CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 31, 2013

Veil Untuk Disewa : Grey Lace + Off White Beads!

Assalamualaikum.


Hi lovelies!

Ingat lagi dengan janji aku untuk buat veil untuk sewaan? Alhamdulillah, akhirnya siap dan dah boleh dibuka untuk sewaan! Let's check it out!













































Maaf ya, tak mampu nak hire model cun-cun. Terpaksa guna diri sendiri. huwaaaaa! Abaikan, fokus kepada veil sahaja pleaseeee.



Term and Condition :

Harga sewaan Rm40 (tak termasuk postage)
Security Deposit Rm60 (akan dipulangkan sekiranya veil dalam keadaan BAIK)
Tempoh sewaan : 8/9 hari dari tarikh penghantaraan


Untuk sewa, booking date boleh email msyunnsein@yahoo.com.my atau wassap/msg 019.2290413


UPDATE : BOOKING DATE
pada tarikh berikut, veil is not available :

17 - 25 Nov 2013 - Farah, Kelantan
16 - 22 Mac 2014 - Yatie, Bangi
30 Apr -7 Mei 2014 - Zetty, Sentul
23 Mei - 2 Jun 2014 - Hamizah, Klang
18 July - 5 Ogos 2014 - Azira, Kelantan
12 - 20 Jan 2015 - Lyza, Sg Buloh

UPDATE : CUSTOMER'S PICTURES
Farah, Kelantan - Customer #1
Zetty, Sentul - Customer #3



Untuk gambar terbaru boleh pergi ke sini

Veil : Melissa 01
Veil : Melissa 01
Veil : Melissa 01




Love,
Nursaila Norman!


Counting :)

Assalamualaikum.





9 days to go!
and
4 days to go!
Semoga Allah permudahkan semuanya :)


What To Do in 4 days?
1. Hand Bouquet (done)
2. Henna
3. Booking a cake (done)
4. Props (done)

Teringat hb nikah, masih elok.. Ada dekat rumah :) Cuma pemegang dah tak kemas sangat. Mungkin sebab ramai yang pegang masa tu.


dulu


sekarang

Pemegang dah tak kemas. So aku bukak. Konon nak gubah dalam bekas. Tapi entah, terbiar macam tu je. Petang semalam balik kerja, panjang pulak akal. Buat pemegang supaya boleh digunakan semula. Cuma tak berisi macam yang asal. Malas nak potong gabus. Bersepah teruk nanti. Malas pulak nak mengemas. Jadinya, pemegang kurus dan kecik sahaja.






























Tiba-tiba terrrrnampak, ternampak tau.. Bukan saje-saje cari. Ternampak props untuk wedding, lepas tu aku pun terrrrajin nak buat satu dua. Satu dua je dearrr.. Tak banyak pun. Huhuhu. Saje, dah lama tak buat sesuatu untuk diri sendiri. Ohh, ini kesukaan aku. Nak buat macam mana. Aku sanggup buat selagi rajin. Huhuhuhu.


































dulu


Paling excited nak kek sebijik macam masa nikah. Dah order, tunggu dia siap dan nnngaap! Tak malu okeh order cakap nak kek sama macam kek masa nikah haritu. ihehehehehe. Takpe, tak malu.. Janji dapat. Sedap tak terkata sampai semuaaa sedara mara yang dapat rasa kek tu masih bercakap pasal kek tu. 'kek masa kak yun nikah tu sedap'. Awwww, aww.. Masa aku nikah tu yang tak tahan tu. hikhik. Sebelum order kek, aku mintak izin Suami dulu. Rupanya dia tak rasa punnnn.. Apa daaaa.. Memang la, dah kek tu hantaran dari dia untuk aku. Masa kitorang kendurikan kek tu, dia dengan family dah balik, nak solat Jumaat. Hehehehe. mengong T____T'


dulu

Aku teringat. Aku teringin. Itu lah punca aku sanggup buat semua ni. Bukan untuk sesiapa, cuma untuk kami berdua. Bendanya simple je, tak se'grand' anak-anak orang kaya. Cukup untuk kenangan bila dah tua. Sekali ni pun takpe. Dari takde. Ada peluang Allah bagi, aku dan dia cuba penuhi. Kalau takde peluang nanti, redha je janji masih berdua berkasih kekal abadi.

Aku mohon doakan perancangan kami berjalan lancar, amin :)





Love,
Nursaila Norman!


Daisy Crepe Hand Bouquet

Assalamualaikum.





























Alhamdulillah, Daisy Crepe HB haritu dah siap sepenuhnya! Hb kali ni aku buat sesimple yang boleh sebab crepe paper tu sendiri dah sangat sangat sangatttt cantik :)

Warna : Cream 
Saiz : M































Daisy Crepe Hand Bouquet untuk disewa!

Harga sewaan : Rm30 (tak termasuk postage)
Security Deposit : Rm30 (akan dipulangkan sekiranya hb dalam keadaan BAIK)
Tempoh sewaan 5/6 hari dari tarikh penghantaran

Untuk sewa, booking date boleh email msyunnsein@yahoo.com.my




**Untuk tempahan pun boleh, harga sangat murah!




UPDATE : BOOKING DATE
4 - 11 Nov 2013 - Intan, Kuala Lumpur


Love,
Nursaila Norman!


Pau

Assalamualaikum.



Semalam aku lapar teruk, kelam kabut nak lunch awal. Tapi sebab aku kirim nasik lauk ayam kunyit kegilaan kami-kami kat dalam ofis ni dekat akak-akak ofis yang rajin pergi membeli, aku kena la bersabar dan bertabah tunggu nasi sampai. Bila nasi sampai ke aku terus bawak pergi cafe makan kat sana. Makan sambil borak-borak dekat cafe lebih enak dari makan depan laptop.

Sampai-sampai je dekat cafe aku bukak polisterin nasi ayam kunyit tu, tengok-tengok 'aik? kenapa nasi sikit? lauk pun sikit?' tapi aku cakap dalam hati jelah, konon nak cover line depan dua orang lagi peneman rehat aku. Malu jugak la bila aku sebagai perempuan cakap nasi tak cukup. Haha. Hilang keayuan aku T____T' Tapi tak puas hati punya pasal aku luahkan jugak dengan suara. Boleh pulak sorang peneman rehat aku cakap 'tula, aku ingat ko dah makan separuh'. Lagi kejam. Kejam kot. Sampai hati dia cakap aku dah makan separuh. Nampak sangat aku makan banyak :(

Bila nasi dah habis aku tak kenyang sangat. Kenyang sikit je. Jadinya aku nak sesuatu. Sesuatu untuk dikunyah. Huhuhuhu. Aku masuk Coop pulak. Konon mencari kacang-kacang atau gula-gula. Tapi dari jauh aku nampak pau dalam almari wap dia tu. Bersemangat waja aku nak pau. Pau kaya pulak tu. Patutnya feveret aku pau kacang. Taktau lah kenapa aku nak pau kaya. Setahu aku Suami yang suka pau kaya. Lantak lah. Kita ikut tekak. Kalau dia nak pau kaya, kita layankan aje!

Naik ke ofis aku berlenggang lah dengan pau dalam plastik. Bukan main happy lagi sebab dah terbayang-bayang kejap lagi aku nak makan pau depan laptop.

Lepas sejam lebih baru aku start makan pau kaya. Yelah, pau beli sebijik je. Kalau ikutkan hati nakkkk je beli dua biijik. Tapi konon sedar diri, takyah banyak-banyak. Aku makan pau dengan penuh nikmat okeh. Gigit sikit-sikit sebab nak pastikan pau lambat habis. heeee~

Masa tengah layan pau kaya depan laptop, gigit sikit, letak. Gigit sikit, letak. Tiba-tiba akak sebelah aku tegur. Suara dia separuh bisik 'Saila pregnant ke?'. Muka dia berseri-seri. 

Dang! Aku keras kaku beberapa saat. Macam drama tu. Haha. Hilang manis kaya yang aku telan bersama-sama pau. Wuwuwuwuuuu!

'taklah akak..mana ada pregnant'. Aku cuba cool tahan malu. Teruk sangat ke aku makan sampai dia ingat aku pregnant? Teruk sangat ke cara aku menikmati pau? Huwaaaaaa..

'akak tengok Saila makan banyak..tadi dah makan nasi kan?'

Kali ni aku tak boleh nak cover malu lagi dah. Cepat-cepat aku alih muka pandang laptop. Sebab aku rasa nakkkk je gigit-gigit muka sendiri. Kenapa kau makan banyak sangatttttt? Kan orang dah salah faham. Dang! Dang! Dang. 

'taklah akak..saya memang macam ni. saya kan makan banyak'. Ini bukan cover line, ini hakikat. Haha. Sedih. Huhu.


***************************


Dalam perjalan balik ke rumah, kitorang Suami Isteri nampak la uncle cina naik motor bawak almari wap berisi pau. Aku pun usik la Suami. Beberapa hari ni dia request nak pau. Haihhh.. Malam-malam kot mintak pau.. Mana nak cari pau malam-malam? Sejak tu sikit-sikit nampak uncle cina jual pau je aku cakap kat Suami 'tu pau..nak?'. Nampak je kedai cina ada almari wap berisi pau aku cakap jugak 'tu pau..nak?'. Hehehehehe. Bengang je Suami aku. Kalau offer yang kedai melayu punya takpe jugak kan.

Kebetulan balik keja semalam terrnampak lagi uncle cina naik motor dengan pau. Lepas tu aku cakap la tengahari tadi aku makan pau kaya. Sedaaapppp giler. Nikmat giler. Lepas tu Suami cakap 'ada ingat kat B tak masa makan tu?'.

Aku 'errrrrrr,erkk'. Senyapppp buat-buat tak dengar.

'ada ingat B tak masa makan tadi?' Suami tanya lagi.

Hehehe aku tersengih-sengih. Memang tak ingat langsung! V*ng*ng terserlah kat situ. Kejam dowh aku makan pau tak ingat Suami.Patut la aku teringin sangat pau kaya, rupanya Allah nak suruh aku ingat kat Suami. Suami kamu teringin nak pau. Tapi boleh aku beli sebijik je. Makan pun tak ingat Suami.

Lepas tu punya lah pandai nak tukar cerita, aku pergi tanya

'B makan ingat ta tak?'

'mesti la ingattt..' Cool je Suami aku jawab. Aku tercekik air liur!

Itu lah, balasan sebab makan tak ingat Suami.. Kan orang dah ingat aku pregnant. Kan dah malu-malu sendiri. Huhuhuhuhu.. Padan muka. 

Jom lah cari pau kaya. Beli satu untuk Suami. Korang-korang, cuba tanya Suami korang, ada nak makan apa-apa tak? Jom kita belikan :) Lagi satu, masa makan tu ingat-ingat Suami ya. hiks!






Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, October 30, 2013

Idea : Wedding Theme, Blue Color

Assalamualaikum.



Kepada b2b 2014, warna biru masih 'in' dan sentiasa 'in', sebab biru warna selamat dan sentiasa nampak cool dan sweet all the time :) Saya pun pilih biru jugak masa resepsi haritu. Pelbagai biru rasa macam dekat laut. Hikhik :)

Aku cuba sebaik mungkin untuk penuhi permintaan anda-anda yang sedang mencari-cari warna apa yang cantik untuk 2014.. Untuk selamat kita guna warna basic, tapi add on sana sini supaya nampak ceria dan nampak lain dari yang lain. Kan?

Thanks kepada yang sudi request, nah sedikit bahan yang aku jumpa :)



Dark Blue Theme


































midnight blue + gold




































blue + purple




































navy blue + fuchsia




































navy blue + red




































royal blue + gold




































royal blue + white





































raspberry + navy blue





































teal blue + green peacock






Light Blue Theme


































ice blue + silver





jade green + ice blue





































ice blue + grey




So macam mana? Cool tak? Langit tak? Laut tak? Heheheh..
Till then, jumpa lagi bye!





Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, October 29, 2013

Stroller To Let Go : Peg-Perego

Assalamualaikum.



Ada sesiapa yang mencari-cari second hand Stroller? Walaupun second hand tapi bukan Stroller biasa-biasa taw :) Aku nak let go Stroller Peg-Perego model Pliko P3 Compact Classico.



















































































Credit to :



Yang ini real punya, owner Malaysia tau, jangan pulak korang ingat aku nak let go mat salleh punyaaa.. Pitam okeh. Owner pakai sudah 4 tahun, owner beli masa tu dengan harga rm1800++. Warna merah.









See? Adam dah 4 tahun, tapi masih comfort lagi duduk dalam stroller tu! So far, condition stroller masih tip top sebab owner teliti, cermat dan cerewet! Serius nih. Fabric sentiasa dibasuh, boleh tengok kualiti stroller dalam gambar. Sila klik untuk lebih jelas :)

Harga?

RM 800 (negotiable).

Sesiapa yang berminat boleh email aku macam biasa lah ye! :)
Email ada dekat sebelah kanan anda, di bahagian atas :)

Kalau aku pregnant sekarang memang aku beli. Peg-Perego tu! Haihh. Disember, please be good to me!







Love,
Nursaila Norman!


Monday, October 28, 2013

November. November is coming dear!

Assalamualaikum.





Allahuakbar, hampir setahun dah rupanya? Masyaallah.. Sekejapnya.. Siapa yang majlis kawen dulu hampir-hampir sama dengan aku? Ramai kan dulu B2B November.. Rindunyaaaa time dulu. Banyak giler aktiviti pasal kawen tawen dalam blog kan? *rindu*

Sebenarnya aku dah lama tak tengok sticker wedding path ni, takkan nak tengok hari-hari kan? Hehehe! Bila nak masuk November ni, baru aku intai-intai.. Laaaa.. Dah 11 bulan aku kawen rupanya. Rasa macam baru je beberapa bulan. Motipppp?

11 days to go!

Dah lama tak counting macam dulu-dulu. Kejap ni aku pun kira la tarikh kat kalender. 11 hari lagi. Tetiba rasa macam kelakar lah pulak. Nak jadi pengantin balik boleh tak? boleh tak? boleh tak? *mengada*




















Kami masih dapat gelaran pengantin baru. Kelakar! Layan kan aje walaupun aku tersipu-sipu malu, sebab pengantin lama laaaaa :)



eh, entah apa-apa je ntah aku tulis. macam orang mamai je kan?! nak buat entry ke tak nih?
Okbai!




Love,
Nursaila Norman!


Friday, October 25, 2013

Review : The Body Shop Forever!

Assalamualaikum.



Sesiapa yang dah jadi ahli Body Shop mesti dapat msg dari The Body Shop kan? Ada promotion! Dari 18 Oct - 7 Nov. Sempat la, yang gaji 25 haribulan confirm boleh pergi harini jugak. Yang gaji hujung-hujung bulan macam aku pun maaasih boleh pergi. hiks!

Aku jadi member sejak beli barang hantaran haritu. Alang-alang beli banyak, memang lepas la limit untuk jadi member. Just serahkan IC sahaja :) Dan sekarang aku jadi pengguna tegar Body Shop. Sampai benda tak perlu pun aku beli. Nampak tak? Nampak tak permainan Body Shop kat situ? Hahaha! Salahkan Body Shop pulak, padahal diri sendiri yang boros :P




Boleh shopping online!


Selalunya aku memang akan beli barang atas keperluan, tapi kalau masa membeli kebetulan ada diskaun itu yang terbeli barang-barang lain tu. Huhuhuhuhuhu.. So far dapat gaji minggu depan aku memang kena beli Tea Tree Blemish Gel. Untuk orang muka berjerawat macam aku ni memang excited pakai Blemish Gel ni, 2, 3 hari bekas jerawat boleh hilang! :)


Sobsobsob! Blemish Gel takde diskaun, sedih! Takpe rm29 berbaloi dengan hasil! Vitamin E Moisture Serum pun aku perlu beli. Sebab dah nak habis. Sebenarnya boleh je pakai untuk sebulan dua lagi. Tapi sebab ada diskaun, dan-dannn nak habis. Cis.

See? Jimat banyak tak? Jimat rm13.20. Okay lah kan? Serum ni bagus. Dah nama pun serum. Hehehehe!! Disebabkan warna kulit tak sekata, baru-baru ni aku tanya SA dia, produk mana yang okay. SA tu cadangkan pakai Vitamin C. Harga boleh tahan terkejut jugak. Tapi bila ada diskaun ni macam best bestttt je kan?kan?kan? iheheheheheeee..


Wink! Wink! Kepada bakal-bakal pengantin, aku cadangkan beli barang Body Shop untuk dijadikan sebagai hantaran, lepas tu kalau korang beli lebih rm150 ke atas autometik korang akan jadi ahli. Bila jadi ahli, banyak benefits tau. Termasuk lah masa birthday kita. Lagi meriah! Hehehe. Jom, aku nak share apa yang aku pernah pakai dari The Body Shop. Jom!

Ini untuk waktu siang


Ini untuk waktu malam


Ini pakai seminggu sekali


Ini untuk jerawat


Mandian hantaran, baru guna sikit. Sebab lebih kerap guna mandian anti-bacterial.


Yang ini best. Sebab ada biji-biji stroberi. Plus bau dia macam kita tengah makan stroberi dalam bilik mandi. Hahahahahahahaha!


Yang ini paaaaling best! Lebih better dari yang stoberi tadi.
Tapi harga pun lebih laa dari Strawberry Body Polish tu. sobs!
bau dia confirm feeling2 mcm kat spa ;)


Ini mandian hantaran, belum pakai sebab sayangggggg :)


Body Butter. Pakai selepas Mango / Satsuma Gel & Spa Wisdom.
Jangan keringkan sangat badan, masih lembab-lembab tu terus apply Body Butter ni.
Moist!


Girls, sesiapa yang ahli tu usha-usha lah butik berhampiran atau pergi je website The Body Shop. Boleh shopping online. Tapi aku bukan pembeli online, aku lebih suka pergi butik. Puas hati. Hehe!

Happy shopping!





Love,
Nursaila Norman!