CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 26, 2014

Mari Berdoa Bersama-sama :)

Assalamualaikum.


Benda ni betul-betul meninggalkan kesan dekat aku. Sejak aku betul-betul nak pregnant, aku diberi rezeki untuk pregnant, mendengar keinginan wanita lain untuk pregnant menjadi satu perkara yang paling tersentuh aku pernah rasa. Selain soal mak dan ayah.

Dikalangan family aku sendiri, masih ada yang belum diberikan rezeki untuk diorang waima seorang anak. Diorang dah kawen lebih dari 3 tahun, 7 tahun dan 5 tahun (anggaran). Diorang semua sepupu aku. Bukan jauh sangat. Terlalu dekat. Bila aku merancang untuk pregnant, pernah terlintas wajah-wajah diorang. Bila aku pregnant, aku taknak diorang tahu. Aku taknak tambah kesedihan diorang. 

Tiap kali ada orang dapat tahu aku pregnant, lepas tu tanya baru kawen ke? 'tak, dah setahun dah' 'ohw, lambat jugak ye nak dapat'. Aku terkedu. Jadi, sepupu aku tu kategori apa? Lama nak mati kah?

Mulut orang mudah benar berkata-kata. Aku ni pulak jenis kalau bercakap dengan orang yang macam takde perasaan je masa bercakap (boleh bayangkan tak muka orang tak bersalah bila bercakap), aku laju je cakap 'saya memang tunggu setahun baru pregnant'. Then orang-orang itu akan terkedu. Masa dia meluahkan kata-kata, tak fikir pulak empunya badan akan terkedu.

Apa perasaan sepupu-sepupu aku kalau dah 7 tahun kawen tapi masih belum dikurniakan baby, dan orang buat terkejut beruk. Tak manis kan? Apa perasaan empunya badan? Aku tengok sendiri sepupu aku cool je, gembira macam baru sebulan kawen, tak pernah tunjuk muka sedih bila dapat khabar sepupu lain pregnant.. Tapi semua tu boleh berubah kalau orang luar berlebih-lebih. Kan?

Kita okay je, family kita okay je, sedara mara kita okay je.. Tapi orang lain? Lebih sudu dari kuah. 

Kebetulan, sepupu-sepupu aku tu lelaki.. Jadi isteri masing-masing orang luar yang jadi sebahagian hidup kami.. Lagi la kami taknak sentuh walaupun senoktah pun soal anak. Sampai lah diorang sendiri bukak mulut. Kami buat biasa, bagi kata-kata semangat, bagi idea cadangan, lepas tu senyap. Jangan tanya-tanya dah. Bila diorang bukak mulut kita support je. Mungkin sebab tu diorang nampak sangat happy depan kami. Mungkin diorang rasa kami sentiasa yakin dan sokong diorang.

Tak perlu lah tanya setiap tahun.

Sampaikan masa diorang datang rumah, diorang tanya pasal alahan aku semua.. Aku malu nak cakap. Aku rasa bersalah nak cerita beriya-iya. Tapi kakak tu tanya macam dia sama-sama pregnant. Aku jadi sebak. Kuatnya dia. Air muka dia bersinar-sinar nak tahu apa aku rasa, mula-mula nak pregnant rasa macam mana. Aku tak pandang sangat muka dia masa bercerita. Tak sampai hati nak tengok muka dia beriya-iya.

Macam tu jugak bila aku share dekat blog khabar gembira dari kami untuk kami.. Ada yang mintak aku doakan khabar gembira juga untuk mereka. Aku sebak baca komen macam tu. Ya aku doakan. Kita kawen sama-sama, siapa taknak pregnant sama-sama kan.. 

Susah nak yakinkan orang lain soal masih belum tiba masanya lagi.. Orang lain anggap mereka tuhan.. Menjatuhkan hukum 'rancang-rancang nanti terus tak dapat'. Dan orang lain anggap kita juga tuhan, nak anak esok, esok jugak dapat. Kita bukan Pencipta. Kita cuma merancang, Allah yang menentukan. Susah sangat ke diorang nak hadam benda simple macam tu?

Kita rasakan kita belum ada anak, tapi kawan-kawan sebaya aku, umur 28 tahun ini, masih ramai yang belum berkahwin. Jadi, mana kita mahu.. Sekurang-kurangnya kita ada Suami kan? Tempat kita luah perasaan, kesedihan mendengar kata-kata orang, tempat kita sandar dan dipeluk supaya sedih kita reda. Tapi yelah, belum berkahwin, belum ada anak.. Sakit dan sedih sama je bila dipersoal orang :(

Dengan ada dunia blog ni, walaupun kita tak pernah kenal sedalam-dalamnya, tak pernah jumpa, tapi dekat sini kita bercerita segala suka duka. Aku mohon kita sama-sama berdoa ya..

Aku doakan pasangan-pasangan yang masih belum dikurniakan anak, dikurniakan zuriat oleh Allah. Zuriat yang soleh dan solehah. Amin.























Yakin dengan Allah melebihi yakin kita terhadap perkara lain. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui isi hati kita, dan Maha Sempurna dalam setiap ketentuanNya.

Kuat dan enjoy your life dengan lelaki yang kita cinta di saat kita terpandang mata dia.





Love,
Nursaila Norman!


Wordless Wednesday : Curik-Curik Keluar

Assalamualaikum.































not so wordless :
dah sihat, dah boleh keluar rumah, apa lagi keluar lah kannnn.. walapun berselipar, baju rumah je laki bini :)

me at 13 weeks alhamdulillah :)






Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, February 25, 2014

Alahan dan Perubahan

Assalamualaikum.


I'm trying so hard untuk update jugak walaupun malas, huhu! Alhamdulillah aku dah melepasi 1st trimester dengan mudah. Rezeki masing-masing kan.

Macam aku semuanya baik-baik saja kecuali sensitif terhadap makanan pedas dan masam. Selain tu semuanya okay. Bercakap bab muntah, alhamdulillah takde la muntah di pagi hari atau muntah tiba-tiba. Selalunya bangun pagi aku lah orang paling segar, sebab tidur awal tiap-tiap malam kannn. Tapi aku takkan minum air masak pagi-pagi sebelum mandi (sebab ini kebiasaan atas arahan Suami), nanti masa berus lidah aku akan muntah dengan senang lenang nya. Memang la kalau kita berus lidah kita akan rasa nak muntah kan.. Tapi bila pregnant ni, terus keluar balik air masak tadi dengan pantas dan lajunya. Hehehe. Membazir kan. Haha.

Jadinya aku takkan minum air masak dah sebelum mandi. Petang balik kerja, time mandi, berus lidah lagi.. Jadinya aku akan muntah makanan atau minuman yang last aku makan. Selalunya aku buat milo panas sebelum mandi sebab aku dah kelaparan tahap hantu raya, jadi kalau berus lidah keluar lah balik milo sikit. Huhuhuhu. Maka terpaksa lah aku tak gosok lidah time mandi petang. Wu Wuu!

Pernah sekali aku makan asam boi kaler merah balik kerja sebab tekak rasa tak best. Lepas tu mandi, berus lidah pulak.. Muntah pun jadi kaler merah asam boi tadi.. Ngeri terus! Gulp. Pastu pernah jugak petang-petang minum Slurpee kaler biru, lepas tu mandi. Berus lidah, apa lagi muntah biru pulak. See, berwarna warni kan. Hehehehehehe!

Jadinya aku elakkan berus lidah waktu petang. Tak suka muntah, sakit tekak. Huhuhuh. Suami siap pesan berus sikit-sikit je dah takyah beriya-iya sangat, tak sampai hati dia tengok aku muntah. Huhuhuhu.

Alahan yang paling ketara sepanjang aku mengandung waima hingga ke hari ini, aku tak boleh makan ayam! Tak boleh langsung. Huhuhuhuhu. Bau ayam boleh, nak makan tak boleh. Jadinya aku pun hidu lah puasss2. Macam baru-baru ni, Suami mengidam KFC, aku ikut sekali pergi beli.. Beriya aku menikmati bau KFC. Sampai kat rumah, bukak kotak, nampak ayam dalam kotak terus tak selera. Tutup kotak laju-laju. sobs! Try jugak nak makan secubit.. Jari ni slow-slowww nak cubit ayam, tak kena lagi kat ayam terus tarik tangan laju-laju. Loya. Suami gelak je. Huhuhuhu. 

Apa yang aku selera? Ikan. Ya Allah, nikmatnya makan ikannnn. Aku selama ni sombong dengan ikan. Pilih ayam dari ikan. Bukan tak makan ikan, makan.. Tapi bukan pilihan utama. Tapi bila pregnant, nampak ikan je macam kucing! Ikan goreng pun boleh. Takpe. Janji ikan. Sedapnyaaaaa.. Semalam buat ikan bakar cicah dengan air asam. Rasa nak lompat-lompat masa makan. Hahaha. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat lah sikit kebaikan untuk baby :)

Perubahan lain, ada masa aku nak breakfast roti canai dengan telur setengah masak. Sekarang ni selera nak breakfast bihun goreng. Tapi sebab aku tak boleh pedas, terpaksa la makan bihun goreng yang lebih kicap. Macam bihun budak-budak tu. Huhuhuhu. Air pulak nak milo ais. Sepanjang aku berdating dengan Suami sejak bujang mahupun dah kawen, tak pernah sekali aku order milo ais. Alasan aku mahal. Tapi sekarang milo ais dan milo panas sahaja. Hewhewhew. Dulu tak sampai hati nak order air mahal-mahal setakat milo ais.. Lain la air buah. Tapi sekarang baby suka milo ais lah daddy. Hikhikhik!

Alhamdulillah weekend baru ni aku dah rajin keluar jalan-jalan. Dah tak duduk rumah malas dan tak larat dah. Hehehehe.. 

Nanti kita sambung lagi k, maaf lah kalau ada yang menyampah sebab skop penceritaan dah berbeza berbanding dulu. Huhuhuhu.






Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, February 19, 2014

Hibernasi vs Baby

Assalamualaikum



Ini lah first time aku rasa malas tahap melampau nak buat entry. Jangan kata nak buat entry, nak login pun malas! Sampai tahap tadi nak login boleh salah masuk email. Lepas tu lupa masukkan password, terus enter je. Hadoihh. Nasib baik yang nak order HB add aku kat FB. Yang nak softcopy macam-macam email terus. Kalau harap komen kat blog, mati la korang tunggu berjanggut janggut. Maaf ya :(

Sebab lama tak update blog, henfon takde, Ibu bawak pergi Mekah untuk bergambar. Kerja dekat ofis mencurah-curah macam air terjun. Dan takde mood nak menaip dan bercerita. T____T

Kepada Kak Kesuma Angsana yang sudi review blog saya, Allah je dapat balas. Huhuhu. Masih mamai2 demam, tengok blog ada orang sudi review. Terima kasih kak! Kak Wantie pun sama. Buat kita terkejut sekali lagi. Terus rasa nak demam balik sebab dapat 2x review dari blogger. Terharu!

Banyak nak tulis, tapi benda banyak yang dah jauh terlepas. Huhuhu. Takpe lah, mana yang ingat jelah eh.

Firstly, khabar gembira dari kami untuk kami Suami Isteri, alhamdulillah baby dah 12 minggu. Weeee :) Selepas setahun, genap setahun kami berkahwin, tiba-tiba aku rasa sangat excited nak pregnant. Aku dah tak sabar-sabar nak pregnant. Masa pergi Cameron Highland celebrate anniversary, aku asyik cakap kat Suami yang aku taknak tunggu Disember kalau boleh. Huhuhuhuhu. Suami layannnnn je Isteri dia sorang ni. Nasib baik tak sampai tahap made in Cameron Highland. Hewhewhewhew!

Sepatutnya ikut perancangan kami, aku nak tunggu sampai period bulan Disember. Tapi perasaan excited aku mengubah perancangan kami. Heeeeeee~

Tapi perasaan excited aku tu bertukar menjadi penyeksaan lah pulakkk.. Huhuhuhu. Nak tunggu tarikh period sangat lah lama bagi aku.. Hehe! Punya lah nak tau delay ke tidak. Sampai satu tahap lagi 5 hari sebelum tarikh period aku dah gatal tangan buat test. Tapi sedih, single line. So aku pun standby pad sebab jangka akan period pada sekian-sekian tarikh. Bila sampai tarikh, tak period pulak. Aku pun buat-buat cool je lah. Sebab anggap maybe lewat sehari. Walaupun tak pernah lewat. Hari kedua still tak period. Perasaan mesti lah berbunga-bunga kan.. Suami pun dah sibuk2 panggil diri sendiri daddy. Daaaaaa. Padahal baru 2 hari lewat. hikhik.


Lewat period hari ke-5 aku dapat simptom nak period. Dalam tengahari kitorang pergi klinik buat test. Sebab aku rasa nak telan panadol je sebab tak tahan sakit kepala teruk yang amat. Bila doc buat test, masih single line. Muka cool je.. Tapi dalam hati dah risau. Motip tak period dan tak double line?? Balik dengan perasaan risau kot-kot aku menghidap penyakit dalaman? Oh, aku memang drama. Terlebih over sikit. Hahaha. Doc pesan datang lagi 5 hari kalau tak period.

5 hari kemudian kami jumpa doc yang sama dan buat test sekali lagi. Kali ni lewat period dah 10 hari. Suami memang super positif. Dia cakap ada ada ada. Aku macam biasa la kan, emosi terlebih.. Fikir macam-macam. Aku sakit ke. Aku ada masalah ke. Itu ini itu ini. Bila buat test masih single line! Aku cool lagi.. Buat-buat cool actually. Amek masa sikit, doc cakap-cakap, borak-borak, explain itu ini.. Tak lama tu macam ada lagi satu line. Macam. Tapi kabur. Kabur sampai kena kelip-kelip mata sepuluh kali kot. Aku tanya possibility nak jadi tak jadi ke. Doc kata maybe. Doc macam faham-faham je apa yang aku nak cakap, doc cadang amek booster. Tapi aku taknak fikir depan doc, aku cakap nanti aku datang lagi sebab kami nak diskas dulu suami isteri.

5 hari kemudian, aku tak pergi klinik untuk buat test atau amek pendekatan agresif macam doc cadangkan. Aku nak buat test sendiri. Beli upt pun yang paaaaaaling murah. Sebab taknak membazir. Huhuhu. Ikut kiraan genap 6 minggu, aku buat test pepagi buta, itu pun Suami kejutkan bangun buat test -_- Suami memang super excited! Uhuuuuu.. Tak payah nak tunggu-tunggu, terus double line! Hilang semua rasa risau kalau-kalau ada penyakit ke apa ke. Huhuhuhu!



Start minggu ke-7 aku alami heartburn yang teruk. Refer doc lagi sekali untuk dapat advice. Sampai minggu ke-9 masih heartburn yang teruk. Tak boleh makan pedas dan masam. Nanti merana sakit. Sampai lah aku demam terukkk terukkk terukkkk, aku jumpa bidan kampung sebab ubat doc dah habis ditelan, baru baik demam, baik heartburn, dan cuci balik ubat-ubat doc yang aku telan. Sobs. Alhamdulillah sembuh.

Lepas tu just kembung dan angin normal orang pregnant jelah. Bertabah lah sebab tak pregnant pun kembung dan angin jugak, ini kan pulak pregnant kan. Bertabah!

Alhamdulillah minggu ni genap 12 minggu, aku sihat walafiat di waktu pagi, takde pening pusing-pusing, takde muntah-muntah. Alhamdulillah. Tapi malam tak sempat Isyak dah shutdown. Baruuuuu je 3,4 hari ni aku mampu bertahan sampai pukul 11@12 malam. Suami pun seronok tengok bini dia tak shutdown awal. Kalau takkk.. Suami siap buat-buat merajuk sebab bini dia shutdown awal. Dia takde kawan katanya. Comelllll je perangai (ayat perli). Sekarang dah ada kawan kan?

So far alhamdulillah, 1st trimester aku berjalan lancar.. Cuma demam teruk dengan heartburn tu jelah. Lain semua okay. The hardest part sepanjang 1st trimester ni lain tak bukan selera makan yang macam gergasi muncul dari sebalik bukit. Huhuhuhuhu. Muka dah membesar bagaikan juara dah. Ayah aku siap tegur 'makannnn je..' Hehehehe. Nak buat macam mana, sihat pun berselera. Tak sihat lagi la berselera. Hiks!

Itu je kot nak cerita so far.. Nanti kalau aku rajin aku update lagi ya. Kerja banyak, tapi curik-curik update sebab tengah ada mood yaw. Kang takde mood kang, apa pun tarak.

Terima kasih kepada yang mendoakan, harap baby sihat dan baik-baik je sampai lahir nanti.

As'salam :)





Love,
Nursaila Norman!