Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua
*ini sticky post. you know what to do*
Morning all :)
Agak terkejut jugak pagi ni bila tengok kat bahagian komen.. Bukan terkejut sebab komen dari anon gila meroyan tu.. Tapi komen2 dari silent readers (aku agak, sbb takde link blog masing2). Semangat tol engkorang komen yek.. Hehehe.. Tak tahu la nak ucap macam mana.. Terima kasih banyak2 jela yg aku mampu ucapkan. Bukan sebab apa-apa pun, aku cuma tak sangka.. Dalam diam rupanya korang2 yang silent readers ni ganas jugak eh.. Hehe.. Yelah, selama ni diam je.. Tapi tak sangka lak korang boleh bersuara.
Pasal anonymous tu biarkan jelah.. Tak dapat kasih sayang yang cukup, macam tu la.. Mungkin dalam hidup dia terlalu banyak kekurangan sampai terpaksa buat macam2 supaya orang lain pun sama macam dia. Kita yang ada kehidupan yang sempurna ni teruskan hidup macam biasa. Bagi aku tak perlu langsung kita nak menyibuk hal orang lain kalau kita tahu bahawa hidup kita terlalu bahagia sampai tak sempat nak menyibuk/busuk hati dengan kehidupan orang lain. Kan? Kecuali kalau kita ni memang jenis tak bahagia, terpaksa la kita mengganggu gugat kehidupan orang lain supaya kita gembira tengok orang lain susah. Kan?
Hidup ni bukan susah sangat.. Senang je sebenarnya. Yang penting kita jangan sakit hati dengan orang lain je. Tu je. Kalau kita sakit hati dengan kehidupan orang lain, kita jugak yg rugi. Apa kita dapat? Dapat ke degree orang tu? Dapat ke kerja orang tu? Tak kan? Kita tetaplah macam tu.. Tetaplah merempat.. Tetaplah dibenci orang. Rugi tak? Rugi kan.. Hidup ni bukannya lama sangat.. Sementara ada kudrat boleh la nak belagak. Esok bila umur dah masuk 50an, 60an, 70an apa je yang kita boleh buat? Masa tu selagi perangai tak berubah, silap2 kita mati berulat pun orang tak ambil tahu.
Pasal apa yang anonymous tu komen sikit aku tak kisah.. Cuma terkejut je. Sebab? Ingatkan dah letak jawatan dari jadi stalker tak berbayar.. Rupanya masih berbakti lagi.. Agak2 kalau jawatan dia laku dalam Gov sure dia pencen umur 60 kan? Kau mampu jadi stalker sampai umur 60? Muahahaha.. Menggigil2 dah tangan ngan kaki tapi still stalk orang.. Seram okeh. That time orang buat amal ibadat sajaaaa.. Kehkehkehkeh.
Yang penting aku tahu, En Gaban tahu, dan seluruh ahli keluarga kami berdua tahu , bahawa kami takde langsung sebut2, cakap2, bercerita pasal orang2 yang tak perlu dalam blog ni. Ada kerrrr? Maybe aku sebut yang kami semakin bahagia kot.. Aiyoooo.. Susah tau jadi manusia ni. Takleh tengok orang lain senang. Sampai bila la nak maju.. Kan?
Bak kata kawan baik kesayangan aku 'anggap jela dia minat dekat kau'. Muahahahaha.. Boleh? Yelah, dok amek tahu hal aku lagi kenapa kan. Dah la aku tak kenal dia. Motif dia stalk blog aku adalah?? Serius aku takde jawapan. Aku takde la sampai tertekan dengan apa dia buat. Sebab aku dah tahu manusia jenis tak boleh tengok orang senang akan macam tu sampai bila2. So apa motif aku nak takut dengan orang macam tu kan. Dah tahu dia jenis macam tu macam ni, biarkan sahaja. Bak kata ibu aku,
'kalau dia nak jadi perempuan macam tu, buat apa kita layan. kalau kita layan, serupa la kita macam dia. nak ke jadi perempuan tak senonoh? ibu tak pernah ajar anak-anak ibu jadi macam tu. kita ni perempuan, perangai kena elok2, baru orang suka. perempuan kalau perangai macam tu sampai ke tua orang tak suka. nak ke orang hina, maki kita? tak selamat hidup kita.'
Haihhhh.. Bukan penat sebab kena ganggu. Tapi penat dok geleng kepala. Apa jelah dia ni.. Semoga anonymous tu mendapat kasih sayang yang cukup supaya dia tenang. Ustaz kata, kalau jiwa tak tenang memang masalah paling besar dalam hidup. Kita asyik tengok orang semuanya buruk, jahat. Padahal kita yang ada masalah jiwa. Semoga dia tahu apa matlamat dia hidup selama ni. Semoga dia faham erti redha. Semoga dia dapat terima, kehidupan aku dengan En Gaban memang semakin bahagia. Terimalah hakikat tu sayang.. Aku tahu terlalu pahit untuk anda telan. Tapi telan lah jugak perlahan-lahan. Semakin besar kejahatan anda, semakin besar ruang kebahagiaan kami. <----- hipotesis utk hari ini. Muahahahahaaa!!
Jangan panggil anak orang retarded. What if anda mendapat retarded child esok?
Those who leave a comment yesterday and today, thank you so much sayangs.. Kita biarkan saja orang berpenyakit sakit jiwa yang kronik tu begitu. Peribahasa yang sesuai untuk hari ini ialah 'umpama anjing menyalak bukit'. Sekian.
thanks korang!
Love,
Tata!