CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 29, 2011

Rama-rama berterbangan dalam perut

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Hello sayang!

Puas cuti tiga hari ni? Tak. Kan? Tak puas kan? Bagi cuti sampai 30 hari pun aku tak puas. Cuti 3 hari, tapi malam tadi baru kelam kabut nak iron baju kerja.. Sesungguhnya aku tak suka iron baju. Soooo? La,la,la,la,laaa..

Tak cukup la cuti tiga hari.. Yelah nak merayap dengan buat bunga (fabric flower) dalam masa yang sama.. Mana cukup kan? Hiks! Penyelesaiannya aku angkut ke sana sini alatan buat fabric flower. Bangun pagi celik mata buat bunga dulu baru mandi.. Hahaha. Okay, aku tau itu sangat tidak senonoh. Tapi tengah seronok buat bunga fabrik.. Takpe lah kan? Sepanjang tiga hari ni asyik dilema je.. Nak keluar ke nak buat bunga? Nak g tengok bola ke nak buat bunga? Tapi memang best kan dapat buat dua kerja dalam satu masa.. Rasa macam aku lah manusia yang paling bijak menguruskan masa.. Hahaha! Lepak dengan En Gaban tapi aku selamber layan jahit bunga fabrik.. That time En Gaban bagitahu dulu dia selalu teman mak dia jahit baju tempahan, sekarang aku pun sama. Awak suka tak? suka tak? Awak suka kan? kan? kan? Hohoho.. Kesian korang. Pengsan depan PC. Sorry~~

Disebabkan tak jadi tengok bola Malaysia lwn Bahrain kat mamak sebab hujan, aku pakai jersi Malaysia siap-siap lepas tu sepahkan barang2 untuk buat bunga felt pulak depan tv. Semangat perlu ada kan.. Mata kejap pandang tv kejap tengok felt pastu jahit-jahit. Memang tetiba rasa macam hebatnya aku.. Pandai urus masa. Muahahahahaha..

Tapi kebahagiaan aku tak lama.. Hari ni masuk ofis, mulakan kerja macam biasa. Mood still seronok2 dapat hasilkan bunga fabrik.. Tetiba dapat email.. Bila En Boss panggil nak diskas.. Terus rama-rama berterbangan dalam perut. Banyak pulak tu. Aku tak tahu aku boleh handle ke tidak. Kalau tak boleh pun aku tetap kena buat. Teringat semula kata-kata Dato' ' nak memulakan sesuatu adalah benda paling susah untuk semua perkara '. Banyaknya benda 'pertama kali' bakal hadir dalam hidup aku. Huhuhu..
Ya Allah, berilah bantuan untuk hambaMu yang lemah ini. Amin.









nak tunjuk jugak walaupun baru dapat beberapa kuntum. Hikhikhik.
fabric flower baru nak belajar nih.
inspiration from blog I n t a n o r a z a m.




Thanks korang!




Love,
Tata!




Wednesday, November 23, 2011

DIY : Bunga Crepe Paper

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



I'm back!

Wink! Wink! Stress will shed away.. So just calm down ya..

Okay, dah lama takde entry bergambar kan.. Asyik entry tensi-tensi je, bosan kamu-kamu semua kan? kan? kan? Sejak seminggu ni aku sedikit tertekan dengan kehendak orang lain sampai aku dengan En Gaban jadi mangsa.. Yuhuuu.. Best, best. Tapi kawan-kawan semua.. Hidup mesti kuat okay.. Tamau cepat mengalah, tamau cepat down, tamau cepat fed up. Semangat kena kuat, prinsip kena teguh, pendirian kena ada. Tapi paling penting.. Jangan biar orang lain control kita. Yeahh!

Awal petang semalam aku sempat msg En Gaban, tanya dia apa nak buat eh bagi hilang stress ni.. Dia suruh aku layan youtube. Yeww, tak berkembangnya.. Hahaha.. Dipendekkan cerita aku buat lawatan ke kedai bunga area rumah aku lepas maghrib semalam. Dalam kepala fikir nak beli crepe paper je, nak buat bunga untuk pomander ball aku yang terbengkalai tu. Tapi biasa la.. Bila dah sampai, lagi-lagi orang perempuan (hiks!), haruslah terbeli benda-benda lain.. Perkara biasa kan? Yes, thank you :) Eh, shopping adalah terapi paling mujarab untuk stress okay! Me love it damn much :)

Jom, layan diy crepe paper versi Cik Saila.. Wink! Wink! Benda wajib sila beli crepe paper dengan harga rm0.60sen sahaja. Tapi masa nak beli tu SA kedai bunga tak tahu apakah bendanya crepe paper yang aku sebut. So terpaksa la aku guna bahasa pasar, kertas warna-warna untuk buat bunga. Bapak panjang aku kena sebut.. Firstly aku nak follow tutorial yang aku google, tapi tak jadi langsung. That time aku rasa macam 'gila takde seni langsung aku ni'. Separuh dari crepe paper tu terbazir macam tu je. Jom, jom..
























Gunting cp panjang-panjang macam ni






Lipat-lipat-lipat






Gunting bahagian bawah dan atas bentuk melengkung sikit






Ta daaaa~~






Temukan bucu atas dan bawah (lipat)







kedut-kedutkan cp sampai jadi bentuk bunga






Siap :)






Pasangkan dawai (ni untuk cucuk dekat pomander ball nanti)


okay, dah siap! tapi lupa nak bawa pomander ball. so tak boleh nak cucuk lagi.
tunggu next entry eh



thanks korang!




Love,
Tata!

Wordless Wednesday : Pengubat Stress

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua





















thanks korang!




Love,
Tata!

Monday, November 21, 2011

Niat

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Bila kita berniat benda yang baik Allah pasti tolong kan, kan, kan.. Niat utama nak dirikan rumah tangga. Niat kedua nak buat majlis kecil-kecilan.. Tapi orang lain pulak gedik nak buat besar-besaran macam anugerah bintang popular. Hehehehe.. Lawak okay. Firstly memang tertekan. Duit memang boleh carik.. Tapi bukan tu yang aku nak.. Boleh tak mengerti, memahami perasaan dan kehendak orang lain? Apa kita rasa bila impian, kehendak kita orang lain sangkal..

Yang paling kelakar ni orang lain yang masuk campur tu bukannya dari ayah ibu kitorang.. Orang lain maksudnya orang lain. Wuhuuu.. Seronok ya kamu-kamu bagi tekanan dekat kami. Siap suruh kami tangguh kalau tak cukup bajet nak buat macam anugerah bintang popular.. Yayyyy! Thank you sebab menggalakkan lagi kami berdua-duaan dan bermaksiat-maksiatan.

Atas nasihat kawan-kawan rapat dan the most important person for my wedding day - Leha, aku akan bertegas. Diorang nak buat macam konsert malam merdeka ke apa ke.. Sendiri kawen ya.. Saya tak mahu, maaf. Saya mahu kecil-kecilan, simple, sederhana full stop!

They ask for tangguh?? No-no-no-no.. Orang lain dah start dukung baby okayyy.. I want a husband and babies. Did you get me? Thanks!



thanks korang!




Love,
Tata!

Thursday, November 17, 2011

Wedding planner yang fail

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Bila banyak sangat campur tangan sure jadi tunggang langgang kan, kan, kannnn.. Haihhh. Semua orang ada impian majlis kahwin sendiri.. Ada yang suka simple, ada yang suka heavy. Cakap pasal tema lagi la complicated.. Macam-macam tema ada dalam kepala otak. Mana boleh sama kan cara kita dengan cara orang lain..

Sepatutnya biarkan jelah tema ke, decoration ke, tentatif ke, cenderahati ke apa-apa jelah tuan punya badan yang decide. For sure dia yang banyak spend duit untuk majlis dia kan.. So let she/he decide.. Bagi yang sumbang air liur semata-mata tu bukan tak boleh nak menolong.. Boleh. Tapi biarlah tolong meringankan beban. Bukan jadi penambah beban.

Maybe ada yang tak pernah alami benda macam ni, atau ada yang suka orang lain uruskan. Kalau dah tuan punya badan yang bagi kebenaran majlis dia ditentukan oleh pihak lain, its okay lah. Takde isu campur tangan sebab dia sendiri suka orang lain aturkan dan tentukan dari A sampai Z.

Tapi kalau kes si tuan punya badan suka yang simple, suka yang mudah.. Tapi pihak si campur tangan ni suka yang grand, nak berlebih-lebihan macam mana pulak.. Tak ke pening, rasa nak muntah je kat bahu orang tu. Kalau dia yang sponsor memang tak payah la cakap.. Semua orang nak benda free, semua orang suka goyang kaki. Siapa tak suka majlis grand macam anak-anak raja kan.. Tipu la kalau ada yang tak suka dia nampak macam permaisuri time majlis dia nanti. Ada. Masih ada yang tak suka. Tahniah kepada anda. Bila dah ada yang nak sponsor supaya kita nampak macam puteri, tadah tangan jela kann.. Tapi kalau sponsor air liur je nak buat apa.. Semua orang ada air liur.

Buat macam tu buat macam ni tamau macam tu tamau macam ni.. Yang buat loan peribadi kita.. Yang gadai harta benda kita.. Yang menyimpan ikat perut sampai jadi kerengga pun kita.. Tup tup bila cadangan dia kita tanak ikut, tarik muka pulak.. Boleh kan macam tu.. Bolehhhhhh.. Bolehhhh sangat-sangatttt.

Entry ni takde apa-apa pun.. Cuma teringatkan apa yang aku dengan Ifah borak-borak malam tadi. Kesian sangat-sangat bila dah buat kenduri kawen beriya-iya sebab takut 'apa orang kata' tak pasal-pasal diri sendiri yang susah. Takde pulak sedara mara tanya 'eh si polan tu ada duit tak eh, yelah dah buat belanja kawen elok2, kot-kot la perlukan bantuan sikit dari kita..'. Takde pulak jiran-jiran tanya 'kau cukup duit bulan ni polan? kalau tak akak boleh sedekahkan beras gula sikit kat kau'.

Kalau duit belambak takpe lah. Duit dalam akaun simpanan tak tau nak buang ke mana takpe lah. Yang jenis menyimpan beriya-iya macam aku ni, tiba-tiba orang lain sedap-sedap je bagi cadangan macam Perdana Menteri tapi tak fikir keadaan orang lain macam mana pulak.. Sorry lah ya.. Aku ada ibu ayah, adik-adik tercinta.. Terima kasih lah kalau ada sape-sape yang nak jadi penderma air liur semata-mata. Tak hingin aku ikut cakap orang-orang yang tak perlu.

Nak sangat macam tu macam ni sila buat kenduri sendiri, kawen lagi sekali.





thanks korang!




Love,
Tata!


Thursday, November 10, 2011

Pre-Wed Photo vs After Wed Photo

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai sayangs,

Esok ramai yang bernikah kan? Termasuk lah sorang sepupu aku kat Kajang, dia pun bernikah esok. Tapi aku tak dapat hadir tengok dia diijab kabulkan.. Sobsobsob. Takpe, janji diorang dan yang lain-lain selamat menjadi suami dan isteri bermula pada hari esok selepas perkataan 'sah!' diucapkan dari saksi!! Yayyy..

First time tengok Zahiril berlakon dalam cerita KAMI jadi Boy memang tak suka sangat2.. Tapi lepas tengok dia dalam video klip Ana Raffali baru macam 'eh, okay je kann'.. Hahaha.. Tadi jumpa picha2 PWP dia kat Oh Bulan!. Tak tahu la kenapa.. Bijik mata dengan saraf-saraf otak cakap ' aku suka yang macam ni '. Sebelum ni aku ada post PWP orang putih mana ntah tapi dah terdelete kot post tu.. Cisss. Okay meh aku letak balik picha orang putih yang aku suka tu. Hampeh. Cane leh ter'delete' ntah.

















abaikan picha sebelah kanan anda





sila gantikan anjing itu dengan kucing tersayang
Little black dress, gerek (basikal), kemeja, jeans, ballerina flat dan chalk board.



























 
















dua-dua picha ni awesome gila















tapi picha sebelah kiri anda super awesome!!
abaikan picha sebelah kanan anda





Pre-Wedding Photoshoot ada. After Wedding Photoshoot takde ke eh..
Ada. Jom lah buat. Nak sentuh2, pegang2 boleh saja.







thanks korang!



Love,
Tata!

Tuesday, November 8, 2011

En Bulus a.k.a En Pekak

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua





Hari ni rasa macam nak update sesuatu. Tapi tak terluah sebab kepala serabut dengan kerja. Hikhik. Jadi layan kan picha En Pekak dengan apa ntah nama dia.. Kelam kabut sikit dia nih..
















 







































*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

relax la bro....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

lu apahal ntah......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



haissshh..
mata gua stim mcm ni pun dia nak kecoh..
ngantuk okeh ngantukkk..
terlebih makan daging korban je ni..
esok-esok okay la..
Gua hensem je kan? kan? kan?


tolonglah jawab 'ya'
Pleaseeeee..




Saya tak buat apa-apa pun kat dia..
Sobsobsob..





 
thanks korang!




Love,
Tata!


Friday, November 4, 2011

Origami : Kusudama Flower

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua















Sorry bunga terkaler hijau lak.
Cuti sabtu, ahad, isnin buat banyak2 ehh..
Eh silap. Cuti ni ngadap lappy sampai lebam. En. Boss baru je suruh itu suruh ini..
Jahanam cuti aku.. Huhuhu..
Idea tengah mencurah-curah ni.. Haihhhh~

dah jom lunch!





thanks korang!



Love,
Tata!

Thursday, November 3, 2011

Bunga Lawang ----> Bunga Telur

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua









thanks korang!



Love,
Tata!

Origami : Heart

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua







Tahu kerja banyak, tapi tu lah.. Haihhh. Okay, dah settle origami ni baru boleh sambung buat kerja. Baru ada semangat. Tapi apasal heart aku warna kuning? Nanti aku buat kaler merah eh.. Eh? Bukan ada banyak kerja ke? Eh? Hiks!

Tetiba datang idea. Boleh buat untuk w-day nanti kan? *Wink* *Wink*



thanks korang!


Love,
Tata!