Hai!
Assalamualaikum.
Aku cuma ada 2 bulan, 1 minggu, 3 hari sahaja lagi. Tak banyak kan? Tapi kerja ofis banyak, menyebabkan aku taktau bila nak buat kerja kawen. Hahahaha. Mati lah.
Mesti korang dah tau kan, entry ni pasal apa.. Tapi disebabkan ada perkataan 'teaser', maka picha nya pun sipi-sipi jelah ya.. Malu nak tunjuk semua. Nanti dah sampai hari yang sepatutnya baru boleh tunjuk full ya :)
Rasa-rasanya korang mesti dapat teka kan? Kasut ni jenis peep toe. Aku memang obses gila dengan kasut jenis peep toe sejak kecik lagi. Memang gila habis. Kebanyakkan kasut-kasut aku memang jenis peep toe walaupun ianya kategori flat/ballerina. Dan untuk kasut kawen pun aku pilih peep toe jugak.
Benda first yang aku decide untuk kasut kawen ialah keselesaan. Jadi pilihan yang aku utamakan ialah Charles & Keith dengan Primavera. Primavera paling dekat dengan aku, dekat Alamanda tu je. Jadinya kerap la aku jenguk2 kasut terbaru dekat situ. C&K aku jarang jenguk2. Niat nak tengok2 dulu design C&K dekat KLCC, tapi taktau la kenapa tak kesampaian. Padahal berbuka dekat Mandarin Oriental pun tak singgah jugak. Haihhh.
Beberapa hari sebelum nak raya aku terus grab kasut macam dalam picha kat atas ni. Memang pejam mata je. Satunya sebab aku dah target, bulan puasa kena jugak beli kasut kawen. Bila dah target tu, aku memang menyampah gila kalau tak ikut. So paksa la pilih-pilih jugak dekat Primavera. Dalam hati kecewa jugak sebab tak berkesempatan nak tengok2 dulu kat C&K, KLCC. Nangis.
Checklist untuk kasut kawen aku ialah : warna nude/beige, selesa, peep toe.
Harga tak penting, yang penting selesa. Sebab waktu majlis resepsi nanti aku nak welcome semua tetamu. Eh, lagi satu, kasut ni 2 dalam 1 ya.. Untuk nikah dan resepsi. Sebab tu aku pilih warna nude/beige. Biar nampak macam warna kaki sendiri. kehkehkeh! Jimat tak? Wink!!
psssst : kasut untuk hantaran pun ada dua pasang. jadi tak payah nak membazir beli kasut kawen sampai dua pasang ya!
Ada jugak kasut yang aku berkenan dekat Vincci, harga pun Rm70++ lepas diskaun. Tapi kurang selesa. Vincci sangat okay, aku suka beli kasut Vincci utk kerja, tapi untuk wedding aku tak rasa ianya okay untuk aku. Sebab nak banyak berjalan kan nanti.
Yang ini warna asal ya. Tapi nanti inai dekat kaki tak nampak lah kan? Olohhhh.. Hehe! Simple je kan.. Takde bling-bling, takde roses or what so ever, takde big ribbon blablabla. Sekarang ni banyak idea untuk cantik kan kasut kawen yang simple.. Salah satunya letak manik pearl. Tapi aku takut la nak letak, kalau jadi takpe. Kalau tak jadi? Lagi pun sayang pulak nak letak gam dekat kasut tu. sobsobsob.
Cuba tengok wedding shoes kat bawah ni, super gojes kan?
sangat melampau ke'gorjes'an nya kan?! lagi-lagi picha yang last ni!
See! Bertapa manisnya kaki bila melangkah kerana dihiasi ribbon gedabak tu.
Ochhh!! Sakit hati.
Supaya tidak merosakkan permukaan depan kasut, aku decide nak pilih decoration macam dalam picha kat atas ni. Tulis sesuatu di bahagian tapak kasut. At least tak merosakkan permukaan depan kasut kan? Tapak takpe lah kan? Hehehe. Walaupun tapak, tapi wajib berhati-hati dan kemas okay..
"I Do"!! Harap-harap menjadi. Amin. Risau jugak. Buatnya tak sempat nak buat, dah kempunan. Hehe!
thanks readers!
Love,
Nursaila Norman!