CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 10, 2016

Persiapan Raya 2016

Assalamualaikum


Gittuuuuuu.. Tajuk macam best-besttttt je persiapan kau kan? Haha! Haruslah I olls excited tahun ni, sebab Melissa dah besaq sikit. Tahun lepas Melissa tak pandai berjalan lagi, aku tempahkan baju kurung untuk Melissa 2 helai je. Yang lain-lain semua dress dengan romper dress. Tahun ni aku semangat sikit nak membeli memboros untuk Melissa. Hehehe. Tapi itu lah, aku sibuk pulak bulan-bulan lepas, padan muka sekarang kelam kabut beli online. 

Takpe yang penting baju kurung warna Tiffany Blue Melissa dah on the way, Dian Kimono Kurong dah sampai! Yang ini beli online sebab aku malas nak mencari kat luar sana time-time puasa ni dan aku malas nak fikir sangat. Hikhikhik. Baju kurung warna tiffany tu Atok Lissa bagi kain, pastu tempah dekat Tok Lissa kat kampung nun. Nanti pagi raya terus pakai. Lalalalala.. Oh, raya kali ni raya rumah mertua macam tahun lepas jugak. Ngeeee!


Dian Kimono Kurong

Melissa punya warna soft pink! Nak matching dengan Ibu dia Kimono soft pink jugak. Kehkehkeh. Masa bukak parcel malam tadi, Suami nampak Dian Kimono ni. terus Suami cakap 'eh, macam baju Ibu dia je'. Of course laaaaaa.. Aku punya dah amek 2 hari sebelum puasa haritu, pre-order dekat Ampang Park je. Siap dalam masa 4 hari.

Baju Melissa dah ada 2 helai dah, baju Ibu dia baru sehelai. Huhuhuhu! Sekarang ni fikir untuk anak je, untuk diri sendiri kemudian pun takpe. Pastu last-last menyesal. Hahaha. Ingat nak cari lagi sehelai kot, tapi taktau nak beli kat mana. Nak tempah memang tak sempat dah. Tahun lepas aku banyak masa nak menjahit manik bagai dekat baju raya, 2 helai lagi. Tahun ni maaf dipinta, takde manik-manik. HAHA!

Dah la nak buat video dan photo shoot hari raya dekat ofis, kitorang dah pening-pening kepala nak pakai baju apa. Kitorang? Aku dengan boss aku je pun. Yang lain semua boys and men korang ingat diorang peduli ke pakai baju yang sama sepuluh kali? HAHAHA.

Tapi aku rasa bab pakaian aku recycle je apa yang ada (ada ke masalahnya? Haha), sebab nak fokus dekat rumah sikit-sikit. Ni pun tengah fikir nak beli meja makan dengan kabinet tv bila. Maybe selepas bulan puasa kot. Eh? Hahahaha. Taktau sempat ke tak nak lari ke IKEA beli barang bulan ni. 

Baju Suami kena beli last-last minute macam tahun-tahun sudah dekat Jakel. Macam tahun lepas, beli Nabil Ahmad punya. Tahun ni nasib baik Nabil Ahmad ada. Kalau pakai Aaron Aziz punya besaq sikit. Hehehehe. Baju raya lelaki t-shirt berkolar atau kemeja plain dahhhh. Okay sayang, nanti kita shopping baju awak ehhhh.

Berbalik kepada hal rumah, aku nekad raya ni rumah dah tak kosong macam tahun lepas. Ecehhhh.. Masa duduk rumah sewa rasa macam dah penuh je rumah. Yelah rumah sewa kecik. Ruang tamu nak letak meja makan pun tak muat. Nak letak meja makan kat dapur pun tak muat. Bilik tidur ada 2 buah je. So rasa macam dah penuh je rumah. Bila masuk rumah sendiri, tetiba rasa halamak, dah kenapa macam padang jarak padang bola ni? Eh? Padahal square feet tak sampai 900 pun!

Langsir raya je dah siap. Lain-lain belum hoi. Eh, mak-mak sangat kan hias-hias rumah nak raya ni. Hikhikhik! Kawan-kawan ofis bukan main seronok lagi mengusik aku cat rumah - nampak gambar aku upload dekat FB lah tuuu. Puas aku cakap aku cat rumah bukan sebab nak raya laaaaa, tapi sebab memang wajib mengecat. Rumah tu punya cat dah berusia 8 tahun, dah boleh tukar dah. Huhuhu. Takpe-takpeeee.. Gelak laaaa. Taknak ajak datang rumah. Eh?! HAHA.

Minggu ni tak boleh ke IKEA, minggu depan lah kot. Ye ke niiii abang? 

Okay lah, since I is lupa nak buat entry raya tahun 2015, nah lah sekeping kenangan yang tinggal setelah henfon hilang bersama-sama memory card selepas raya. Damn! Ini ye yang hado. I am so lucky to uploaded this photo on my social media. You know what? Sometimes it is okay to upload your photo every second on social media, untuk kes-kes kehilangan memory card like me! Aku takde langsung gambaq rasa 2015. Semua hilang bersama di pencuri tu. Urgh!


RAYA 2015

Baju Abah : Nabil Ahmad Jakel
Sampin Abah : Sampin Nikah
Baju Melissa : Kain Kamdar, tempah dekat Tok
Headband Melissa : Handmade by Ibu
Kasut Melissa : Mothercare
Baju Ibu : Kain online, tempah, beading sendiri
Tudung Ibu : Handmade


Okay dah, nak p cari baju raya sat.



Love,
Nursaila Norman!


Thursday, June 9, 2016

REVIEW : Kasut Freddiethefrog Percuma!

Assalamualaikum




Anak orang lain lebih beruntung sebenarnya, tapi bila anak sendiri dapat sekali seumur hidup pun dah rasa happyyyyyy gila kan? Hehehehe. Actually benda ni aku tak jangka pun, sebab siapalah kami. I am not a famous blogger or person yaww. Dapat sesuatu secara percuma adalah benda yang paling happy okey. Hiks! Sebelum ni aku pernah dapat shawls, tapi tak update pun kan? Haha. Lupa, sorry!

Kali ni Melissa pulak dapat kasut free. 

Mulanya aku beli untuk Melissa 1st birthday - klik lah S I N I malas nak copy image pastu paste sini. HAHA. Dapat-dapat je kasut hamboi I is teruja. Sebab kasut dia sumpah cantik & kemas. Lepas tu aku repeat beli, tapi kali ni walk-in ke kedai - klik S I N I jelah. Masa tu dah 5 bulan Melissa pakai kasut pink tu. So belilah baru kaler hijau! Hehehehe. Lepas tu, ada satu pagi tu aku baru bangun tido Suami cakap malam tadi ada message dekat IG @freddiethefrog nak bagi kasut dekat Lissa. Bagi? You mean free? Susah lah aku nak percaya kan, aku cakap Suami salah baca kot. Suami beriya-iya suruh aku bukak IG tengok message tu. Hahaha. Memang betul, I was like 'what??'. Lepas sesi pilih memilih (sebab I can choose any shoes I want), aku pilih warna silver. Taktau lah kenapa. Aku rasa macam rare sikit warna tu. Plus, Ibu Melissa suka design yang mature sikit. Taknak nampak budak-budak sangat. Heeeeeeeeee. Tak lama tu sampai lah kasut percuma! 


























































Susunan kasut @freddiethefrog.my dari first time beli sampai lah dapat free. Tengok Melissa pun berubah ikut umur kan? Hehehehe. Tapi @freddiethefrog.my design untuk pre-walker shoes actually. Sampai umur 12mo sahaja. Tapi taktahu lah macam mana Melissa masih muat kasut saiz 12cm (silver). And I was thinking to get another one for hari raya. Hehehe!
























Gambar terbaru Melissa dengan Soda Moccasins!


Kali ni kita nak beli yang bawah ni pulak! Dah lama dah diorang update. Tapi belum sampai seru lagi nak beli. Ni nak raya ni kan, sampai dah la serunya. Hikhik!






















Elaine pink, please wait for us! Yang bunga-bunga kat bawah tu accessories untuk Elaine. Wink! Wink! Siap ada accessories okehhh. Boleh agak tak siapa yang teruja lebih? Hahaha. Just go to the link http://freddiethefrogshoes.my/ to purchase! Nak order thru wassap pun boleh.

Thank you Fredd for the shoes. We really appreciate it. Thank you, thank you, thank youuu!




Love,
Nursaila Norman!


Monday, June 6, 2016

Perabot Second Hand : Cabinet TV

Assalamualaikum



Perabot Second Hand Murah
Second Hand Furniture Murah

 Panjang x Lebar x Tinggi
70 inci x 17 inci x 20 inci 
































Sayang nak let go. Tapi nak cari cabinet yang lebih kecil terpaksa juga let go dengan berat hati. Lama dah nak let go. Tapi tak bersungguh. Kali ni pejam mata jelah. Kalau tengok kualiti kulit kabinet tu agak uzur sedikit (cat tertanggal/terkupas), tapi kualiti masih OKAY. Maklumlah dah 4 tahun dengan kami. Harga beli Rm300. Tapi kami nak jual dengan harga Rm150 (nego).

Kenangan kabinet TV ni aku simpan baik dalam blog ni. Mana boleh lupa, ini lah harta pertama kami masa nak mulakan hidup. Huhuhuhu!





Kalau berminat boleh datang tengok, kalau rasa okay boleh ambil terus. RM150 (nego). Kualiti masih tip top, Luaran je nampak uzur sikittt. Kalau ada bakat cat je semula.
































Jual beli perabot second hand murah
Jual beli second hand furniture murah
Rm150 sahaja!
Kabinet TV second hand murah
Kabinet TV 2nd hand murah
Rm150 sahaja!

***************************************

Details :
Panjang - 70 inci
Lebar  - 17 inci
Tinggi - 20 inci
Harga  - Rm150 (nego)
Warna  - Cream & Hitam
Material - Solid Wood
Defect  - Cat & Laci Sebelah Kiri
Wassap - 0192186812 / 0192290413
Self Pickup


SOLD OUT

Love,
Nursaila Norman!



RAMADHAN 2016

Assalamualaikum




Ahlan Wa Sahlan Ya RAMADHAN!

Lajunya masa berlalu. Ramadhan muncul kembali. Tapi aku tak well prepared untuk Ramadhan kali ni. Aku banyak kejar masa untuk buat benda yang pending. Dan aku sibuk mengecat rumah instead of prepare diri untuk mulakan Ramadhan. sobs!

Harap aku mulakan hari ini dengan terbaik (solat, puasa, berbuka). 

Aku harap sangat puasa kali in aku mampu kekalkan disiplin macam tahun lepas. Berjimat cermat semasa berbuka. Insyaallah, amin. Tahun lepas RAMADHAN 2015 : Jauh Lebih Sempurna aku berjaya berjimat cermat. Yay!

Satu sebab dah ada Melissa (for the first time!), mana dapat nak berbuka dengan penuh perasaan sangat. Masa tu dia baru 9 bulan. Kita makan dia pun of course nak makan.

Kedua sebab Suami. Dia banyak ajar aku erti bersederhana semasa berbuka (berbuka dengan kuih muih je dulu, nasi lepas Isyak).

Ketiga sebab tahun lepas aku tak bekerja. Jadi by hook or by crook kenalah berjimat cermat kan..

Tahun ni Melissa dah pandai makan sendiri, kiranya dah boleh lah Ibu dengan Abah dia nak menikmati juadah berbuka lebih sikittttt. Hehehehe. Lepas tu aku dah bekerja pulak, aku harapppppppp sangat aku boleh control diri. Huhuhuhu! 

Beberapa hari sebelum masuk Ramadhan, aku dengan Suami ada la berbual-bual macam berbincang sikit macam mana nak berjimat cermat Ramadhan kali ni - memandangkan aku dah bekerja - aku risau aku terbabas. Hiks! Penyelesaiannya kami decided untuk peruntukan sehari RMx ringgit. Lagi pulak kami berdua berbuka dengan makanan ringgan je, Suami biasanya kuih muih. Aku luar biasa sikit selera (Hahaha!) kadang-kadang nak murtabak, kadang-kadang nak kebab, kadang-kadang nak popia, kadang-kadang aku pun tak tahu aku nak makan apa. HAHA. Part ni bagus, jimat terus!

Jadi kami buat anggaran sehari RMx ikut purata harga makanan feveret kami tu. Malam lepas Isyak time Melissa tido aku akan masak nasi dan sejenis lauk. Senarai lauk aku dah tulis beserta resepi (HAHA!) dan aku akan beli bahan untuk masakan tu untuk stok seminggu. Esok pagi panaskan nasi dan bancuh air tenaga kami Milo + Nestum. Jyeah!

Masa acah-acah berbincang dengan Suami haritu, Suami cakap kalau tahun lepas kita boleh buat, tahun ni pun kita kena usaha bagi boleh jugak lah. Kalau kita boleh hidup dengan pendapatan yang kecil tahun lepas, kenapa tahun ni tak boleh. Sepatutnya penambahan pendapatan bukan lah alasan untuk kita membazir. 

Betul.

Bukan tentang berpuasa je pun. Tentang segalanya. Tahun lepas Suami kerja sorang. Boleh je kami hidup. Pandai pulak berjimat cermat. Kenapa bila aku dah bekerja aku kena tinggalkan cara hidup tahun lepas kan? Jadi aku dah kuatkan hati, lebihan pendapatan kami bukan alasan untuk aku beli benda bukan-bukan. Makan bukan-bukan (dengan alasan nak try lah, nak rasa lah). Aku dah tanam dalam hati benda tak perlu adalah tidak perlu. Kalau setakat nak merasa tu fikir dulu perlu atau tak. Setakat kopi hispter tu, sedap lagi kopi Hang Tuah okeh. Next!

Tetiba teringat pasal raya tahun lepas. Gambar raya kami bertiga untuk kali pertama dalam hidup kami tak upload dalam blog rupanya. Haihhhh. Upload dalam IG dan FB je rupanya. Hehehehe. Maaf Blog! Okay-okay, minggu-minggu depan kita upload lah eh. Tahun ni kekal bertiga, tapi tahun ni belanja lebih sikitttt je untuk Melissa. Hiks!





Love,
Nursaila Norman!



Friday, June 3, 2016

Misi Mencari Cat 2.0

Assalamualaikum




Ingat lagi tak dengan entry aku Misi Mencari Cat setahun yang lepas? Kan, setahun yang lepas siapa yang nak ingat. Huhu! Dulu masa Misi Mencari Cat yang ini, awalnya nak beli cat untuk ruang depan (living hall). Tapi memandangkan masa suntuk (nak masuk Ramadhan), kami pilih untuk cat bilik tido sahaja. Sebab kalau dah masuk set bilik tidur, nanti susah dah nak alih katil dengan almari. Jadi, kekal lah living hall kami dengan warna asal iaitu warna cream. A bit berbelak-belak. Sebab rumah 2nd hand berusia 8 tahun. Hehehe!

Kali ni walaupun nak masuk Ramadhan 2 hari lagi, kami terpaksa jugak proceed dengan perancangan untuk mengecat rumah. Kali ni living hall! Kami memang akan cat sikit-sikit ikut kemampuan. Memang akan mengecat di bulan Ramadhan lah nampaknya, confirm. Haha.

Saje je nak tambah entry blog. Drain sangat kebelakangan ni. Jadi, cerita poyo pun xpe lah eh. Poyo ah, cat rumah pun nak kecoh. Hehehehe.

Malam tadi Suami dah start keluarkan peralatan mengecat, check apa-apa yang kurang yang perlu dibeli. Mundar mandir dalam rumah macam kontraktor tak bertauliah tengok apa perlu buat. Sebab aku bagitahu apa yang aku nak, jadi tugas Suami macam biasa lah, menilai kesesuaian material. Kalau cadangan aku tak sesuai, kitorang akan fikir sama-sama macam mana nak betulkan.

Tulis macam nak buat renovation besar-besaran kan? Padahal takat cat je pun. Cat jelah wehhhhh.. Apa kecoh-kecoh niiii. Haha. Walaupun ianya sejenis cat, sekali silap, kau ingat boleh Control Z you alls? Takdenyaaaaa..

Aku harap sangat pemilihan warna aku tu tak silap. Dan aku harap sangat plan aku tu berjaya direalisasikan.

Asalnya nak buat plaster ceiling & skirting board. Tapi Plan A kami tergendala. Kami pergi ke Plan B. Buat skirting board secara manual. Hehe! Tapi tiba-tiba Plan A macam boleh proceed pulak. Eh? Tapi amek masa sikit, dan disebabkan kami nak mulakan mengecat awal, kami proceed je dengan Plan B. Lepas tu buat Plan A skirting board dan cornish. Plaster ceiling aku malas sebab malas nak kelam kabut nak mengemas. Haha. Plaster ceiling kemudian.





Ketiga-tiga warna ni memang buat aku confused sampai ke hari ini.
Duh!



60% of a dominant color
Cuba teka I pilih yang mana? Hiks!


30% of a secondary color
Cuba teka I pilih yang mana? Hiks!







Love,
Nursaila Norman!




Wednesday, June 1, 2016

Our Late Birthday Celebration

Assalamualaikum




Tahun 2016 ni memang tahun paling sedih kalau cakap pasal sambut birthday. Orang lain belated paling lama pun seminggu. Kami? Belated sampai sebulan lebih! Hahahaha! Teruknya perangai kan?

Tapi aku faham, usia dan komitmen memainkan peranan dalam hal ni. Ecehhhhh.. Bagi alasan nampak? Hehehehehe. Asalnya nak pergi bercuti pada tarikh birthday kami (13 & 14 April tu). Tapi aku ada event penting pada 3 Mei bersekali jadi pengacara majlis, jadi aku tunda tarikh bercuti. Lepas tu aku ada event lagi pada 29-31 Mei pulak. Lepas tu dah puasa. Jadi aku tanya Suami kot-kot dia sudi amek cuti 2 hari ikut aku ke Perak. Dia terus berdesup apply cuti. Ganaih. Hahaha. Lepas tu event tundaaaaaa. Huwaaa! I is kecewa sangat. Tunda means kena start dari A semula. HUHU! Suami taknak cancel cuti. Dia cakap jom kita spend time sama-sama 30hb nak? Aku terus cakap 'nak!' Hehehehe. Kebetulan kes Suami nak ikut aku pergi Perak satu department tahu (sebab boss aku g mention masa meeting - hampeh) so aku apply cuti dengan alasan 'suami saya tak cancel cuti, jadi saya cuti nak teman dia'. Hahahaha. #sokatikauje #macamtupunboleh

Walaupun lambat celebrate birthday sebulan lebih. but we managed to had a very wonderful day semalam (30hb Mei), alhamdullilah. Kami tak pergi jauh pun. Dalam KL jugak. Cuma kami spend time sama-sama macam zaman bercinta jelah. Actually ini kali kedua kami spend time together. Sebelum ni kami apply cuti sebab hantar Abah (ayah mertua aku) dengan Ummi pergi Umrah. Dalam pukul 12pm kami ke OU jalan-jalan sambil beli barang Suami nak masuk company baru. Tapi yang kali ini memang kami spend dari pagi lepas hantar Melissa sampai lewat petang.

Beberapa hari sebelum 30hb tu, aku lah yang tukang plan macam-macam. Apa nak buat sepanjang haritu. Suami nak beli barang kelengkapan pergi ofis dia sikit, apa nak beli mana kedai nak masuk. Last-last seharian kami habis dengan masuk satu kedai ke satu kedai je. Haha. Konon nak karaoke, nak tengok wayang lah, tapi terpaksa cancel. Masa tak mengizinkan. Huhuhuhuhu. Next time yer. Hehe!

Kami pilih Mid Valley je pun, tempat semua benda yang kami nak ada under one roof. Itu pun selepas aku google lah. Hehe! Check kedai ni ada tak, kedai tu ada tak.

Pagi-pagi kami breakfast dulu, lepas tu baru ke Mid Valley. Berjalan sampai lapar, lepas tu baru lunch. Petang kitorang lepak je mamak favourite kami enjoy teh tarik sebelum balik amek Melissa. Ngeeeeeee!




Baru aku perasan tak banyak gambar yang berjaya diambil rupanya. Itu bermakna kehidupan anda adalah matang. Hahahahaha! Takde lah, gurau je. Tak sempat nak snap sana snap sini, pose sana pose sini. Lagi pun masa kitorang keluar berdua tu kami seboleh-bolehnya usaha untuk kurangkan tengok hp. Walaupun kami banyak habiskan masa bersama dekat rumah, dalam wassap, tapi bila ada peluang nak jalan-jalan, pegang-pegang tangan, peluk-peluk pinggang, kami taknak terganggu dengan hal-hal lain. Lagi pun, ini kan sambutan birthday lewat kami. Hikhik. Lagi satu, kami banyak habiskan masa membelek barang, mana sempat nak bergambar. Okay, alasan diterima. Alasan lagi satu, ahkak dah tua la.. Segan nak pose tengah-tengah mall. Hahahahaha!


No matter how long you have been together,
do not stop reviving and refreshing your relationship.
Relationships are like a flowers, always need water to blossom.


Alhamdulillah, kita kenal sejak umur kita 20 tahun. Masa tu kita berkawan-kawan je. Bila umur kita 21 tahun kita up satu level. Hikhikhik. Harini umur kita dah 30 tahun pun. We have a million years to go husband. I guarantee, at this age I dah cukup mature untuk you. Takde la emosi sangat macam duluuu-duluuuu. Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit merajuk. HAHA. Tapi sikap tegas I memang remain lah ye. I kan kakak, You adik. Give and take lah. kehkehkehkeh.

Dulu kita celebrate jauh-jauh. I hantar kad birthday je dekat You masa tu. Bila kita dah kerja kita celebrate kat kedai makan tepi jalan je. Dah kawen hidup kita takde la senang sangat, kita sambut biasa-biasa dekat rumah dekat kedai tepi jalan jugak. Harini bila You belanja I makan mewah-mewah I rasa kekok pulak. Hahaha. Sampai I ulang-ulang cakap mahalnya belanja makan kita harini. Tapi You cakap takpe lah, kita baru nak merasa senang. Heeeeee..

I really hope that tahun depan dapat la kita celebrate birthday sambil bercuti macam cita-cita I tahun ni. Anyway, duit cuti tu I dah simpan dalam sampul "Renovation Rumah". Hahahahaha. Dan sehingga hujung tahun 2016 I nak kita simpan sikit-sikit masuk dalam sampul "Renovation Rumah" tu. So this year memang takde bercuti. sobs! I rasa kita utamakan rumah dulu lah. Yelah, dalam hidup ni tak semua kita boleh dapat semua benda serentak. Hehehehe.

Semoga kita semakin bahagia, semakin kuat ikatan cinta, semoga rezeki kita semakin bertambah, semoga anak-anak kita menjadi anak yang berguna kepada diri sendiri, ibu bapa dia, agama dia, masyarakat dia, dan dunia dia. Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak syurga. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik sehingga hujung nyawa. Amin.

Then, what else that I want? I got everything I want in my life now. Husband, daughter, job, house, love, happiness, blessing, family, life, right? Thank you Allah.



























Yang ini real time punya birthday celebration.
Celebrate dalam IG jelah.
Hahahahaha





Love,
Nursaila Norman!


DIY : Bunga Telur versi Nursaila Norman

Assalamualaikum




A loser blogger actually is me. Hahahaha! Bukan takde idea, ada je. Tapi tak sempat langsung nak login blog. Harini sampai awal pulak kat ofis. Awal 30min, jadi aku laju-laju edit gambar dan login blog sebelum segala-galanya terlambat. Haha.

Banyak tempahan Pearl HB terpaksa aku tolak. Lagi-lagi yang nak guna bulan Mei ni. Kerja ofis banyak non-stop dan kerana terlalu happy buat kerja ofis, aku lupa login blog, login FB, malas nak amek tempahan. Boleh? Hehehehehehe. Tapi ada satu je job DIY yang aku sanggup buat untuk Mei ni. Buat bunga telur untuk cousin aku yang nak kawen 29 Mei. Sebab cousin kan, tak sempat macam mana pun aku sempat-sempatkan jugak. Walaupun hakikatnya dari bulan April aku buat slow-slow dengan kelajuan 10km/j sahaja. Sebab tu tak sempat. Suka bertangguh. Padan muka, last-last minute baru gelabah. Huhu.

Tapi kan, ini first time tau aku buat Bunga Telur. Memula dapat request dari kakak sepupu aku  haritu aku terkelip-kelip je okeh. Nak cakap 'tak reti buat' memang kejam gila. Aku reply cakap aku memang tak pernah buat, sebarang kecacatan harap dimaafkan. Haha. Serius aku taktau macam mana rupa bunga telur tu nanti. Errrr..

Benda first sekali of course aku google gambar bunga telur guna crepe paper. Sebab aku rasa macam comel gebu-gebu gitu. Tapi aku punya hasil taktau la comel ke tak. Sekali tahap layak campak tong sampah je cane? Ngeeeeee.. Tapi macam biasa, aku amalkan konsep try and error. Ala, macam zaman aku nak kawen dulu-duluuuuu. HEHE!

Semangat okeh aku nak siapkan bunga telur ni. Sebabnya, ada lah point aku nak tulis entry. Entry tutorial bunga telur. Walaupun hakikatnya dah belambak orang buat tutorial bunga telur. Keji kan perangai? HAHA!

Okay lah, malas dah nak taip. Sila lah mencuci mata melihat Bunga Telur versi Nursaila Norman yang super duper simple ni sebab aku tak pandai nak buat. Aku selitkan jugak sedikit tutorial so tak payah nak buat 2 entry dah. Pemalas sekali lagi. Sekian.






Aku tunjuk simple tutorial jelah ye. Untuk crepe paper tu aku lupa nak snap. Heheheheheeeee.. Korang google jelah ye. Ngeeee! Aku highlight kan tutorial riben sebab puas aku meng'GOOGLE' tutorial riben untuk bunga telur. Susah nak dapat, yang ada pun tak berapa clear. Al-maklum lah, dah tua-tua ni lambat pick up sikit. HAHA. So aku tunjuk tutorial riben untuk bunga telur kat sini untuk mereka-mereka yang seusia dengan aku okay. Eh?

Dapat satu lagi ilmu buat riben - sebelum ni pun versi sendiri  DIY : Riben versi Nursaila Norman Wink!










 Google sendiri tuto untuk lipat crepe paper eh.
Eden malas nak melipat-lipat laei



Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
Crepe Paper (lipat jadi bunga)
Riben Lebar
Riben Halus
Bunga Tambahan (terpulang)





TUTORIAL RIBEN UNTUK BUNGA TELUR



Lepas dah siap riben-riben korang tu, korang cantum je dekat bunga crepe paper tu. Part aku cantum takde gambar pulak. Lupa nak snap. Huhuhu! Agak-agak faham lah kan tutorial aku ni? Kacang jeeee. Ecehhh, kacang konon. Tiga kali jugak la try and error. Hehehehehe. Aku cadangkan buat 2 jenis saiz riben ya, satu saiz lebar, satu lagi saiz kecik sikit. Biar nampak variasi di situ. Hikhik.

Masa aku kawen dulu Ibu yang buatkan bunga telur untuk bunga pahar ni. Kalau lah aku tau aku berbakat rupanya buat bunga telur, tak mustahil bunga telur pun aku DIY. Ahhhh! semua lah kau nak DIY.

Selamat Pengantin Baru Fendi, welcome to our family Yana! Cousin Kak Yun yang paling handsome ni, baik pulak tu, sopan santun, pemalu, senyum-senyum kambing je. Tetiba rasa, childhood aku jauhhhhh sangat tertinggal di belakang. Sobs!

Semoga kekal ke Jannah Fendi dan isteri, amin :)







Love,
Nursaila Norman!