CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 23, 2016

Tempat Saya Membeli Baju Anak

Assalamualaikum



Dulu masa pregnant aku ada tulis entry dekat mana aku beli barang-barang baby. Termasuk baju baby. Awwww, baby sangat masa tu. Dekat entry tu pun aku ada mention yang aku beli baju untuk ngam-ngam sampai baby umur 3 - 4 bulan. Sebab aku plan lepas habis pantang boleh sambung bershopping. Tapi rezeki anak, masa orang datang melawat (masa berpantang) ramai yang bagi baju. Continue sampai umur 6 bulan, setahun, termasuk baju jalan. Ibu tak membeli langsung baju. Hihihihi. Cuma masa dalam pantang tu aku kirim kat adik belikan romper saiz 3 bulan berlengan panjang. Romper saiz newborn yang aku beli tak muat. sobs! Lissa besaq sikit je pun masa lahir. Grrrr!

Honestly aku memang tak membeli baju untuk Lissa sampai umur setahun. Stok baju untuk sampai umur setahun memang banyak. Kalau aku beli memang tak terpakai. Ni baru aku start membeli baju dia. Hahaha. Sadis lah Ibu Lissa ni.

Kalau ikutkan sekarang ni nak shopping dihujung jari je. Lagi-lagi dengan adanya IG ni laaaaaagiiii senang. Berjuta-juta kali senang. Tapi aku dah terkena masa beli tight untuk Lissa. Mula-mula tu dalam pantang, beli lah online. Masa tu aku beli dalam 4 helai, sehelai Rm9 postage Rm6. Lepas tu nak repeat order nak beli 3 helai. Konon nak mintak la free postage tapi sorry owner bolayan je macam malas layan customer pun ada. Dah la repeat order, kita pulak beli bukan sehelai. Takpe hold dulu. Hold tau bukan cancel. Dalam beberapa hari kemudian aku ke OU bawak Lissa jalan-jalan. Sekali terjumpa dengan satu stall jual pakaian baby. Ada tight! Sehelai Rm9. Postage? Tak payah. Aku amek 3 helai. Sebab kaler limited. Yang aku tak amek kaler hijau apple. Terang sangat. Hehehe. Terus bye-bye IG shop. Dah la price sama macam kedai, postage lagi. Patut IG shop murah la sikit sebab tak payah bayar sewa kedai atau tapak.

Sejak tu aku tak beli baju-baju anak dalam IG ni. Kalau korang jenis rajin intai-intai price, banding-banding la. Harga dekat IG sama harga dengan kat kedai. Siap kena tambah postage lagi. Kalau yang memang tak keluar rumah tu boleh la beli. Tapi kalau macam aku, jenis memang merayap ke mall, lupakan lah nak shopping online ni. Harga kat kedai silap-silap murah Rm5 dari dekat IG. Baju-baju, kasut yang ada dekat IG banyak kat luar, harga sama, free postage siap boleh try rasa dan try saiz lagi.

Dulu ya shopping online murah, memang murah. Sebab takyah bayar sewa orang cakap.

Bila dah nampak perbandingan harga tu aku akan beli dekat kedai kecuali jenis-jenis yang rare. Yang memang takde jual kat kedai baru aku beli online.

So kat mana tempat aku start beli baju anak? Hehehehe.

FOS
FOS ni adik aku yang suggest masa aku pregnant dulu. Lepas aku usha FOS Wangsa Walk Mall aku teruskan meng'usha' FOS outlet lain. Dan aku stick dengan FOS Mid Valley dan FOS Alpha Angle. So far 4 kali jugak la membeli dekat FOS. First time masa preggy. Second time masa nak raya. Third time masa hari lahir Lissa, kali keempat baru je.

Beli 3pcs jadi RM10 sehelai


Beli 3pcs jadi RM10 sehelai


Beli 3pcs jadi RM10 sehelai (lupa mana lagi seheali, haha)


RM25 sehelai


RM19 sehelai

Baru aku sedar matching aku salah untuk pictures kat atas. Haha!
Belasah jelah weih.





Manjaku
Manjaku tempat standard lah untuk pakaian anak. Dari baby sampai ke toddler. Majoriti barangan Melissa pun aku beli kat sini. Masa nak buat tambahan baju harian aku beli kat sini jugak. Ala beli yang longgok-longgok tu je. Pandai-pandai pilih. Selalu dia letak label price dari Rm10 hingga Rm30 macam tu. Selalu yang berlonggok tu brand Hippo. Sehelai Rm10 tu ada je. Kadang tu Rm15 sehelai. Nak cantik sikit mahal sikit lah. Untuk pakaian harian je. Hiiiii..

RM15 (kot) sehelai. Tak ingat.


RM15 (kot) sehelai. Tak ingat.





Parkson
Ini kalau termasuk. Sekali tu nak raya. Tapi harga agak mahal sikit. Tapi kalau nak beli untuk pakai raya ke, jalan ke okay je. Macam nak raya haritu beli 3 pasang baju tido untuk raya. Rm100 berapa ntah tak ingat. Lepas tu baru-baru ni nak raya Cina aku terrrrnampak Pumpkin Patch 70% tapi bukan semua. Konon nak ambik kesemua design - ada 4 design kalau tak salah. Stripes merah, stripes pink, plain pink and plain yellow. Tapi aku amek satu je. Sebelum tu dah membeli belah dekat FOS dengan Manjaku. Huhuhuhu.. Oh, lagi sehelai brand Baby Kiko. masa tu banyak yang santek-santek tapi takde untuk 1y ke atas. sobs!!

RM  17.70 Pumpkin Patch (Pink)
RM19 Baby Kiko (Yellow)





Tesco
Haaaa, ni tempat paling aku tak jangka. Selalu pergi memang tak plan nak beli baju anak kat sini. Sebab tahu Tesco ni tempat beli barang dapur je. Itu pun mahal. Haha. Jadi ada la 2 kali terbeli baju anak kat sini. Memang kes terbeli. Sebab first time dulu nak beli barang apa ntah ternampak cheongsam baby. Amek. Second time pun sama, ternampak romper banyak gilerrrr.. Macam orang senget aku time tu. Suami macam biasa lah sebagai agen penenang, dia tenangkan jiwa aku time tu so aku berjaya amek 2 helai romper je. Sob sob sob!

Rm10.49 sehelai





























Baju pertama beli kat Tesco. Hehehehe!





Pasar Siang Dekat Office
Hikhikhik. Dulu masa bujang pergi Pasar Tani dekat Presint 2, Putrajaya shopping barang sendiri. Sekarang shopping baju anak pulak. HEHEHE. Pernah jugak terbeli baju Rm8 sekali kain jenis panas. Tapi kali ni beli alhamdulillah okay. Maknanya akan berlaku siaran ulangan membeli baju anak setiap hari Khamis. Kehkehkehkeh.

RM6 sehelai


Sebenarnya gambar-gambar ni mana yang aku nampak je. Sebab ada beberapa helai macam baju beli dekat Manjaku yang dah kecik dah simpan dalam storage box. Yang beli dekat Pasar Siang tengah bersidai. Yang atok dengan nenek dia belikan takde kat rumah, ada kat rumah nenek. So mana yang dah simpan, tengah mendobi aku skip jelah. Cukup lah sekadar yang ada ni untuk references korang supaya yang mana cakap aku membazir beli baju anak mahal-mahal.. Taraaaaaa, mana ada mahal kan.

Ada yang suka membeli di Expo. Aku cuba sekali je masa pregnant dulu (Expo Mid Valley) itu pun sebab dah taktau nak pergi mana. Konon nak pergi saje-saje. Memang tak sesuai dengan jiwa aku pergi tempat bersesak, nak pilih barang pun berlaga-laga bontot dan perut (erk!). Nak sedapkan hati beli jugak lampin pakai buang (yang murah rm3-rm4 dari SpeedMart), maternity pad, wet tissue (yang sama price dekat Manjaku). Huhuhuhuhu.

Itu aku lah. Takyah nak provoke sangat suruh aku shopping dekat Expo dan Karnival. Aku memang tak suka pergi tempat bersesak untuk bershopping. Sebab bagi aku bershopping ni perlu tenang-tenang. Hehehehe.

Ada juga yang cakap aku beli baju anak dekat FOS tu mahal. Ada yang cakap dia boleh dapat sehelai baju Rm1-Rm2 dekat Karnival. Selamber cakap membazir beli baju mahal-mahal kat anak ni, pakai sekejap je tak lama tu tak muat. Huhuhuhu. Sedih I olls dia cakap macam tu. Takde istilah membazir beli baju anak sebenarnya. Bila dah tak muat boleh pass dekat adik-adik. Ada yang cakap takkan nak bagi adik baju lusuh yang kakak/abang dah kerap pakai tu. That's why bila baju banyak kebarangkalian untuk lusuh tu kurang (especially untuk yang ada kualiti tu) sebab tak kerap pakai baju yang sama. Tapi bagi aku takde apa yang membazir untuk anak, bukan kita belikan dia hand phone ke, video game ke. Setakat keperluan harian tu apalah salahnya. Huhuhu.

Itu je kot, 4/5 buah tempat ni dah cukup bagi aku untuk pakaian harian Lissa. Kalau ikutkan nak je buat pre-loved item. Tapi..........





Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, February 17, 2016

DuaKerja : Pejabat & Rumah

Assalamualaikum


Siapa dia ibu yang bekerjaya, angkat tangan!

Aku pernah jadi wanita bekerja. Seronok.

Aku pernah jadi wanita suri rumah. Pun seronok. Cuma tak seseronok bekerja lah. Sebab dah biasa ke sana sini. Rasa canggung sikit bila perlu duduk di rumah sampai ke petang. Cuma part jaga anak tu je yang best. Lagi-lagi masa tu Melissa masih kategori baby, masih belum mencabar lagi. Hehehe.

Aktiviti aku sebagai suri rumah biasa-biasa je. Takde apa yang teruk sangat. Bangun pagi breakfast, Melissa bangun start jaga dia sambil membasuh, menyidai, mengemas rumah. Time Melissa tidur pagi aku menyapu, mengemop. Pukul 10am Melissa bangun start jaga dia sepenuh masa. Melissa tidur sekali lagi aku masak cincai utk kami berdua, pukul 12pm Melissa bangun suapkan dia makan. Lepas zohor Melissa tidur aku pun bosan sampai pukul 4.30pm. Sepanjang Melissa tidur petang aku makan sambil layan DIVA 701. Melissa bangun petang main dengan dia pukul 5.30pm mandikan dia. Pukul 6 suku Suami balik dari kerja bawak kitorang makan malam kat luar. Malam masa untuk Suami pulak. 

A bit simple jugak lah rutin aku masa jadi suri rumah. Aku fokus dekat kebersihan rumah dan anak je. Alhamdulillah Suami jenis memahami, malam dia akan bawak kitorang keluar makan. Dia tau Isteri dia bosan duduk rumah seharian. Kadang-kadang tu aku masak jugak untuk makan malam. Tapi kadang-kadang la. Hehehehe!

Benda yang buat aku seronok duduk rumah ni of course rumah bersih 24jam. Menyapu dan mengemop rumah setiap hari. Bersihkan habuk seminggu 2x ikut sempat (haha), cuci 2 buah bilik air sambil mandi (ops). Anak depan mata. Bawak anak main buai kat taman rumah. And sure they thought I brought adik or anak boss. So called bibik maybe. Sebab situ bibik bawak anak boss main buai. HAHAHA!

Cuma bila duduk rumah ni takde la nak melaram 24jam. Rasa selekeh sikit lah. Biasa pagi-pagi dah bersiap, make-up sikit-sikit, pakai perfume, pakai baju baru. Tapi duduk rumah pakai t-shirt dengan tight jelah. Takkan nak ber'make-up' pulak. Datang mood rajin sapu-sapu lah losyen time anak tidur. Itu pun sekali sekala. Huhuhuhu. 

Bila dah start kerja memang seronok lah ada duit sendiri. Boleh beli baju baju banyak-banyak (ops!), kuasa membeli dah ada kannnnn. Cuma yang tak bestnya bila terpaksa kurang jaga anak. Siapa yang sanggup lepaskan anak dekat orang lain. Kalau boleh aku nak bawak anak aku ke pejabat. Kerja dapat, anak pun dapat. Kedua peluang untuk memastikan rumah bersih dah susah sikit. Especially bab habuk dan bilik air. sobs! 

Bab menyapu alhamdulillah masih boleh buat lagi, siapa sempat dia buat. Atau dua-dua orang buat jugak. Kadang tu Suami dah menyapu Isteri tak perasan, Isteri sapu lagi. Lepas tu Suami tegur 'saya dah sapu tadi.' So dapat 2x menyapu. Hehehehe. Mengemas aku takde masalah sangat, sebab aku amalkan setiap barang perlu diletakkan ditempat asal selepas guna. Waima mainan anak. Tak perlu tunggu kemudian baru nak kemas. Untuk elak barang bersepah dengan lebih banyak dalam tempoh yang lama.

Jadi setiap kali balik kerja rumah memang teratur, sebelum tidur malam pulak kena pastikan rumah dalam keadaan teratur. Dapur dah bersih, kemas. Ruang depan pun dah takde barang-barang bersepah. So esok pagi bersiap pergi kerja je.






































Bila dah jadi ibu bekerjaya ni, tugasan tu bertambah lah sikit.

Pergi kerja walaupun duduk je depan PC pun penat. Itu yang memenatkan seharian sebenarnya. Duduk rumah boleh jugak bergolek dengan anak, baring-baring sambil baca majalah. Ini aku lah. Lagi pun takkan celik mata pukul 6.30am sampai 6.30pm non stop buat kerja rumah. Banglo 5 tingkat ke apa? Balik kerja dengan lenguh seharian ngadap PC kena memasak, tengok anak, kutip itu ini, campak kain baju masuk mesin basuh, sidai baju, gosok baju kerja untuk esok, layan anak, main dengan anak. Dengan bantuan Suami kerja jadi ringan sikit. Dengan sifat memahami Suami yang tak kisah makan satu lauk lagi meringankan beban Isteri. Hehehehehehe.

Alhamdulillah para Suami zaman sekarang jenis ringan tulang bantu Isteri. Isteri layan anak, Suami campak kain baju masuk mesin basuh. Lepas tu tolong sidaikan. Suami boleh jaga anak sementara Isteri mandi, solat. Suami mandi, solat, Isteri bawak anak masuk bilik. Anak dah tidur dah boleh buat urusan Suami Isteri pulak.

Sebab tu zaman sekarang Suami kena bantu Isteri dengan kerja-kerja rumah. Sebab Isteri dah bantu Suami dengan menambah pendapatan keluarga. Give and take lah kan. Para Suami dah tak boleh harap Isteri buat semua benda. Suami pun tak boleh lah serah 100% hal rumah dekat Isteri hanya sebab Isteri duduk rumah takde masalah nak kena fikir macam dekat pejabat. Isteri bosan tau duduk rumah. Ingat best ke duduk rumah seharian. 30 hari, 12 bulan. Urghhh!

Tapi tulisan aku ni bukan lah 100% betul. Tengok orang jugak. Ada yang jadi suri rumah bekerja lebih dari orang pejabat. Celik mata pukul 6.30am sampai pukul 10pm baru duduk. Ada yang celik mata pukul 6.30am pukul 6pm dah boleh rehat-rehat. Just nak makan malam lepas tu kemas dapur. Ada yang bekerja balik rumah rehat-rehat sebab Suami memahami, Suami tak paksa Isteri masak macam-macam cukup satu lauk - Ayam Sambal. Ada yang pakaian hantar dobi siap lipat dan gosok. Ada yang tak kisah makan malam order je. Tapi ada yang bekerja balik rumah kena keluarkan segala macam ikan ayam sayur dari peti ais sebab nak memasak. Dah siap memasak mengemas meja makan sinki pulak. Kain baju campak mesin basuh lepas tu sidai pulak. Dah siap tu lipat kain baju, gosok baju. Anak-anak lagi.

Dulu masa jadi suri rumah Sabtu Ahad selamber je keluar jalan-jalan. Sekarang ni sebelum nak keluar kena pastikan rumah dah settle baru boleh keluar. Pernah jugak banyak tempat nak pergi, kena keluar awal (pukul 9am) terpaksa skip membasuh dan menyidai. Kadang tu malam keluar, terpaksa delay melipat pakaian. Hehehehehe.

Bila dah bekerja ni Sabtu Ahad sangat tidak welcome siapa-siapa datang rumah kecuali dah berjanji (appointment). Dulu aku wonder jugak kenapa la omputih ni jenis kena buat appointment kalau nak datang rumah dia. Takde main serbu-serbu macam kita. Rupanya bila aku dah sampai tahap mak-mak moden ni, baru lah faham. Sabtu Ahad hari untuk rilex-rilex dekat rumah atau luar. Itu aku lah. Jadi bila orang datang rumah of course nak kena layan, kerja rumah tergendala. Kadang tu kita nak keluar membeli barang jadi delay. Aku sangat prefer bagitahu awal-awal macam seminggu awal macam tu. Sebab serius Sabtu Ahad hari untuk family berseronok-seronok. Do not disturb. Huhu.

Aku salute suri rumah sebab aku pernah rasa dulu, bosan duduk rumah ni kecuali part anak. Macam-macam DIY dapat. Hehehehe. Kalau ada yang tak bosan walaupun dah 5 tahun duduk rumah memang aku salute double triple.

Dan aku salute jugak dengan ibu bekerjaya yang buat semua. Ada Suami yang kurang pandai hal rumah semua Isteri buat sendiri, serius aku salute! Penat okeh. Itu kalau kerja kat ofis jenis calm and happy. Kalau jenis kerja dengan organisasi yang tak happy, dapat boss memaksa nak cepat nak cepat. Balik rumah pulak................ Sangat aku salute. Besar betul ganjaran Isteri yang penyabar ni.

Aku pernah baca komen-komen para lelaki, yang bising katanya Isteri tak beri layanan yang baik dekta dia. Bukan lah strict dengan layanan dalam bilik. Layanan lain-lain. Tak boleh lah, give and take. Dan ada satu komen tu tulis lebih kurang tak ingat 'tengok lah layanan yang suami bagi dekat isteri, kalau baik layanan dia baiklah dapatnya. kalau buruk layanan dia, buruklah dapatnya' Nah!

Aku bila Suami dah mop dan menyapu time aku tidurkan anak, kalau boleh apa je Suami nak aku bagi. Eh? Haha!






Love,
Nursaila Norman!


Friday, February 12, 2016

Catat Sebelum Beli

Assalamualaikum


Aku taktau nak letak ayat apa yang paling mudah untuk tajuk. Haha. It sounds like terrible right? Padahal takde pun. Hehehe.

Selalu tak bila nak membeli barang mesti terlajak beli atau terbeli benda yang tak dirancang? Tak? Oh, nampaknya aku je ada sindrom mudah terpesong. Hahaha.

Bukan spesifik kepada barangan IKEA je, apa-apa barang je. Makanan ke pakaian ke. Plan kat rumah lain, sampai kat kedai mesti ada barang tambahan. Takpe la tambahan tu (ecehhhh), tapi bila part barang yang sepatutnya beli tapi lupa beli. Kadang-kadang tu sebab stok habis. HUHU.

Jadi aku akan tulis, bawak pergi kedai. Waima hal pakaian. Taknak dah terbeli-beli ni. Umur dah meningkat, cara pembelian patut dah matang. Tak boleh macam zaman bujang, beli pakaian, kasut, aksesori ikut suka selagi duit ada. Huhuhu. Lagi pun sekarang ni baju anak lebih comel dari baju emak, so kena membeli lebih kat anak pulak. Eh?

Sekarang ni fokus aku berat ke arah rumah. Hal rumah kena hati-hati lebih. Aku tak boleh sebarangan beli. Nanti tak guna atau kurang guna dah jadi tukun dalam rumah. Aku pulak jenis tak suka ada benda yang tak ada fungsi terperok je kat sudut. Pastu aku ni mudah lah nak membuang. Tak kira apa waima pakaian. Huhuhu. Syukur, hal rumah ni tiba semasa aku dapat kesedaran 'Membeli Secara Berhemah'. Haha! Dan aku sedar aku jenis tak suka barang terbiar takde fungsi. Jadi aku perlu sangat berhati-hati kalau nak membeli.

Kalau pergi IKEA memang mudah terpedaya. Harga murah-murah, rasa macam semua tu perlu. Kan? Hikhik. Sekarang ni dah boleh control perasaan, sebab pesan kat diri sendiri 'ah, minggu depan datang lagi kalau rasa perlu'. Hahaha.

Masa jadi suri rumah haritu, bila anak tidur siang aku suka lah belek buku IKEA berjuta kali. Sebelum ni belek pastu berangan. Pastu lupa. Pastu belek lagi. Belek lagi. Lagi. Hehehehehe.. Satu haritu aku nekad nak tulis apa yang aku betul-betul nak/perlu untuk rumah tu. Taknak dah belek juta kali. Huhu. Kali ni sambil tengok buku IKEA, tengok sudut rumah pastu bayangkan perlu ke tak perlu ke tak. Kalau rasa perlu aku terus jot down. Mana yang was-was perlu atau tak pun aku tulis jugak. Siap dengan maklumat barang, harga dan muka surat. Muka surat? Mudah aku nak tunjuk kat Suami. Orang lelaki je yang tahu material macam mana yang okay kat dapur, kat bilik air etc. Hehehehehehe!

Akhirnya jadi lah macam kat bawah ni.....





























Jadi cuti wilayah baru-baru ni aku dapat jugak 'tick' dekat satu item. Satu je baruuuuuu. Hahaha. At least, kita kena ada langkah pertama. Hikhikhik. Banyak lagi nak kena beli.. Tapi kena lah slow-slow. Duit bukan banyak nak beli sekali gus. Simpan sikit-sikit dulu. Takpe slow-slow, biar lambat asal selamat.

Bila aku rasa ada benda perlu je aku akan belek buku IKEA lepas tu tulis (tambah item), kalau takat ingat-ingat macam tu je memang lupa. Lepas tu mula lah 'haritu ada ingat nak beli kat mana ntah'. End up beli dekat tempat lain dengan harga yang mahal, outdated. Urghhh!

Okay dah rehat, bye!




Love,
Nursaila Norman!

Campak Sebelum Umur Setahun

Assalamualaikum



What else to write? Hehehehehehe. Ni pun cerita lama yang diceritakan semula. Itupun selepas terbaca beberapa posts kisah anak terkena demam campak sebelum umur setahun. Sebelum tu kalau tak salah pada pertengahan tahun 2015 KKM dah buat hebahan berkenaan Jadual Imunisasi Baru (tapi aku baca akhir 2015).


Untuk bayi yang lahir pada/selepas Julai 2015, diorang kena ambil Dos 1 MMR pada usia 9 bulan kemudian baru Dos 2 MMR pada usia 12 bulan. Sebelum ni Dos 1 MMR je.

Ni pun bukan salah Kerajaan yang nak cucuk anak kita banyak-banyak kali. Salah orang-orang kita jugak yang tak vaksin anak menyebabkan penyakit Measles yang satu masa dulu hampir senyap, tiba-tiba muncul semula kebelakangan ni. Oh, tambahan.. Pendatang asing kian meningkat di negara kita. Lagi, aliran keluar masuk manusia dari pelbagai negara yang kita taktau penyakit apa yang sedang menular senyap-senyap disana. Terkini, Zika.

Yet, vaccine is not an important thing to a baby. Duh!

Melissa terkena campak halus a.k.a Measles pada September 2015. Sobs! Right after she just having her 1 year celebration, seminggu dua lepas tu dia kena campak. Susah sangat orang keliling nak terima hakikat yang itu adalah campak. Memandangkan bayi zaman sekarang ambil vaksin Measles. Orang dulu-dulu macam nenek-nenek je yakin Melissa kena campak. Sebab zaman diorang Measles adalah perkara biasa.

Actually aku pun ingat-ingat lupa dengan hal demam tu. Tapi nasib baik sempat tulis dekat IG. Bila dah lama-lama ni baru sedar, penting juga ya kalau update apa-apa dekat Blog atau IG ni, sebab senang nak trace balik. Hehehehe!



Screen shot dari IG jelah. Malas nak cucuk kabel fon, malas nak recall kisah Measles tu. HAHA! Tak ingat sangat dahhh. Huhuhuhu. Masa Melissa kena Measles tu pun, ada kawan-kawan lain yang anak diorang baru baik dari Measles lah, baru kena lah. Dekat media sosial pun ramai Mak-Mak update anak diorang kena Measles.

Memang perlu sangat lah dos MMR tu jadi dua. Kebanyakkan baby kena Measles start umur 9 bulan bulan. Paling kesian ada yang 7 bulan. Tapi pelik, ada jugak yang marah-marah kenapa mesti dos MMR ni bertambah. Macam KKM ni suka-sukaaaaaa je nak mencucuk anak kita. LOL.

Masa refer dua orang Doc pun diorang susah nak terima yang itu ada Measles. Sampai diorang soal siasat sama ada aku vaksin anak atau tak. Of course aku vaksin. Doc risau, ramai parents yang tak vaksin anak katanya. Huhu. Maybe aku bawak Melissa jalan-jalan, pergi tempat yang ramai budak (budak of course lah pergi tempat budak kan, takkan pergi bengkel kereta pulak, hehe!).

Eh, I don't even care lah dengan orang yang anti-vax ni. Tapi kalau kesannya terkena dekat anak kita yang vaksin ni, bengang lah jugakkkkk. Anak yang anti-vax sihat walafiat, lepas tu mak-mak yang anti-vax ni kembang-kembang hidung bercerita. Adohai.

Kadang tu Allah nak uji, bangga ke tidak anti-vax tapi sihat?

Jauhkan lah anak-anak kita dari penyakit yang berbahaya ni. Sekarang Zika, elakkan keluar waktu maghrib. Sebab time tu nyamuk giat berkeliaran. Pasal Zika sila rujuk dengan Doctor bertauliah ye, jangan rujuk Doctor GOOGLE pulak. Huhu!

Still vaccine is not necessary.

Sukahatikorang lah.






Love,
Nursaila Norman!


Friday, February 5, 2016

COPYCAT and SO-CALLED TANTRUM

Assalamualaikum





















Bila baby dah bertukar jadi toddler ni, benda terawal yang aku risaukan ialah masalah tantrum. Sebab aku nampak dekat media sosial, kawan-kawan banyak cerita pasal sikap anak masing-masing bila tantrum. Aku jadi takut. Sebab aku ni bukan jenis penyabar sangat. Hehehehehe. Masa Melissa masuk umur setahun (12 bulan) dia ada tunjukkan tanda-tanda tantrum tu sikit. Macam kalau dia rasa frust - Ibu dengan Abah tak tau apa punca dia frust haha dia akan menangis yang sound like meragam tu. Takde la nangis sangat, nangis dia sikittttt je. Tapi expresi muka tu yang ada sikit drama. Huh! 

Disebabkan sebelum Melissa masuk umur setahun aku baca lah juga sign of tantrum, stages of tantrum, how to handle, jadi kurang dari sebulan je dia meragam sebab frust of something yang Ibu dengan Abah dia taktau punca. Nak cakap dia totally having a tantrum syndrome tak jugak, sebab signs tu less than 40% ada dekat Melissa. So I prefer to rename it as meragam.

It was worked bila aku gunakan pendekataan menenangkan dia bila dia meragam tu. Peluk dia, tanya dan explain. Dalam seminit macam tu dia okay. At that time aku rasa macam senang jugak nak handle dia. Selepas musim meragam dia yang selama kurang sebulan tu - itu pun on off bukan setiap hari atau kerap, aku lega semula macam masa dia baby dulu. Happy je. 

Sebelum nak go further, saje nak throw back. Sejak hari dia lahir sampailah umur dia 14 bulan, dia membesar dengan cara didikan aku. Bila dia ngam-ngam berusia 14 bulan, aku start kerja. Sekarang dah 3 bulan dia dijaga oleh nenek dia - November, Disember, dan Januari. I am bit frustrated bila dia membesar di bawah jagaan selain Ibu dia sendiri. But what to do. Huhuhuhu.

Benda first aku tak pernah ajar dia takut dengan apa-apa. Aku tak suka ajar anak takut. Aku tak suka menakut-nakutkan anak. Tak bagus untuk perkembangan dia. Okay macam over. Tak bagus untuk dia. What to scared? Sekarang ni dia dah pandai takut nak pergi ambil ball kalau ball tu jauh sikiiiiitttt je dari dia. Tapi kalau kat rumah, kitorang dalam bilik tidur, rilex je suruh dia ambil remote TV dekat ruang tamu. Dia tak takut pun? Dulu boleh je mintak dia buang pampers kat dapur, tapi sekarang kena teman walaupun dengan jarak yang jauh. HUHU!

Keduanya dia jadi manja. Yelah nenek dengan atok yang jaga. Honestly aku memang tegas. No is no. With reason lepas tu aku takkan bagi jugak sebab it is no. Macam mana no tapi boleh bagi jugak lepas tu? Of course not. Kami mengajar dia perkara yang tidak boleh adalah tidak boleh. Supaya dia faham yang Ibu Abah dia buat seperti yang dicakap. Bukan tipu-tipu. Aku amalkan sejak dia dah pandai bergerak (8 bulan - merangkak) masa tu dia dah pandai ambil barang, mintak itu ini. Mana yang tak patut memang tak bagi lah kan.

Tapi bila dah duduk dengan nenek dengan atok, no pun dapat. Apakah. Sabar jelah.

Ketiganya dia dah pandai meniru. Copycat. Semua Ibubapa kalau dah tau anak dia dah start meniru of course kita sangat berhati-hati kan? Dari segi perbuatan, perkataan, sikap. Kita cuba jaga sebaik-baiknya supaya anak tak tiru. They are just like a photostat machine baybeh! Copy bulat-bulat tanpa tahu sebab. Kita memang tak boleh nak salahkan diorang.

Masa bulan November dengan Disember Melissa okay. Baru beralih tangan. Masih mengikut norma-norma kami. Januari, budak2 yang Ibu aku jaga sampai. Sebab mak diorang cikgu, jadi November dengan Disember diorang tak datang rumah Ibu aku. Cuti sekolah kan. Tapi on Januari Ibu aku dah start jaga budak-budak tu. Diorang baru dapat adik masih kategori baby, Januari tu umur dia 6 bulan. Masalahnya baby tu kuat meragam. Nak susu ke nak tidur ke time mandi ke dia akan menjerit-jerit menangis. Tapi air mata takde. Huhuhuhuhuhuhu! Mulanya Melissa takut sikit sebab baby tu menjerit macam kena cubit. HUHU. Serius scary tgk dia menjerit. Sejak baby tu dah pandai merangkak, memanjat, bila dilarang dia akan menjerit sekuat-kuat hati macam menangis tapi tak menangis. Erkkkk..

Dah sebulan lebih Melissa stay dengan diorang.

Sejak seminggu dua ni Melissa start semula tantrum. Itu apa yang aku nampak base on apa yang aku tahu. Sebab dia akan menjerit bukak mulut luas-luas paksa diri menangis tapi setitik air mata tak keluar. Hahahaha. Aku pernah rakam video dia tengah berusaha menangis. Bersusah payah nak menangis tapi air mata nan hado. Tergelak-gelak aku tengok dia paksa buat drama sedih. Dulu pujuk sikit dah okay, sekarang ni susah sikit. Mulanya tak jalan pun peluk-peluk, belai-belai tu. Tapi nasib baik dah jumpa cara. Hikhikhik.

Tapi signs of trantrum tu tetap sedikit. 50% pun tak sampai. Aku yakin sangat, Melissa takde lah mengalami sindrom tantrum tu teruk sangat. Dia sebenarnya belajar benda baru - copycat. Nak pujuk dia pun senang dengan cara terbaru tu. Tak sampai 30saat settle. Dia tak mengamuk. Dia tak berkelakuan over. Sekadar bukak mulut luas-luas dan paksa nangis.

Sebijik macam baby yang Ibu aku jaga tu buat.

Dan aku pasti dia meniru kelakuan baby tu. Selama ni dia tengok je baby tu menjerit-jerit. Mulanya dia takut, lama-lama dia diam je perhati. Sekarang dia copy. Sebab bila baby tu menjerit-jerit Ibu aku akan pujuk sampai senyap. Melissa tau kalau dia tiru apa baby tu buat, nanti ada lah siapa-siapa akan pujuk dan turut kemahuan dia.

Aku tak boleh nak salahkan Melissa. Dia dalam proses pembelajaran. Dia belajar dari persekitaran dia. Cuma bila dah jadi macam ni aku rasa kesal. Huhuhu. 14 bulan aku didik dia sesenang senang baby. Dia sikit tak pernah buat aku rasa penat, mengeluh. Sebab dia memang seorang anak yang senang dijaga. Tidur malam tak pernah bangun. Siang main penat tido, bangun makan, susu, main lagi ulang sampai malam. Sampai aku pernah cakap dekat Suami, aku tak sangka Melissa sesenang ini untuk dijaga, sampaikan dia ada atau takde sama je, malah kalau dia takde kitorang rasa sunyi sebab takde tukang buat kelakar. HUHU!

I really miss my baby.

Rasa nak bawak Melissa ke office, biar aku jaga dia sambil buat kerja ofis. Aku bukan takde bilik personal. Tapi itu mustahil.

Aku taknak timbul rasa penyesalan sebab memilih untuk bekerja. Sebab kerja ni kerja yang aku suka. Aku kena berusaha lebih lagi supaya dia rasa Ibu dan Abah dia lebih best daripada orang lain. Yup!

Oh, cara terbaru yang aku jumpa untuk handle drama sinetron Melissa? Senang je.. Peluk-peluk, pujuk-pujuk lambat sikit nak jalan.. Aku create a diversion. Hehehehehe! Melissa suka tengok video sendiri. Lagi-lagi video dia buat muka kelakar. Kemain suka dia. Urghh. Jadi dalam handphone aku penuh dengan video dia. So every time dia tak puas hati, tak dapat sesuatu, aku akan tunjuk video dia one by one. Usually dia meragam dalam kereta sebab nak duduk atas riba Abah dia. Silap kami jugak sebab bagi dia sekali. Jadi dia ketagih. Jadi kena reset balik memang kena sabar lebih lah. Huhuhuhu. Kedua kalau dia dah start boring dekat kedai makan. Dua tempat ni je dia jadi so-called tantrum. Pastu dekat rumah nenek dia sorry, siapa suruh manjakan dia. Haha!


5/2/2016 - 16mo 4weeks

Melissa, if you are reading this entry, I just want you to know the reason why I am being so strict with you. Because I don't want to spoil you. Benda paling best bila Melissa dah settle meragam Melissa mengantuk nak tidur, kita pun baring berdua-dua, Ibu pokpok Lissa, Lissa main-main muka Ibu, telinga Ibu 60saat lepas tu Melissa tidur. Hehehehehe! I know it is not so hard to handle you. Tapi yelah.. Ibu dengan Abah akan berusaha buat Lissa rasa kami lagi best dari orang lain. HEHE.



Love,
Nursaila Norman!


Super Heroes : Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

Assalamualaikum


Dalam entry I N I aku ada sebut nak menulis tentang rumah (dekorasi), bercuti, masak etc bagi tahun ini dan tahun-tahun akan datang. But I am not going to rush untuk buat macam-macam dalam masa terdekat, sebab benda-benda tu semua memerlukan duit yang besar! Dekorasi rumah it takes time baybeh. Sebelum deko kena fikir masak-masak dulu apa yang perlu dibuat. Bercuti perlukan tabungan yang mantap. Masak tu sukar untuk dijanji, takat masak makanan harian tu boleh lah. Tapi siapa peduli lauk harian. Hahahaha. Jadi aku rasa aku bakal terjebak dengan entry makan-makan. So I decide (baru sekarang ni ha decide) nak tambah satu lagi entry - Tempat Makan! It is consider dalam 'etc' tu lah. HAHA!

I am not sure sama ada you all jenis JalanJalanCariMakan atau tak. But maybe for some one or two of you yang suka. Kan?


SUPER HEROES, SUNWAY PUTRA MALL, KUALA LUMPUR

Aku datang sini semalam (4/2/2016) makan dengan team aku. At first kami tak expect much, sebab menu makanan tak banyak sangat. Pelbagai burger dan lasagna. Tapi lasagna takde semalam. Jadi, keempat-empat kami makan burger. Surprisingly, burger dia semua sedap! Roti lembut, daging sedap, wedges rangup. Keempat-empat kami keep repeating 'mmm, sedapp'. Hehehehe!

Super Heroes ni menekankan aspek Heroes yang terkenal macam Batman, Superman, Cat Woman etc. Hiasan kedai dan hiasan makan semuanya berkonsepkan Super Heroes. Nak kata ala-ala hipster pun boleh lah jugak part decoration tu.







Perihal menu pulak dia bagi dalam bentuk surat khabar. Smart! Macam dapat pegang news paper diorang (USA) pulak. Hehehehe.





Lama jugak nak pilih menu. Oh ya, order sendiri di kaunter ye, walaupun ada waiter datang kat meja hulur menu. Jadi, bertambah lama lah kami nak memilih. Sebabnya dekat meja memang dah memikir, pergi kaunter nak order memikir lagi. Cuma terkilan lasagna tiada. Kalau burger dia sedap, mesti lasagna dia sedapppp, kan? Oh, aku peminat tegar lasagna. Tapi bukan lasagna style kemelayuan tu eh. I mean, lebih pedas tapi kurang cheesy. Heeeeeeeeee. Aku suka yang cheesy mheesy!

Mulanya kami agak tertunggu-tunggu makanan kami. Sebab kami expect it just a burger takkan lama sangat nak sampai. Tapi bila burger dah sampai ke meja, masing-masing wow! Tapi macam biasa air sampai dulu, juga sangat mengujakan. Lagi-lagi bekas air yang cantik tu, macam nak bawak balik je. Hehehehehe!

Mine!
Clark Kent's Coffee Float


Azlan's


Arif's
Catwoman Caramel Macchiato


Haliza's
Wonder Woman Mocha Wallop


Saila and Arif's
The Batman VS Hawkman


Azlan's
Wonder Woman Special



Haliza's
Ini set lunch, taktau nama apa.
Box Spiderman tu 50% diskaun dari harga asal kalau beli dengan meal.
Tapi kalau nak beli Box saje Rm200 lebih kurang, lupa. Hehe!



Dulu aku ada gang yang memang kaki makan. Dulu, masa dekat Putrajaya. You know who you are. Masa tu agak kekok la nak snap-snap picha. Masa tu takde IG. Semua upload kat Blog. Seronok sangat time tu.

Sekarang, aku ada gang baru. Actually takde lah gang sangat, sebab yang lagi 2 orang tu lelaki. Orang lelaki ni bukan suka sangat explore makanan. Just me and my boss. Dia pulak meman jenis kaki explore makanan. Every time dapat makanan, snap gambar dulu. Kalau dulu agak kekok. Tapi sekarang.. Huh! My boss siap cakap 'ha, biar dia snap gambar. snap-snap' 'nah, snap cepat'. Hahahahaha! Yang mamat dua orang tu bertabahhhhh jelah tunggu aku snap gambar.

Tapi gang baru aku ni memang best. Kitorang pulak memang kerja hakiki handle media sosial. Anything related with media and sosial are under us! Bab snap gambar event memang kitorang. Bab update info pun kitorang. So, do you thing what we are doing in lunch time is something awkward? Nope! HAHA. We never care with others bila buat kerja. We never care if people keep staring at us. Memang media sosial macam ni. Hehehehehehe.

I have two more TempatMakan to update. Insyaallah, soon.





Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, February 3, 2016

Idea : Ruang Sempit a.k.a Apartment

Assalamualaikum



Blog sekarang ni dah jadi tempat aku simpan maklumat pulak. Sebab aku rasa carian melalui Blog ni lebih mudah berbanding laman sosial lain yang aku guna (FB & IG). Dari segi maklumat memang kita boleh masukkan lebih lah dalam Blog ni. Nak mencari semula pun mudah. Kalau tak label kan entry pun takpe, masih boleh cari dekat ruang search tu. Masukkan je simple ayat dah jumpa.

Kali ni nak update idea rumah - lagi sekali. Kalau nak tengok idea rumah yang aku pernah share sebelum ni ada dekat label "Rumah Kita' dan "homeSUITEhome'.


Ruang tamu rumah kami tu dia tak perfect segi empat tepat. Sebab ada bucu sebijik macam dalam gambar kat atas. Dan gambar kat atas ni adalah gambaran sebenar rupa ruang tamu rumah kami. Kalau refer pada gambar, bucu yang ada frame gambar burung merak tu adalah bilik mandi dalam master bedroom. sobs! Kedudukan sofa yang aku plan sebijik macam dalam gambar. Sebab kami dah pasang TV dekat dinding sebelah kanan gambar. Sliding door pun sama kedudukan macam tingkap atas tu. Perfect example untuk menggambarkan cutting ruang tamu rumah kami.

Jadi aku save picture ni dalam blog supaya bila ada rezeki dan peluang, aku boleh refer balik gambar ni. Al-maklumlah, aku ni mudah lupa.

Coffee table mungkin takde atau semestinya tak ada. Satu sebab ada anak kecik, susah dia nak bergerak, bermain. Keduanya takde fungsi pun. Hehehehe.



Untuk entryway pulak, kedudukan pintu masuk sama macam dalam gambar. Tapi area entryway ni bukan keutamaan aku. Asalkan ada satu meja console untuk letak barang-barang sebelum keluar (segala mak nenek kunci) dan sebuah cermin cantik untuk last touch up cukup lah. Haha.


Kedudukan katil, tingkap dan almari sekali lagi sama macam bilik kami. Pernah jugak terfikir nak letak side table dekat tingkap macam dalam gambar. Tapi entah lah. Malas pulak nak menggangu tingkap. Sebab aku suka angin keluar masuk. Buatnya table lamp jatuh? Haha. Kebetulan angin kat area rumah aku boleh tahan jugak kuatnya. Errrr..




Gambar atas ni aku adore dengan langsir dia. Bukan warna. Tapi the way she hang the curtain. Aku pernah membayangkan style gantung langsir macam ni. Sebab aku nak nampak effect siling tinggi. Tapi aku tak boleh bayangkan macam mana rupa bingkai tingkap yang lebih rendah dari bingkai langsir. Ermmm.. Dengan gambar ni kerisauan aku berakhir! Okay je, takde la nampak canggung sangat macam yang aku bayangkan. Hiks!



Meja makan adalah satu benda yang aku masih belum ada. Selepas 3 tahun berkahwin, masih belum punya meja makan? Nope. sobs! Dulu masa duduk rumah sewa, aku taknak beli. Sebabnya rumah sumpah sempit. Serba salah nak letak meja makan. Lagi-lagi dapur kami dekat kedai. Ngeeeeeeeee. Bila dah masuk rumah sendiri, masih belum ada meja makan jugak. Hehehehehe.

Bercakap pasal meja makan, aku datang dari family yang banyak habiskan masa dekat meja makan bila berkumpul. Dengan makanan yang tak pernah habis di atas meja, kitorang akan berbual dan ketawa seharian. Sampai semuanya bersurai. Jadi aku rasa aku perlu beli meja makan dengan 6 seater. 8 seater lebih baik. Hikhik. Oleh itu harga pun kena dipertimbangkan jugak lah kannnn.. Oleh itu aku ambil masa lebih sikit untuk membeli sebuah meja makan. Bagi aku biar lambat asal selamat puas hati. Hehehehehe. Tapi jangan lah korang ingat taste aku sampai tahap meja makan raja-raja. Takde lah.. Sekadar 'alah membeli, menang memakai' je.

Sesambil aku update entry ni sebab nak merekod idea. Korang pun boleh tengok-tengok kot-kot ada yang kena ke kan. Sharing is caring right?

Entry lama tersimpan. Alhamdulillah dapat di publish kan akhirnya. Haha!




Love,
Nursaila Norman!