Hai!
Assalamulaikum.
Anyway sabtu dan ahad baru-baru ni aku dapat siapkan dua benda :
1. Centerpieces
2. Props
DONE! Dah simpan baik-baik tunggu nak guna je. Yayy. Semalam one more thing, Baju Nikah DONE. Lega gila-gila. Dan satu lagi perkara yang bakal DONE kalau takde penambahan ialah Senarai Lagu.
Ya, aku ada senarai lagu aku sendiri. Takde sape boleh ubah. Sebab ini memang permintaan aku, impian aku sejak awal-awal kami setuju untuk kawen. Senarai Lagu yang aku wajibkan adalah sebab aku taknak suasana dekat dewan nanti terlalu bising sampai tetamu nak bercakap pun susah.
Ini dari pengalaman sendiri, selalunya (kiranya majoriti) lagu-lagu termasuk DJ akan membingitkan telinga tetamu (taktau la kalau ada yang okay je, tapi aku sangatlah tak okay. huhuhu!!). Nak bercakap dengan teman sebelah pun susah. Huhuhu. Ini bukan nak komplen atau apa, tapi aku memang tak suka dan tak selesa. So, untuk majlis sendiri aku dah request benda ni dekat Ayah supaya Senarai Lagu aku sediakan sendiri, dan bunyi jangan kuat-kuat. Alhamdulillah Ayah faham dan terima, Ayah terus cakap 'ya, ayah tau yang macam kat hotel tu'. Fuh! Lega. No karaoke! Majlis Resepsi saya bukan K-Box. Harap maklum. Ibu pun okay. Happy sangat sebab Ibu dengan Ayah setuju dengan impian aku.
For sure lagu-lagu yang aku pilih adalah lagu-lagu kegemaran aku. Kannn.. Diktator sangat. Ala, bukan teruk sangat permintaan aku kan.. At least aku happy bila dengar lagu kegemaran aku, dan mana tau boleh hilangkan perasaan gemuruh aku nanti. Sesambil tu humming bagi release debar-debar. Hehehe.
Memula ingatkan nak letak link terus untuk setiap lagu, tapi internet dekat pejabat tidak membenarkan aku untuk access ke YouTube. Huhuhu! Maaf sangat :(
Senarai Lagu Untuk Majlis Resepsi :
Gamelan - Perang Besar
Gamelan - Topeng
Gamelan - Kunang-Kunang Mabuk
Gamelan - Togok
Gamelan - Tongkang Masuk
Gamelan - Nongga
Instrumental - Ayam Didik
Instrumental - Joget Serampang Laut
Instrumental - Gambus Jodoh
Instrumental - Joget Si Pinang Muda
Instrumental - Selamat Datang
Instrumental - Jing Kling Nona
Instrumental - Nak Dara Rindu
Instrumental - Tari Tualang Tiga
Irama Melayu - Aladom
Irama Melayu - Canggung
Irama Melayu - Damak
Irama Melayu - Hari Ribut
Irama Melayu - Inang Kampung
Irama Melayu - Inang Rancak Bertemu
Irama Melayu - Joget Pokok Pisang
Irama Melayu - Makan Sireh
Irama Melayu - Musalmah Manis
Irama Melayu - Naam Sidi
Irama Melayu - Nasib Panjang
Irama Melayu - Patah Hati
Irama Melayu - Sekapur Sirih Seulas Pinang
Lagu tambahan :
Lagu Kahwin - Selamat Pengantin Baru
Lagu Kahwin - Bunga Rampai
Lagu Kahwin - Di Renjis-Renjis
Lagu Kahwin - Inai Di Jari
Lagu Kahwin - Joget Mak Andam
Lagu Kahwin - Joget Malam Berinai
Lagu Kahwin - Kompang Dipalu
Lagu Kahwin - Menunggu Nasi Minyak
Lagu Kahwin - Pengantin Bersanding
Maher Zain - Barakallah
Rabbani - Cari Pasangan
Kesemua muzik dan lagu di atas adalah mandatori, ia perlu dipasangkan secara slow (hampir ke sayup-sayup sahaja) dari awal hingga tamat majlis. Dengan humming lagu-lagu feveret aku ni saja mampu buat aku relax. Feveret muzik aku mestilah Aladom, Tari Tualang Tiga, Togok (ringtone hp aku okay HAHAHA), Sekapur Sirih Seulas Pinang dengan Hari Ribut.
Klasik sangat ke aku? Maybe sebab aku penari tarian tradisional dari sekolah rendah sampai lah ke U sebab tu kot jiwa aku sebati dengan muzik-muzik macam ni. Huhuhu.
Kalau ikutkan hati nak je panggil adik-adik kecik menari zapin masa majlis resepsi nanti (oh, rindu nak berzapin). Tapi taknak lah. Takpe, menari kat rumah sorang-sorang sudah ya makcik.
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!