CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 1, 2015

HAPPY 5TH ANNIVERSARY puterigaban

Assalamualaikum







































Aku tak pernah terfikir untuk jadi blogger. Tak pernah terlintas pun untuk ada blog. Tak pernah. Benda ni berlaku secara tiba-tiba pada Disember 2010.

Masa tu aku menulis tentang aktiviti harian. Aku buat blog ni macam diari peribadi. Huhu! Semua nak tulis, tulisan pulak - hadoi hazab hangat! Masa tu takde followers. Ada pun sorang dua. Itu pun kawan yang tiba-tiba tahu aku ada blog. Kawan pulak bukan orang lain, dia lah punca aku kenal dunia blog (masa tu baca blog bloggers yang dah femes, favourite aku masa tu Ahkak Geli!). Masa tu aku happy gila dapat tulis apa yang aku nak tulis (sebab aku sedar takde orang yang tahu kewujudan blog aku). Aku rasa bebassss dalam dunia maya ni.

MAKHLUK PEROSAK
In between ada jugak makhluk perosak yang stalked blog aku. Lepas tu buat kacau bilau. Mulanya aku rimas dan bengang. Lama-lama aku sedar yang aku tak boleh lari dari makhluk ni. So just let it be. Aku biar je dia nak buat apa pun. Lama-lama aku pun tak pasti dia masih stalk blog ni ke tidak. Bila diingat-ingat balik memang menyampah, tapi bila hari ini aku cuba fikir apa kejayaan makhluk tu.. Aku tergelak. Kesian.

KAHWIN - DIY
Daripada aku melayan makhluk perosak tu (parasit) lebih baik aku fokus hal lain. Masa tu kami (aku dan En Gaban) dah bersetuju untuk berumahtangga. Jadi kehidupan aku masa tu terarah kepada hal-hal perkahwinan. Muncul lah segala entry DIY. Masa tu followers slowly bertambah, hingga satu tahap meningkat dengan agak mendadak! Thank you! Ramai yang email share cerita, bertanya itu ini. Membuatkan aku rasa kenapa aku tak jadikan blog ni tempat yang berguna. Semangat aku untuk berkongsi semakin bertambah, aku suka tengok orang happy. Ada kalanya aku share hal kelakar yang berlaku antara kami. Bukan nak show off, tapi aku rasa maybe cerita tu kelakar, maybe orang ketawa, then why not?

Lama-lama aku seronok berkongsi idea & hasil dengan kawan-kawan blog yang masa tu nak kawen. Masing-masing mencuba apa yang mampu, masa tu ramai yang nak berjimat, ramai yang gigih DIY. Memang seronok sangat time tu. Masing-masing menyokong antara satu sama lain. Rasa macam dikelilingi kawan-kawan yang supportive. Tiba-tiba muncul silent readers yang add di FB lepas tu cakap dia baca blog ni senyap-senyap. Rupanya yang takde blog tapi baca blog, add aku di FB. Thank you!

SELEPAS KAHWIN
Masa ni aku berhalal dengan En Gaban. Wink! Entry aku masa tu asyik cerita kami ke sana sini. Dah halal kannnn. Sambil-sambil tu aku dapat banyak tempahan veil dan handbouquet. Aku charge murah je. Niat suku harga tu aku belanja. Aku suka bila orang happy. Ada yang repeat order. Terima kasih sangat-sangat. Setahun kami honeymoon puas-puas. Walaupun officially kami tak pernah lagi pergi honeymoon. Huhuhuhu! Dah puas berdua, aku cakap dekat En Gaban am ready to be a mother selepas first anniversary. Heeee. Celebrate anniversary dekat Cameron Highland secara kecil-kecilan pada November. Eh? Haha.

PREGNANT
Disember 2014 aku confirm pregnant. Tapi aku memang dah plan untuk tak aktif di blog. Malas nak cerita lebih-lebih pasal pregnancy aku. Mana yang penting-penting je. Hehe. Masa ni aku start aktif di IG. Blog dan FB memang suram. Hujung-hujung pregnancy baru aku tunjuk gambar full dengan tummy (lah sangattt). Oh, dalam blog takde 1 pun gambar aku pregnant kan? A'ah laaaaaaa.. Hmm. Rugilah kepada warga blog. Sebab aku rasa aku sangat cantik masa pregnant. Woahh! Riak. Hahaha!

September 2014 puterigaban ada member baru. Melissa! Pun aku cerita lebih kurang je pasal dia dalam ni. Mana yang perlu je. Kebanyakkannya aku cerita dekat IG jugak. Kalau mood baik terlepas ke FB. Boleh gituuuu. Hehehe. Selepas bersalinkan Melissa aku terus jadi house wife. Life aku jadi biasa-biasa. Takde apa yang menarik untuk diceritakan, takde benda yang baik untuk dikongsikan.

NOW - WIFE&MOM
Not sure, aku ada lah plan sikit-sikit untuk tahun depan. Macam hal rumah (nak share dengan kawan-kawan idea menghias), menambah veil, vaccation, masak etc. Tapi macam aku cakap 'not sure'. Semuanya atas perancangan manusia, tapi aku cuba untuk berkongsi semula dengan orang lain. Itu yang buat aku rasa aku happy dengan blog ni. Sharing.

****************************

Alhamdulillah bulan Disember ni genap lah 5 tahun usia blog puterigaban.blogspot ni. Bertahannya blog ni pun sebab adanya followers yang masih stay dan follow apa yang aku tulis. Keduanya sebab aku memang jadikan blog ni tempat menulis. Satu kaedah menyimpan (record) yang mudah dan senang di cari.

Untuk stay lama dalam blog ni aku rasa mudah je. Kalau anda memang suka menulis, walaupun takde orang akan baca, anda akan kekal lama sebagai blogger. Sesiapa pun boleh ada blog. Tapi cara dia nak kekal itu yang penting.

Cara untuk kekal ada 1 je. Keep writing.

Tapi cara untuk jadikan blog anda blog yang disukai ada 4B!

Be Yourself
Paling utama please be yourself. Jadi pengikut itu tak salah, yang salahnya kita terlalu teriku-ikut. Sampai hilang identiti. Dalam sesebuah blog anda perlu menulis, jadi tulis tentang diri anda. Takkan orang cerita aktiviti dia menjahit, kita pun nak tulis hal menjahit sedangkan kita tak berapa minat menjahit. Apa yang anda suka buat, just share it. Walaupun bukan 1000 orang akan suka, tapi percaya lah akan ada 10 orang yang suka. So you just write and make these 10 people happy. Be yourself. Have your own identity, then you will be unique :)

Be Brave
Speak your own mind. Tak salah pun. Tapi jangan hentam orang directly. Speak (write) tapi jaga kata-kata (penulisan). Jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. Sebab kita menulis tentang diri sendiri, jadi jangan libatkan orang lain. It is like kita bercakap (tulis) kekesalan tentang sesuatu tetapi kepada diri sendiri. Tak perlu mention sesiapa. General. Kita nak stay lama, jadi jangan buat orang benci dengan penulisan (blog) kita. Kita ada pendapat masing-masing, cara tersendiri, tak salah tulis kat sini pun. Mungkin ada 2,3 orang mengalami masalah yang sama. Mungkin 4,5 orang bersetuju dengan cara kita. Atau itu cara orang melihat kita sebagai ber'pendirian'. So? Be brave, but at the same time be polite :)

Be A Story Teller
Jangan terlalu ringkas sangat macam hantar SMS atau WhatsApp. Tapi jangan terlalu skema sangat macam baca nota Sejarah. Hehe! Moderate. Bersahaja. Lagi-lagi bila kita nak bercerita, bayangkan skrin ni adalah kawan kita yang sedang mendengar kata hati kita. Kita nak dia faham dan mudah faham. Tulis dengan bersahaja, menarik, happy. Sebolehnya cerita benda yang baik-baik, baik untuk diri sendiri dan orang lain. Macam pengalaman sendiri. Bercuti, tulis panduan bercuti. Review tempat-tempat makan, etc. Aku ni asyik 'etc' je. Takde idea lah tu. hikhik.

Be Fun
Kadang-kadang datang jugak mood tak baik, bengang dengan seseorang, tak puas hati. Tapi cuba elak meluah terlalu kerap atau terlalu terperinci. It's okay nak luah, itu kan blog anda. Tapi macam aku, aku lebih suka membaca penulisan yang tenang supaya hati aku pun tenang. Kadang-kadang aku ada jugak terasa sakit di hati, tapi aku tak taip terus. Aku bagi cool dulu, dah cool kadang-kadang tu terasa nak tulis, kadang-kadang terus cancel. Adalah lebih baik aku tidak menyebarkan rasa tak puas hati tu. Kecuali untuk pengajaran, boleh lah jugakk. Ajar diri untuk jadi fun. Tulis dengan mood yang fun. Supaya orang sekeliling kita yang baca pun akan fun!

*****************************

Bila dah ada blog, dah ada pulak followers, kena banyak berhati-hati (ini aku lah, terpulang). Jaga-jaga juga hati orang lain. Kita nak stay lama, so kena buat orang stay dengan kita jugak. Tapi jangan pelik, ada orang akan stay walaupun kita nampak buruk, sebab orang suka tengok gelagat kita, lepas tu gelakkan kita dan sebarkan benda buruk tentang kita. Jaga-jagaaaa.

Mana yang blog picisan macam aku ni, tapi masih kekal menulis dan keep on track, TAHNIAH BABE! Bukan mudah nak stay alive tanpa bantuan. Hehehe. Bantuan dari segi rupa, penaja blablabla (ganti etc) kehkehkeh!

I was thinking untuk buat GA sempena 5th Anniversary okay takkkk? Wink! Wink!


*bagi chance owner puterigaban share gambar sendiri. wink!





Love,
Nursaila Norman!

7 comments:

Han Hanni said...

Saya pun buat blog tahun 2010 tapi bln october

Rina Ellisa said...

5tahun dah saila berblog.. kejap je kan.. seronok sebenarnya berblog ni..

rina suka baca balik entry2 lama kalau berblog ni..
kalau lupa, eh dalam blog ada cerita.. bukak je entry tu.. hehehe :)

dorsett pink said...

wahh! tahniah ye... dah 5 tahun

Fahimah Mahayuddin said...

Happy anniversary blog puteri gaban! Samala kita start blogging tahun 2010

Fahimah Mahayuddin said...

Happy anniversary blog puteri gaban! Samala kita start blogging tahun 2010

cik mah said...

Wah...lama dah...5 tahun tu...nk2 GA..hehe..

Unknown said...

tahniah dear..happy anniversary blog puteri gaban..