CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 28, 2016

Bila Dah Lama Tak Update Blog, Nah 24 Gambar

Assalamualaikum



Nampak tak? Dah pandai sekarang ni main sambung-sambung. Hehehehehehe!

Saje, nak banyakkan entri.

Padahal boleh je buat dalam satu entri. Hihihihi

Sambungan PART 1, reason kenapa aku dah susah nak update blog. Selepas event yang kami jayakan, Suami dan anak pun dah sampai pukul 11pm tu, esoknya check out haruslah bawak anak jalan-jalan sebagai upah selalu kena tinggal. Padahal, bukan tiap-tiap minggu dapat upah ke? Hehe!




























Dah habis event Ibu, Ibu paksa dia posing-posing. Hehehehehe. Disebabkan duduk tingkat paling atas, takde orang naik sangat, kita buat lah foyer lif ni macam kat rumah kita sendiri. Hikhikhik! Terima kasih sebab sudi pitam tengok picha kitorang sampai berbelas-belas keping ni. Kehkehkeh. 

Lepas lunch, kitorang bawak Melissa shopping!

Aku bawak dia shopping kasut. Dekat Garderobe House. Bukan sebab Scha atau Lara kayyyyyy. Aku pernah beli kasut untuk birthday Melissa tapi beli dekat IG @freddiethefrogshoes. Refer gambar kat atas, Melissa memang tengah pakai pun. 24/7 pakai kasut ni tetap elok dan selesa. Aku pernah beli kasut dekat Mothercare. Pakai beberapa kali kain dah pecah-pecah. Nampak macam uzur sangat. Huhuhu! Beli rm65 time tu. Tapi kalau dengan Freddie The Frog rm45 je! Postage free. Alang-alang nak berjalan tu, aku ajak Suami ke Garderobe House. Nak belek sendiri kasut FTF. Parking kereta pun depan kedai macam yang Awal promote kat IG Garderobe. Hikhikhik. Sukaaaaaaaaa laa.. Keluar kereta terus pijak tangga kedai.

Sementara nak tunggu SA layan kitorang, Melissa enjoy puas-puas dalam kedai tu. Garderobe House sangat friendly kanak-kanak, senang nak shopping. Heeeeeee.


















Selepas dah dapat sepasang kasut FTF dekat GH, esoknya sambung shopping kasut dia lagi 2 pasang dekat Mothercare brand Ipanema. Heeeeeeeee. Nasib lah, siapa suruh dapat anak perempuan kannnn. Untuk anak kedua nanti rasanya kena anak perempuan jugak lah. Sebab banyak baju Melissa baru pakai dua, tiga kali dah simpan. Heeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

Bila aku cakap pasal anak nombor dua nak perempuan jugak, Suami jelingggggg jek. Kehkehkeh.



Okay, BYE!






Love,
Nursaila Norman!






Wednesday, January 27, 2016

Kenapa Susah Sangat Nak Update Blog Ni?

Assalamualaikum



Fuh! Semoga entry kali ni menjadi. Banyak entri dah masuk draft. Yelah, taip sikit-sikit, sambung petang, sambung esok. Last-last mood dah lari terus masuk draft. Mereput jelah kat dalam tu. Hehehehehe! Aku prefer taip terus sampai siap at least within a day. Kalau dah sambung esok, sambung lusa, abaikan jelah draft tu. HEHE!

Saje nak bagitahu, reason kenapa aku dah susah sangat nak update blog sekarang. Hehehe. Sampaikan nak update Pearl Hand Bouquet pun susah. Owner dah amek dekat 2 minggu, kita baru terhegeh-hegeh nak update. Ish.

Sejak aku kerja sini, masa aku untuk suka-suka tengok internet memang dah takde. Tak macam zaman aku kerja MOF dengan CELCOM dulu. Dulu macam mana banyak kerja sekali pun tetap ada masa nak update sikit-sikit. Tipu! Update banyak masa tu. Haha! Masa dekat CELCOM aku dah start kurang meng'update'. Sebab kurang bahan pun iya jugak. Hiks. Sekarang kat tempat baru laaaaaaaagi susah. Sampai satu tahap aku login blog bila aku nak update je. Duluuuu-duluuuu login tu wajib walaupun tak update. Dapat baca entry kawan-kawan pun dah okay. Sekarang ni...sobs!

Breakfast dah takde dah. Masuk pukul 8.30am, pukul 11am baru angkat kepala tengok keliling ofis. Hehehehehe. Dulu masa kat CELCOM, breakfast je dekat sejam. Punya lah heaven breakfast kat CELCOM. Lunch untuk melepak je. Dah kalau breakfast pun serupa lunch. Hehe.

Kalau nak refresh balik kenangan-kenangan kat tempat kerja lama, serius rindu. Sebab satu-satu tempat tu ada kenangan dia tersendiri kannn.

Tempat kerja baru ni memang tempat yang aku nak-nak-nak sangat masa kat MOF. Allah tahu apa yang terbaik, selepas 3 tahun Allah bagi jugak aku masuk department corporate comm. Happy? Aku rasa ini tempat paling happy aku rasa selepas CELCOM. Sejak aku di CELCOM, sampai lah yang ini, aku tak pernah monday blues. CELCOM pun tempat yang aku suka, tapi rezeki tak lama kat situ. sobs.

3 bulan aku kat sini, 3 bulan jugak usia team kitorang, Alhamdulillah kitorang berjaya managed sebuah event. Walaupun tak besar, tapi tetamu 100pax lah jugak. Rasa happy yang teramat sangat. Sejak aku kerja kat sini jugak, aku selalu kena out station. Dinner night, event itu ini. Alhamdulillah Suami banyak membantu. Dia yang apply kan kerja ni untuk aku masa tu, jadi dia faham sangat suasana kerja aku macam mana- 24/7. Itu dah disebut semasa interviewed. Dan aku sendiri mengaku sanggup. Tidur malam Melissa dah selalu dengan Abah dia. Nasib baik lah dia pun lebih berat ke arah Abah dia. Hikhikhik.

Dah banyak event yang aku pergi, takde satu pun aku share kat sini. Paling best event aku kena menyanyi (persembahan khas-penutup), cisss sangat! Sampai sekarang aku tak tengok lagi video tu. Hahaha. Aku update dalam IG je. Cepat dan pantas. HEHEHE.

Ni event dekat Hotel Bangi-Putrajaya, aku pernah stay sini, sebab tu aku suggested buat kat hotel ni. Dah tau keselesaan bilik dan dewan. Sorry la gambar tak banyak, maklum lah penganjur. Kurang sempat nak hulur muka masuk camera. HAHA.





Orange Theme!
Susah giler nak dapatkan warna orange. Haha.
End up dengan Peach jelah.


Malam tu dalam pukul 11pm Suami sampai dengan Melissa. Well, rugi lah duduk bilik besar-besar tapi tidur sorang. Hiks! 2x jugak lah Melissa kena travel malam-malam nak datang ke Ibu dia. Hehehehe. Pukul 10am Melissa dah tidur, nanti Suami loading barang lepas tu angkat dia letak dalam car seat straight ke Bangi. Pernah sekali tu Suami kena ambil aku kat KLIA, touch down airport pukul 9.30pm, time Melissa tidur pulak. Hehehehehe.. Mencabar sikit lah Abah dia nak drive sambil tidurkan Melissa. Hehe.

Apa-apa pun aku berterima kasih banyak-banyak dekat Suami, sebab dia akan take over jaga anak bila Isteri kena out station atau ada event malam. Orang akan jadi pelik bila aku cakap dah ada anak, anak tinggal, Suami jaga. Huhuhuhu. Thank you Husband!

Bersambung...





Love,
Nursaila Norman!



Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be IKEA

Assalamualaikum



Susah betul nak update blog sekarang ni. Sobs! Pearl HB dah dihantar lebih seminggu, baru harini nak update. Heeeee.

Cut it short, customer kenal dalam IG. Hampir setahun berkenalan dalam IG, tuptup b2b order Pearl Hand Bouquet untuk majlis bersejarah dia. Wedding awal Februari, harap semua persiapan berjalan lancar ye! Okay lah, sila cuci mata dengan warna Pearl HB yang sangat rare ni. Awesome gila warna dia!





Price will be less than rm100!

Exclude harga COD. Postage tak ambil. I remain dengan prinsip I untuk tidak ambil tempahan luar dari Lembah Kelang, Really sorry, sebab I taknak ambil risiko dengan postage. Takut HB rosak.

Okay, got to go. Bye!



Love,
Nursaila Norman!



Friday, January 15, 2016

Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Bangi

Assalamualaikum


Pearl Hand Bouquet yang last ialah pada Disember 2014. Masa tu dah ada Melissa, baru berumur 3 bulan masa tu. Even she is now 16 bulan, takde beza pun. Dia memang anak yang baik yang ada time dia yang memudahkan aku nak buat kerja. Biasanya benda-benda macam ni aku buat masa dia tidur malam. Sebab once dia tidur, esok pagi baru bangun. Sejak lahir macam tu. Alhamdulillah. Hehehe.

Jadi untuk tahun 2016 ni aku dapat buat satu lagi Pearl HB. Aku ingat dah tutup kedai, tapi kalau ada orang order, kena dengan masa aku on je. Lagi-lagi kalau dah kenalan sendiri yang mintak. Susah kan nak cakap 'No'. Huhuhu.

Jadi, ini lah Pearl HB pertama aku untuk tahun 2016 ni. Tema pink grey!







































Kalau korang perasan, holder dia dah tak macam dulu. Aku dah tak guna polystyrene dah. Sebab leceh sangat nak potong kemas-kemas. Lagi pun pakai polystyrene pemegang nampak besar. Jadi aku lilit je dengan pelilit hijau banyak-banyak-banyak kali sampai tebal. Jimat banyak benda. Jimat kos, jimat masa, jimat tenaga.

Bila aku boleh jimat kos, aku tak nikmati sorang lah. Aku share jugak dengan customer.

Jadi aku ada harga baru untuk 2016!

But please be aware, dengan harga baru ni ada 2 benda yang berubah dengan Pearl HB. Pertama, saiz mengecil sedikit. Kedua, takde polystyrene holder.

Price will be less than rm100!

Exclude harga COD. Postage tak ambil. I remain dengan prinsip I untuk tidak ambil tempahan luar dari Lembah Kelang, Really sorry, sebab I taknak ambil risiko dengan postage. Takut HB rosak.

I have another Pearl HB untuk disiapkan sebelum hujung Januari. Customer dari IKEA. Hehehehe!

Okay, got to go. Bye!






Love,
Nursaila Norman!