Assalamualaikum
Takde benda nak update memang sunyi sepi lah blog ni. Bukan main pemalassssss lagi owner blog ni. Nak cerita hal seharian takut orang kata takkkburr. Hahaha. Takde lah, gurau je. Hikhik!
Malas nak cerita pasal anak kat sini.. I olls ni kan ketinggalan keretapi. So malas pulak nak update apa-apa. Yelah, anak orang lain dah berlari okehhh.. Anak i olls baru meniarap dan berdiri tegak macam nyanyi lagu negara tu. Sobsob!
Cakap pasal milk booster ni, lain orang lain cara kan? Paling aku kagum ada kenalan blogger cakap dia punya milk booster ialah Durian Creepe! Oh Em Jie! I hate Durian Creepe. I hate Durian Creepe sahaja okeh. Durian dan tempoyak meh gimme satu bakul. Tapi siapa lah kita untuk menidakkan benda yang kita benci. Kebetulan kazen aku beli Durian Creepe sampai 2 bekas. Last-last dia cakap tak sedap. Banyak cream dari durian. Suami pulak jenis belasah apa saja asalkan halal, kazen aku suruh Suami aku habis kan. Pening2 aku tengok Suamiku Encik Gaban gigit Durian Creepe tu. Pastu dia suruh aku gigit sikit. Daaaaa, tak kuasa. Habis seketul Durian Creepe kat Encik Suami. Suami aku tak give up disitu sahaja, dia suruh aku try jugak. Katanya pejam mata, bayangkan durian semata-mata. Fineeee.. Aku pejam mata pastu gigit sikit. Macam bengong kan aku? Hahahaha!
Nyumnyumnyum, eh! Not bad. Gigit sikit lagi.. Not bad lah. Gigit lagi.. Last-last lesap separuh. Disebabkan 2 bekas Durian Creepe tu bagi kat kitorang, aku boleh katakan yang susu aku bertambah 1-2oz sepanjang aku makan Durian Creepe tu. Dalam seminggu jugak la aku nak habiskan 2 bekas Durian Creepe tu. Berapa banyak 'tu' daaaa.
Kepada yang tengah preggy, elok lah amalkan Horlicks dari awal pregnancy. Dalam entry 28weeks-suntikan-att-breastmilk ni aku ada bagitahu yang aku amalkan Horlicks sejak awal preggy sebab aku heartburn teruk. Tapi rupanya bukan heartburn, Aku gastrik sepanjang pregnant. Huhu! Horlicks jelah peneman aku setiap hari. Bosan okeh. Masa pregnant aku memang beruntung, aku makan benda yang baik-baik je due to alahan. No ais, No pedas, No ayam. Only chinese and western food sahaja masa tu. Poyo kan Melissa? Huahuahua. Cuba tak pregnant, kau sebut jelah apa yang aku tak makan. Kayu dengan batu je aku tak makan. Nak pregnant lagi lah. T_____T
Masa seminggu pertama susu memang banyak. Orang pelik badan kecik, susu banyak. Aku rasa sebab aku minum Horlicks hari-hari-hari-hari selama 7-8 bulan kot sebab tu susu banyak. Kot lah. Usaha je, tak mahal dan tak rugi pun minum Horlicks. Cuba nanti k?!
Now, Melissa dan 4 bulan +++. Lagi sebulan dah boleh bagi solid food. Harap dapatlah aku bf Melissa sampai 6 bulan. Ikutkan aku tak rasa boleh bf Melissa pun. Yelah, badan XS ada ke susu?? Mulut orang rilexxxxxx je judge. Aku tak prepare apa-apa pun. Pump pun beli yang manual. Guess what? Sampai ke hari ini berbakti mengepam sebelah by sebelah. Bertabah! Kuajaq punya mulut orang.
Kejap tadi bukak peti ais, nampak balance bahan-bahan buat air-longan-kurma-merah masa preggy. Tak susah pun nak buat, amek periuk, isi dengan air masak (sebab tak perlu tunggu air masak mendidih 100 darjah celcius - lambat), campak longan, kurma merah dengan buah kundur. Siap!
Jadi, milk booster aku so far cuma 3 je : Horlicks, Air Kurma Merah + Longan dengan Durian Creepe. Selain minum banyak air kosong dengan pump ikut jadual. Milk Booster yang beli aku belum try lagi. Sekarang ni, kat mana ada jual Durian Creepe area KL? Takkan aku nak kena pergi Hospital Ampang untuk Durian Creepe? "??????"
Jom share korang punya milk booster, satu lagi, betul ke kalau period, boleh effect penghasilan susu? Help me please..
Love,
Nursaila Norman!