CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 29, 2013

Veil Untuk Disewa : Pink Lace + Tulle Flowers + Pink Beads!

Assalamualaikum.



Hello, Hello! Hi Ladies!

Alhamdulillah, akhirnya siap jugak veil yang penuh drama air mata ni. Kalau masih ingat lagi entry I N I, korang boleh tau betapa frustnya aku nak siapkan veil. Huhuhuhu. Lebih frust bila komentar komentar cakap memang tak berapa menjadi punn. sobs!

huwaaaaaaaaaaaaaa!

Tapi! Ada tapi ya.. Aku tak berputus asa di situ sahaja. Aku teruskan jugak perjuangan menyiapkan veil e-day ni. Dengan doa dan harapan supaya veil ni menjadi super sweet dan super gojes! Kesian Suami, kena dengar rintihan aku, kesedihan aku sambil buat veil. Hahahaha. Tapi sebab Suami super positive, dia suruh aku cakap 'cantikkkkk' 44 kali. T_____T.

Dan! Alhamdulillah, berjaya jugak doa dan harapan aku. Mujarab jugak doa 'cantikkkkk' 44 kali aku tu. Hewhewhewhew! Disebabkan veil ni aku buat khas untuk majlis pertunangan, makanya aku rasa adalah lebih baik kalau aku alert kan point 'Less is More'. Nanti waktu nikah dan bersanding baru meriah-meriah sikit. Wink! Wink!


Okay lah, cukup lah mengarut. Veil Pink untuk disewa!















Dengan rasa rendah diri, saya open for rental ya ladies!

Term and Conditions : 

Harga sewaan Rm40 (tak termasuk postage)
Security Deposit Rm60 (akan dipulangkan sekiranya veil dalam keadaan BAIK)
Tempoh sewaan : 5/6 hari dari tarikh penghantaran
Condition : Baru!
Tarikh pulangan kepada owner perlu tepat seperti perjanjian. Compulsory.

Untuk sewaan, booking date boleh email msyunnsein@yahoo.com.my

UPDATE : BOOKING DATE
pada tarikh berikut, veil is not available

29 Nov - 3 Dis 2013
SOLD OUT


Love,
Nursaila Norman!



Thursday, November 28, 2013

Kitty Kitty Kitty

Assalamualaikum.


Harini kabel henfon still tertinggal dalam handbag lagi 1. So no pictures for today. Huhu! Tapi nasib baik ada pictures lain yang sempat aku transfer. So harini kita cerita pasal kittens lah ye!

Ingat lagi tak entry Kittens ni? Berita tak baiknya diorang dah lama takde dengan kitorang. Mak dia bawak diorang lari dari rumah. Malas nak cerita kat sini kang aku menangis. Cut it short, aku dengan Suami terpaksa, diulangi terpaksa merelakan Mak dia bawak budak-budak tu lari dari rumah. Akhirnya hilang. Mak dia pulak meroyan. Siapa yang stress? Aku lahhhh.. Suami aku punya lah marah, dia tak bagi Mak kucing tu makan. Sehari jelah. Sebab tak sampai hati kot. 

Tak lama tu Mak dia bunting lagi. Kali ni kitorang langsung tak peduli kat anak-anak dia. Sebab takut dia bawak lari lagi. Tapi bila cukup sebulan je, Mak dia pulak yang tak balik-balik. Aku jugak yang stress lagi sekali. Melilau kitorang laki bini cari Mak diorang. Tapi tak jumpa. Stress stress stress. Bayangkan lah, 4 ekor kot.. Masih menyusu. Mak pulak takde. Nasib baik ada botol susu kucing kat rumah, tapi tak bertahan lama sebab diorang kan 4 ekor, pastu gigit-gigit pulak.. Habis koyak puting tu. Koyak pulak pukul 10 malam. Esoknya kitorang nak g Cameron Highland. Mana nak cari botol susu kucing tengah-tengah malam?

Kitorang pergi KK kedai 24 jam tu, aku beli kan botol susu baby dengan puting extra. Sorry la kittens, Botol BPA free mahal. Ahkak tak mampu nak beli botol susu brand Tommy Tippee or Avent. Botol tu untuk baby ahkak je ye. Muahahahaha!

Tak lama tu diorang kena jangkitan dekat kuku pulak. Aku bawak lah 4 ekor tu pergi klinik sebab 3 ekor kena jangkitan. Sekor je sihat. Dapat ubat antibiotik, vitamin, tahan sakit dan antiseptik. Cut it short, 2 ekor mati sebab dah ajal. (aku taknak tulis meleret-leret, nanti jadi emosi. aku taknak la eyeliner aku comot jap lagi). Tinggal 2 ekor. Ubat masih ada walaupun tinggal separuh. Sekor lagi ni start tunjuk tanda-tanda nak sakit jugak. Start kurus dan suara dah tak nyaring. Taknak jadi macam yang lagi 2 ekor tu, terus bawak diorang g klinik sekali lagi. Kali ni dapat injection dengan ubat cacing. Continue antibiotik baru, dan alhamdulillah sihat!

Selamat lah 2 ekor kat rumah kami sekarang ni. Tapi aku ada la gambar kenangan yang dah mati tu. Sedih je bila tengok-tengok balik gambar diorang. Jangan sedih Saila. Jangan sedih!
































Yang masih tinggal yang kaler campur-campur tu dengan orange je. Yang hitam putih 2 ekor tu dah selamat berbahagia kat sana dah :) Kaki diorang kuning-kuning sebab letak antiseptik. Kesiannnn diorang, bulu tak cantik sangat sebab Mak takde nak jilat-jilat diorang. Kalau aku boleh jilat dah lama aku tolong jilatkan. Erk!







Comel tak? Comel tak? Hehehehe.. Paling comel part telinga diorang bergerak-gerak masa hisap susu.

Kisah kelakar pasal 4 ekor ni, setiap 2 hari kitorang kena beli puting baru. Asyik koyakkkk je. Habis rabak puting. Walaupun puting botol susu baby. Kitorang sampai guna 2 botol susu sebab diorang lasak sangat. Huhuhuhu. 

Kisah paling best aku rasa sebab kehadiran kittens ni, Suami 1st time pegang botol susu. Suami pandai bancuh susu. Hehehehe. Walaupun susu kittens, tetap susu kannnn. Hehe! Suami lah bangun awal sikit dari aku sebab bagi budak-budak tu susu. Ohh, comelllll. Haha. Aku rasa kittens tu bukan kucing, tapi macam anak kitorang je. hewhewhew!

Suami cakap ni praktikal untuk dia. iheeeee.. Comel :)

RIP Miko & Joshua
Stay with us Mino & Markoanah. Stay with us.




Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, November 27, 2013

Dulu..

Assalamualaikum.


Makin lama makin membosankan je blog ni kan? sobsobs! Dulu adalah benda nak diceritakan, lagi-lagi hal kawen. Dulu ada jugak share hal lepak-lepak dengan kawan sehati sejiwa (En Gaban). Tapi sekarang nak cerita apa je ye?

Thats why lah blog ni makin membosankan. T_____T

Nak cerita hal kami macam malu lah. Follower tak lah gempak, but anybody can access thru google. Jadi malu nak cerita aktiviti kami. Ada je yang bercerita, aku sendiri bila baca rasa seronok. Tapi bila datang part aku, aku takut orang cakap aku nak menunjuk macam good-good je. Takut lah. Taknak lah orang cop kita jaja cerita remeh temeh dekat blog. Huhuhuhuhu.

Ke aku je yang berperasaan macam tu?

Dulu aku okay je nak cerita benda remeh temeh, rilex je menaip. Sebab aku confident, takde orang tau sangat. Takde orang baca pun. Tapi sekarang ni banyak sangat segan dan malu. Malu lah nak tulis. Segan lah nak share. Unless aku rasa aku ada gambar nak share, ada cerita. Macam sekarang ni, kabel henfon tertinggal kat handbag lagi satu. Memang entry ni tak bergambar lah. Hehehehehe!!

Lagi satu aku rasa faktor umur. sobs!!

Dulu muda kot, semangat nak bercerita tu berkobar-kobar. Setiap hari ada je status dekat FB. Tapi sejak kerja Putrajaya, aku terputus hubungan dengan FB 2 tahun lebih. Tak guna smartphone sebab tu lahhh. Bila nak mula kan balik aku jadi kekok. Aku rasa aku dah puas update status dulu. Aku rasa aku dah tua untuk tulis status walaupun hakikat aku pernah tulis status ntah hape-hape punnnn ada je yang melayan. wuwu.













Aku jarang update status. Aku lebih banyak update photo. Sebab aku suka camera -.- Sekarang ni aku jadi malu nak update status. Malu orang baca. Takut orang tak suka. Eh, banyaknya fikir! Faktor umur lah tu kan? Selalunya status spontan. Takde fikir-fikir. Taip ikut rasa lepas tu 'enter'. 

Senasib lah blog ni dengan FB nanti. Tamauuuuu. Tamau tapi still blur takde idea nak tulis apa. Haihhh.

Dulu aku tak pernah jangka untuk ada followers. Tak pernah jangka ada orang sudi baca entry-entry aku walaupun ada yang baca entry lama sebab aku tak update entry baru. Ya Allah, terima kasih lah banyak-banyak! Terharu takyah cakap la. Tapi maaf lah, makin lama makin teruk blog aku. Makin tak best :(

Satu lagi masalah, aku start menaip dari pagi (normally ikut masa senggang), dah nak balik sangat-sangat baru siap. Nak klik 'Publish' pun tak sempat. Last-last publish esok. Punya lah slow aku nak siapkan 1 entry. Taip sikit stop. Taip sikit stop. Teruknya lah!

Nak cerita pasal pregnancy, belum strat pregnant lagi.

Nak cerita pasal baby, belum ada baby lagi.

Nak cerita pasal masakan, aku tak masak.

Nak cerita pasal dating-dating kami Suamisteri, takut orang jelir lidah pulak.

Bila fikir-fikir balik,elok jugak.. At least takde lah aku tulis benda merapu, mula-mula orang boleh terima. Lama-lama kang orang menyampah pulak. Hati orang, mana kita tau. Huhuhuhu!


Dah lah, siap satu entry. Terima kasih lah sudi baca sampai habis. Baiknya hati korang. Haha.





Love,
Nursaila Norman


Friday, November 22, 2013

DIY : E-Day Veil

Assalamualaikum.



Actually ada kisah tak best disebalik the making of E-Day Veil ni. Kisah tak best ialah aku tak jumpa lace pink yang cantik yang sweet. Semuanya macam mak jemah nak pergi Malam Gala tema Gila-Gila je aku tengok. Over pink yang ntah hape-hape, lepas tu bunga besar gedabak macam bunga raya pun ada. ihe! Kuajaq aku kan.

Tak, maksud aku kalau bunga besar gedabak, pink pulak shocking pink, mana datang sweetnya kan..

Jadinya aku frust macam nak mati. Berkali-kali aku berulang ke kedai cari lace. Still takde yang sweet. Aku pulak tak ke Jakel. Maaf lah, Jln TAR dengan aku dah tak sinonim. Sejak bila? Sejak i olls dah ada Suami. Wuwuuwuuuuwwu!! Aku tak prefer Suami tunggu aku menghadiri sesi belek membelek. Sedangkan dia berdiri tengok aku bercangkung-cangkung cari benda yang biasa-biasa je sebenarnya. Huhu. Kesian Suami nanti. Kesian aku jugak, nanti aku kena upah dia macam-macam. Eh, macam anak kecik pulak. hiks.

Cut it short, aku beli jugak lace pink. Tapi aku rasa macam bodoh je lace tu. Suami cakap macam style India. Pulak. Baru-baru ni aku beli lagi sekali lace. Aku nak jadikan dia sweet-sweet. Sumpah aku fail. Aku rasa fed-up je. Sedih. So, malam tadi aku try. Try and Error. Kalau jadi, jadilah. Kalau tak.. 


































Veil baru siap sikit, macam dalam gambar. Tu baru nak mula sebenarnya. Basic dulu. Nampak tak lace tu tak berapa nak cantik (sobs!). Aku pun buatlah beberapa jenis 3D flowers, dengan harapan dapat menaikkan seri veil. Tapi semua 3D flowers aku macam hampeh. Sampai la malam tadi, aku buat 3D flowers versi sukahatiaku.


tapi tak.

Sebelum continue, aku nak share dekat sini, kot-kot ada yang sudi nak bagi cadangan. Kepada bakal pentunang. Gila kau, ada ke word pentunang? Maksud aku orang yang nak bertunang tu lahhh.. Okay ke tak ni?

sobs!




Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, November 19, 2013

Aku Taktau Nak Letak Tajuk Apa Sebenarnya. Haha!

Assalamualaikum.



Sejak dah kawen ni aktiviti kami berdua banyak berubah. Dulu style orang bujang, sekarang ni lain sikit dari zaman bujang. Kena la macam style orang dah kawen kan? hiks.

Asal hujung minggu je wajiblah aktiviti kawen-kawen kan. Ada yang sempat kami ambil gambar, ada yang tak. Dah every week ada wedding, kadang-kadang tu rasa nak pakai jeans je. Huhuhu. Dah lama tak buat baju kurung. Motip?




nampak tak background untuk photobooth sekarang style black board.
cantik takk?!
gambar no 2 tu macam aku pregnant je kan?
muahahahaha. fail!



door gift wedding gambar no 1 : red velvet


door gift wedding gambar no 2 : gula-gula kacang


Lain-lain wedding takde snap gambar sebab rushing nak ke tempat lain. Maaf. Huhuhu. Selain wedding, malam-malam kami dah jarang melepak mamak sebab taktau lah kenapa. Salah satu sebabnya ialah aku sibuk buat tempahan. Ini pun satu hal. Tempahan pertama luar dari KL dan Selangor, aku tak snap gambar. Dah pos baru teringat, eh! tak snap gambar rupanya. Tempahan crepe paper dengan small pillow. Nasib baik ringan. Huhuhuhu. Customer nak sebijik macam gubahan hantaran aku. Tetiba aku rasa macam small pillow dia lagi cantik dari small pillow aku. Haha.

Disebabkan all out buat tempahan sampai pukul 1 pagi everyday, mesti lah lapar kan? Jadinya kami supper dengan maggie sahaja. Kesian Suami. Bini masak maggie je malam-malam buta. sobs! Eh kejap, macam dasyat sangat je buat tempahan sampai pukul 1 pagi kan? Biasa la, bermalas-malasan dulu, lepak-lepak dulu, pukul 9, 10 malam baru start. Huhu.


Maggie edisi malas dalam bekas plastik dari daiso je. Actually tak pernah try pun makan maggie dalam bekas tapawer macam ni. Saje nak feeling-feeling zaman U. Hoho! Kalau maggie edisi rajin aku wajib tumis bawang sampai wangi lepas tu masukkan serbuk kari adabi dengan air. Campur carrot, telur baru besh! 

Nampak tak crepe flowers tu? 150 kuntum. Terima kasih Fisah :)

Ini pun maggie murtabak edisi malas. Kalau maggie murtabak edisi rajin letak sosej. Nak sedap lagi buat sambal ayam campur kubis sikit. Kesian Suami. Dah la maggie. Maggie malas pulak tu. Damn you saila.


Ini pulak nasi ayam area Zoo Negara. Specific area tak pandai nak cakap. Huhuhu. Suami yang kenalkan tempat ni beberapa tahun yang lalu. Minggu lepas aku rajin ganti puasa, tetiba teringinnnn nak nasi ayam. Mintak dengan Suami nak nasi ayam ini. Ya Allah, nikmatnyaaaaa.. Semuanya sedap. Lagi-lagi taugeh tu. sobs! Tau lah puasa, memang lah sedap kan. Hehehe.. Hari ni tak puasa Suami nak bawak tak? Wink! Wink!

Okay lah itu je. Malas nak menaip sebenarnya. Macam takde idea. Huhuhuhu! Sekarang faham kan kenapa tajuk entry ni macam mintak caruts je. 





Love,
Nursaila Norman!


Monday, November 18, 2013

Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Shah Alam

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, rezeki lagi. Cuma buat masa sekarang ni aku slow down kan tempahan. Maaf ye kalau mana-mana yang aku terpaksa tolak tu :(

Ini Pearl hb yang terbaru,
































Customer cakap baju pengantin warna pink belacan, puas la aku godek warna apa yang sesuai.. Kalau ikutkan warna yang sesuai warna-warna kuning. Untuk tak nampak terlalu terang sangat, aku match kan kuning, kuning lembut dengan hijau lembut. Riben aku combined soft pink dengan cream.

So far,aku yang teruja. Harap b2b pun teruja jugak, amin :)


lepas hantar pearl hb dekat PJ, request makan sup Jln Doraisamy.
tepi jalan dekat tengah-tengah kota.
pakai kereta mewah-mewah, tapi parking makan kat sini.
hiks!




Love,
Nursaila Norman!


Friday, November 15, 2013

Idea : Mix & Match Bridesmaid

Assalamualaikum.



Mabuk update entry Idea semata-mata. Huhuhu. Sebab malas nak menaip panjang lebar, so attach gambar jelah eh. Cuci mata jom. Cantiknya bridesmaid diorang..




















Balas dendam kot ni. Dah berapa hari tak update blog. Sekali update dah macam orang mabuk pulak. Huhuhuhuhu. Esok cuti, ada 1 lagi tempahan nak disiapkan, beberapa hari ni berpenat lelah siapkan 150 crepe flowers dengan 35 pillows. Gambar pun tak snap. Huhuhuhu. 





Love,
Nursaila Norman!


Idea : Gubahan Hantaran Simple Tapi Sweet

Assalamualaikum



Aku memang sukaaaa gubahan yang simple tapi nampak eh,sweetnya,comelnya.. Kalau yang heavy fresh flowers tu memang ohsem lah kan.. Tapi macam mana dengan pengantin bajet macam aku. Aku impress giler kalau tengok gubahan hantaran yang guna riben SAHAJA tapi dah nampak oh! sweetnyaaaaaa.. 

Kebaikan gubahan simple-simple ni banyak tau.. Antaranya jimat, tak makan masa nak gubah, tak membuang bahan gubahan macam buang sampah. Huhuhu. Yelah, kalau dah potong tangkai bunga jadi pendek, nak recyle macam mana dah lepas tu eh.. Tangkai dah pendek, nak gubah dalam pasu pun susah rasanya.. T____T

Kenapa la aku tak jumpa gubahan-gubahan macam picha kat bawah ni tahun lepas.. Memang meleleh pulak air liur ni ha..











































































































































Suami, suami.. Buat majlis nikah lagi sekali nak tak? Sebab saya nak gubah hantaran macam dalam gambarsss.

Ke aku beli hadiah untuk Suami tapi tak balut dalam kotak, tapi aku gubah dalam dulang hantaran. Urrrghhhh, urghh.. Geram!


visit jugak FB The Craft Potion :)

simple kan? tapi cantik kan?

sharing is caring!






Love,
Nursaila Norman!



Bersyukur itu buat kita nampak cantik :)

Assalamualaikum.



Setiap hari aku mesti mengomel, merungut pasal kulit muka sendiri. Memang tak bersyukur sungguh. Huhuhuhu.. Naik satu jerawat aku dah merungut macam-macam. Kesian Suami, kena dengar aku merungut-rungut. Huhu.

Masa aku start pregnant haritu, aku stop minum Cocoa Collagen Power Plus sebab waktu pregnant memang tak boleh ambil minuman ni. Lepas keguguran tu aku terus lupa nak sambung minum semula. Jadinya kulit muka tak la seelok masa ambil CCPP kannnn. Nampak tak nampak tak.. Hakikatnya kulit muka tak santekkk pun. Sedih.

Baru-baru ni aku start minum CCPP semula plus dengan Soy Collagen Nurbeautyline. Hambek kau. Tak santek gak taktau la. Hahaha.

Tiap kali aku belek-belek muka kat cermin, adaaaaa je tak puas hati. Selalunya pasal parut jerawat lah, tapi lately bijik mata aku alert pulak dengan warna tak sekata, kulit tak cerah. Tengok, jahat tau mata ni. Nampak yang huduh-huduhhh je.. Yang comel-comel taknak nampak. Huhuhu.

Tiap kali aku merungut aku mestu cakap 'tak suka laaaa..bila nak cantik macam Nora Danish. muka teruk laa'. Jangan ikut perangai perempuan ni okay?! Tak bersyukur nih. Allah marah nanti tau la. sobs! Jahatnya aku. Tak bersyukur.

Tapi Suami mesti cakap, wajib cakap 'cuba cakap comel 44x' 'cantik la tu..paling cantik dah ni' 'takde la, B tengok cantikkkk je'.

Terharu kejap. Kejap je. Seminit. Lepas tu buat balik perangai tak bersyukur aku tu.

Setiap kali aku merungut, Suami akan puji. Kadang-kadang tu aku cakap 'takyah la perli..tak baik tauuu'. Kesian Suami, pening dia. Punya ikhlas dia puji, aku cakap dia perli pulak. Huhuhuhuhu. Tapi itu lah, setianya dia memuji. Sekarang ni tiap kali tengok cermin aku tak boleh merungut dah. Aku belajar untuk stop merungut. Aku cakap 'cantik tak? cantik tak?'. Suami akan jawab 'cantikkkk'. Kadang-kadang tu Suami akan tanya 'kenapa comel sangat niiii?'. Walaupun hakikatnya baru je aku menyumpah dalam hati apasal parut jerawat ni? bila nak blah!

Nampak tak kuasa pujian seorang Suami. Walaupun dia cuma cakap 'comel'. Sepatah kata. Tanpa ayat. Masa tu jugak aku rasa lebih cantik dari Nora Danish. Jangan marah ye Nora. hiks!

Banyaknya dosa, merungut tak bersyukur. Allah dah bagi muka sempurna, ada mata, ada hidung, ada mulut tapi masih komplen kerana sebiji jerawat. Teruknya perangai. Kulit kusam pun nak komplen. Kulit tak cerah pun komplen. Padahal Suami rajin puji. Tak suruh pun dia puji. Tengah busuk-busuk masam pun puji.

Kalau macam tu mana satu yang menjadi doa? Rungutan aku atau pujian Suami? Huhuhuhuhu.

Aku dah tau, tak bersyukur Allah tak suka, tapi masih anggap ciptaan Allah serba tak kena. Allah nak uji sebenarnya, nak tengok aku hamba Dia yang macam mana. Nasib baiklah ada Suami, kalau tak.. Makin jauh aku menidakkan kesempurnaan Allah dalam tak sedar.

CCPP, SoyCollagen.. Tolong jadikan aku cantik macam artis, please.
*mati*

bersyukur lah semua, asal cantik dimata suami :)





Love,
Nursaila Norman!


Saturday, November 9, 2013

1st Anniversary : 9 November 2013

Assalamualaikum.



Setahun yang lalu, 9 November 2012 (Jumaat). Aku tidur 2 jam sahaja. Rupanya Suami pun tidur sejam 2 jam sahaja. Huhuhu. Malam tadi Suami cakap 'kat sini lah B tidur' sambil tunjuk area dia tidur dekat ruang tamu. 'eh, silap. kat sini lah B tak boleh tidur'. Tak boleh tidur sebab takut berdebar nak shake hand dengan jurunikah esoknya. Boleh tak dia cakap dia berdebar sampai rasa pening dan nak muntah. Wu Wuu Wuuu!



Bercakap pasal honeymoon, kami tak merasa honeymoon macam pengantin lain. sobs! Masa tu aku hambakan diri dengan kerja gila-gila. Tahu kan, minggu aku kawen pun aku kerja. Aku cuti buat last preparation pun orang call regarding hal-hal kerja. Sedih kau. Huhuhuhu! Tapi salah sendiri pun. Sape suruh tak spend sikit masa untuk diri sendiri. sobs!

Sibuk call hotel untuk training, hotel untuk honeymoon tak survey. Ciss.

Itu cerita setahun yang lalu. Tahun ni masa bulan September baru aku suggested dekat Suami. Kami berdua sahaja keluar jauh dari Kuala Lumpur. Berdua dalam Kuala Lumpur selalu sangat. Jauh dari Kuala Lumpur selalunya berkonvoi. Kali ni nak jugak merasa macam orang lain, pengantin lain. Berdua-duaan.

Perancangan kami memang cincai sangat. Kalau ada rezeki kita pergi, kalau tak it's okay. Dalam bulan Oktober kitorang just self reminder je. Last minute aku buat sikit beberapa benda yang aku teringin nak buat. Itu yang buat props. Baiki hb nikah. Pakai inai. hiks!



































Itu jelah sedikit picha dari Cameron. Malas pulak nak edit yang lain-lain. Huhuhu. Doakan jodoh kami hingga Jannah. Doakan kami dapat baby comelssss. Tetiba T_____T

Aku doakan kalian seeemmmuuaaaa yang singgah, baca dan mendoakan kami, turut sama berbahagia hingga ke syurga. Teruskan menikmati alam rumah tangga yang sangat menyeronokkan!

amin :)




Love,
Nursaila Norman!


Friday, November 8, 2013

Teaser Anniversary : 8 November

Assalamualaikum.





















Teringat masa buat preparation last minute. Hari-hari terakhir. Especially Preparation 10. Ya Allah, bersyukurnya aku pernah tulis sesuatu. Sebagai kenangan. Serius tersengih sorang-sorang masa baca entry persiapan simple simple yang aku buat. Macam kelakar pun ada akak korang ni buat entry. Hehehehehe..

Excitednya nak kawen sama gemuruhnya nak jadi isteri. Terujanya nak menikmati majlis nikah dan resepsi, sama gerunnya nak melangkah ke kehidupan baru. Tapi bila teringat wajah lelaki yang kita sayang. Yang kita idam jadi peneman setia sampai syurga, hati jadi lega.

Last-last minute persiapan, aku tak boleh nak fikir banyak benda. Yang penting semua selesai. Tak sabar-sabar nak tunggu majlis habis. Penat rupanya jadi pengantin budget ni. Huhuhuhuhu!

Kalau lah aku anak Dato Datin.. Tak perlu kot aku buat itu ini. DIY itu ini. Try and error itu ini. Serah je bulat-bulat dekat vendor. Bukak blog, tinggalkan email mintak quotation. Opppsss.. Senang kan? Aku pengantin budget, kena pandai-pandai berjimat. Jenuh lah DIY segala bagai. sobs!

Sambil-sambil tu dapat la asah bakat. Berbakat ke tidak? Suam-suam kuku je dek non. hikhik!

Esok genaplah setahun. Hati berdebar takyah cakap. Mungkin terlalu banyak susah senang aku dan dia lalui hanya untuk sampai ke hari ini. Ya hari ini. Alhamdulillah, tertulis jugak jodoh aku dengan dia. Harap tulisan jodoh kami sampai Jannah. Amin.

Setahun yang lalu, 8 November jugak.. Jatuh hari Khamis. Aku tengah bergigih-gigih buat pelamin takde panel. Pelamin takde stage. Sedih kau! Pelamin koboi. Lantak. Tau tak betapa susahnya aku marah-marah Fan Flowers yang aku buat sebab dia taknak melekat kat. Hanginnn je satu badan. Sebab nak kawen kan, so chill je lahhh. Walaupun hakikat aku rasa nak makannn je Fan Flowers tu!

Hal paling aku terkilan mestilah pasal pelamin nikah. Kalau lah aku amek cuti lebih awal. Kalau lah aku persetankan kerja-kerja ofis. Kalau lah aku membelakangkan saje hal-hal ofis. Aku nak buat leeeebihhh elok. Wu Wu Wuuu Wuuuuuu!!

























Hati jadi sejuk bila cousin Suami sudi publish dan memuji dekat FB. Menitik-nitik air mata u ollssss. Huhuhuhuhu! Terharu. Tapi masih tak puas hati! Dasar tak bersyukur.

Aku bersyukur Ya Allah. ihehehe :)

Korang pun mesti terkenang-kenang ye tak? Korang pun mesti excited celebrate Anniversary kan? Semoga doa-doa yang kalian berikan kepada kami, berbalik kepada kalian semua. Terima kasih tak terhingga :)





Love,
Nursaila Norman!


Thursday, November 7, 2013

Teaser Anniversary : 7 November

Assalamualaikum.





















“Marriage: Love is the reason. Lifelong friendship is the gift. Kindness is the cause. Til’ death do us part is the length.”
-Fawn Weaver



Alhamdulillah, perancangan kami berjalan lancar. Boleh lah, walaupun tak gah. Tapi kami seronok! Menikmati cuti sepuas-puasnya, membuang masa berdua jauh dari Kuala Lumpur. Rasa macam nak duduk situ sampai tua. Hehe!

Esok teaser anniversary : 8 November pulak. Kalau sudi, tunggu lah ye. hiks!




Love,
Nursaila Norman!