CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 23, 2014

Inside Me

Assalamualaikum.


Dulu dia jentik dan jentik.

Lepas tu dia macam main knock knock.

Lepas tuu dia kick lite-lite.

Lepas tuuu dia kick wachaaaa.

Sekarang dia menggeliat kot. 

Kalau nak suruh dia diam, mintak abah dia pegang perut ibu. Diam lah dia kejap.

Hehehe!



Ahad ni check up dengan private. Tak sabarrrrrr nak tengok apa yang dia buat sebenarnya kat dalam tu. Macam ada sesi latihan akrobatik. Orang semuaaaaaa teka girl. Girl kah kamu sebegini kuat hiyarggh!

Rajin jugak mengeras. Pastu macam bulat je perut sebelah kanan. Suami cakap 'bontot dia kotttt'. Kejap ni akak ofis cakap 'macam bontot diaaa jee'. Hey, main bontot ye?!

Okay lah, keja dah siap. Nak sambung buat diary mengandung yang tertunggak tunggak tunggak.





Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, May 21, 2014

Free Thank You Tags!

Assalamualaikum.


Aku rajin sangat harini, dan aku sangat free harini, macam patut kena halau balikkk je aku ni kan? Haha.

Tadi publish pasal DIY thank you tag yang aku design sendiri (konon). Lepas lunch ni baru laju sikit otak ni bergerak. Sel-sel otak baru bersambung. T____T

Oleh itu aku ada la jumpa sikit beberapa thank you tags. Kot lah ada yang nak, kalau macam aku, memang tak pandai lah nak men'design'. Lagi-lagi takde software canggih-canggih kan. Asal ada perkataan 'thank you' pun okay dah kan? 

Tapi aku dapat semua dalam bentuk PDF. And again aku tak pandai nak attach PDF kat sini. So kalau nak boleh lah email ya!



1




2




3




4




5




6




7

sumber : google

Honestly, ada beberapa yang aku berkenan. Yang konon aku dah cop. Tapi aku share jugak dengan u olls, tak kisah lah kalau kita guna design yang sama. Sharing is caring kan? Hiks!

Korang boleh email untuk dapatkan softcopy, kalau nak semua boleh, nak selected pun boleh. Bagitahu je nak nombor berapa. So far ramai dan masih ada yang request PDF props untuk photobooth. Aku tetap akan reply your email attached with the softcopy, walaupun lambat, especially kalau korang email pada sabtu ahad, memang aku akan reply pada hari isnin lah ye!

Aku memang happy gila kalau dapat tolong orang yang nak kawen ni, sebab aku dulu pun pernah lalui pengalaman nak kawen. Lagi-lagi yang berjimat cermat macam aku. sobs! Niat nak tolong b2b dengan veil lambat lagi, sebab i olls memang tak menjahit buat masa ni. So aku tolong dengan cara lain lah ye.

Just email me or drop your email here!


NOT AVAILABLE
SORRY!





Love,
Nursaila Norman!



SajeSukaSuka : DIY Thank You Tag

Assalamualaikum.


Sementara tengah takde keja ni, aku memang suka lah meng'edit' entah hape-hape. Picha untuk buat entry ada, tapi malasnyaaaa nak transfer ke laptop. Nanti lah.

Laptop aku baru-baru ni jahanam dia punya hard disk dengan mother board. Haha! Habis hilang semua hal-hal kerja dan hal bukan kerja. Pengajarannya aku macam kena beli hard disk personal lah kot. Tak pun pendrive je. Bila? Nanti lah, bila rajin nak ke Low Yat tu ha.

Bulan-bulan lepas aku ada la save beberapa thank you tag.Apa lagi, lesap lah kannnn. Sedihnya! Faham-faham jelah nak meng'google' semula, bukan selalu dapat jumpa balik. 

Dulu masa nak kawen, aku teringin jugak nak DIY thank you tag sendiri. Konon. Segala benda nak di DIY nya! Tapi masa takde, aku request jelah dekat Ayah. Bentuk, design semua Ayah buat. Konon nak ber'sticker' bagai dah jadi lain, sebab bentuk pun dah lain. 


bentuk name card
oh kenangan!



Tadi aku google lah mana yang ada, apa yang jumpa. Jumpa lah satu je thank you tag yang aku berkenan. Dia bagi pulak download secara free. Yang lain-lain payah betul. Huhu! Ke aku yang tak pandai.


Ini yang aku download, cantik jugak, kan? Simple bunga-bunga.



Tapi honestly macam lainnnnn je rasa, sebab copy design orang kan. Kalau boleh nak design sendiri. Tapi tak berbakat besar, plus takde software canggih. sobsobsob! Oleh itu, hasilnya pun biasa-biasa sangatttt. Malu nak tunjuk, tapi nak tunjuk jugak. Hahaha!





Less is more tak gitu? Kalau rasa simple sangat, nanti hias dengan riben. Macam mana? Pandai-pandai lah nanti.. Hewhewhew! Tapi aku lebih suka yang free download tu, tapi suka jugak dengan hasil kerja sendiri walaupun so-so.





Love,
Nursaila Norman!



Tuesday, May 20, 2014

Menabung @ Menyimpan cara Nursaila Norman

Assalamualaikum.


Entry macam good-good je kan? Macam master in financial, macam financial consultant. Macam..

Dah lama tak share benda baik, tak salah kot kalau nak share sikit kan? Kalau sudi teruskan lah membaca, kalau tak sudi close sahaja. Benda ni dah lama aku nak share, konon untuk kebaikan bersama, mana lah tau kot-kot ada yang macam aku, nak buat cili jeruk pun rasa nak google je. Haha!

Tapi sebelum tu, entry ni mungkin panjang.. Hati-hati ya.

Masing-masing ada cara tersendiri dalam menabung kan? Cuma cara aku ni aku amalkan masa aku belajar dekat U dulu. Al-maklumlah, itu lah kali pertama aku jauhhhh dari family, keluar dari KL, kena lah pandai-pandai nak hidup. Mak bapak pulak bukan Dato' Datin. Boleh mintak duit kat diorang suka hati. Sesen pun aku tak pernah mintak duit diorang. Tak ganas lah mintak duit family, aku ganas kena lah tunjuk ganas dalam hati.

Aku dapat idea masa dekat U sebab duit belanja aku every month banyak habis ke makan dan shopping! Memang meriah hidup aku masa kat U dulu. Makan, shopping, makan, shopping. Tak sampai hujung bulan duit dah nyawa-nyawa ikan. Tak boleh jadi nih! Aku tolak shopping. Beli yang perlu je. Tapi tak kuat mana pun. Nampak t-shirt Siam, aku cair hati. Nampak skirt Siam aku lemah lutut.

Akhirnya aku buat macam ni..

Duit PTPTN yang kita dapat kan lump sum untuk satu semester. Aku bahagi jumlah PTPTN tu kepada 5 bulan (tempoh belajar satu semester). Aku guna lah jumlah tu untuk perbelanjaan selama sebulan. Saving macam mana? Aku pun buat saving, supaya bila hujung bulan ada lah duit terselit-selit. 

Setiap hari aku ambil rm1 dari dalam purse pastu masuk dalam purse lain yang tak dipakai. Sorok dalam laci meja study. Kalau 30 hari kan dah ada rm30. Selalunya aku buat-buat tak tau je.. Kadang-kadang tu sampai 2 bulan baru intai-intai saving aku tu..

Dah keja pulak aku akan asingkan duit saving sebanyak yang boleh. Kalau aku terpaksa ambil pun, tak kisah lah sebab dah saving lebih-lebih kan. Contoh nak simpan rm150 sepatutnya. Tapi dalam tangan ada rm300, simpan terus rm300 tu. Kalau ambil rm50 atau rm100 pun masih saving rm200 kan?

Zaman bujang dengan dah kawen lain.. Zaman bujang lepas tolak sana sini, aku saving dalam ASB terus berapa yang tinggal supaya aku takde lah nak cucuk ATM ke, swap debit card ke kannnn.. ASB jelah bagi aku selamat, takde mesin ATM, takde card. Haha.

Tapi bila dah kawen ni cara saving aku dah jadi lain sikit.. Honestly orang lelaki punya saving lain, macam cincai-cincai sikit. So aku ajak Suami ikut cara aku saving. Hikhik!

Cara saving kami ada dua jenis.. Satu yang memang untuk perkara yang pasti/wajib, satu lagi saving suka-suka. Aku share saving untuk perkara yang pasti dulu eh..

Perkara pasti/wajib : Dulu masa bujang kami takde kereta, yang jadi isu pasal kereta ialah insurans dengan road tax. Zaman takde kereta aku selalu dengar kawan-kawan mengeluh nak bayar insurans dengan road tax (irt lah senang), sebab sekali nak keluarkan duit tu bukan rm40.90 kannnn? Lagi-lagi untuk tahun pertama, so aku dah plan siap-siap dengan Suami, duit irt kena simpan secara sistematik.

Total irt untuk tahun pertama rmA. Bahagikan dengan 12 bulan. Jumlah tu lah saving setiap bulan. Sampai masa, bila nak bayar irt langsung tak terasa! Cara ni pun aku dapat masa jadi student.


contoh. rajin pulak aku nak meng'edit' !


Tak terasa kan bila nak bayar irt? Macam aku irt bulan November, time-time macam tu selalunya mood bonus lah apa lah kan, tapi saving tetap saving. Duit bonus ke duit durian runtuh ke takyah la guna untuk irt. Kan best? Wink! Wink!

Itu untuk irt, untuk hal-hal lain pun sama. Macam nak ada baby nie, sebelum aku decide untuk pregnant kami saving secara sistematik jugak. Anggaran berapa untuk persiapan baby, kami simpan secara kasar. Alhamdulillah, boleh membeli barang baby sikit-sikit ikut keperluan sejak awal kehamilan. Ada lagi 3/4 bulan lagi untuk saving. Still menyimpan walaupun checklist hampir lengkap, duit tu nanti saving je kot-kot ada perkara lain yang menanti. Yelah, tiap kali nak membeli barang baby tunggu hujung bulan guna duit gaji rasa macam terasaaaa sangat. Pulak tu membeli masa baby 7 bulan dalam perut, homaiiiii.. Aku tak larat nak memilih memilah, Suami pun tak larat jugak lah nak tengok duit keluar sekali harung beratus-ratus.

Setakat aku bershopping barang baby ni, sekali beli (yang penting-penting yaaaaaa) selamat rm150 macam tu. Set tilam kekabu yang aku beli pun selamat rm240 sekali bayar. Kalau semua nak tunggu gaji, nak tunggu 7 bulan.. Menitis air mata. Hukhuk! Lain lah berjawatan hebat, gaji pun lebat :(

Macam tu lah cara kami saving untuk perkara yang pasti/wajib. Hal-hal lain takyah lah aku share ye. Termasuk simpanan hari tua tau. Jangan lupa tu walaupun dah ada KWSP. Simpanan untuk terdesak pun kena ada tau. Tetiba tayar dah botak, mesin basuh rosak, blablabla.. Terdesak tu. sobs!

Cara saving kedua, untuk suka-suka supaya duit takde lah habis, lesap, lenyap macam tuuuu je, at least kita nampak jugak lah walaupun sikit.. Aku akan simpan macam budak-budak.

Aku akan simpan macam budak-budak sama ada :

1. Aku sukaaaaaa sangat dengan duit tu; ATAU
2. Aku tak sukaaaa dengan duit tu

Aku suka duit 50sen yang lama tu.. Yang besar gedabak tu, yang berat tu.. Sedar tak sedar baru-baru ni aku kira, saje-sajeeeee nak kira duit syiling.. Suka-suka.. Ingatkan ada la rm40 rm50. Rupanya lagi rm6 cukup rm100! Sape nak bagi aku rm100? Please la.. rm100 lesap seminit boleh aku usahakan.. Tapi dalam diam boleh ada rm100 adalah mengujakan aku kotttt. Tanya pendapat Suami nak buat cane dengan duit syiling ni supaya maintain sebagai saving budak-budak.. Kami sepakat simpan dalam ASB. Once again, ASB takde ATM takde card. Haha!

Kedua aku tak suka duit rm1 yang baru. Yang licin tu.. Sangat tak suka. Dari tak suka macam tu je, baik kita buat sesuatu. Setiap hari aku simpan rm1 dalam laci ofis. Tapi baru mula lah. Hehehehehe..

Dalam diam akan ada lah jugak duit sesat-sesat.. rm100 rm200 pun jadi lah kan? Duit yang kita campak-campak. Tak ke seronok? Tu belum kira duit yang kita simpan bersungguh-sungguh tu kan? Pelbagai kan simpanan selagi boleh.. Banyak kebaikan. Takde kerugian pun.

Aku dari kecik memang dah terbiasa menyimpan, duit syiling lah kan kalau zaman budak-budak dulu. Amalan tu insyaallah aku akan ajar anak-anak pulak. Belikan diorang tabung comel-comel ke, ikut kesukaan diorang ke, pastu ajar diorang menyimpan 20sen sehari. 

Mind to share cara korang menyimpan pulak tak? Hari tu aku ada terjumpa satu cara menyimpan.. Hari pertama rm1. Hari kedua rm2. Hari ketiga rm3.... Hari ke-28 rm28. Tapi aku tak mampu pulak nak saving macam tu bila dah masuk hari ke-20 ke atas tu kannnn.. Hikhik!

Sudi-sudi lah kongsi ye!






Love,
Nursaila Norman!



Monday, May 19, 2014

Barangan Baby Lagi, Lagi dan Lagi

Assalamualaikum.


Hari Jumaat baru ni saje ajak Suami pergi Mid Valley.. Ada Mom&Baby Expo kan, memang last minute plan. Sebenarnya niat nak ajak Suami dating. Hari Jumaat kannn, mesti lah datang mood malas balik rumah awal. Hikhik! Pergi expo sebab nak beli pampers, orang kata pampers kat expo murah. Memang pampers je aku beli. Haha! Skema.

Barang-barang lain yang sempat aku ambil :

1. Detergent brand Autumnz rm12
2. Wipes brand Pureen rm4 & rm5
3. Maternity Pad brand Pureen rm11
4. Rompers lengan panjang, seluar pun panjang dapat 2 helai rm25

Itu je. Last sekali pampers, dapat pampers terus ajak Suami keluar cari tempat makan. Aku takleh tempat ramai-ramai kalau nak membeli. Harga murah memang murah, compare dengan barang Autumnz yang aku beli kat One Baby World :










Saje buat comparison, senang sikit nak faham harga expo memang murah beberapa ringgit. Next month kalau tak salah ada expo kat PWTC pulak kan? 

So far set mandian baby je yang belum complete. Oh, senang cakap satu apa pun tak beli lagi. Kebetulannnn sangat pagi tadi breakfast dengan akak-akak and abang yang dah ada anak, diorang cakap pasal ruam susu lah, kulit sensitif lah.. Diorang cakap diorang guna set mandian dari organic base.. Gulp!

Mesti lah mahal kan, aku baru je berangan nak beli set mandian Johnson & Jonhnson. Sebab? Entah, sebab aku pengguna J&J dari kecik sampai sekarang, jadi kalau boleh aku nak anak aku pakai J&J jugak supaya boleh share-share dengan Ibu diaaaaa.. Hehehehe! From head to toe pakai J&J bukan ke boleh pakai anak dengan Ibu sekali. Hikhikhik!

Jadinya tadi aku pun google lah set mandian baby yang berasaskan organik, lagi-lagi katanya cari yang Paraben free dengan SSL free. Jumpa lah satu dua jenis..

1. Buds

Lain-lain brand macam akak and abang ofis aku pakai, diorang pakai :

1. Sebamed
2. Organic Aid

Kata abang ofismate aku cakap anak dia kena ruam susu, pakai je Organic Aid Cream esok terus baik. Memang pun Organic Aid tu terkenal dengan kebaikan dia kan.. Cuma tak terfikir je nak pakaikan dekat baby. Abang ofismate aku guna pun sebab doctor suggest.

So aku rasa, aku akan beli set mandian J&J plus dengan beberapa set organic. Okay kan macam tu.

Korang yang dah ada anak, ada pengalaman tu, share lah pendapat korang pasal set mandian. Sebab i olls tak sabar nak complete kan checklist baby nih. Set mandian je belum ada seciput pun..





Love,
Nursaila Norman!



Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Serdang

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, berjaya jugak sebentuk Pearl Hand Bouquet sepanjang aku pregnant ni. Banyak hal yang kebetulan jugak sebenarnya, aku memang nak kurangkan ambil tempahan, pastu aku pulak malas teruk awal-awal pregnant dulu, pastu kebanyakkan yang nak tempah pulak mintak pos. Maaf sangat, aku tak cukup hebat lah kot sebab tu aku tak berani nak pos. Huhu! Salute jugak tengok orang lain pos Pearl Hb. Kos lagi. Memang mahal lah nak pos nih, sebab Pearl Hb berat. COD je ye :)

Malam tadi paksa diri supaya siapkan Hb. Alhamdulillah siap jugak, siap pun sebab konon-konon merajuk dengan Suami. Kalau merajuk mesti lah sorang sana, sorang sini kan. Merajuk baru boleh buat keja. Hahaha! Kalau tak apa kerja pun tak jadi.. Hewhewhew!







Color : Soft Blue (Tiffany Blue) + White + Grey. Actually kaler real dia sangat softtt.. Aku sendiri suka dengan kaler ni sebab sangat soft and sweet. Pandai owner pilih kaler :) 

So far aku masih boleh ambil tempahan lagi, tapi dah nak bulan puasa dan raya kan, tapi mana lah tau kot-kot ada yang nak kawen lepas raya, aku boleh siapkan awal :) Tak mahal pun, bayar deposit dulu langsung tak rasa mahal, hiks!  Bayar balance bila ambil Hb.

Apa-apa boleh wassap 019-2290413 atau email macam kat side kanan yer!

Bakal pengantin, harap awak suka!


UPDATE!!





Love,
Nursaila Norman!



Friday, May 16, 2014

Nando's dengan Ibu

Assalamualaikum.


Delay, delay, delay.

Celebrate pun tak ngam dengan tarikh, update kat blog pun lambat. Ni bukan delay namanya, ini lembab.

Semua orang sayang mak masing-masing kan, so takyah cakap lah pasal Hari Ibu nih. Semua orang yang masih ada mak mesti celebrate walaupun dengan sepotong kek, kan? 

Aku ingat lagi zaman sekolah dulu, kitorang bukan lah family kaya raya, senang lenang pun tidak. Kategori susah lah jugak sebab duduk bandar. Walaupun adik beradik 3 orang je, tapi kalau dah duduk KL, terasa lah jugak susahnya. Bercakap pasal Hari Ibu zaman susah dulu, kitorang akan celebrate makan-makan dekat rumah je. Takde la makan kat luar, makan mahal-mahal ke apa ke. Pernah sekali tu aku rajin gilaaaaa, bangun pagi buat cekodok kentang feveret family kitorang kebiasaannya, pastu breakfast sama-sama sambil wish Hari Ibu.

Cara kita celebrate tu tak penting pun sebenarnya kan? Macam mana kita appreciate mak kita tu lah yang paling penting sebenarnya. Macam aku sejak nak jadi Ibu ni, aku lebih menghargai Ibu aku. Bukan lah sebelum ni aku tak hargai Ibu, tapi 'ambil mudah' itu memang wujud. Huhu! Ambil mudah bila dia marah, jarang nak spend masa dengan dia, sebab konon dah ada live sendiri. 

Semakin nak ada anak ni, aku jarang fikir apa aku akan buat untuk anak aku.. Tapi lebih banyak fikir, apa aku buat untuk Ibu aku. Bunyi macam kejam ke? Lepas baby ni lahir mungkin aku akan lebihhhhhh faham keadaan Ibu dan perasaan dia, berbanding sekarang. Bukan maksudnya aku tak pedulik langsung pasal anak, bohong sangat lah tu.. Tapi sejak-sejak pregnant ni, aku mudah teringat keadaan aku sebagai anak. Masa dalam perut Ibu, masa lahir, masa baby.. Aku sama je macam baby aku nanti.. So apa aku buat untuk Ibu? 

Masa malam sebelum Hari Ibu kitorang adik beradik bawak family makan sama-sama. Tapi aku macam tak puas. Aku pun buat last minute plan belanja Suami dengan Ibu makan. Tapi makan benda yang aku mengidam lah. Haha. Patutnya tanya Ibu nak makan apa, tapi terbalik pulaks.. Ala, kalau tanya Ibu pun bukan dia nak pilih makanan yang dia suka. Apa-apa pun boleh, boleh gitu?

Aku pilih Nando's sebab aku memang rinduuuuu nak makan ayam dengan sos dia. First and last makan pun masa aku dengan Suami baruuuuu mula bekerja. Masa tu dah lepas zaman belajar yang sengkek. Dah ada duit gaji, Suami lak masa tu dapat bonus first! Dia belanja aku Nando's sebab aku terpengaruh orang cakap sos dia terbaik! Masa tu empat tahun yang lalu lahhh..


masa ni aku laparrr gila, memang lapar bukan-bukan lah time ni, belum dinner kannn.. tengok sudu garfu pun dah tak sabar




ni aku punya




Suami punya




Ibu punya




aku tak boleh makan pedas kan? tapi malam tu beriya-iya aku tuang sos Mild atas grilled vege dengan ayam. puas lahhhh dapat makan kuah pedas. perut? kalau makan western bukan main behave lagi dia.
cuba masakan melayu......




57 tahun dengan 28 tahun
Ibu dengan Ibu to be
kami banyak gila beza, asyik nak gaduhhhhhhh je.




yang semakin membesar bagaikan juara air Milo
tengok jelah jari tuuuu..
kalau check up dengan doc swasta, doc mesti check kaki, nak make sure tak bengkak/sembap
doc mesti konfius tengok kaki aku..
sebab aku kalau gain weight mesti pergi kat jari tangan and kaki
ni kaki aku berisi comel bebenor! doc mesti tengok lama sikit supaya confirm itu daging bukan sembap air
*nangis*


Aku berbanyak-banyak berterima kasih dengan mak mertua, sebab dia lahirkan dan didik lelaki paling baik. Paling baik dengan aku sejak mula kenal sampai lah ke hari ini, paling baik dengan Ibu and Ayah aku.. Semua sebab mak mertua. Aku ganas, kasar.. Suami aku lembut, penyabar.. Mak mertua lah yang didik Suami aku jadi macam tu. Kalau tak jadi lah macam aku. Hahaha. Suami pun sangat baik dengan mak dia, aku tak pelik kalau dia sangat baik dengan aku dan Ibu.

Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Mak. 

Wanita hebat dalam hidup kami. Mampu kah aku?





Love,
Nursaila Norman



Nuffnang : CPUV untuk tahun 2014

Assalamualaikum.


Sedih jugak sebenarnya kalau nak cakap pasal CPUV aku.. Sebab last CPUV yang meriahhhhhh pun akhir tahun 2013. Dah lama kan? Sejak masuk tahun 2014 ni CPUV ciput-ciput. Walaupun belambak tapi ciputtt sangat. Kejap dah credited. Huhuhuhu. Tak sempat lah aku nak tengok dia meningkat dewasa depan mata. Tau-tau dah credited. Haha.

Aku pun agak-agak merajuk lah jugak dengan Nuffnang sebab CPUV sikit-sikit, kejap-kejap, tak stay lama. Aku pulak sejak pregnant tahun ni dah kurang berblog. Okay, dah tau lah salah sendiri. Kurang berblog pastu harap CPUV stay lama. Haha!

Tapi alhamdulillah baru-baru ni aku bukak Nuffnang saje nak tengok-tengok (sebab dah lama sangat merajuk), eh! adaaaa.. Pastu dua tiga hari aku bukak lagi, eh?! ada lagi? Ohw,ohw,ohw!




















See? Ada la dua CPUV baru yang masih stay! Stay lama sikit ye sayangs! Bila tengok contest Oreo rasa nak join lah pulak. Sebab senang sangat pun contest dia. Just pergi Secret Recipe (feveret Suami pulak makan kek), follow instruction kat sana. Mudah je. Sempat lagi nih. Wink! Wink!

Lagi satu pagi-pagi dapat jemputan dari blogger supaya join event Nuffnang. http://mii-and-himm.blogspot.com/2014/05/jemputan-nuffnang-ke-kilang-mamee-melaka.html yang ini aku tak pasti nak pergi ke tak.. Kena tanya Suami dulu sebab transport disediakan, so mesti takleh g dengan Suami kan. sobs!

Tapi bagi aku, kalau ada CPUV dari Nuffnang macam ni, stay lama sikit, semangat nak berblog tu pun datang dengan tiba-tiba. Betul tak? Hikhikhik. Kebetulan kerja pun dah settle (aku memang busy akhirrrr bulan sampai 15hb), sementara takde kerja ni, korang jangan muntah pulak kalau asyik nampak entry aku bersusun-susun kat dashboard ye. Hahahaha. Tapi entry useless lahhh :)

Okay Nuffnang, sumpah i love you.





Love,
Nursaila Norman!



Thursday, May 15, 2014

Banyak Benda Yang Aku KIV Rupanya

Assalamualaikum.


Suka sangat buat blog berhabuk kan? Ada benda nak cerita, tapi malas dengan banyak kerja buat cerita aku tersimpan jadi jeruk. Sejak ada IG ni (eceeh ceeeehh) mudah lah kerja aku nak bercerita melalui gambar. Poyoooos! Tapi bagi aku blog jugak paling utama. hewhewhew.

Cerita pasal ke Terengganu and Kelantan pun malas nak share kat sini, haha! IG jelah. Balik Kelantan spend masa puas-puas dekat rumah mak mertua memang menggembirakan. Sebab? Perut behave ya Rabbi. Sikit tak sakit. Patut tak aku apply cuti tanpa gaji, duduk rumah mak mertua?? I wish I can.

Cerita bbq dekat Ulu Yam pun ntah bila nak tulis. Malas sebab takde point pun kalau tulis kat sini, kan? Ala, bbq je, makan, tidur, makan pastu duduk atas batu tengok Suami mandi. sobs!

Tapi aku rasa perlu kot nak tulis sikit pasal persiapan baby. Hiks! Pengalaman pertama membeli belah barang kecik-kecikkkkk yang super comel. Memang rasa lain sungguh beli barang untuk sesuatu yang belum ada depan mata, tapi kita beli beriya-iya dengan harapan dia sukaaaaaaaaa.

Padahal mak dia yang beriya.

Nak cakap pasal barang baby ni, aku rasa aku lah mak yang paling berjimat cermat. Banyak rupanya benda yang aku KIV. Banyak benda yang aku rasa tak perlu. Banyak benda yang aku rasa barang moden sekarang ni nak menghabiskan duit je. Haha. See? Super berjimat kan aku.

Kalau tak percaya cuba tengok link ni -----> 19-things-your-baby-doesnt-actually-need

Tapi aku beli jugak lah Hooded Towels dengan Design Baby Clothes. Hiks! Ala berapa je kan hooded towel tu, aku beli lah jugak 2 helai sebab comelss! Baju baby yang cute-cute tu aku memang tak berjimat lah. T____T

Aku start beli baju newborn (nb) tau bila? Masa 17w macam tu aku dah pergi OU, dekat FOS ada rompers nb. Memula beli baju nb aku ambil 5 helai. Orang cakap nak mulakan tu susah kan? Macam aku jugak, memang kekok gila, tak tahu nak mulakan dengan apa.. So aku beli 5 helai rompers konon-konon warm up. Hoho.

Masuk 4 bulan aku settle kan barang-barang untuk nb. Aku pergi outlet Manjaku. Baju, mittens & booties, bonnets/caps, lagi ntah apa tak ingat aku beli. Perut pun tak nampak sangat, dah beli. Hewhew. Lantak laaahhhh.

Plus at the same time aku beli set botol susu nb dengan breast pump through online. Ada promosi time tu. Sampai sekarang aku tak jumpa lagi harga promosi semurah itu tanpa postage. Alhamdulillah, tak sia-sia aku beli awal. Konon macam tak sabar-sabar kan...

Cuti Wesak Day baru-baru ni, aku sambung shopping dekat One Baby World. Dekat website dia ada harga promosi. Tapi kena beli rm200 dalam satu resit baru free postage. Total-total barang yang aku ambil still tak cecah rm200. Duhhh! Taktau nak pilih apa. Bila tengok outlet dia ada dekat Ulu Kelang, apa lagi, aku lagi suka pergi walk in. Sampai je OBW, pandai pulak aku ambil barang sampai cecah rm200. Lebih lagi ada! Lebih rm250 akan dapat baucer rm10. Dengan syarat next resit mesti rm50 baru boleh guna baucer. Malas nak datang lagi sebab checklist pun dah complete, aku tambah 1 lagi item supaya boleh guna baucer. 

Tapi baru kejap ni aku terjumpa website Fabulous Mom , breast milk storage bottles dia lebih murah rm2.08 berbanding breast milk storage bottles yang aku beli dekat OBW. Tapi brand lain lah. Tapi aku suka Autumnz, so its okay lahh! Hehehehehe.

Aku beli storage bottles dengan bags pun tak banyak, tahap keperluan aku akan tahu selepas bersalin nanti. Kalau perlu tambah, mintak tolong Suami pergi beli atau through online jelah nanti.

So yang pending sekarang ni set mandian baby, diapers, keperluan sendiri dengan baju baby yang 3-6 mo punya. Tak syok betul beli baju selamat ni. Kalau boleh nak beli ikut gender terussss. Tapi bersabar lah ye, gender belum tahu lagi. Hehehehe!

Benda yang aku KIV :

1. Playpen
2. Electric Breast Pump
3. Cooler Bag
4. Car Seat
5. Stroller
6. Cloth Diaper
lain-lain kalau perlu tambah storage bags/bottles in case susu banyak melimpah ruah, amin :)

Kalau ikutkan checklist aku memang sadis, memang aku terfikir gak teruk sangat ke aku ya.. Beriya beli yang betul-betul perlu je. Macam kawen jugak lah, yang perlu je. Tak perlu mana ada aku buat. sobs! Tapi bukanlah aku bersikap kedekut dengan anak sendiri. Tak. Berjimat dengan kedekut beza kan? sobsobsob. Sebab aku rasa bukan sorang ni je anak aku, nanti nak ada anak lagi. Macam tak fair pulak beriya-iya untuk anak first, tapi untuk anak second, third? Huhuhu!


Tapi bila ada akak senior convince kan aku supaya berjimat cermat, beli apa yang perlu.. Aku lega. At least kalau ada keperluan aku beli je online masa berpantang. Sekarang kan dah canggih teruk-teruk. Plus aku dah bagitahu Suami, kalau perlu beli barang, jangan kekok pulak.. Hehehe.. Sebab tu kalau beli apa-apa aku akan refer Suami barang ni okay ke tak sebelum beli. Kadang-kadang akal perempuan ni cetek.. Kadang2? Kalau mintak pendapat orang lelaki, takde lah cetek sangat. Haha.

Minggu ni ada expo dekat Mid Valley, taktau lah nak pergi ke tak. Sebabnya aku tak suka membeli sambil bersesak-sesak. Aku nak tenang-tenang, tak banyak tangan.. Huhu! Ntah lah, tengok lah atas kerajinan. Kalau kaki rajin maybe aku pergi. Hikhik!

Till then, aku ada banyak benda diy nak kena siapkan. Tapi? Hampeh! Customers, sila bersabar ya :)




Love,
Nursaila Norman!



Thursday, May 8, 2014

Nursaila Norman's Veil : Customer #3

Assalamualaikum.






Ini customer ketiga, customer kedua takde bagi gambar, aku prefer customer bagi sendiri gambar yang mereka rasa selesa untuk share dengan aku. Aku taknak la memandai2 ambil sendiri dari FB kan.. Huhuhu. Alhamdulillah, veil aku yang sehelai ni masih berbakti. 

Murah je rm40! Boleh tengok available dan harga dekat 'Veil For Rent'. Ada dekat header atas ni. Kalau ikutkan hati aku memang berkobar-kobar nak buat lebih banyak veil untuk disewa. Memudahkan customer untuk buat pilihan. Insyaallah, tapi bukan sekarang lah ye. Lepas bersalin okay :)

Untuk memudahkan urusan, aku on jugak wassap. sobs! dalam terpaksa. sobs! Boleh wassap aku 0192290413 atau email msyunnsein@yahoo.com.my. Ikut mana-mana yang korang selesa. 





Love,
Nursaila Norman!