CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 26, 2012

Bloglist Kesuma Angsana

Hai.



Assalamualaikum.




Tarikh tutup 26 September 2012 jam 12 tengahari (hari ni) baru aku nak join segmen KA ni. Aku dah tau pasal segmen ni dari minggu lepas lagi, disebabkan aku follower KA, wajib la tahu awal pasal segmen ni kan. Tapi maaf sangat2 ya KA sebab saya terlewat join segmen ni. Awal minggu ni nak join tapi masa tak mengizinkan sampai la berita kematian Pekak buat aku down dan belum mahu buat apa-apa lagi entry dekat blog.

Seperti yang di'request' oleh tuan punya segmen, aku nak cerita sikit kenapa dan macam mana aku boleh jadi follower KA. Pada mulanya KA yang tinggalkan komen dekat blog aku. Bila aku BW dekat blog KA aku macam segan-segan nak follow sebab nama Kesuma Angsana tu macam grand je kan. Macam klasik pun ada. Boleh ke aku follow ni, dah la kepala aku ting tong je. Huhuhu. Sampai la KA tinggalkan komen berkali-kali dekat blog aku, baru la aku berani nak follow balik. Ada ke macam ni? Ada. Aku la tu.

Bila dah follow best rupanya KA ni.. Banyak info yang dia share. Yang paling aku suka entry pasal Setiap Anak Ada Rezeki Masing2. :)

Okay lah Kak KA, saya dah join segmen akak. Terima kasih banyak-banyak sudi melawat, tinggalkan komen dekat blog saya. Semoga perkenalan di alam maya ni berkekalan ya. :)





masih belum ada mood nak berblog. nanti-nanti lah ya. masih rindu dia lagi.



thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, September 25, 2012

Pekak Dah Mati Malam Tadi

Hai.



Assalamualaikum.


Taktau nak tulis macam mana. Masih sedih, tapi aku patut lebih gembira kalau dia dah takde kan. Sekurang-kurangnya aku tau dia tak sakit-sakit lagi. Tapi tu la.. Aku taktau nak suruh diri aku rilex macam mana. Sebab aku memang betul2 rasa kehilangan dia.

Sakit-sakit tekak aku tahan sedih ni.

Untuk masa ni maybe aku tak kuat lagi nak tulis pasal dia. Tapi aku tetap akan tulis sebagai kenangan. Dia bukan la kucing aku yang pertama, tapi tiap kali kematian kucing kesayangan, aku tetap sedih berhari-hari. Itu normal kan?

Pagi ni sesaat lepas terjaga dari tidur, terus dalam hati berdetik 'pekak dah takde'. Sebelum aku sedih cepat-cepat aku bangun masuk bilik air. Masuk bilik air teringat dia. Sebab dia selalu masuk bilik air untuk minum. Sungguh aku tak kuat. Nak tak nak air mata jatuh jugak time ni. Hadoi.

Pagi ni memang lemau. Nak buat keja pun takde semangat. Malas je. Asyik ingat dia. Nak update apa-apa pun takde hati. En Gaban suruh aku fikir positif dengan kehilangan dia. Aku harap apa yang En Gaban cakap betul lah. Dia tengah happy dekat sana, tengah main-main.

Buat masa ni aku tak boleh tengok picha dia. Memang aku taknak tengok. Nanti aku rindu, aku sedih. Tadi bukak blog adik aku Leha, ternampak picha dia dekat side bar. Terus aku klik 'X'. Rindunya.

Meeting pukul 9.30am, harap-harap meeting nanti boleh buang perasaan sedih aku kejap. Dan harap-harap takde sape tanya kenapa mata aku bengkak-bengkak hari ni.

Pekak, kakak rindu.




thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Monday, September 24, 2012

We : Mr Gaban, Ms Gaban & Burger King

Hai.


Assalamualaikum.


Welloww! Aku masih dipejabat, menunggu En Gaban dari KL jemput aku pulang.. (apasal macam bunyik Indon ni?). Malas dah nak naik ERL. Walaupun laju tapi Rm9.50 sekali naik. Gaji esok, jadi hari ini haruslah berjimat cermat. Hehehe!

Disebabkan semua orang dah balik, dan aku pun dah settle kan beberapa benda yang tertunggak (benda remeh temeh aku memang suka tunda2), tak tau nak buat apa dah sorang-sorang ni, jadi aku nak update pasal kami boleh eh. Dah lama tak update pasal kami kan.. Ecehhh. Perlu ke? Haha. Tak kira.. Hiks!

Sabtu aku kena hadirkan diri ke UTC, Puduraya KL (kalau bkn sebab kerja tak kuasa aku bangun pagi-pagi hari sabtu). Pagi-pagi dah sampai Puduraya En Gaban hantar. So Ahad baru boleh berpoya-poya dengan En Gaban.

Permintaan aku untuk weekend baru ni ialah nak makan Burger King dengan En Gaban. Sebabnya, sepanjang tempoh kitorang berkawan ni (6 tahun lebih), belum pernah pun kitorang makan BK. Motif?? Sebelum En Gaban jumpa aku semula (walaupun dia berusaha keras cari aku - harus mention kat sini HAHAHA!), dia terkawan (ter okay. wajib aku mention ter) dengan sorang awek nama Fasha Sandha. Disebabkan awek tu suka pow En Gaban (sejak bila aku pandai guna perkataan pow ni?), so ada la part kelakar berlaku. Masa diorang jmpa dekat Mid Valley (sebelum tu awek tu pernah bagitahu dia anak orang kaya, bapak dekat USA bagai tapi kuat pow duit orang. apakah), diorang masuk BK. Boleh tak En Gaban makan sorang je tanpa belanja awek tu? Awek tu tengok je okay. Kejam. Hahaha. Tapi btl jgk, asyik nak pow duit orang je apa kes. Kata bapak dekat USA.. Takkan BK pun nak pow duit orang. Aku dengar cerita ni memang terkejut la.. En Gaban sekejam itu ke? Hahaha.. So, aku pun request la nak makan BK sebab tak aci la Fasha Sandha tu je pernah masuk BK dengan En Gaban, aku pun taknak kalah gak la kannn.. Hahaha. BK tak hot ke hape ke pedulik apa aku. kehkehkeh!

Tapi sebelum makan BK, En Gaban paksa aku ikut dia masuk MCTF'12 (Malaysia Career & Training Fair 2012). Dia nak drop resume dekat beberapa company favourite dia. Aku pun dengan terpaksa (hehe..sorry B) ikut la bontot dia. Lepas tu baru makan BK. Pergh, halangan btl nak makan BK ni kan.

On the way cari BK (cari ya, sebab kami jejak Mid Valley ni belum sampai pun 5x. dasyat tak? dasyat tak?)  
terjumpa la macam-macam kedai yang buat aku semakin kelaparan macam tak makan 3 hari. Damn.



Misi mencari Burger King kau.. Siap betapa kat situ baca directory. Hahaha



Masuk Bread Story. Lapar kannn.. Tak jumpa BK, aku tergedik-gedik nak roti. 



Our BK!! Tak gah pun, tapi okay apa.. Janji kenyang. Heeee!



Ini muka orang kenyang telan BK. Muka aku memang takde make up. So jangan off PC okay! Hahaha.


Puas sudah hati aku dapat makan BK. Selepas 6 tahun kawan, baru semalam dapat makan which is 45 days before my solemnization day with En Gaban. Opss, oppsss!


korang sudah BK dengan buah hati pengarang jantung? waahh, gituuu!





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Another Lace Story, Boleh Eh?

Hai.



Assalamualaikum.

Haritu (dulu lah guna), aku ada janji nak share pasal lace harga Rm4/5 semeter kan.. Ingat tak? Ke dah lupa? Ya, macam la semua orang nak hafal entry-entry kamu Cik Saila. Ceh!

Okay-okay, yang ini.. Lace Atau Lebihan Lace.



Petang ni sambil buat keja, sambil buat entry ni (gatal sungguh). Picha dekat bawah ni ialah baju adik aku yang paling kecik (kecik ke???), baju ni dia akan pakai masa resepsi aku nanti. Dia ni jenis tak suka grand-grand, so sesuai la dengan simple lace tu dekat baju dia.








Sesuai la untuk adik aku yang baru tingkatan 4 tu.. Kan? Tak payah lace mahal-mahal, sekolah lagi. Hehehehe!

Siapa cakap lace harga Rm4/5 semeter tak boleh jadi cantik kan.. Less is more kan?




thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

DIY : Fan Flower Versi Nursaila Norman. Wink!

Hai.


Assalamualaikum.

Sebelum memulakan entry yang ini, aku ada pengakuan nak buat.. Hahahaha.. Sebelum tu kita gelak dulu eh. Hahahahaha. Sebenarnya kann.. Entry yang kat bawah ni, yang pasal On The Way : My Centerpieces tu kann.. Entry tu sebenarnya tak habis ditaip tau. On the way balik hari Jumaat tu baru tersedar 'alamak!! tak habis taip la..nape aku publish?!'. Kebodohan terserlah disitu. Hahahaha! Tak senang duduk kot. Dah la tu, aku boleh lupa apa yang last aku taip eh? Damn. Banyak makan semut ke apa nie Saila?? 

So.. Pagi-pagi lagi sebelum pukul 8am aku dah login Blog. Menggelabah kot.. Ingat nak update.. Tapi korang-korang yang super excited telah pun meninggalkan komen. Haha.. Terus terbantut nak update bila baca komen korang yang comel-comel belako tu. Korang tak perasan ke entry tu entry tak siap? Hehehehe!!

Okay, takpe. Entry tu pun bukan penting sangat. Sebab benda belum siap, nanti-nanti bila dah siap baru kita update pasal Centerpieces Navy tu ek? Hiks!

Kali ni aku nak share pasal Fan Flower pulak eh. Akhirnya malam tadi dapat sempurnakan 20 helai Fan Flower. Baru 20 helai.. Aku nak kena buat 20 helai lagi. Hadoiii. Tapi kan, terima kasih tak terhingga la dekat En Gaban.. Sebab dia yang gigih lipat. Hehehe.. Macam wanita pulak dia. kehkehkeh!! Part melipat En Gaban, part sambungkan aku lahh :))

Lets start!




Langkah 1 : Lipat kertas bersaiz A4 macam dalam picha. Pastikan saiz lipatan adalah sama supaya kemas dan cantik :)




Langkah 2 : Lipatan akan menjadi macam ini. Saiz lipatan lebih kurang 1.6cm




Langkah 3 : Lipat kepada dua bahagian. Pastikan bentuk adalah seperti di atas




Langkah 4 : Ambil lagi sehelai kertas A4, ulang langkah 2 dan 3. Akan dapat sepasang kipas comel :)




Macam di atas ni.. Kawaiii~~




Langkah 5 : Cantumkan kedua-dua kipas comel tadi.




Langkah 6 : Siap cantum. Akan jadi seperti ini!




Langkah 7 : Tampal doily paper di tengah-tengah Fan Flower. Selain tujuan untuk nampak cantik, ia juga bertujuan untuk menutup kecacatan lipatan yang huduh. Haha.




Jangan tanya kenapa Fan Flower aku ada part-part. Kan? Aku pun tak tau kenapa nampak sangat kesan cantuman di situ. Cis!


Tips : Lebih baik cantumkan guna staple. Kalau guna gam cair nanti buruk, guna stick glue macam taknak lekat. Solution dia staple sudah. Doily paper tu aku gam guna gam cair. Susah jugak dia nak lekat, tapi lama-lama dia melekat sendiri. Heee~

So kena buat lagi 20 helai Fan Flower bagi merialisasikan pelamin simple pimple aku. Harap-harap la menjadi pelamin selamber badak aku nanti. Nanti aku akan rename pelamin aku sebagai 'Pelamin Versi Nursaila Norman : Ting Tong'. Betul.

Eh, jap. Lagi satu tips : Kalau boleh guna kertas nipis untuk buat Fan Flower ni eh.. Supaya senang nak lipat-lipat. Agak-agak kalau kita beli sehelai harga dia 10sen haa betul lah tu. Macam kertas yang aku guna ni dalam anggaran 15sen sehelai. Agak keras sikittt.. Macam tak syok la nak melipat. Huhuhu.

Apa-apa pun, lets try!! Kos jimat banyak :)





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Friday, September 21, 2012

On The Way : My Centerpieces

Hai!


Assalamualaikum.


Hello Ladies!! Baru dapat online. Hikhik. Pagi tadi ingat nak buat hal-hal kerja kawen tapi tetiba En Boss panggil kami bertiga ada discussion pulak. Cis. Baru nak sarapan sambil layan feeling pagi jumaat. Ingatkan diskas ringan-ringan je. Sekali mulut aku gatal pergi request nak pergi Parlimen nak tengok site lagi sekali. Terus terbantut nak update blog. Hahaha!

Anyway, Bajet 2013 kan dah tak lama lagi. Haruslah kami-kami di Korporat ni tersibuk. Heheheee! Oleh kerana aku ni tak pernah masuk Parlimen, so ini task pertama aku pasal Parlimen, haruslah menggelabah lebih. Siap request dekat En Boss nak pergi Parlimen sekali lagi. Padahal dah pergi dah minggu lepas. Tapi tak faham. Banyak sangat makan semut aku nih. Erk!

Niat dihati nak update pagi, tapi dah pergi Parlimen pukul 10.00pagi macam mana nak update kan? Hehehe. So, time lunch aku siapkan beberapa perkara simple tentang Centerpieces. Laju-laju kot aku siapkan tagging. Wink! Wink!

Nak share tagging yang aku dah buat boleh tak? Boleh la eh.. Bagi chance eh? eh? Hehehe!!



Maaf, kabur pulak. Yang ini untuk nombor meja.



Yang ini pulak 'Tagging'


Mesti korang blur-blur tengok apa aku update ni kan? Ampun ya.. Huhuhu. Picha kat atas ni adalah salah satu bahan untuk sempurnakan Centerpieces aku. Picha yang kat atas tu adalah Centerpieces dekat meja VIP (Family En Gaban). Aku just guna nombor sebab malas nak tulis panjang-panjang. Lagi pun bentuk yang aku nak ialah bulatan. So tak muat kan nak tulis panjang-panjang dalam bulatan. Jadi, aku dah bagitahu En Gaban, meja nombor 1 hingga nombor 4 adalah meja untuk family dia. Dan insyallah, sebelah Centerpices akan diletakkan Tagging, menunjukkan meja tu untuk Groom's Family. Aku dapat idea ni pun masa handle meja-meja VIP dekat ofis ni. Huhuhu!

Nak tunjuk progress Centerpieces yang dah berjalan lagi satu step.. Boleh kan?



Letak gabus! Hehe :)

Aku pilih gabus putih ni sebab ianya bersih sikit berbanding gabus warna hijau (yang biasa orang buat cucuk bunga tu). Bukan la bersih sangat, tapi takde la melekat-lekat dekat tangan dengan baju. Siapa yang tahu pasal gabus hijau tu mesti faham betapa susahnya nak bersihkan kotoran gabus tu kan?






Nampak tak gabus putih yang tinggi tu? Asalnya dia berbentuk silinder, harga Rm3.50. Tapi aku potong secara slice dapat la 8 keping. Cukup la untuk 8 buah tin Centerpieces aku. Wink!!

Lidi sate pun dah ada. Tinggal nombor meja je belum siap (rujuk picha paling atas). Plan nak letak bunga crepe paper macam gambar kat bawah ni..



Macam okay je.. Kan? Heee~











Thursday, September 20, 2012

Nak Bagitahu Pasal Semalam..

Hai!


Assalamualaikum.

Aku nak cerita pasal semalam boleh tak? Selalunya aku cerita hal mengadu bagai ni dekat En Gaban, tapi semalam memang tak sempat nak bercerita. Siap boleh tertido masa tengah taip SMS!! Bangun pagi tadi lepas off alarm ternampak SMS tak habis taip.. Ceh!
(errr..kejap, kami memang berSMS dari celik mata sampai la tido semula pada malamnya. selama lebih 6thn. gitulah kami seadanya)

Okay, nak cerita pasal semalam.. Semalam Timbalan Perdana Menteri Turki datang sini (Kementerian Kewangan), so macam biasa aku lah yang kena pastikan semua keperluan tersedia. TPM Turki tu akan datang ke sini pukul 4.30pm. Nak jumpa Dato' Seri Menteri Kewangan II. Okay, fine. Dato' Seri pun dah setuju. Dalam 2minggu gak la aku standby. Bila tiba masa aku tetap berdebar-debar. Fuh! So semalam seharian tak senang duduk, sebab dalam kepala asyik fikir 'apa lagi ya?' 'apa lagi yang tak lengkap eh'. Semua okay je, tapi hati macam rasa tak best. Okay takpe, lunch tetap lunch. Berpoya-poya la kejap dengan Zhul n Yani dekat Presint 11. Haha.

Pukul 2.30pm aku dapat call pejabat Dato' Seri. Staff dia tanya soalan yang simple yang aku boleh jawab dalam fon je pun. Tapi dia nak aku datang sana (tempat dia). Aku dah start bengang dah. Karang pukul 4.00pm aku kena ke sana jugak. Buat apa aku pergi sana banyak kali. Jauh kot. Tapi macam biasa kita kena positif dulu. Sampai-sampai je kat tempat dia, dia tanya aku pasal flow. 

Dia : macam mana flow dia nanti eh? (ya, flow nya tetap sama. itulah jugak flow nya sayanggggg)
Aku : dari lobi boss saya bawak diorang naik, letak diorang dekat waiting room dulu, saya masuk dalam bgtau korang diorang dah sampai. Bila Dato' Seri ready, saya jemput diorg masuk.
Dia : Okay, good.. Nanti awak just call je pun takpe.. (dia dah start nak berlalu masuk pejabat dia)
Aku : tu je? Jauh-jauh saya datang tu je nak tanya?
Dia : A'ah.. (Sengih)

Aku gelak okay. Kelakar gila. Okay, tipu la kelakar. Tapi serius aku tergelak. Terbaik lah Abang sayang.

Huru hara kejap hidup aku. Well, tiap kali ada lawatan antarabangsa aku memang wajib huru hara. Cis. Takpe, janji best. Pukul 4.00pm dua orang Turki datang tiba-tiba dekat lobi. Aku dah pelik. Apahal? Dia cakap dia nak check kawasan Kementerian kami (i mean area yang diorang akan lalu). Hell-O??? Kau ingat ni negara pengganas ke? Malaysia okayy.. Aku dah start rasa tak best dah. Sebab awal tahun lepas Menteri Kastam dia datang janji datang 5 orang je. Last-last 15 orang. Penipu! Penipuuu! Hahaha. Bengang la. Setiausaha Sulit Dato' Seri bising kat aku, aku bising la kat Kedutaan Turki. Pedulik apa aku. Kedutaan dia cakap diorang memang jenis tak faham bahasa. Hambek kau. 

Memang macam yang dijangka, pukul 4.30pm diorang sampai. Janji nak datang 5 orang. Senarai nama kat aku pun ada 5 orang. Aku dengan Yani tunggu dekat Pejabat Dato' Seri, depan lif. Tetiba.. Tetibaa.. 3 lif bukak serentak.. Bapak ramai umat manusia keluar dari ketiga2 lif tu. Terkejut kot. Apa ni? Apa ni? Ramai yang amat. Lebih 20 orang. Yang ramainya bodyguard dia. Hampeh. Nasib baik hensem-hensem. Hahaha.

See? Cakap lain, buat lain. Menyampah betul la orang luar ni. Kata Malaysia kurang ajar, orang negara lain lagi kurang ajar. Datang tempat kita lebih-lebih pulak. Menipu satu hal, banyak songeh pun satu hal. Tau la TPM kau.. Tapi boleh tak jujur? Kau rasa negara kau ada protokol? Habis kami Malaysia takde protokol ke? Kau nak ikut cara kau lak.. Cara kami? Eh, macam la diorang baca blog aku ni kan. Hahahaha.

Settle la satu masalah semalam. Masalah la, bila kita dah susun baikkkk tetiba diorang buat onar tetiba. Hampeh sungguh!

Cerita kedua, pasal Pekak. Dia sakit dah lebih 2minggu. Aku tengok dia macam okay2 je, tapi taktau sakit apa. Semalam nekad nak bawa dia pergi klinik walaupun aku tau aku balik lambat semalam. Semua sebab Turki punya pasal. Tapi nasib baik En Gaban pergi klinik haiwan awal-awal tanya klinik tutup pukul berapa. Pukul 8pm. Yayyy! Pukul 5.30pm habis program Turki terus lari balik ofis capai handbag, balik naik ERL. En Gaban dah tunggu dekat KL Sentral, laju2 balik ambil Pekak bawak pergi Klinik. Huhuhuhu! Demam selesema rupanyaaa.. 

Nasib baik Pekak baikkkk je.. Dah la dia tak pernah pergi klinik, tapi dia diam je.. Sampai Doc cakap dia baik sangat-sangat. Oloh,olohhhh.. Baik lah sangat ya.. Tunggu dia sihat nanti. Hehehehe. Baru lega hati bila tengok dia kuat sikit lepas makan ubat dekat klinik.. En Gaban cakap 'selesai satu tanggungjawab' Huhuhu. 

Tetiba aku rasa happy teramat sangat dapat kawen (insyaallah) dengan En Gaban tak lama lagi. Dia tak pernah hampa kan aku. Apa je aku mintak tak pernah dia tak tunaikan. Lagi-lagi kalau bab kucing.. Dia la pergi tanya klinik, amek aku kat KLS (sama-sama pakai baju kerja semalam huhuhu), amek Pekak, bawak g klinik, susah payah dia kelam kabut sama-sama dengan aku. Haha. Kalau bukan sebab En Gaban, mesti Pekak masih sakit dekat rumah. Huhuhu. Tenkiu sayang :)

Okaylah, nak minum kejap. Bye!

Maaflah, entry ni luahan perasaan semata-mata. Harap jangan ada yang marah ya :(





thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, September 18, 2012

Bunga Carnation (Crepe Paper)

Hai.


Assalamualaikum.


Hello Ladies! Masih sempat wish morning lagi kan? Morning~

Sayangs, ada yang mintak tutorial untuk bunga carnation yang aku buat sebagai hiasan hantaran En Gaban, tapi aku minta maaffff sangat-sangat sebab takde satu pun picha tutorial. Sebabnya, sebelum ni aku ada buat dah tutorial dari crepe paper ni. So, aku assume korang terperasan la DIY tersebut.. Tapi maybe ada yang tak perasan, so kat sini aku bagi link dia eh. DIY Blue Crepe Paper. Maybe crepe paper tu warna biru, so tak nampak la macam bunga carnation kan.. Hehehe. Takpe, benda sama je.. Cuma warna je beza ya :)

Actually, nama carnation ni come out bila aku tengok warna cream tu sama pulak macam bunga carnation. Padahal bunga tu orang kerap panggil dengan nama 'Bunga Tisu'. Hehehehe.

Pasal kelopak pulak, aku gunting hujung bunga tu bolat-bolat sayang :) Sebab tu dia jadi booolat je. Terpulang pada cara guntingan kita.. Kalau bulat kita gunting, bulat lah dia. Kalau bujur, bujurlah nanti.

Crepe paper ni jenis yang standard ada dekat mana-mana kedai bunga, aku pun tak sure samada ada crepe paper yang jenis dia berbeza-beza. Tapi setakat ni, kedai-kedai bunga area Selayang dan KL (Jln TAR) material dia sama je. Takde beza. Mudah koyak, lembik, kedut-kedut, warna-warni. Hik! Cuma ada yang beli dengan harga 80sen dan Rm1 sekeping. Hakikatnya harga masih okay, cuma bila aku beli dengan harga 60sen, for sure harga 60sen lebih mengujakan kan? Takpe, kalau kos perjalanan perlu ditambah hanya untuk mendapatkan harga 80sen atau Rm1 sekeping crepe paper lebih baik tak payah ya. Tak berbaloi.

Selalunya kita lupa nak masukkan kos perjalanan, makan etc dalam kos bajet bila kita membuat proses mencari barang-barang untuk hal kawen kita. Takut nanti kos jadi bertambah, padahal lebih baik kita grab je benda yang ada depan mata walaupun mahal sikit dalam beberapa sen. Its okay dear, kos tambahan (added cost) perlu kita ambil kira okay. Kecuali, memang kita berniat nak berjalan-jalan sambil beli barang kawen, ya its okay. Sambil menyelam, minum air. Kannn? Psst, jangan lupa shopping sehelai dua baju. kehkeh. Sila jangan tiru perangai aku ya!

Feel free untuk bertanya apa saja. sharing is caring ladies!!




thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Monday, September 17, 2012

Preparation #6

Hai.


Assalamualaikum.


Percaya tak satu hari ni aku duduk dalam bilik je. Caya tak? Hahaha. Duduk dalam bilik buat bunga untuk hiasan hantaran. Paksa diri sebenarnya. Huhuhu.

Okay, takmau buang masa korang baca benda merepek (hehehe!!), cuti tiga (3) hari temasuk hari ini aku berjaya buat banyak benda lah jugak.. Tapi takde satu pun yang siap sepenuhnya. Haha. Beberapa perkara yang aku dah mulakan dan sedang dalam proses pembuatan ialah :

1. Burung
2. Fan Flower atau pun ada jugak orang panggil Accordian Flower
3. Centerpieces
4. Bunga untuk hiasan hantaran En Gaban

Walaupun cuma empat (4) prkara, tapi consider sebagai beberapa jugak lah kan? kan? Hehehehe! Kita mulakan dengan Centerpieces dulu eh.








tin kosong yang sudah dibersihkan cantik2 :)

Tips, sebelum hias tin aluminium ni, better basuh bersih-bersih sampai berkilat lepas tu lap kering-kering. Selain untuk nampak lebih cantik, kita nak pegang pun selamat. Aku dah lama kumpul tin-tin ni, (sejak awal tahun) tapi cuma dapat kumpul 8 je. Kalau nak lagi, nanti boleh beli susu F&N lagi. Bukak, alihkan susu pekat dalam bekas kaca lain lepas tu dah boleh guna untuk centerpieces!



ini percubaan pertama. rasa macam dah puas hati, tapi macam tak puas hati lak.



kemudian ia berubah menjadi macam ni. tambah riben. atas dan bawah.



ini yang confirm. yayyy! siap untuk 6 buah tin. lagi 2 tin belum buang penutup sepenuhnya. jadi tak boleh nak decorate.



bahagian depan


bahagian belakang


Tetiba rasa macam Navy la pulak. Eh, tapi biru Navy tu cantik kan. Tak pasal-pasal langsir untuk bilik pengantin dan 'rumah kita' pun warna biru Navy tu. hikhikhik! Yang belum siap ialah bunga untuk diisi dalam tin tu dan signage dia. Insyaallah akan diusahakan secepat mungkin lepas tu boleh simpan dalam kotak diam-diam.

Untuk hiasan hantaran pulak, bunga dia aku guna crepe paper sahaja. Untuk mengelakkan pembaziran. So, bajet untuk hantaran kami sangat murah. Hantaran dia guna crepe paper, hantaran aku guna felt fabric. Sila jangan bayangkan apa-apa eh.. Belum siap lagi pun. Huhuhuhu!



yang ni kisah semalam. baru masuk gear 1 :)



yang ni pagi tadi punya. siap bawak air masuk bilik. punya la tekun. yeke?


Untuk setakat hari ini, crepe paper tu aku dah dapat untuk 5 dulang. Satu crepe paper aku plan untuk satu dulang. Setiap satu crepe paper aku dapat 8 kuntum bunga saiz M. Nak buat saiz S pun boleh tapi takut tak kemas pulak. So total bunga dah dapat 40 kuntum bunga carnation. Yayyy! Nak kena beli lagi 4 crepe paper. Sebab hantaran untuk En Gaban ialah 9 dulang. Go Saila, Go Saila! Mesti korang pening kan? Nanti lah aku reviem elok-elok sikit pasal bunga hantaran ni. Huhuhu.

Sekarang ni tengah update blog sambil buat bunga carnation (crepe paper). Bila la nak siap. Biasa la, kalau dah bukak blog, tengok entry korang-korang, baca, komen.. Mesti la leka kannn? Hehehehe! Esok dah kerja, malasnya. Mood nak duduk rumah buat kerja kawen je ni. Hehehehehe.

Okaylah korang, jumpa nanti ya. Selamat pengantin baru kepada B2B yang dah sah jadi isteri. Barakallah! 




thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Friday, September 14, 2012

I Need EOT

Hai!


Assalamualaikum.

Less than 2 months to go. Okay, sila anggap cuma tinggal lagi 1 bulan je lagi. Gulp!!!

Props untuk photobooth sudah print. Just nak laminate je. Bila? Taktau.. Huhuhu. Lidi? No worries, Rm2.90 boleh dapat banyak siap boleh buat cucuk sate. Hiks!

Sekarang ni tengah berusaha lipat burung (sesi menambah bilangan bebird, fuh!). 125 birds to go. Ingat senang ke? Susah rupanya. Huhuhu! Sambil-sambil tu melipat fan flower pulak. Lagi la susah. Huhuhuhuhu! Ingatkan senang je.. Haha. Padan muka. Paksa En Gaban lipat sekali. Katanya dia nak melipat dekat ofis sebab boss takde. Kan sayang kan? Alahh, senang je lipat fan flower tuuuu. Wink! Wink!



my only one fan flower. wuhooooo..

Baru dapat satu fan flower. Ceh! Sanggup tak keluar lunch. Duduk dalam ofis mengadap benda ni. Satu jee?? Huhuhuhu. Bila nak siap mcm ni. EOT pleaseee.

Kalau tengok pada checklist yang aku buat, macam banyak yang dah bergerak. Macam la.. Konon.



Checklist atas ni benda yang aku dah beli. Tinggal yang line biru tu je belum lagi. Macam banyak je dah settle kan? Padahal....




This is the hakikat sebenar. Banyak kan belum buat apa-apa. Kan? Baru satu yang 'DONE'. Dua baru 'ODW'. See? Aiyoooo! Pitam macam ni. B2B yang lain, yang mempunyai masalah macam aku ni macam mana eh? Hahaha. Kelakar la pulak. Masa singkat, kerja banyak.

Boleh, yakin boleh okay. Fuhhh. Okay, jom sambung DIY. Cuti tiga (3) hari ni kena all out okay. Hiyargg, hiyargg (senaman tangan dan jari. haha). See you next week ya blogger semua. Baibai!


EOT : Extention Of Time




thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

Thursday, September 13, 2012

Conversation #4

Hai!



Assalamualaikum.


Mungkin entry ini akan menyinggung perasaan sesiapa, dan aku percaya entry ini sangat sensitif untuk diperkatakan. Pertama sekali aku memohon maaf kalau ada yang berasa tersinggung dan mungkin ada yang tidak bersependapat. Its okay. Aku memang tak suka menjadi orang lain. Maka dengan itu aku terlalu kuat dengan kata hati dan sangat berpegang kepada prinsip. Maaf kalau di akhir entry nanti ada yang mencebik. Its okay. I am ready untuk dicebik. 

Apa-apa pun please be kind to me. Apa yang bakal aku tulis selepas perenggan ini ialah kehendak dari hati sendiri, dan kerana DIA. Demi ALLAH bukan kerana lain. Bismillahirrahmanirrahim…

Aku lupa bila, tapi baru-baru ini juga. Sangat baru.

Aku : saya taknak mas kawen banyak-banyak.
Dia diam
Aku : boleh ke mas kawen lebih rendah dari rate yang dah ditentukan?
Dia, masih diam. Berfikir mungkin.
Aku : nanti sayang pls check dengan Pejabat Agama eh.. Saya taknak banyak-banyak.
Dia angguk perlahan.
Aku : saya nak Rm144 je ya. Sempena birthday saya. (senyum meleret)
Dia pandang wajah aku dan senyum juga.

.................................................

Aku SMS dia tanya sama ada dia dah pergi Pejabat Agama atau belum.

Aku : Yani, mas kawen boleh tak bagi lebih rendah dari kadar yang ditentukan oleh negeri?
Yani : boleh je. sepatutnya boleh la.. Sebab mas kawen benda wajib dari suami, seikhlas suami.. Perlu ada paksaan ke kena bagi berapa?
Aku : ntah.. (kerisauan teramat sebab menunggu dia reply SMS aku)

(SMS masuk dari dia)

Dia : Pejabat Agama kata tak boleh, kena ikut rate yang ditentukan negeri.
Aku? Hampa.
Dia : Sayang nak duit Rm300 tu seringgit2 atau lima ringgit? Nnt nak buat gubahan kan? Saya boleh pergi tukar dekat bank..
Aku : ikutlah.. (Sedih. Takde mood. Mengeluh. Lesu)



........................................................................................................................

"Hatta senaskah Al-Quran, aku terima jika ia datang ikhlas dari hati. Perkahwinan bukan satu drama, ia ikatan janji tanggungjawab antara dua hati. Bukan mas kahwin dan meriahnya acara yang menjadi ukuran. Tapi, keikhlasan dan kejujuran dalam membina 'masjid' yang menjadi sandaran"

Firman Allah swt dalam surah An-Nissa' ayat 4 yang bermaksud "Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka". Sabda Rasulullah saw dalam hadis riwayat Bukhari yang bermaksud "Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat dari besi"

Bukankah Nabi menyebut, sebaik-baik wanita yang dikahwini ialah yang rendah maharnya?

........................................................................................................................



Sedangkan aku bukanlah wanita yang cukup baik dan sempurna, izinkanlah aku memulakan perkahwinan ini dengan kebaikan. Namun aku mungkin, ya mungkin tidak mampu dan tidak kuat untuk mempertahankan niat aku. Dengan itu aku redha dengan apa yang telah ditentukan.





Ini ialah draft. Baru hari ini ada kekuatan untuk di publish. Jangan salah anggap dengan pendirian saya ya.






thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!


Idea : Vintage Suitcase Oh Lala!

Hai!


Assalamualaikum.


Harini aku nak share pasal Suitcase ya kawan-kawan. Aku pernah nampak Suitcase ni dekat Romantika. Sila ke sana segera ya. Harga? Rm29.90 sahaja. Rugi tak beli. So? Akan di grab secepat mungkin!

Memula sekali aku share dulu picha(s) dari Google okay.. Actually aku lupa dari mana aku save. Kalau ada blogger yang perasan, let me know ya.. Selalunya aku save dah lupa nak save link sekali. Huhuhu! Maaf.

Here we go..












Kebetulan aku (actually Ibu aku) dapat hamper (hamper banyak dekat rumah Mak Usu aku) so Mak Usu aku pun agih2 dekat kami satu family. Kebetulan, bekas hamper yang Ibu aku ambil ada Suitcase! Excited disitu.






Suitcase ni kepunyaan Leha. Okay, dia dah cop dulu. Hampeh. Tapi aku dah booking, untuk majlis dekat dewan nanti aku nak guna Suitcase ni. Untuk apa? Untuk letak props maybe.. Hmmm. Tak pun letak wishing cards. Maybe? Nanti lah fikir. Masih ada masa lagi kan?

Suitcase yang Leha punya ni tak nampak vintage kan? Lebih nampak klasik sebab dia fully kayu warna coklat gelap. Tapi kalau nak real vintage macam picha-picha kat atas tu, boleh beli dekat Romantika okay :)

Till then <3





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!


DIY : Riben versi Nursaila Norman

Hai!


Assalamualaikum.


Susulan dari entry Idea Oh Idea. Rajin Oh Rajin. Tolonglah Datang Kepadaku yang aku update ada hikmah rupanya aku update semalam. Terus tersedar dari khayalan.. Malam tu jugak ajak En Gaban bawak aku pergi beli bahan-bahan yang sepatutnya. Huhuhuhuhu. Dapat beli crepe paper/tissue paper dengan ribbon. Hiks!

Jom tengok..




Dari atas ke bawah :
Rm0.80 (0.5cm)
Rm1.80 (1cm)
Rm3.50 (1 inci)
Rm10.00 (1.5 inci)



Rm0.60 x 15 keping


Total cost Rm27.50 sahaja. Cukup untuk bahan-bahan buat centerpieces dan gubahan hantaran aku dgn En Gaban. Harap-harap cukup, insyaallah.

Semalam pergi Precint 15 Putrajaya masa lunch, thanks Ara! Shopping sakan beli kertas berwarna. Seronok gila-gila ambil kertas untuk buat dekorasi centerpieces, tagging, pelamin etc. Insyaallah. Harap-harap menjadi. Amin.



Dari atas ke bawah : 
Rm9.90 x 1 
Rm1.90 x 3
Rm3.50 x 8

Total cost untuk kertas berwarna Rm46.50 termasuk glue stick Rm2.90. Happy! Dengan harapan semua yang dirancang akan menjadi. Amin.

Okay, settle sharing pasal barang-barang untuk dekorasi. Sekarang ni nak share pulak diy : lipat riben versi Nursaila Norman. Hiks!


Step 1 : silang riben macam dalam picha di atas




Step 2 : rapatkan riben part belakang tu (taktau nak explain. hahahaha!)



Impit kejap guna koala comel sementara aku ambil riben lain. Hehe!



Step 3 : Potong riben lain yang lebih kecil (alternatif



Step 4 : Ikat riben yang besar tu dekat part tengah-tengah (harap-harap korang faham)



Setelah diikat akan jadi mcm ni :)



Potong lebihan riben tadi



Akan jadi macam dalam picha di atas



Tadaaaa! Riben versi Nursaila Norman!


Kenapa aku panggil riben ni versi Nursaila Norman? Sebab masa aku buat riben ni dekat pejabat semalam, tengah try-try nak lipat riben tu baru aku perasan, aku tak tahu nak ikat part tengah-tengah riben tu dengan apa. Sebab kalau tengok dekat google, blogger2 yang ada buat tutorial lipat riben ni, diorang ikat guna pangikat yang beli by paket2 tu kan. So aku pun guna la riben halus warna cream tu. Hehehe! 




Riben ni untuk hiasan hantaran nanti. Hiasan hantaran aku. Hikhikhik. Harap-harap menjadi macam yang dirancang.

Nak cuba Riben versi Nursaila Norman? Hehehehehe! Sila kan..





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!