Assalamualaikum.
Huhuhuhu! Nangis dulu sebelum start bercerita. ihik! Actually, ehemm.. Nak buat pengakuan ni.. Huhuhu.. Actually aku bukan lah seorang gadis (itu dulu), wanita (sekarang ni) yang menjaga kulit wajah. Dari zaman sekolah lagi aku banyak join aktiviti sekolah. Especially kawad kaki. Aku aktif dengan Pandu Puteri sekolah sampai hitam legam. Sila ambil maklum hitam yang macam mana.. Macam kena bakar pastu terbakar. Tahu? Huhu! Pernah sekali tu aku balik dari hari sukan sekolah, sampai-sampai rumah je Ibu aku marah sangat sebab aku hitam legam. Sedih tau masa tu.. Terhina sangat. Uhukuhuk! Aku pun gigih la cari petua, tips macam mana nak cerahkan balik kulit muka. Berbelak okay muka aku.. Masa sekolah kan pakai tudung, korang mesti tahu kan berbelak macam mana. Huhuhuhu, nangis lagi. Last-last aku jumpa petua iaitu mandi susu. Ini susu betul-betul tau, bukan Johnson's Milk Bath tau. Susu tepung budak kecik kat rumah aku jadi mangsa kehkehkeh. Cerah la sikit, takde la berbelak macam kuda belang, lega la sikit hati. Tapi pastu kawad lagi.. Dah tu bila nak cerahnya?
Cut it short (sakit lak hati aku mengenang sejarah silam tu), sampai sekarang pun aku langsung tak pernah pakai produk pencerah kecuali untuk badan. Motippp?? Untuk muka aku guna set BodyShop je, itu pun bukan untuk pencerah. Okay la set tu, errrr.. Actually okay sangat.. Nanti lah citer pasal set tu eh.
Bila dah kawen ni macam lain lak perangai aku.. Aku sendiri pelik. Aku jadi macam nak cerah lah, nak cantik lah, nak kulit licin lah, jerawat naik satu dah kecoh susah hati (padahal dulu masa bercinta aku tak kesah lak En Gaban tengok jerawat aku banyak :P). Cemana? Huhuhu.
Ingat tak pasal SevenSeas yang aku review tu? SevenSeas tu memang terbaik, aku memang penat, penat otak, penat hati, penat badan.. Tapi sejak makan SevenSeas tu daya tahan badan jadi lain, kalau dulu mudah sangat rasa nak demam. Rasa nak demam ni la yang tak best nya kan.. Kalau demam boleh MC terus, ni NAK demam. Payah benar nak describe kat doktor supaya aku boleh MC. Hehehe! So aku macam taknak stop la SevenSeas tu, sebab best :)
Tambahan lagi aku memang ambil minuman Cocoa Collagen. Yang ini aku prefer taknak stop kecuali mengandung memang kena stop.
So kalau aku nak ambil supplement tambahan lain especially Vit C, boleh ke? Aku tau benda ni kena rujuk doktor, tapi mana lah tau kat sini ramai yang berpengalaman, pernah ambil 2 atau 3 supplement serentak, lagi pun rasa selesa sikit tanya pendapat korang hehehe :D Boleh ke eh? Maksud aku ambil SevenSeas (minyak ikan), minuman Cocoa Collagen lepas tu ambil Vit C. Haritu masa beli SevenSeas dah pegang dah supplement Vit C, tapi letak balik sebab tak confident. Takut jadi lain. sobsobsob.
Ada tak sesiapa yang terbaca entry ni, yang terbukak blog ni, tersesat kat sini ada pengalaman ambil beberapa supplement serentak, please, pleasee, pleaseee let me know.. Aku macam terjatuh hati dengan Fellina Vit C, tapi dah tanya dekat 2 orang blogger (secara random) ni tapi takde stok. Ada tak yang masih ada stok? Kalau takde sangat aku boleh ambil Vit C dekat Watson's atau Guardian kan.. Tu la, just nak tau boleh ke? Boleh ke?
Please eh?
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!