CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 31, 2011

Semakin besar kejahatan anda, semakin besar ruang kebahagiaan kami

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


*ini sticky post. you know what to do*

Morning all :)

Agak terkejut jugak pagi ni bila tengok kat bahagian komen.. Bukan terkejut sebab komen dari anon gila meroyan tu.. Tapi komen2 dari silent readers (aku agak, sbb takde link blog masing2). Semangat tol engkorang komen yek.. Hehehe.. Tak tahu la nak ucap macam mana.. Terima kasih banyak2 jela yg aku mampu ucapkan. Bukan sebab apa-apa pun, aku cuma tak sangka.. Dalam diam rupanya korang2 yang silent readers ni ganas jugak eh.. Hehe.. Yelah, selama ni diam je.. Tapi tak sangka lak korang boleh bersuara.

Pasal anonymous tu biarkan jelah.. Tak dapat kasih sayang yang cukup, macam tu la.. Mungkin dalam hidup dia terlalu banyak kekurangan sampai terpaksa buat macam2 supaya orang lain pun sama macam dia. Kita yang ada kehidupan yang sempurna ni teruskan hidup macam biasa. Bagi aku tak perlu langsung kita nak menyibuk hal orang lain kalau kita tahu bahawa hidup kita terlalu bahagia sampai tak sempat nak menyibuk/busuk hati dengan kehidupan orang lain. Kan? Kecuali kalau kita ni memang jenis tak bahagia, terpaksa la kita mengganggu gugat kehidupan orang lain supaya kita gembira tengok orang lain susah. Kan?

Hidup ni bukan susah sangat.. Senang je sebenarnya. Yang penting kita jangan sakit hati dengan orang lain je. Tu je. Kalau kita sakit hati dengan kehidupan orang lain, kita jugak yg rugi. Apa kita dapat? Dapat ke degree orang tu? Dapat ke kerja orang tu? Tak kan? Kita tetaplah macam tu.. Tetaplah merempat.. Tetaplah dibenci orang. Rugi tak? Rugi kan.. Hidup ni bukannya lama sangat.. Sementara ada kudrat boleh la nak belagak. Esok bila umur dah masuk 50an, 60an, 70an apa je yang kita boleh buat? Masa tu selagi perangai tak berubah, silap2 kita mati berulat pun orang tak ambil tahu.

Pasal apa yang anonymous tu komen sikit aku tak kisah.. Cuma terkejut je. Sebab? Ingatkan dah letak jawatan dari jadi stalker tak berbayar.. Rupanya masih berbakti lagi.. Agak2 kalau jawatan dia laku dalam Gov sure dia pencen umur 60 kan? Kau mampu jadi stalker sampai umur 60? Muahahaha.. Menggigil2 dah tangan ngan kaki tapi still stalk orang.. Seram okeh. That time orang buat amal ibadat sajaaaa.. Kehkehkehkeh.

Yang penting aku tahu, En Gaban tahu, dan seluruh ahli keluarga kami berdua tahu , bahawa kami takde langsung sebut2, cakap2, bercerita pasal orang2 yang tak perlu dalam blog ni. Ada kerrrr? Maybe aku sebut yang kami semakin bahagia kot.. Aiyoooo.. Susah tau jadi manusia ni. Takleh tengok orang lain senang. Sampai bila la nak maju.. Kan?

Bak kata kawan baik kesayangan aku 'anggap jela dia minat dekat kau'. Muahahahaha.. Boleh? Yelah, dok amek tahu hal aku lagi kenapa kan. Dah la aku tak kenal dia. Motif dia stalk blog aku adalah?? Serius aku takde jawapan. Aku takde la sampai tertekan dengan apa dia buat. Sebab aku dah tahu manusia jenis tak boleh tengok orang senang akan macam tu sampai bila2. So apa motif aku nak takut dengan orang macam tu kan. Dah tahu dia jenis macam tu macam ni, biarkan sahaja. Bak kata ibu aku,


'kalau dia nak jadi perempuan macam tu, buat apa kita layan. kalau kita layan, serupa la kita macam dia. nak ke jadi perempuan tak senonoh? ibu tak pernah ajar anak-anak ibu jadi macam tu. kita ni perempuan, perangai kena elok2, baru orang suka. perempuan kalau perangai macam tu sampai ke tua orang tak suka. nak ke orang hina, maki kita? tak selamat hidup kita.'


Haihhhh.. Bukan penat sebab kena ganggu. Tapi penat dok geleng kepala. Apa jelah dia ni.. Semoga anonymous tu mendapat kasih sayang yang cukup supaya dia tenang. Ustaz kata, kalau jiwa tak tenang memang masalah paling besar dalam hidup. Kita asyik tengok orang semuanya buruk, jahat. Padahal kita yang ada masalah jiwa. Semoga dia tahu apa matlamat dia hidup selama ni. Semoga dia faham erti redha. Semoga dia dapat terima, kehidupan aku dengan En Gaban memang semakin bahagia. Terimalah hakikat tu sayang.. Aku tahu terlalu pahit untuk anda telan. Tapi telan lah jugak perlahan-lahan. Semakin besar kejahatan anda, semakin besar ruang kebahagiaan kami. <----- hipotesis utk hari ini. Muahahahahaaa!!

Jangan panggil anak orang retarded. What if anda mendapat retarded child esok?

Those who leave a comment yesterday and today, thank you so much sayangs.. Kita biarkan saja orang berpenyakit sakit jiwa yang kronik tu begitu. Peribahasa yang sesuai untuk hari ini ialah 'umpama anjing menyalak bukit'. Sekian.



thanks korang!



Love,
Tata!

Friday, December 30, 2011

Masuk tahun baru lagi.. Haihh

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Cuti tiga hari bermula hari esok korang pergi mana? En Gaban konvoi ke Penang. Aku tak boleh ikut. Bukan sebab dia tak bagi ikut.. Tapi aku tak boleh keluar berdua sampai lewat malam.. Kena balik sebelum pukul 12am. Hukhukhuk.. Tak sabar nak kawen. Wink! Wink!

Nasib baik ada benda nak kena settle kan. Beberapa benda.. Iaitu veil, hand bouquet, dengan centerpiece.. Cakap pasal veil nampaknya aku kena buat dua veil. Satu untuk nikah, satu lagi untuk resepsi. Plan awal nak buat satu baju je dah bertukar jadi dua baju.. Atas permintaan ibu aku dengan mak En Gaban. So HB pun kena buat dua jugak lah.. Bertambah lah kerja. Huhu..

Sabtu yang baru lepas dah settle kain untuk baju nikah berserta kain lace.. Satu yang aku suka dengan akak Jakel tu.. Sekali je dia pilih. Terus aku cair hati.. Aku siap cakap kat akak tu 'akak ingat saya lagi tak? saya yg beli lace kaler biru aritu..' Boleh tak? Macam la aku sorang je yang masuk Jakel kann.. Tapi jawapan akak tu 'ingattt..' Terharu. Hahaha

So apa lagi.. Gambate!! Warm up jari jemari yang ada cepat. Masa dah tak banyak. Buat sendiri memang la kena mula awal. Lain la sewa.. Sobsobsob. Sentimental value tu yang penting. En Gaban pun suka aku buat kerja2 menjahit ni.. Macam mak dia katanya.. Hikhikhik.
 
 

sayanggggg,belikan la adinda mesin jahit jenama apple tuuu..
 
 
 
Muahahahahahahaha!!



selamat tahun baru followers!
selamat tahun baru silent readers!


Love,
Tata!

Idea : Centerpieces

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua






























Aku adore dengan botol kaca tu. Okay, aku memang terpukau dengan yang simple2. Sorry kalau ada yang suka heavy.. Aku tak letak kat sini.. Sorry ya.. Sobsob. Dulu masa zaman sekolah selalu minum air Esprit. Berbotol2 gak la aku kumpul.. Pastu ntah mana2.. Botol tu pun boleh jadi sumber utama untuk men'diy' centerpiece ya.. Memula aritu plan nak beli gelas kaca yang untuk minum wine tu.. (apa la aku g sebut gelas wine) aiyooo.. Hahaha.. Tapi rasa2nya nak recycle botol atau tin pun okay kan? kan?




Aku curik botol esprit Zul.
Ni boleh dikira sebagai centerpiece ke?
Tengok bunga pun sedih je.



So decide sekarang.. Nak guna tin atau botol? Dua2 pun okay.. Tak payah dilema sangat.. Hikhik! Kalau tin murah, kalau botol lebih sikit dari tin.. Up to you :) Tapi kalau nak guna plastik pun boleh.




Starbucks ni pun okay kan? kan? kan?
Korang ajak satu ofis minum, pastu bekas dia korang ambil je.
Sure diorg taknak kannn.. Free!! Hahaha..
Ni pun nak kira sebagai centerpieces ke? Ni namanya sampah.
Muahahaha..
Lariii~~~





thanks korang!





Love,
Tata!

Abang Handsome

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




 







Hensem tak? Tapi sombong okehh.. Masa kitorang sampai kat situ, nampak dia tengah catwalk bajet hensem. Bila aku panggil2 dia nak pulak datang.. En Gaban pun keluarkan makanan kucing.. Wahhh, En Gaban sekarang bukan main lagi.. Ke sana sini bawak makanan kucing.. Tiap-tiap hari update kat aku pasal kucing2 kat area ofis dia. Mms bagai.. Okay, lupakan pasal En Gaban. Fokus kepada abg hensem ni sahaja okay.

Sambung balik.. Masa aku bagi makanan kucing dari celah pagar tu, aku ingatkan dia nak la langkah longkang takde la besar mana.. Beriya aku panjangkan tangan acah-acah depan hidung dia lepas tu aku letak kat tepi pagar.. Takde nya dia nak bangun langkah longkang tu. Boleh pulak dia park badan dia seperti gambar di atas. Bengang aku tengok dia.. Bapak pemalas.. Dia nak aku suap dia okeh.. Tak kuasa aku. Dah la sihat walafiat, hensem, gagah perkasa.. Makan pun nak orang suap.. Grrrrr!!

Muka je hensem. Tapi pemalas. Cissss..


thanks korang!



Love,
Tata!

 
 

Thursday, December 29, 2011

Budak cengeng ni nangis lagi

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Pagi-pagi buta (tipu sangat kan?) dah masuk meeting. Masa dalam meeting boleh pulak teringat 'eh, duit simpanan untuk bulan ni tak masuk lagi'. Berkira-kira lepas meeting pergi ATM lepas tu lari pecut pergi CIMB. Esok dah tak boleh kononnya. Sebab esok jumaat. Tak sempat.

Dah penat berlari dari blok selatan ke blok tengah, blok tengah ke blok selatan semula tapi lajak ke depan sikit menuju ke blok pejabat aku. Naik tingkat dua, capai buku simpanan. Lari turun bawah semula pergi blok sebelah sana pulak. (xpayah la bayangkan aku lari laju2, bayangkan aku lari2 anak je dah lah ye). Kelam kabut isi borang, tulis cantik2 sebab tengok macam tak ramai orang. Pergi kat mesin nombor giliran, budak guard tu cakap kaunter ASB dah tutup. Tutup? Macam kedai la pulak kan.. Bila dia tengok muka aku macam blur-blur ayam je, dia tunjukkan notis pemberitahuan kat tepi meja.

Sebarang urusan ASB dah ditutup bermula 21 Disember. Sebab diorang nak kira dividen. Lama aku baca notis tu. Serupa macam nak menghafal pun ada. Macam nak kena present kat En Gaban pulak g hafal lama2. Lepas tu aku blah dari situ. Masih blur. Urusan ASB dibuka semula pada 3 Januari nanti.

Korang faham tak perasaan aku time tu. Sedih tak payah cakap la.. Kecewa apa lagi. Slow je balik ke ofis. Down okehhh.. Semangat aku lari sana lari sini. Berkobar-kobar nak simpan.. Nanti dividen pun mesti lebih.. Tapi.. Semuanya dah terlambat. Apasal aku tak tahu pasal penutupan ASB tu? Huhuhuhu T_______T. Aku sedih yang teramat sangat. Muka masam je. Aku tahu aku tak patut tunjuk muka moody depan Zul dengan Ara tadi. Tapi aku memang kecewa sangat2. Sedih tahap melampau. Aku macam takleh terima semua ni (gila, drama habis aku ni).

Aku tak pergi lunch pun. Padahal dah lunch dah tadi lepas meeting. Tapi tu pukul 11.30pagi. Mana sama kan? Moralnya aku tak lunch sebab sedih. Duduk dalam bilik ofis pastu nangis sorang2. Damn. Kan? Budak cengeng kan? Menitik2 air mata ni.. Muahahaha.. Boleh pulak kau menangis.. Aiyoooo.. Dah nangis tu baru lega.. Pastu dah okay. Kalau tak nangis tak boleh ke eh?




thanks korang!




Love,
Tata!



Wednesday, December 28, 2011

Bila Dah Dapat Diari 2012

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Beberapa hari sebelum meninggalkan tahun 2011 (harap2 takde lagi yg gatal tangan g tinggalkan komen sebut2 retarded. biasa la, kes sakit hati), macam biasa la banyak dapat diari baru dengan kalendar baru. Shopping kat Kamdar dapat kalendar, shopping kat Jakel dapat kalendar jugak. Beli barang dapur pun dapat kalendar jugak.. Kalau aku gantung semua kalendar yang aku dapat, sure dah rupa wallpaper. Hikhik..

Diari pun sama.. Dulu masa zaman sekolah, siapa yang nak bagi aku diari kannn.. Jadinya gigih la g beli kat kedai buku. Masa tu takde la beli diari kaler hitam macam korporat keparat ni.. Beli yang ada kaler2, bunga2, katun2. Konon2 comel. Tetaplah si diari yang comel. Tuan punya diari tak payah nak perasan sangat. Sekarang ni tak merasa dah diari kaler2, katun2, bunga2, daun2 bagai. Hitam gelap gelita je semua. Beberapa minggu lepas dapat sebuah. Tapi tak sebest macam yang aku pakai sekarang ni. Tapi takpe.

Semalam dapat dari company En Gaban pulak. Memula belagak. Cakap tamau. Dah ada lah, apa lah.. Bila bukak kat rumah, ehhhh sukaaaa.. Kaler oren. Hahaha.. Semangat sikit.. Boleh? Hehehe.. Belek-belek isi dalam terus jatuh cinta. Design yang aku suka.. Nasib baik tak tolak sungguh2. Kalau tak mesti melepas.. Hehehehe.. Ni kalau En Gaban tahu, harus lah dia mengutuk aku ni. Ssshhhh!

Aku suka kalau kat setiap tarikh, ruang untuk menulis dia besar.. Aku tak suka jenis yang ruang menulis ada garis2 macam buku sekolah tu.. Kalau design kotak2 pastu ruang dia kotak2 besar memang aku suka. Motif? Hehehe.. Senang aku nak tulis segala benda, senang jugak nampak apa aku tulis. Muahahahaha..





ni diari untuk tahun 2011
cuba tengok helaian2 tu
serabut kan? macam tuan dia jugak


tanda kuning tu aku buat sendiri
hikhikhik
sedih kan?


abaikan tulisan2 tu semua
kotak2 macam ni la aku suka
dah tu, sila buat diari sendiri
baek!


Kalendar baru dapat tadi
ni secara official dapat pagi tadi
tapi aku tak suka
banyak songeh la pulak


picha diari dari company En Gaban tiada.
nanti aku tunjuk eh,eh,eh..
perlu ke???
perluuuu.. supaya En Gaban tak kecik hati
hikhikhik!


Kalendar yang company En Gaban punya pun best.. Gambar2 kat kalendar memang cute.. Cuti-cuti penting ditanda dengan picha apple merah comel je.. Melambangkan 'an apple a day can shyuu the doctor away' Heeee~ Masa belek-belek kalendar tu baru perasan.. Bulan Ramadhan jatuh pada bulan Julai nanti. Ohhh, awalnya.. Sebelum merdeka kita dah raya.. Masa belek-belek tu jugak aku terasa macam 'cepatnya masa berlalu..tahun depan dah..err,errr..'. Kiranya mulai Januari 2012 ni dah boleh book apa yang patut dah.. Kursus kawen paling best. Hiks! Best okehhh, dapat ilmu.. Aku dah pergi dulu. Tapi aku nak pergi lagi.. Hehehe..

Tetiba macam, 'are you ready Saila?'
Errrrrr..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
'yes! i will study and get ready!'



thanks korang!



Love,
Tata!

Tuesday, December 27, 2011

Teaser : HB for my Nikah Day

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Semalam isnin kan? Dapat settle kan 2 perkara.. Pertama dapat pegang hand bouquet yang dibuat sendiri (walaupun belum siap sepenuhnya) hasil pembelajaran dari blog IntanNorazam. Keduanya ialah kain untuk baju nikah sudah dihantar untuk dijahit. Yayyyy!!

Kita cakap pasal baju nikah dulu eh.. Baju nikah aku memang simple habis. Sebab tamau feeling2 pengantin sangat. Yang sedang-sedang saja (lagu Iwan Dangdut tu). So dalam kepala ni just fikir 'ala,biasa2 je lah..sedar diri okehhh'. Semalam ibu aku paksa aku hantar kain tersebut. Tak prepare pape pun. Tapi, yang buat aku seronok sangat adalah bila, akak yang akan jahit baju aku tu nanti dia tau apa aku nak. Aku dah la slow tahap siput kalau bab jahit baju ni.. Tak tau macam mana nak explain.. Nasib baik ada picha baju yang aku minat tu dalam henfon. Last, akak tu tau pun apa yang perempuan slow ni nak.. Saya nak yang macam tu ahkakkk.. Tenkiu. Harap2 okay, jangan buruk sudah lah. Amin. Wink! Wink!

Kedua soal HB pulak.. Memula aku tak yakin aku boleh buat. Dengan keadaan kerja, keadaan diri yang kerap merayap dan melepak, membuatkan keyakinan aku untuk merealisasikan HB aku macam 25% je..













ini belum siap sepenuhnya.
tapi saya sangat suka.
:)






thanks korang!



Love,
Tata!



Kenduri Kawen Anak Boss Saya

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Ahad 25 Dis 2011 kenduri kahwin boss aku. Eh! Anak boss aku. Kenduri kahwin anak boss aku okeh.. Memula tamau pergi sebab malu. Muahahaha.. Malu apakah? Yelah, kepala kan togel.. Malu la nak tunjuk rupa yang sebenar. Kehkehkehkeh. Macam serigala jadian pun ada kan? kan? kan? Kat ofis lain, kat luar lain.. Muahahaha..

Tapi bila fikir2 balik, tak baik tau tak datang.. Dah la En Boss ada 3orang anak buah je.. Kalau tak datang sorang mesti boss aku tahu. Malu la kan.. Dah nama pun boss, anak buah kena la support lebih.. Aku sampai-sampai je kat dewan kenduri tu En Boss sambut meriah okeh.. Bila lagi nak merasa En Boss sambut kita yang tak seberapa nih kannn? Hikhik.. Malu-malu anak kucing aku nak perkenalkan En Gaban kat En Boss. Lepas salam dengan isteri En Boss, perkenalkan En Gaban pastu laju2 masuk dewan. Konon2 nak ngelak cepat2 dari En Boss. Mengong.

Masa ambil makanan, En Gaban bisik 'boss anda tengok anda sampai hilang dari pandangan'. Habis la aku.. Harus kena tarbiah masuk ofis nanti. Huhuhu.. Masa ambil makanan clash dengan En Boss yang lain pulak.. That time memang takleh nak menyorok dah. Sengih macam kerang wangi lebih kurang pastu tegur En Boss tersebut.. Hahaha. En Gaban gelak2 kan aku. Bagussss sangat.















Suka dengan sudu kecik tu.. Colourful.


Dari kenduri En Boss terus pergi Times Square, konon-konon nak shopping sikit. Last-last apa pun tak boleh.. Nak jalan pun tak boleh, ni kan pulak nak memilih memilah.. Aku pegang baju tu, orang lain pun pegang jugak. Habis tu cemana? Aku masuk shop lot sorang je, En Gaban aku suruh dia tuggu kat luar. Last-last cari En Gaban kat luar pastu paksa dia bawak aku keluar sebelum terlambat. 'sila bawak saya ke tempat yang lebih aman'.





Ni lah tempat yang aman.
Muahahaha..
Bukan ke baru lepas makan nasik minyak??





Sila salahkan mamat ni.
Dia yang sebut2 pasal Secret Recipe. Sape suruh.





En Gaban cakap 'gadis kampung perasan nak makan spaghetti'
Hukhukhuk!
Dulik apa.


Masa tengah makan2 (jenis tak reti kenyang sungguh), ibu aku call. Katanya buah durian ada kat rumah, fresh2 dari kebun. En Gaban dijemput hadir untuk menikmati durian fresh tersebut. Wahhh, lepas nasik minyak, kek coklat bersalut spaghetti, lepas tu durian pulakkk.. Sampai-sampai je kat rumah aku pun lipat lengan baju kurung, hidang apa yang patut. Dari pukul 6pm sampai ke maghrib kitorang borak2 gelak2 satu family. Aku suruh En Gaban solat maghrib dulu pastu baru boleh pulang. Lepas solat semua, ayah aku start buat Nasi Goreng pulak.. Tahan En Gaban jangan bagi balik dulu. Makan lagi?? Yaaaa.. Disebabkan En Gaban tak pandai masak, jadi En Gaban tengok berita sambil main dengan Dada.

Makan Nasi Goreng sambil gelak-gelak sekali lagi. Psssstt.. En Gaban tambah 2kali okeh. Perut jenis apakah dia? Biasa la, dah tak malu-malu kucing dahhhh.. Sanggup tambah 2kali. Hikhikhik! Lepas dinner baru lepaskan En Gaban pulang. Settle aktiviti di hari ahad.





thanks korang!




Love,
Tata!





Bike Week 2011 @ Kuala Lumpur

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai gegirls!
Hik.

Cuti 3 hari pergi mana korang? Jom layan Bike Week 2011 nak? Hehehe.. Kalau korang taknak pun tetap kena paksa layan jugak.. Wink! Wink!

First time aku attend Bike Week ni adalah pada tahun 2009. Masa tu baruuu je habis belajar.. Baru kenal dunia En Gaban dengan kelab dia. Memang terus jatuh cinta la dengan aktiviti permotoran ni. Masa tu jugak first time kenal siapa tu Dira Abu Zahar. Orang dia memang sweet habis. Abang2, pakcik2 superbike memang awesome. Picha Bike Week 2009 aku rasa ada dalam lappy kot. Nanti lah aku selongkar.. Huhu. Part paling best mestilah Burn Out. Okay, tak payah explain.. Dira Abu Zahar memang MC tetap untuk Bike Week Kuala Lumpur. Dia sangat manissss.. Layan picha tak seberapa jela eh, eh, eh?














Yang baju mcm Haiwaii tu pakcik aku, Stephen Chow Shing-Ci.
Kantoi sudah aku dengan En Gaban.
Hikhikhik









































Aku mampu pakai payung Avon je kau!





Mana satu yang hot?
a) Motor
b) Jaket
c) Awek
d) Semua di atas




















A happy family!
Adore!





Ada macam nenek kebayan tak?
Siap berasap2 okehhhh..





The Necklace





Dalam hati ada taman superbikes!!










Tapi yang ni jugak yang aku sayang, chenta, buchuk2, intan payung, manja2.
Abaikan tongkat itu.
Dan abaikan perkataan 'cap ayam' itu juga.
Kalau takde En Black nie.. Nangis okeh.



Sorry, kalau tak suka. Tapi saya memang suka. Ada hati majlis kahwin nanti nak ada rider abang2 Ninja.. Boleh?




Love,
Tata!

Wednesday, December 21, 2011

Garden

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Entry makan lagi? Memang kami macam ni.. Hikhikhik! Suka makan, makan, makan dan makan.. Takde la sampai tahap JalanJalanCariMakan tu.. Takat lunch je.. Hukhukhuk! Ni semua salah Zul. Dia paksa masuk Garden. Sebab katanya 'ni je mampu u oll'. Kejinyaaaaaa.. Bonus kau 5bulan kannn.. Keji. Dan.. Dannnn.. Ada lagi satu hal keji dari dia.. Sentap okeh..

Aku  : Zul, Zul.. Meh sini kejap.
(dia toleh pandang aku)
Zul  : Kau ingat kau pakai tudung macam tu kau bajet macam Izzah la?? Kau ingat kau cantikkk?
Aku  : (eh, eh, ehhh? dia tengok Ombak Rindu ke? bila)

Keji okeh dia jeles dengan tudung aku. Harem sungguh. Sentap tau. Ni kalau aku ke depankan tudung aku ni nanti dia jadi gelembung2 macam hampeh sebab tu aku tarik ke belakang sikit supaya dekat dengan dahi supaya dia tak gelembunggggggg.. (mati kau cakap dalam satu nafas).
Sentap-sentap pun selera lagi kau pergi lunch kan? Muahahahaha..




Welcome sayangs!







Ada contest.. Dia suruh kira berapa angry birds dalam tu..
Yang ado nak kira.. Maleh den..






Aku suruh dia buat muka 'heaven'
Jadi kan? Geli.






Muahahaha.. Ini lah Izzah Ombak Omak Rindu Ekau.
Mampu?
Apa salah tudung aku ntah..
Jeles! Erk! Hahaha (hampir kena keji nanti)






Ara? What happen?
Mulot Itik






Oh si muka dulang.. Aku dah macam sebahagian dari pokok2 bunga kan?






Yummy!!






Update status terus. Poyo kannn..






Chicken Teriyaki






Garden Black Pepper Chicken Chop






Iced Lemon Tea





Watermelon Blast






Yang putih tu Longan Blast






Besar kau!






Tak sedut pun. Hahaha.. Bapak masam. Tekak aku memang gagal tol kalau masam2 ni tau.
Patah selera.. Hehehehehe






Sebelum mengakhiri entry di petang Rabu, jom layan ayat-ayat indah dari buku menu Garden ni..
















Orang baca menu, aku baca quotes.
Pastu berangan buat wedding kat situ..
Berangan lah kauuuu..






Simpan dalam pala otak elok2.
Nanti buat deko-deko dekat rumah sendiri macam ni eh..
Berangan lagi sekali.
Eh, angan-angan tu penting apa.. Hikhik






Eh, pompuan nih!
Nampak tak tudung tu? Nak jadi gelembung2 kan? kan?
Tengok, alasan aku logik apa.. Hehehe






Sila nyanyi lagu 'Gadis dan Bunga'
Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja
Lalalalalalalalalalalalalalalalala




terpanjang lak entry ni. haha!
sorry!








thanks korang!



Love,
Tata!