CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 30, 2013

berCOMEL-COMELan Untuk Suami

Assalamualaikum.


Sejak 1 tahun 1 bulan aku jadi bini orang, dan hampir lebih 7 bulan aku bertudung, aku jarang bergaya di bahagian kepala. Make-up takyah cakap la, make-up langsung tak sinonim dengan aku. Hakhak. Maksud aku bahagian rambut.

Dulu dua hari selepas majlis resepsi, aku potong rambut pendek. Cukup pendek bagi aku. Sebab aku jaranggg sangat-sangat berambut pendek. Purata aku berambut pendek ialah 3 tahun sekali. Jadi orang akan terkejut tengok aku kalau berambut pendek. Hikhikhik. Sejak tu, aku tak buat apa-apa langsung dengan rambut dah. Sampai la aku mula bertudung bulan Mei haritu. 

Bila dah bertudung lagi la aku tak pernah kisah dengan gaya rambut, yelah.. Mana ada orang nampak kan. Masalah besar bagi aku ialah bila basuh rambut je, tiba-tiba Suami ajak keluar. Dengan rambut masih basah, mana nak bersiap lagi, cari baju, cari tudung, rambut tak kering lagi.. End up, rambut kering lebih kurang lepas tu terus pakai tudung. Terlalu bahaya dan kejam di situ!

Sampai la bulan 12. Aku tak peduli pasal gaya rambut langsung. Keluar rumah dah diselamatkan oleh tudung. Dalam rumah aku cuma ikat rambut. Susah nak explain gaya jenis apa. Senang cakap jenis Bibik. Ala, bibik. Rasanya bibik pun cantik lagi dari aku. Hahahahaha T______T

Setiap hari aku rasa bersalah dengan Suami. Aku rasa berdosa gila aku tak bercantik-cantik depan Suami. Keluar rumah pandai pulak pakai tudung elok-elok. Walaupun takde la sampai tahap Hana Tajima. Tapi takde la serupa makcik Bedah pergi pasar. Bila dalam rumah tanggal tudung, ikat rambut pony tail. Paling sadis buat siput babi. Dah.

Semalam aku buat tindakan drastik. Tanya Suami boleh potong rambut tak? Suami cakap bolehhhhh. Suami bagi duit lepas tu Suami bawak pergi saloon rambut. 30 minit menunggu, sampai giliran aku Suami cakap nak tunggu dalam kereta sebab nak tidur. Okay sayang, tunggu penampilan baru I. iheeeeeeeee!

Siap semua terus masuk kereta, tapi tak balik rumah dulu. Pergi rumah makcik dulu ambil Ibu kat sana. So kat sana lah tengok penampilan baru Isteri. Wee Wee Wee :)

Sampai rumah makcik tanggal tudung sebab nak solat Zohor, semua terkejut sebab I olls macam budak sekolahhhhh. Kahkahkah. Sebab tu aku tak suka potong rambut pendek, dari dulu lagi. Sekali sekala diorang nampak aku berambut pendek mesti diorang jerit-jerit cakap macam budak sekolah! Habis, bila aku nak besarnya?

Suami apa lagi, terkebil-kebil lah tengok Isteri. Hahahahaha. Lawak pulak aku rasa. Aku pun mula lah buat-buat muka comel, sambil kelip-kelip mata empatploh kali. Hahaha.

Dekat rumah, aku rasa janggal tengok muka sendiri. Kali ni lebih pendek dari selepas majlis resepsi. Tapi aku suka. Macam budak sekolah! Hehehehehe. Boleh sapu losyen dekat tengkuk tanpa ada halangan dari rambut. Hehehehehehehe.

Suami : Macam ada awek lain dari rumah kita pulak. Hehehehe!
Aku : (Daaaaaaa?)
Suami : Awek Cina
Suami : Awek Siam

Dulu sebelum aku bertudung, kitorang makan berdua dekat Old Town. Datang la lelaki Cina nak mintak sumbangan untuk rumah Anak Yatim kalau tak salah. Datang-datang je kat meja kami, lelaki tu bercakap (permulaan ayat untuk pancing penderma) tapi kami tak faham sepatah pun. Sebab dia cakap Cina! Kitorang laki bini blurrrr. Lelaki tu pun blur jugak, pastu lelaki tu sambung lagi cakap Cina, kali ni pendek je ayat dia.

Aku : Kami Melayu..
Lelaki Cina : Hah?? Sorry,sorry.. Kamu Melayu ka?
Aku : Melayu la.. Hehehe
Lelaki : Haiya, sorry aaa, ganggu you all dating..

Sampai tahap kami tunjuk IC sebab dia tak percaya kami Melayu, tak percaya kami dah kawen, tak percaya kami umur 27. Tak pasal-pasal Cina tu asyik terkejutttt je. Last-last dia tak amek derma pun dari kitorang. Mesti dia kecewa berganda-ganda.

So now, dalam rumah kami ada awek Siam. Suami pulak dok panggil aku amoy. Elok lah. Kan dah amoy betul-betul. Rambut pendek, pakai spec nerd, tapi pakai baju tidur kelawar. Hahahaha! Okay lah, Siam tak Siam tak? kehkehkehkeh.

Sekarang rasa legaaaaa sangat-sangat sebab dapat comel-comel dalam rumah untuk Suami. Takde la rasa bersalah sangat. Hihi. Rambut baru, lebih fresh, lebih muda, lebih amoy. 

Habislah, semua pakat-pakat muntah baca entry aku kali ni. Maaf korang!

Hey, jom nampak cantik depan Suami!


















gambar sekadar hiasan
hikhik






Love,
Nursaila Norman!


Friday, December 27, 2013

Berusaha : Mencari Idea Untuk Rumah Kecil Kami

Assalamualaikum.



Errrr, ini entry 11 Disember yang disimpan berkulat dalam draf. Segala penggunaan ayat yang menunjukkan masa, sila rujuk masa dan waktu sebelum 11 Disember ya! Nampak tak aku semakin tak produktif menulis blog?!



Dah lama tak buat sesuatu untuk "rumah kita" tu. Seminggu dua ni aku bermalas-malasan tanpa tempahan, konon nak menghias rumah. Tapi kesihatan pulak tak mengizinkan kami Suami Isteri. Lepas Suami demam, Isteri pulak batuk-batuk, selesema. Malassss je nak buat apa-apa. Akhir tahun hampir menjelma. Seperti yang diharapkan, masuk tahun baru aku nak "rumah kita" tu pun nampak lebih baik lah dari yang sekarang ni. Especially dapur. Masih bujang lagi. Masih suci. Boleh? .......................................

Aku memang jenis macam ni.. Jenis malas masak kalau dapur tak lengkap. Ada orang boleh je masak walaupun kelengkapan tak lengkap. Janji siap satu hidangan. Aku pulak lain. Lainnnnn.. Aku akan masak kalau barang lengkap. Kira kalau terlintas nak mangkuk bujur sirih (konon-konon) pling! Ada. So kalau dah tau mangkuk bujur sirih tu takde, jangan harap aku nak masak. Tak berakhir disitu sahaja.. Masalah lain aku takkan masak kalau set kelengkapan tak cantik. Contohnya pinggan plastik kaler biru ada dua, pinggan kaca ada dua, mangkuk plastik kaler orange ada satu, sudu corak lain, garfu corak lain, gelas lain pulak. Memang lah tak aku ke dapur.

Nak keji ke nak phuiii kat screen korang ke buat lah. Memang keji pun perangai macam aku ni. Huwaaaa!

Tapi, kalau kat rumah Ibu kemain rajin aku masak. Tau-tau je siap maggie kari versi aku. Bukan maggie kosong tu. Ni ada bahan-bahan dan tambah serbuk kari Baba's. Padahal Suami cakap nak maggie je. Tetiba sampai semangkuk maggie style aku atas meja makan. Lepas tu seisi rumah join kitorang makan maggie. Termasuk lah Ibu aku. T_________T'

Okay,okay! Bukan nak cerita aku masak maggie sedap. Ni lagi keji. Choi.

Macam aku masak spring rolls haritu la.. Jangan ingat aku masak kat rumah sendiri. Aku masak tu kat rumah Ibu kot. Sekelip mata spring rolls depan mata. Cuba kat "rumah kita" tu, dapur bujang pulak. Kelaparan Suami aku. hekhekhekhekhek. Ni alasan nak mintak beli barang-barang untuk hiasan dapur sebenarnya.

Panjangnya cerita pasal dapur je?! Masyaallah, kalau menaip merapu meraban bagi la kat aku.

Kembali kepada cerita asal. Aku nak merealisasikan impian aku untuk menghias "rumah kita" sebelum tahun baru. Especially dapur. Dan ruang tamu. Ruang tamu pun memerlukan kreativiti yang tinggi jugak. Dalam satu ruang aku nak masukkan dua ruang sekaligus. Maksud aku, ruang tamu dan ruang makan sekaligus. Faham tak? Ruang dah la sempit, bayangkan macam mana struggle nya aku nak realisasikan benda tu. Hmmmmmm.. Meja makan pun takde. But dont worry.. Hidup kena kreatif. Kecuali lah laki I Tan Sri. woops! Cuba refer gambar nombor 2, dua dalam satu kan? Ruang tamu dan ruang makan :)

Aku GOOGLE, cuba mencari idea, menambah akal, kot-kot ada style yang sesuai untuk "rumah kita" yang kecik sekangkang kera tu. Ruang tamu "rumah kita" ada lah macam gambar-gambar kat bawah ni....








































































So far, susun atur couch, cabinet, TV dengan arm chair hampir 100% macam dalam gambar 1st. Tapi rumah aku tu takde lah secantik dalam gambar. Coffee table takde. Tak wujud.

**sambung update semula :p

Haritu kawan Suami datang, bawak Isteri dengan anak dia. Pastu kawan dia cakap nanti dah ada anak takleh dah ada hiasan-hiasan. Sambil wajah mereka laki bini memandang beberapa bekas kaca dekat tepi TV. Aku pun terpandang jugak bekas-bekas kaca tu. Memang. Ibu aku pengasuh hampir 26 tahun. Kalau dikira-kira balik, cecah puluhan adik-adik aku hasil jagaan Ibu. Ramai! Jadi aku faham sangat macam mana ada babies sejak habis pantang sampai lah diorang darjah 1! How to handle them. Masak sangat. Takat barang perhiasan memang takleh lepa.. Anak orang kan, kalau terpecah kaca dah luka kan susah. Perhiasan rumah semua kena tinggi2 atau dalam almari kaca. Tapi bekas-bekas kaca yang kawan Suami rujuk tu bukan perhiasan sebenarnya, itu bekas kaca yang aku keluarkan dari kotak ofis masa aku berhenti kerja kat Putrajaya dulu! Aku tak susun pun. Aku letak je secara bersepah kat tepi TV tu. Serupa sampah. Tapi nampaknya kawan Suami dah salah faham. Dia ingat itu perhiasan. Hakikat, itu barang yang aku longgokkan sebab taktau nak susun kat mana!!

Okay, cukup cerita pasal perhiasan serupa sampah.

Tak lama kemudian, kawan baik aku pulak datang. Nak seret aku pergi kedai-kedai kucing. So dia kena lah datang rumah aku amek aku. Sementara aku mandi, dia layan lah kucing dia kat ruang tamu rumah aku tu. Sambil aku siap-siap, pandai-pandai lah dia layan diri. Tiba-tiba dia cakap dia suka rumah aku. Dia cakap rumah aku simple tak serabut tapi lengkap. Dia cakap okeh, bukan aku. Aku yang dah termalu-malu kucing cakap la 'barang tak banyak boleh lah tak serabut hehehehe'. Tapi dia nak gaduh gak dengan aku cakap dia suka rumah aku. Simple. Yelahhh, aku malas nak gaduh.

Secara jujurnya aku suka la dengan rumah aku, cuma masih ada beberapa hal yang aku nak kemaskan. Insyaallah kalau takde halangan, esok dan ahad sesi mengemas rumah seperti yang dirancang. Amin.

Mungkin ada yang pelik, rumah sewa je, kenapa nak berhempas pulas menghias macam-macam. Entah lah, dah aku jenis macam ni.. Jenis dimana aku tinggal, aku nak tinggal dengan suasana yang kemas, bersih dan cantik. Mungkin ada orang cakap tak berbaloi berhias macam-macam untuk rumah sewa, itu kan rumah orang, bukan rumah sendiri. Tapi kan kita bayar sewa tiap-tiap bulan? Kita berhak mencantikkan rumah tersebut ikut citarasa kita. Bukan kita rosakkan rumah tu. Just elokkan mana yang kurang je. Huhuhu..

Lagi pun tiap-tiap hari balik dari kerja, kita yang bukak pintu rumah, kita yang tengok isi rumah, kita yang pijak lantai rumah.. Tak sanggup rasanya tengok rumah serupa tongkang pecah. Huhuhu!

Rumahku, Syurgaku

Walaupun rumah sewa, belum mampu beli rumah sendiri, aku tak kisah.. Aku pun ada perasaan nak rumah cantik macam condo-condo mewah. Tak mampu condo mewah pun takpe, janji suasana mewah. Kan? Hehehehehe!

Since rumah sewa kami ni memang berskala kecil, aku cari lah idea untuk rumah kecik-kecik ni. Untuk barangan rumah, memang tak salah lagi, IKEA lah tempat terbaik untuk rumah bersaiz kecil. Tapi aku takde lah sampai tahap memborong di IKEA untuk rumah sewa. Itu betul tak berbaloi. Hehehehehe! Nak IKEA rumah sendiri boleh! Hewhewhew :)

Dah lah tu, cukup lah aku merepek sikit-sikit pasal rumah. Jom cuci taik mata pulak :)



Gerammmmmmmmmmm!! Jadilah esok. Amin :)






Love,
Nursaila Norman!


Thursday, December 26, 2013

Sebelum 2013 Tinggalkan Kita, Ada Lah Sedikit Cerita Pasal Kami T____T

Assalamualaikum.


Actually aku selalu lupa tahun 2012. Bila bercakap-cakap tu, aku selalu terlupa.. Eh, 2012 aku buat apa eh? Tu maknanya tahun 2012 terrrrlalu singkat dan cepat berlalu. Tau-tau dah habis dah tahun 2012? Selalu jugak aku jadi macam ni.. 'Sekarang 2013 kan? Yelah, tahun lepas tahun 2012'. Pening aku. Bila masa habis tahun 2012 pun aku tak sedar, bila masa aku sedang berada di tahun 2013 pun aku tak perasan.

Nyanyuk ke atau masa berlalu laju sangat?

Apa yang aku suka untuk tahun 2013? Mesti lah banyakkkkkk.. Hehehehehe! Paling aku suka ....

1. Ada Suami (boleh peluk-peluk tak kira masa opss!)
2. Keluar rumah dengan Suami pun tak kira masa.
3. Kurang bergaduh dah!
4. Jauh sikit tempat aku merayap (luar dari KL).

Siapa dah kawen faham lah kan kalau namanya dah ada Suami. Hewhewhew. Macam aku ni kategori garang yang amat, kira cepat gila naik angin kalau tak kena gaya. Tapi sebenarnya mood aku baikkkk manja macam kucing.. Sebab tu aku suka dimanja dibelai disayangi. Hikhikhikhik. Memang kontra la kalau tengok perangai sebenar (manja-manja kucing) dengan perangai garang nak mampos kalau orang usik tak bagi salam tu. Takut tak? Takut kan? Hehehehehehe..

Sebab tu bila dah kawen ni kitorang kuranggggg gila-gila bergaduh. Takat touching-touching sikit tu ada la. Dulu kalau touching sikit pun merajuk bergaduh berhari-hari. Aku lah.. Aku kan manja-manja kucing, tetiba sentap.. Naik la angin satu badan. Pastu aku pulak jenis tak suka orang pujuk-pujuk ni. Agak-agak aku dah cool baru cakap baik-baik dengan aku nanti aku okay lah. Tapi boyfriend kannnnn.. Reti ke apa kita nak? Faham ke perasaan wanita berhati lembut macam kerak nasi ni? Tidakkk. Wuwuwuwuwu! Makanya bergaduh lah kerana setitik nila. Setitik nila ni perumpamaan je, nak bagitahu betapa kecik je kes nya tapi... Jangan pulak korang ingat aku bergaduh pasal nila!  T____T

Bila dah kawen ni, kalau aku merajuk aku taknak duduk dekat-dekat. Sorang kat depan TV, sorang dalam bilik. Aku lah dalam bilik tu, sebab Suami dah pegang remote control takkan aku nak tebal muka join sekaki tengok TV kannn.. Kata merajuk. Heeeee! Selalu dalam bilik aku lipat baju kalau ada. Kalau takde aku capai komik Detective Conan tepi TV. Siri yang aku dah baca berpuluh kali. Tak pun buku Doktor Umum. Agak-agak dah setengah jam nanti Suami masuk bilik pujuk Isteri. Tapi aku kan tak suka dipujuk. Mengada! Agak-agak dah habis komik DC tu aku baca, agak-agak macam dah sejuk sikit hati ni, agak-agak macam kesiannnnn Suami kitew.. Aku keluar bilik pastu terus peluk Suami macam budak-budak kecik kena marah. Macam bengong pun ada kan? Hahaha.. Tapi itulah sebabnya aku dah tak sekeras dulu merajuk lama-lama tak tentu pasal. Merajuk sama je macam dulu, sentap, kecik hati, rasa nak nangis, muka masam-masam macam limau. Tapi kejap je. Sebab aku cepat rasa bersalah merajuk lama-lama kat Suami. See, aku dah baik sikit dari dulu kan? iheeeeeeeeee..

Suami selalu panggil aku beruang koala. Bayangkan koala tu macam mana.. Comel tak peluk pokok. Kahkahkahkah. Jangan imagine kan aku! Lucah kang.

Ni lagi beberapa hari lagi nak masuk 2014 kan.. Setahun dah berlalu kami hidup berdua, bila datang rasa bersedia untuk ada baby, excited nak ada baby bump, beli majalah pregnancy mengatasi komik DC.. Rasanya this is the right time. I completely ready dah! Doakan yang baik-baik je eh.. Actually Suami dah lama ready, cuma aku je yang tak confident, tak ready. Disember nampaknya baik-baik saja untuk kami Suami Isteri. Harap Januari ni ada lah berita baik. Harap. Amin. Sungguh lain rasa teruja menikmati hari-hari lewat period ni rupanya. Hehehehehe! 

2013, anda terlalu baikkk untuk kehidupan kami, semoga 2014 lebih baik berganda-ganda, amin. Minggu depan je pun. Ya Allah lajukan masa bila kami diduga, lambatkan lah masa bila kami bahagia.

Masyaallah, Allahuakbar!






Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, December 24, 2013

Free Labels From NURSAILA NORMAN #1

Assalamualaikum.



Hi! Rasa macam lamaaaaa gila tak update blog kan? Oh, tak eh? Takpe, takpe. sobs! Kali ni aku nak bagi sesuatu secara percuma, sebab benda ni pun aku dapat secara percuma, jadi tak salahkan kalau aku nak kongsi-kongsi benda ni dengan korang? Aku dapat percuma, aku bagi pun percuma lah!

Tapi sebelum tu ada sedikit syarat sebelum aku bagi 'benda' ni secara percuma. Alaaaaa, senang je! Syarat-syarat dia ialah :


letak gambar ni dekat entry korang ya!


Sebelum korang nak labels percuma ni, mesti korang nak tau labels yang macam mana kan? Okay ke tak, kan? Don't worry lalings, aku akan tunjuk dekat sini, tapi yang fake punya lah.. Sebab labels ni dalam bentuk PDF. I don't know how to attach here. sobs! Sebelum tu, aku nak explain kenapa aku kena bagi dalam bentuk PDF jugak kat korang, compare to copy and save je dari sini. 

Sebabnya, korang boleh taip any words yang korang nak dekat labels tersebut! Best tak? Contohnya .....



Amacam best tak?! Lagi-lagi free kan? Tak rugi pun dapat labels ni dan try and error! Just type and print colour :) Tadaaaaaaa.. Siap! Cuma pilihan font tiada. No choice. Itu je yang kurengnya. Tapi takpe lah kannn, yang penting labels dia comel-comel. Jom tengok!












Macam mana? Comel-comel tak? Props Untuk Photobooth pun dah ramai yang request, so kali ni aku nak bagi labels pulak. Ini baru #1. Ada banyak lagi siri yang aku nak bagi. Tapi tak boleh lah bagi semua sekali, berjela-jela lah entry ni karang. Huhuhuhu! 

Apa lagi, jom lah join!






Love,
Nursaila Norman!


Saturday, December 21, 2013

BLOGLIST : Sila Tinggal Link Blog Anda :)

Assalamualaikum.



Hello, hello!

Sebelum aku taip lebih jauh, aku nak minta maaf yang teramat sangat sangat sangat sangattttt. Nampak tak beriya disitu? Maaf sebab aku takde pun buat bloglist untuk followers aku. Aku baca entry-entry korang pun dari dashboard semata-mata. Actually aku lebih suka baca thru dashboard, tapi kalau ada bloglist, lebih senang la readers lain access ke blog u olls kan? Banyak kebaikan jugak bloglist ni untuk BW dan menambah kenalan :)

Kepada bloggers yang meletakkan link blog Saila dalam bloglist korang, terima kasih yang tak terhingga diucapkan ya!

Aku nak buat bloglist ni lama dah, tapi bagi aku benda ni amek masa sangat nak copy satu-satu link lepas tu paste dekat bloglist. Akhirnya, niat nak buat bloglist terabai macam tu je. sobs! Now, niat nak buat bloglist datang dengan semangatnya bila beberapa blog yang aku follow tapi tak masuk pun kat dashboard. Nampak tak aku macam sombong? Huhuhuhu! Huhuhuhuhuhu. Saya tak sombong. Salahkan dashboard. T_____T

Oleh yang demikian, Nursaila Norman dengan rasa rendah hati nak minta kerjasama bloggers semua, lebih-lebih lagi yang follow blog ni, tinggalkan link blog anda di ruang komen supaya senang aku nak copy dan paste dekat bloglist. Tolong ya :) Aku tak berapa free nak bukak blog sorang-sorang dan copy link you all. sobsobsob :(

Entry ni takde dateline. Aku jadikan entry ni sebagai sticky post selama sebulan. Tapi lepas tu kalau masih ada yang nak tinggalkan link, just leave it in my 'comment'. Takpun notify je dekat mana-mana entry yang terbaru. I try to make it easy dear. Dont worry!

I wait for your link dear!


























Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, December 18, 2013

Susu Sample : EnfaMama & Anmum

Assalamualaikum.





























Sesiapa yang sedang pregnant sama ada baru atau pun dah melepasi fasa-fasa awal kehamilan, mesti ada yang dah dapat sample sample susu ni kan? Macam mana rasa susu ni eh? Sedap tak?

Aku boleh minum susu, tapi ada jugak jenis susu yang aku tak suka, macam Dumex. Tak sedap. Huhuhu! Feveret aku dari dulu sampai sekarang Fernleaf jelah. Kami Suami Isteri suka minum susu. Malam-malam kalau terasa nak susu, kitorang bancuh sorang secawan (mug sebenarnya). Tapi bila ada sample percuma ni, tak salah la kita request kan, kan, kan, kannn?

Actually aku request sample 2x kot. Yang first time tu masa aku pregnant tak jadi tu. Sampai bulan Nov tak dapat apa pun. Disebabkan aku planning untuk ada baby, tetiba teringat la pasal sample ni kannnn.. Kalau tak, takdenya aku nak ingat. Huhuhuhu. Dannn.. Dapat lah sample susu-susu tersebut. Macam tau-tau pulak aku miscarriage haritu, langsung dia tak hantar sample T____T'.

Sekali aku dapat 2 keping sample tak pasal-pasal.. Rezeki nih! Hehehehehehe..




























Nampak tak aku dapat sampai dua sample? So total 4 paket EnfaMama! hoyeah hoyeah. Kalau sedap best lah.. Kalau tak sedap siapa nak minum?





























Mommy to Be, siapa yang belum try dapatkan sample susu EnfaMama & Anmum ni, boleh lah pergi ke website diorang. Dumex je aku requested tapi belum dapat lagi. Takpe, yang ada ni pun cukup dah.. Nak try rasa je, kalau sedap boleh terus consume. Kan?

Oh! Doakan berita gembira dari kami, kot-kot ada rezeki kan. Sebab kitorang secara seriusnya expecting a baby sekarang ni. iheeeeeeeeeeeee..

Fokus kepada tujuan entry ni, get a sample!




Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, December 17, 2013

Nursaila Norman's Veil : Customer #1

Assalamualaikum.






Syukur alhamdulillah, customer (Farah) ada emailkan beberapa keping gambar nikah dia dengan veil yang aku buat untuk sewaan tu. Jauh dari Kelantan, sanggup dia sewa veil ni dari aku. Huhuhuhu! Super terharu. 

Ada yang nak sewa veil off white tak? Kalau ada just email dan booking tarikh k :) Rm40 je!





Love,
Nursaila Norman!


Friday, December 13, 2013

Photo Shoot : Motocicleta

Assalamualaikum.



Sekadar memenuhi entry di blog, aku gigih lah terbeliak2 bijik mata ngadap PC Ayah amek gambar semalam. Demi korangs yang gigih bertanya bila nak update blog. Wuwuwuwu!

Tapi tu lah, takde apa yang best pun cuma nak review sikit-sikit pasal photo shoot kami baru-baru ni je. Boleh lah kan.. Janji blog ber'update'. Hehe. Gambar banyak melampau, tapi aku pilih yang aku suka je. Itu pun masih banyak. Yang aku rajin edit letak watermark cuma lah sekeping dua. Jadi lah kan? 

Cuci mata dulu baru aku cerita kenapa kitorang rasa benda motocicleta ni saaaaaaaaaaaaangat lahhhhhh berharga bagi kami. Bukan sebab saiz. Kena rajin baca sampai habis ya.. Wink! Wink!












Cukup lah banyak tu je gambar kan. Banyak-banyak kang pitam pulak korang. Huhuhuhu. Okay jom cerita pasal motocicleta ni eh. Motor ni kami panggi SK singkatan untuk superkip. Al-kisah, sk ni terbeli je sebenarnya.. Bila pulak terbelinya? Itu lah punca bagi segala cerita, dan itu lah jugak jadi penyebab kenapa sk ni sangat tinggi nilai memori bagi kami berdua.

Aku cerita dari awal ye. Harap bertabah lah korang eh :)

Awal tahun 2011 bukan tahun yang bahagia untuk aku dengan En Gaban masa tu. Kitorang struggle menikmati macam-macam dugaan. Sakitnya susah nak cakap. Actually bukan sakit apa, penat. Seumur hidup aku itu lah dugaan aku hadap perangai orang. Macam biasa, blog lah tempat aku luah. Huhuhu! Susah aku nak explain kat sini, tapi dari apa yang aku pernah tulis sebelum-sebelum ni boleh lah kot korang faham perasaan aku time tu. SINI 1. SINI 2. SINI 3. SINI 4. SINI 5.

Cukup lah kot 5 links je aku bagi. Yang lain-lain tak perlu lah dikorek dan dibaca semula. Taknak luka berdarah kembali. Eceeeehhhh.

Awal April 2011 En Gaban (Suami) mulakan hidup baru dengan tempat baru, kerja pun baru. Tapi mulakan dengan 0. Kosong tahu kosong? Keja baru Mei 2011. Tempat baru, terkontang kanting. Rumah sewa dia duduk pun beralaskan sejadah je. Tu je yang ada time tu. Memang sehelai sepinggang. Daif tahu daif? Macam tu lah dia. Sakit hati aku tengok keadaan dia. So aku masa tu kena lah banyak bagi semangat kata2 dia, kena positif, kena tunjuk kuat depan dia. Hakikat hati aku rapuh berderai tengok dia nak mulakan hidup baru.

Sebelum itu dia accident dengan motor baru. Motor baru setahun. Accident dan tak best dipakai lagi. Dia guna lah lagi satu motor yang dah umur 3 ke 4 tahun. Tak ingat. Rebeh pulak! Jahanam orang pakai. Repair sampai beribu ending nya tak boleh bertahan jugak. Duit habis, dah la mulakan hidup baru, pakai duit banyak pulak kan dengan deposit rumah sewa bagai.. Akhirnya motor tu tak boleh bergerak langsung. Sedih aku tengok dia time tu. Kitorang takde kenderaan nak bergerak. Kereta memang takde. Harap motor je. Motor harapan accident,jual dan sebijik lagi jahanam bagi orang pinjam.

Beberapa hari dia takde kenderaan. Nasib baik belum mula kerja, kalau dah kerja? Macam mana nak pergi kerja? Aku cepat-cepat suruh dia beli motor baru. Dia setuju lah kan, kalau nak beli kereta kitorang hold dulu sebab kitorang nak kawen dulu. Thats why kereta kitorang keluar masa kitorang nikah.

Kebetulan awal tahun 2011 tu motor sk ni baru masuk Malaysia. Lepas dah puas fikir, buat kira-kira, dia amek sk tu. Masa tu tak banyak kedai jual, kitorang kena g Kelang nak dapatkan sk. Sebab situ je banyak pilihan dan murah installment. Kitorang pinjam motor kawan baik En Gaban tau nak ke Kelang membeli motor. Sadis tak? Sadis tau.. Sedih sakit hati semua ada bila diingat-ingat balik. Huhuhuhuhuhu.

Lepas seminggu keluarlah sk tu. Entry tu pun ada lagi, tapi takyah lah aku letak link kat sini. Huhu. Mula lah kehidupan kami dengan motor baru, kehidupan baru, dan kami kuatkan semangat untuk kawen segera. Sebab dia pun dah hidup bujang, duduk sorang, makan sorang.. Huhuhuhu.

Dengan sk tu lah dia pergi kerja cari rezeki untuk kawen, dengan motor tu lah dia jemput aku dari Putrajaya kalau aku balik malam sebab meeting. Dengan motor tu lah kitorang pergi Jalan TAR cari barang kawen.

Jadinya korang boleh faham kan kenapa sk ni terlalu terlalu terrrlalu berharga. Padahal bukannya superbike harga 50k pun. Tapi harga kenangan tu yang mahal. Kenangan macam mana dia boleh terbeli sk ni. Kenangan punca dia terbeli sk ni. Kenangan sk ni banyak gila jasa kat kitorang sepanjang proses nak kawen.

Itu yang aku sayang sangat kat sk ni. Bila tenung lama-lama, muncul lah kenangan. Segala pahit manis.

Benda ni aku tak pernah cerita pun dekat blog, aku rasa teruknya keadaan kami time tu. Orang lain berkereta, kami bermotor je. Hujan panas semua lah. Huhuhuhu. Tapi itu lah, aku selalu berpegang dengan janji Allah. Doa orang yang teraniaya ni makbul. Memang ya. Kami tak la doa menjatuhkan orang lain, tak guna pun. Doa tak sampai pun. Doa jelah yang baik-baik untuk diri sendiri. Alhamdulillah, kami kawen, kami ada kereta, kami ada rumah sewa yang kecik comel sempit tu (haha), kami anggap kami hidup senang lenang, bahagia (alhamdulillah), perkahwinan pun dapat restu.. Apa lagi nak. Restu dan berkat buat kami hidup bahagia (alhamdulillah, insyaallah, amin).

Tak sangka pulak entry aku ni cerita pasal kami dulu-dulu. Tetiba macam emosi lak entry ni, padahal attached gambar macam best-best je.. Last-last jadi lain pulak. Hehehehehehe. Kenangan kan. Siapa boleh lupa. Photo Shoot ni pun Suami yang requested kat Ayah. Memang-mentang bapak mertua anda photographer, soka soka hati je request. Ayah pun layan jelah kitorang ni.. Aku boleh pulak cakap 'nak masuk majalah motor'. Mati-mati Ayah aku ingat betul. Haha. Kesian Ayah. Anak dia memang cakap merapu meraban je. Suami requested sebab tahun depan dah nak habis bayar installment dah. Ada rezeki tahun depan setahun aku tak naik sk dah.

Maaf lah kalau ada yang tersinggung, tak berniat pun nak ungkit kisah lama. Tapi itu lah hakikat cerita kami. Perit jerih kami lalui. Tak payah nak tersinggung sangat. Ini kan cerita aku, kisah benar, bukan rekaan. Hak aku la nak cerita apa pun kan?

Chill sudah.

Sayang motocicleta ketat-ketat :)

Oh! Watermark aku credit untuk blog Ayah aku. Sebab aku posing je, tak keluar peluh pun. Haha!

Oh,oh! Aku masih kat ofis tunggu Suami ambil. Jam katanya. Malam ni nak balik Kelantan jumpa Mak Ayah mertua. Jumpa minggu depan!





Love,
Nursaila Norman!


Monday, December 9, 2013

Update Blog Secara Ikhlas

Assalamualaikum.



Lately aku terperasan.. Aku akan klik 'new post' bila masuk time lunch. Aku lunch lewat sikit, sebab masih kenyang breakfast. So, aku update lah apa yang boleh di update ye.

Chop! Sebelum tu aku nak bagitahu, link-link blog korang dah selamat aku update kat sidebar.. Boleh lah intai-intai.. Kot-kot ada yang aku terlepas pandang.. Boleh lah bagitahu aku ye. Harap-harap takde lah yang aku terlepas pandang, kang nampak sangat aku nyanyuk a.k.a pelupa. Dah tua lah tue!


ta raaaaaa..

Oleh itu, trend aku berblog ialah melawat (BW) blog(s) yang ada dekat 'Read Them Please' lepas tu baru BW blog(s) yang ada dekat dashboard. Baru puas hati. 

Usha Nuffnang pun salah satu daripada agenda wajib jugak.. Hikhikhik. Mentang-mentang lah ada akaun Nuffnang, bukan mainnnn lagi ye. Dah tu, amount pulak naik bukan mainnnn lagi, bertambah-tambah lah asyik nak stalk Nuffnang je. Gila apa. Haha. Stalk akaun sendiri tak salah kan.. Jangan stalk akaun orang lai dah la. Tu peminat namanya. Lalalalalalalala...

Bila tengok amount Nuffnang naik mencanak-canak, ada perasaan excited nak update blog. Asyik dok fikir dalam kepala otak ni, nak update apa ye.. Nak update apa ye. 

Tapi bila amount Nuffnang tak naik sangat, nampak la amount tak naik sangat sebab sejak kebelakangan ni entry pun dah tak banyak, aku dah mula rasa macam tak best. Semakin ligat dalam kepala ni fikir nak update apa, nak update apa.

Kejap tadi aku usha akaun Nuffnang, iklan yang menyumbang duit terbanyak dah pun di credited kan ke akaun. Tinggal 1 iklan je lagi nak menjana duit. Dan aku rasa sedih. Sedihnyaaaaaaaaa.. Huhuhuhuhu.



Dan tiba-tiba aku rasa macam aku tak ikhlas berblog. Kan?

Aku berblog sebab nak duit atau nak share apa-apa yang baik dengan kawan-kawan? 

Macam yang sebelum-sebelum ni, sebelum ada akaun Nuffnang, aku okay je.. Aku share segala mak nenek yang aku rasa baik dengan orang lain tanpa fikir soal duit. Bila aku dapat share sesuatu dan orang suka, aku rasa itu lah amount yang paling syok. Seronok orang seronok. Jadi, mana keterujaan aku untuk berkongsi maklumat? Mana?

Aku akui, maklumat aku dah tak banyak macam dulu. Sebab aku banyak habiskan masa dengan Suami dan rumah. Tak perlu kot aku bagitahu maklumat tentang isi rumah dan Suami. Syyyyyhh, rahsia.

Aku muhasabah diri, aku berfikir sekejap.. Kenapa aku perlu risau kalau duit Nuffnang aku tak naik, stop dan akhirnya di credited kan (bermaksud iklan tamat). Kenapa aku perlu bersusah payah perah otak berfikir cerita apa aku nak update hanya supaya orang masuk blog aku, baca cerita aku, duit Nuffnang naik 3 sen tapi hakikatnya cerita aku cerita merapu. Cerita kosong buang masa.

Silap-silap cerita aku cerita yang tak perlu diceritakan. Cara-cara Membasuh Baju dengan Lebih Berkesan. Aku taknak aku bercerita poyo macam zaman aku muda-muda dulu. Zaman single. Zaman takde Suami. Kan..

Bila dah muhasabah diri ni, aku kena back to basic. Aku berblog sebab suka-suka dan menulis apa yang terlintas untuk dikongsi. Asalkan tak merapu jauh-jauh. Asalkan tak memalukan Suami. Takut. Takut niat kita nak berkongsi, tapi dari satu sudut lain, kita seakan menjatuhkan kredibiliti Suami. Berhati-hati berblog ya!

Dan, macam takde gaji bulanan pulak.. Dok risau pasal Nuffnang. Huhuhuhuhu.. Apa kes kau Saila. Gaji bulan-bulan tak cukup keeeee? Dok gigih sedih sangat amount tak naik sehari dua ni. Keji lah perangai! 

Blogging is my priority. Nuffnang & Tempahan nope.

Selepas kelegaan ini, jangan terkejut lah kalau aku jarang update blog ye. Susah sangat nak bercerita lately, takde bahan. 

Jumpa lagi!





Love,
Nursaila Norman!


Friday, December 6, 2013

Busy, Quick Update.

Assalamualaikum.


Hari ni half day. Orang lain sibuk bersiap-siap nak pergi dinner malam ni, aku pun nak bersiap jugak. Tapi bersiap sedia untuk bershopping kejap lagi. Hehehehe!

Dah lama kot tak bershopping macam zaman single. Aku amek kesempatan ni nak jalan-jalan without Suami. Kalau ada Suami memang tak boleh nak bershopping. Semua tak payah katanya. Huh!

Lucky, company bagi semua balik awal supaya boleh bersiap. Aku bersiap untuk photoshoot esok.. Hikhikhik. Oh ya, photoshoot haritu dekat Taman Tasik Perdana pun aku tak share lagi dekat sini. Cuma ada teaser je dekat FB.

Busy yang amat lah lately. Dah berapa hari aku tak update blog. FB pun tak bukak. Bahagianyaaaa.. Haha.

Oh! Nuffnang pun sedih je. Amount tak naik sangat. Paling sedih semalam ke hari ini langsung tak naik. sobs!

Insyaallah ada masa aku update photoshoot session yang sempat aku buat ye. Satu session buat saje-saje, esok punya khas untuk motor kesayangan Suami. Isteri sebagai model kena lah over se over over nya. Ni dalam kepala dok fikir nak pakai apa untuk photoshoot nanti. Lalalalalalala..

Suami, cepat sembuh. Kalau awak tak sembuh siapa nak ride motor tu? T____T

Apa lagi nak update eh.. 

Itu je kot. Nanti ada cerita kita sharing lagi ye. 

Kan aku dah kata, lately entry blog ni memang loser. Huhuhuhuhu..


tak sampai 5 saat dah berubah nombor






Thanks sudi bukak blog ni sama ada secara sengaja atau tak sengaja.





Love,
Nursaila Norman!






Tuesday, December 3, 2013

PERCUMA CALENDAR 2014 BERGAMBAR SENDIRI!

Assalamualaikum.





























Sangat lama aku tak join contest, contest. giveaway, giveaway. Sangat lama. Tapi kali ni terjatuh hati pulak nak join sebab hadiah dia calendar 2014! Hoyeah, hoyeah! Hadiah calendar best kot.

Lagi best sebab boleh letak gambar sendiri. Hewhewhew! Harapan menggunung nih! Snnff, snnff. Nampak tak bersemangatnya aku. First and last contest yang aku join ialah tahun 2012, rezeki sangat masa tu dapat hadiah seperti yang dijanjikan. T-shirt 'Bride' dengan 'Groom'. Sampai sekarang jadi lasahan kami!

Harap-harap kali ni ada lah rezeki dapat calendar 2014 bergambar sendiri :) Sebab tahun 2014 memang harapan besar buat kami Suami Isteri. Doakan :)

Korang, jom join, jom meramai-ramaikan penyertaan :)





Love,
Nursaila Norman!


Monday, December 2, 2013

Main MasakMasak : Spring Rolls :)

Assalamualaikum.


Hi!! Excited monday right? Ya-ya :)

Bagi aku it is super excited sebab Suami dah pulang! Tak best okeh tidur sorang-sorang. Rasa nak gaduhhh je. Hahaha. Sebab aku bengang malam-malam layan TV pastu keluar iklan Penanggal. Rasa nak lempang je iklan tu! Masa tu la rasa nak marah je kenapa pergi jauh-jauh??! Pastu aku kena hadap malam minggu yang sunyi sepi. Dan seram. sobs!

Jap,jap.. Ada lagi satu cerita best sebelum aku mulakan sesi memasak aku.. Cerita bestnya ialahhhhh.. Aku dah berani drive!! Hahahahaha.. Nampak tak aku excited ni, nampak tak? nampak tak? nampak tak? Ibu aku nak pergi Selayang Mall, Suami pulak takde. So aku harap la Ayah aku drive bawak aku dengan Ibu. Well, aku kan anak yang mengada. Dapat Suami pulak melayan kerenah mengada aku. Bertambah teruk la mengada aku ni.

Tapi panas tak sampai ke petang, Ayah aku taknak drive. Boleh? Suami dah la takde, Ayah pulak taknak layan aku.. Huwaaaaaa.. Hukhuk. Kesian aku kan.

Nak tak nak, aku kena lah drive jugak. Kesian kat Ibu dengan harapan menantu lelaki dia bawak dia jalan-jalan. Hahaha. Last-last anak dia yang cemerkap ni yang drive.

Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik. Tak pasal-pasal aku ketagih nak drive ke sana sini. Hahaha.

Cut it short, dah ke SM tu kannn.. Bawak Ibu pulak, mesti lah masuk tempat barang2 dapur. Oleh itu jadi lah macam kat bawah ni.......


















Spring Rolls versi Nursaila Norman (versi cincai) :

Bahan-bahan
1. kulit popia
2. nuget ayam
3. crab stick
4. sosej
5. cheese
6. black pepper

Cara-cara buat? Tak payah kot, senang je.. Dah kata versi cincai. Hehehehehe. Layan gambar jelah ye :)


bahan-bahan!

goreng dan rebus dulu bahan-bahan utama






























hiris kesemua bahan-bahan tadi





















































dah siap hiris kesemua bahan, boleh la start menggulung!




























gulung gulung gulung gulung
dan
GORENG



























dah siapppppp!
crunchy crunchy



Thank encik google, ajar saya memasak. Thanks jugak untuk Nad, sebab first time tengok resepi ni dekat blog awak :) Cuma akak buat secincai yang boleh sebab nak cepat. Hehehehehehe!

Selamat mencuba!






Love,
Nursaila Norma!