti yang aku inginkan nampaknya kena la beli kain lain dan tempah lain. Aku terlalu berfikiran negatif ke eh? Tapi nak confident sangat dengan kebolehan tailor tu risau pulak. Moga-moga dia boleh buat sehabis baik dia. Hukhuk! Sebab masa tempah beberapa bulan lepas, dia macam tahu-tahu apa yang aku nak. Apa je dia cadangkan, aku setuju sebab aku rasa ngam dengan ilustrasi aku. Tapi macam mana kalau dia tak buat macam dia gambarkan. Macam mana? Macam mana?

Kalau jadi.. Boleh la aku tempah baju seterusnya. Kalau tak? Hiah. Hati, sila bertenang. Doa-doa supaya jadi okayyy.



baju dengan tudung dia sangat menawan hati.
thx ara sebab email picha ni. muah!





thanks korang!



Love,
Tata!


Bahaya Makan Di Meja Kerja

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai awak semua!

Ni ada kesempatan sikit sebelum nak keluar lunch. Perut dah lapar gila dah ni. Nak buat air rasanya macam tak patut je kan? Sabar ya perut, kejap lagiii je nak lunch.



Sarapan anda mengambil kopi, waktu tengah hari makanan segera jadi pilihan, sepotong kek bagi minum petang dan langsung tidak bersenam. Kedengaran seperti hari bekerja yang tipikal? Jika beginilah caranya etika anda bekerja, risiko saiz pinggang menjadi semakin lebar sangat cerah.



Nampak perkataan 'cerah' tu? Cerah masa depan. Muahaha..

Namun sekiranya anda seorang yang 'gila kerja' atau tidak sempat keluar untuk makan, terdapat beberapa taktik sihat yang boleh diamalkan.

1. Perhatikan apa yang dimakan.
Jangan mengambil secara berlebihan hanya kerana anda terlalu fokus menghantar e-mel. Bagi makan tengah hari, ambil hidangan yang sederhana tetapi tidak terlalu mengenyangkan.

2. Bawa bekal dari rumah.
Tengah hari adalah peluang terbaik untuk makan secara sihat. Bawalah salad dengan ayam, kekacang dan sayur.

3. Berjalan sebanyak mungkin.
Manusia direka secara genetik untuk bergerak. Jadi makan di meja kerja bagi waktu kerja yang panjang bukanlah perkara yang baik. Jika terpaksa juga melakukannya, carilah jalan untuk bergerak sepanjang hari. Berjalan untuk mengambil air minum, dari tempat letak kereta, dari mesin fotokopi atau apa saja bagi menggerakkan otot.

4. Basmi kuman di meja kerja.
Mengelap seluruh kawasan meja dengan cecair pembasmi kuman sekali sehari sudah memadai. Pastikan papan kekunci, telefon, dan tetikus turut sama dibersihkan. Elakkan menyentuhnya ketika makan.

5. Gunakan alas tempat makan.
Alas makanan sangat baik kerana ia mencipta halangan antara makanan anda dan bakteria.

Sumber : Majalah iSIHAT Mac 2012 Bil.52

Tetiba rasa macam kena buat sesuatu ni. Hmmm.. Tapi mengunyah itu sangat nikmat. Tak gitu? Hiks!





thanks korang!



Love,
Tata!


Tuesday, February 21, 2012

Miaw : Johnny

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Weekend baru ni Johnny kecederaan. Cedera lah sangat. Sape suruh nakal kan. Pantang dapat peluang main-main kat luar rumah, laju je berlari keluar lepas tu tak reti-reti nak balik. Memula tu risau jugak, tapi bila dia balik dengan muka tak bersalah so kitorang buat-buat tak kisah la. Tapi.. Ada tapi.. Hari jumaat lepas aku balik kerja nampak dia tidur atas katil aku. Ibu aku pun start cerita macam wartawan TV3. Hikhik! Rupanya dia kena gigit kot dengan kucing jantan kat luar rumah tu. Hahaha.. Padan muka. Demam la jugak. Tapi demam sekejap je. Kitorang risau lebih tapi dia rilex je macam tak sakit. Puas jugak la aku kejutkan dia supaya bangun.. Ingatkan pengsan dah.. Hehehe. Comel je dia tidur sebab demam.. Time ni rasa kesian, tapi selalunya aku tak kesian sebab dia nakal sangat. Huh!



ekor dia panjangggg..





tangan ke kaki eh? yang belakang tu yang kena gigit. haha!





time ni dia demam, menggigil macam ngigau, kejut-kejut takmau bangun. haihh.



Johnny ni aku dengan En Gaban jumpa. En Gaban gigih suruh aku bawak balik pastu jaga. Ceh. Nama Johnny ni anak jagaan ibu aku yang bagi. Memandai je dia petik nama omputih ni. Pastu semua layan. Hahaha. Hyper active okehh. Kalau la boleh dicubit, lama dah aku cubit budak ni. Hehe!







thanks korang!



Love,
Tata!



HB purple kuning

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai!

Sabtu baru-baru ni aku sempat buat HB warna purple+kuning. Untuk makluman, HB ni belum siap sepenuhnya ya.. Baru buat beberapa kuntum lepas tu terus mms kat bakal pengantin. Kot-kot bride to be nak adjust warna ke, apa ke kan.. Memang betul.. Haha. B2B nak warna turqoise+kuning pulak. Katanya HB ni nak guna untuk nikah nanti. Okay, boleh je. Lagi pun majlis nikah bulan Mei nanti. Insyaallah sempat.







gambar HB warna turqoise+kuning akan di update dengan segera k :)




thanks korang!



Love,
Tata!





Monday, February 20, 2012

Segmen : Tambah Follower Sampai Pengsan

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Hai sayangs!

Lamanya tak tengok blog sendiri dan blog orang lain. Eh, beberapa hari pun tetap dikira lama jugak tau.. Sebab diri sendiri sedang ketagihan blogwalking dan mengupdate segala benda. Hiks!

Okay, tamau mengarut banyak-banyak.. Kita fokus kepada Segmen : Tambah Follower Sampai Pengsan okay. Tujuan aku join segmen ni sebab Doraemon tu comel sangat. Opps! Boleh ke? Ehee!

Firstly saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur iaitu Cik Lezza sebab wujudkan segmen ni. Yelah, follower shikit, pastu malu pulak nak ' i dah follow u, u follow i balik pls'. Huhuhu! So duduk la diam-diam tunggu orang follow dengan seikhlas hati. Haha! Over. So dengan adanya segmen ni boleh la meramaikan kawan-kawan pastu dapat info-info atau cerita-cerita baru dari blog kawan-kawan kann :)

Keduanya, blog ni adalah blog tentang diri sendiri, tentang kawan-kawan disekeliling saya dan juga orang-orang tersayang. Tak lebih dari itu. Sobsob. Takat kecoh-kecoh pasal persiapan perkahwinan tak seberapa tu ada la sikit-sikit.. Haha.

Ketiga, ni first time tau aku join benda-benda macam ni. Biasa la, orang pemalu memang malu-malu kucing nak terlibat dengan blogger yang follower cecah riban-riban. Hehehe! Semoga doraemon di atas dapat mengeratkan hubungan di antara blogger-blogger ek.. Tenkiu again Cik Lezza!


pssttt : tak reti la nak link kan picture tu ke blog Cik Lezza. Letak link macam biasa boleh kan? Huhu!







thanks korang!



Love,
Tata!




Thursday, February 16, 2012

Berkampung

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Masih berkampung di PICC, Putrajaya. Tak la berkampung sangat. Awal subuh sampai petang je..Hikhik! Kalau 3bulan aku berkampung macam ni, wajib la aku gemoks. Tetiba gian nak masuk pejabat, rindu perasaan kelam kabut buat kerja, rindu nak lari-lari anak huru hara kejar masa. Sebab kat sini duduk pastu makan je. Haha.

Hari ni dengan semalam. Kejap je nak habis dah training. Beberapa hari sebelum training bukan main seram-seram sejuk aku dibuatnya. Tu tak kira tertonggeng2 buat kerja. Sedih. Balik rumah takde hati nak buat hal-hal w-day. Tapi hari ni last. Mood nak diy dah datang semula. Weehuu!

Terima kasih tak terhingga followers baru. Tenkiu sebab sudi klik perkataa 'follow' di tepi blog saya ni. Terharu sangat. Walaupun beberapa sahaja. Tetap terharu. T_____T



thanks korang!


Love,
Tata!

Tuesday, February 14, 2012

Saya sayang awak bukan sebab 14 Febuari

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Aku jarang tengok tarikh. Kecuali nak tanda aktiviti kerja. Itu pun tak fokus pada tarikh. Catat je. Lepas tu set dalam kepala otak 'rabu ni ada tu, minggu depan ada tu, besok ada tu'.

Tapi hari ni tak tahu la kenapa 14 Febuari macam satu tarikh sweet nak mati. Asyik nak tengokkkk je. Apa ke gila. Tarikh birthday sendiri pun takde la sampai tahap nak tengokkkkk je.

Tapi aku dgn En Gaban tak pernah sambut V-day. Pernah la jugak, masa memula kitorang mula berkawan rapat sambil ada perasaan rindu-rindu, sayang-sayang.. En Gaban tanya kot-kot aku nak sambut V-day tak. Tak perlu kan semua tu. Aku bukan jenis romantik pun. Sepanjang 5 tahun bersama, sekelopak bunga mawar langsung takde. Hahahaha.. Aku okay je. Tipu la kalau cakap aku xsuka bunga dan taknak bunga. Nak. Tapi tu bukan benda wajib untuk aku. Kalau ada, ada la. Kalau takde nak buat macam mana.

Takat ni kitorang celebrate tarikh kitorang mula bercinta (19 Januari), tarikh kitorang mula berkawan (Jun), birthday kitorang (13 & 14 April). Lepas ni tarikh nikah pulakkkkk.. Wahhh, celebtare tarikh nikah haruslah grand-grand. Hahaha. Hadiah pun haruslah bunga ros berjambak-jambak. Hahaha.. Time tu nak mintak rose ke, kekwa ke, bunga kertas ke, mintak lah ya. Aritu kitorang ada plan nak nikah pada 15 April 2011 tapi xsempat pulak. Pastu nak buat 15 April 2012 tapi lama sangat la pulak. Gedik! Saje nak ambil 13,14 dan 15 April straight. Hambek kau. Tapi takde rezeki. Its okay.. Hari apa pun semuanya sama. Cuma cara kita celebrate tu je yang beza. Setahun sekali baru dapat jumpa dengan tarikh-tarikh bermakna tu semua, jadi tak salah nak celebrate dengan cara elok dan sopan ya.

Tak sabar nak celebrate tarikh tu semua selepas bergelar isteri. Eheee. Sebab saya tak sabar nak jadi isteri dia. Hik!










pernah tgk video kartun ni? tiap kali aku tgk aku takleh tahan-tahan air mata aku.
saya tak mahu tinggalkan dia.
tapi saya tak mahu dia tinggalkan saya.



thanks korang!




Love,
Tata!





Bingung dengan kerja. Cari mamak please!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Pernah tak korang rasa hidup korang macam dah terlebih kat pejabat je. Pernah tak? Kalau korang tak pernah kiranya korang bahagia la kan,kan,kan.. Bagi yang dah mula terasa macam hidup ni dah terlebih kat pejabat, masa banyak kat pejabat mesti rasa bosan kan. Apakah hidup ini? Macam tu ada tak? Overnya.

Sejak sebulan dua ni kan, tiap kali aku nampak je bangunan pejabat aku dari jauh, aku dah start rasa macam ni 'rasanya bru je aku balik kerja. tetiba aku dah dtg keja semula eh'. Pernah gak aku ingatkan aku ngigau ke apa ke. Sebab tau-tau je dah masuk ofis semula?? Apakah?

Sedih lak rasa. Haha. Motif nak sedih? Yelah, balik rumah untuk mandi, solat, makan pastu tido. Tapi most of the time malam-malam aku g melepak sambil makan malam dengan En Gaban atau Ifah. Boleh tak bayangkan bila dari 7.30pagi sampai 5.00petang life aku tentang pejabat semata. Dan oleh kerana aku ni suka melepak (kiranya kalau tak tengok muka mamak terus hidup aku jadi hancus kot) haruslah aku kuar melepak untuk meringankan beban. Boleh tak alasan aku tu? Hehehe.. Okeh, ibu aku selalu bising. Katanya tak manis anak dara kuar g kedai mamak selalu. Tapi kat mamak aku bukan leh buat sumbang mahram pun. Situ selamat dari kena tangkap dengan pak polisi, atau JAIS/JAWI kan. Elok la order teh tarik segelas sorang, makan-makan, tengok bola walaupun aku tak tahu bila dia off-side. Hanya En Gaban yang mengerti. Tapi takpe. Janji kami selamat. Bukan duduk berdua kat Ulu yam pukul 3, 4 pagi ntah buat apa kat situ gelap-gelap.

Kalau En Gaban takde, aku melepak pulak dengan Ifah. Baru la boleh peluk-peluk, sandar-sandar, manja-manja dengan dia. Huhuhu. Dah tu, dengan sape lagi nak buat macam tu kan? Hahaha..

Macam tu la life aku. Sekarang ni aku dah mula risau, apasal la aku rasa hidup aku semakin banyak di pejabat walaupun aku cukup tido kat rumah. Maybe sebab pagi sangat kot aku dah ada kat ofis. Ntah la.. Nak pindah sini nanti bosan pulak. Hiruk pikuk KL dah sebati dengan aku. Duduk tempat sunyi sepi macam kat sini boleh buat jiwa aku mati. Hekkkk ngko.

Ibu aku cakap elok la aku duduk sini lepas kawen. Dekat dengan ofis. Aku cakap tamau, nanti takleh melepak malam-malam sebab sini sunyi tak macam KL. Boleh? Huhuhuhu!

Okaylah, ntah apa ntah aku merepek meraban pepagi ni. Sebenarnya mood nak buat kerja macam takde. Mana la mood ni pergi eh.



thanks korang!




Love,
Tata!





Monday, February 13, 2012

9 months to go!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




 


Nur, you only have 9 months to go!
and
271 days to go!


 
9 bulan tak lama dah. Dah la dari isnin-jumaat tak sempat nak prepare / fikir lebih-lebih sangat. Harap sabtu ahad jela. Tu pun sabtu ahad baru-baru ni burn mcm tu je. Sibuk buat kerja ofis. Sedih tak? Sedih tak? Hehe.. So nampaknya memalam kena buat jugak la apa-apa yang patut supaya takde istilah 'last minute'. Tapi boleh tak buat hal wedding sambil fikir hal pejabat?

Hal pejabat sangat, sangat, sangattt menghantui diri ini. Nak pejam mata pun hal pejabat datang macam ribut. Huhuhu! Nak meluahkan perasaan tentang hal pejabat. Tapi nanti2 eh. Lepas dah settle semua eh.

9 bulan lagi babe! Mana checklist aritu? Hilang dah? Erk!! Sila jangan ikut bilangan hari. Ikut bilangan bulan. Baru tau kejap ke lama. Hikhikhik.




thanks korang!



Love,
Tata!

Friday, February 10, 2012

Sweet, Sweet Love

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua










Dari kiri ke kanan : Antiquegold, Blush, Peach, Ivory, Lightpink, White




Nasib baik ada The Perfect Palette. Library Palette dia membantu untuk match kan kaler peach yang aku idam-idamkan. Wuhuuu. Dalam tu kita boleh match kan warna-warna yang kita suka. Macam aku, aku dah set warna peach untuk majlis pernikahan aku. Family dekat dan kawan-kawan rapat akan pakai peach. Putih of course untuk aku dan En Gaban. So aku perlukan warna-warna lain untuk dicampurkan dengan peach dan white. Kalau ikutkan Library Palette, ada warna Blush, Ivory, Lightpink, Antiquegold. Nampak sweet jugak kan? Okay, aku dah suka. Nak buat macam mana. Wink! Wink! Boleh la bawa pilihan warna ni dekat Abang. Abang ialah orang yang akan design mini dais aku nanti. Woopss~ Mini dais wajib sesimple yang boleh. Takmau hibrid sangat. Kedua, pilihan warna ni akan digunakan sebagai panduan untuk buat bantal-bantal kecil (hiasan di pelamin nanti). Insyaallah, dengan doa dan harapan supaya a small solemnization but memorable akan jadi milik kami dua belah pihak keluarga. Amin.




how sweettttt...
Manis sangat la..
i heart this





don't you love the frilly detail on her gown?
make up, hair.. Oh my..
sweet,sweet love!






<3


Okay, sweet tak? Wink! Wink!




thanks korang!



Love,
Tata!



Thursday, February 9, 2012

Flower : Paper Flower

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua











for my w-day jugak.
what else?
hehehehe!




thanks korang!



Love,
Tata!





Flower : Corsage Merahnya Mak Ngah

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Cuti empat hari yang baru saja meninggalkan kita terasa amat-amat singkat.



Muntah laju-laju semuaaaa!

Naik lebam dah aku kat rumah sebab En Gaban takde. Hahaha.. Oleh kerana dia takde kat KL, terpaksa la aku stay kat rumah baik-baik pastu memanikkan veil, buat corsage blablablabla. Buat corsage ni boring sikit (sebab aku memang cepat rasa bosan bila buat sesuatu kerja). Part nk gunting kain felt paling tak best. Haha.. Tapi kesungguhan dan kegigihan amat diperlukan untuk aktiviti men'diy' ya. Dengan itu hanya beberapa kuntum corsage berjaya dihasilkan. Lagi puluh-puluh kuntum masih dalam angan-angan. Eh, tak! Nanti aku paksa diri sendiri untuk siapkan ek. Huhu!

Untuk 'Ketua Pergerakan' dan 'Timbalan Ketua Pergerakan' design corsage dia lain sikit. Biar semua orang nampak dua orang itu supaya dua orang itu kelam kabut meng'handle' segala benda. Kejam tak? Hikhikhik! Taklah.. Dua orang itu adalah bakal orang kuat untuk w-day aku nanti. Kerja kuat-kuat tau.










 
Tak merah mak ngah kan? Maybe lighting semulajadi dari matahari telah mengubah warna asal beserta cammy merah mak ngah telah memanipulasi warna. Warna sebenar macam ni...





picha tanpa cahaya yang obvious
sebab dlm bilik sahaja ;p




thanks korang!

Love,
Tata!

Breakfast Again

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Breakfast again. Wah,wahh,wahhh.. Orang lain yang masuk meeting macam mana aku pun leh dapat breakfast jugak? Aiyokkkk.. Haha.

Patutnya yang hadir ramai. Tapi tetamu datang 5orang je. Order makanan ikut bilangan yang akan hadir. Tapi yang hadir tak ramai. Nak buat macam mana. Takkan nak buang pulak. So si perut bocor ni suka la dapat sarapan untuk kali kedua pagi ni.. Hikhikhik.

Bila stress buat kerja wajib la lapar. Jom sarap (ayat En Gaban) sambil buat kerja. Wuhuu!





lunch lepas ni ek
harap bersabar






thanks korang!



Love,
Tata!




Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday : Doily Paper

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua







source : google












thanks korang!



Love,
Tata!




Tuesday, February 7, 2012

cuti panjang tapi terasa singkat

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Fuh!

Dah empat hari cuti. Terasa lama sangat-sangat tapi still rasa tak cukup masa. Sobsob! Setakat ni veil dah hampir siap. Lagi 25% je lagi. Corsage dapat buat 14 kuntum. 36 to go!! Hand bouquet je nak kena usaha lebih sebab dah lama dibiarkan tak berusik lepas seronok mem'beading' veil. Eheee~

Semakin dekat dengan hari penting, semakin tertekan dengan segala perkara yang perlu di usaha kan. Tapi ada je berita gembira yang sampai tak henti-henti. Ni namanya rezeki ek.. Alhamdulillah :)

Jom sambung men'diy'sambil tunggu family si dia tiba. Esok dah start kerja. Sobsobsob!!





thanks korang!



Love,
Tata!

Friday, February 3, 2012

DIY : Corsage with Felt Fabric

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Salam Jumaat sayangs!

Sepatutnya hari ni aku cuti. Tapi kerja masih banyak. Terpaksa la aku cancel cuti yang dah diluluskan tu. Sobsobsob. Disebabkan mood nak g kerja hari ni macam hampeh, jadi malam tadi aku buat something supaya aku bersemangat sikit nak g kerja. Ada kena mengena tak? Maybe bila buat benda yang aku suka malam tadi, kot-kot pagi ni aku ceria nak g kerja.. Gitu? Mengarut kan? Hiks!

Malam tadi dekat-dekat pukul 10malam baru start buat corsage ni. Sempat buat dua jenis corsage. Tapi warna yang sama. Apa-apa ntah. Hehe. Sorry eh, sebab memang tujuan asal nak buat corsage menggunakan felt berwarna merah.




Corsage Pertama



Sorry, aku tak tau nama bunga ni apa.. Penah jumpa template bentuk mcm ni, kat situ dia tulis template bunga daisy. So kita anggap dia bunga daisy boleh kot.. Okay.






Print template dari sini, yoonie-at-home.blogspot.com. Kalau boleh print atas kertas keras siap-siap. Supaya senang nak gunting. Takde la lembik macam daun. Yang warna merah itu adalah felt fabric ya.





Dah siap lukis atas felt fabric, boleh lah gunting cantik-cantik!






Susun bermula dengan saiz paling besar kepada saiz paling kecil. Pastikan kelopak kecil berada di atas. Jangan terbalik lak tau.






Letak butang yang comel-comel kat tengah-tengah bunga. Lepas tu jahit. Sebaiknya jahit daripada menggunakan gam.





Bahagian belakang bunga. Sila abaikan jahitan tersebut. Sebab nanti nak tutup dengan pin. Pandai tak taktik sembunyikan keburukan sendiri? Hikhik!





Tat taraaaaa!! Siap. Tapi masa dah siap ni aku terus rasa macam 'mati la nak buat 50++ corsage kalau mcm ni'. Sebab nak gunting kelopak dia satu-satu leceh. Lagi-lagi bila part kelopak kecil. Kena try cara yang lebih mudah nampaknya.. Ermm..

Pling! Keluar mentol lampu atas kepala.




Corsage Kedua



Puas aku refresh balik memori dalam otak aku tentang semua tutorial yang aku pernah google. Last-last aku pilih untuk buat yang ini. Kalau tak jadi baru aku try yang lain. Tapi macam dah jatuh hati je dengan yang ini..





Yang ni template belasah sendiri buat. Takde stok right click and save. Huhuhu! Tapi takpe, yang ni korang cari je apa-apa bentuk bulat, lepas tu tekap atas felt fabric. Kelopak kecil-kecil dia aku saja tak buat bulat elok-elok. Saja buat bulat tak siuman macam tu.





Kelopak yang bentuk bulat tak siuman tu dilipat dua. Macam gambar di atas.





Lepas tu lipat lagi sekali supaya jadi macam bentuk segi tiga comel.





Susun elok-elok atas bulatan besar. Yang ni baru siap susun satu line atas tapak bulatan. Yang ruangan tu kita isi jugak dengan kelopak kecil yang telah dilipat. Oh ya, kelopak kecil yang dah siap dilipat sampai jadi bentuk segi tiga tu aku jahit sikit kat hujung dia. Sebab dia tak duduk diam. So aku jahit dia. Senyap terus. Haha! Nampak kan benang-benang halus kat dalam picha kan? kan?











Mana satu eh?
Maybe corsage yang kedua kot jadi pilihan hati
senang sikit pastu 3D
kan?



Okay, lets do it for my w-day!!









thanks korang!



Love,
Tata!