CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 31, 2014

Makannnnnnnnn Dan Makan Sahaja :)

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, selera makan okay sejak dari awal mengandung. Cuma banyak jenis makanan yang aku kena elak disebabkan heartburn. Redha. Kalau tak, mesti menjadi-jadi berat aku naik melampaui batas. Huhu. Even banyak pantang makan, berat masih naik dengan jayanya mengikut kenaikan yang sepatutnya. Wahhhh.. Naik kat mana tak tau. Hikhik.

Bila Suami dapat gaji lebih awal dari Isteri, seronok lah Isteri mengidam macam-macam walaupun hakikatnya bukan mengidam pun! Sabtu baru ni pergi Alamanda, jumpa Ara dengan Zul (kawan MOF aku). Lamaaaaaa tak jumpa sejak I olls dah tak jadi orang Putrajaya. Hiks! Rindu Putrajaya, rindu Alamanda. Tapi tak rindu Hot Balloons. Sebab takde apa yang best. Hehehehehe.

Disebabkan aku kena jaga makan, so aku lah request nak makan apa. Hewhewhewhew. Aku pilih Noodle Station untuk bagi baby lunch.


































Suami punya air yang gelas kurus tu, aku punya Mango Sorbet, gelas gemoks comel tu. Tu feveret aku kalau ke Noodle Station. Rasa nak bayar dengan harga bekas sekali. Boleh takkk?




























Actually aku ada banyak sangat pilihan, taktau nak pilih apa. Elak ada yang unsur-unsur ayam, aku konfius antara udang tempura atau yang ini. Tapi sebab ini berunsurkan sup, aku pilih ini! Tapi gambar ni sebelum aku tuang sup ke dalam mangkuk. Rasa dia? Ya Allah, baby suka! Baby ke ibu baby? Kepingan daging tu yummy lah.




























Ini Suami punya, Chicken Chop. No for ayam! Tekak masih belum boleh terima ayam. Huhuhuhu! Rindu ayam :( Aku terkejut tengok kentang dia. Bapak besar! Chicken Chop dia pun besar. Suami senak nafas nak habiskan. Hehehehehe.

Itu cerita hari Sabtu, seharian dekat Alamanda. Nasib tak terjebak beli kasut Hush Puppies. Sakit betul hati. Konon untuk kasut pregnant lagi. Hehehehehe. Mengada betul.

So Ahad adalah hari aku rajin memasak. Sehari je dalam seminggu. Huhuhuhu. Ahad aku nak makan daging. Craving daging bakar sendiri buat. Mengada kan?



Daging diperap dengan segala rempah ratus! Perap 30 minit je sayangs. Tak sanggup nak perap lama-lama sebab aku dah tak sabar. Suami pulak asyik tanya 'makan bila ni'. Tanya 2,3 kali. Bila ditanya kenapa tanya banyak kali ni, nak makan daging ke? Dia cakap a'ah. Tak tahan bau dia. Oloh olohhhhh, comels. Haha.




























Siap dibakar! 




































Hiris daging halus-halus macam kat hotel tu, pastu ratah! Ni edisi tak sabar, bawak bersabar sikit aku buat air asam kicap, pastu makan dengan nasi putih panas-panas. Tapi sedihnya aku takleh makan banyak macam dulu. Sobs! Itu pun aku curik-curik makan lebih sikit dari yang sepatutnya. Tak puassssss :(

Takyah resepi lah kot, perap je dengan rempah ratus. Jangan lupa lebihkan lada hitam dan sikit rosemary leaves. Dah. Pastu panggang/grill/bakar. Panas-panas tu hiris nipis-nipis. Susun cantik-cantik dalam pinggan dan siram dengan air asam kicap. 

Sedapnya Ya Allah.. Eh, sendiri masak sendiri puji. Haha! Maybe sebab craving daging bakar kan, sedap saje lahhhhh :)

Sila cuba girls, simple tapi sedap!




Love,
Nursaila Norman!

Friday, March 28, 2014

17 Weeks Already Baybeh :)

Assalamualaikum.



Pagi tadi aku scan baby, monthly check up dengan private. Sehari sebelum check up perut aku kurang buncit macam biasa. Aku agak maybe sebab angin dah okay. Tapi still rasa risau sebab sebelum ni perut saaaangatttt tegang n besar. Scary. Hikhik.

Monthly check up kali ke-3 dengan private, feel so excited nak jumpa baby. Tadi scan kali ke-3, aku tak jangka pulak aku akan tengok baby melonjak-lonjak! Aku terkejutttt sangat. Ingatkan aku je terkejut, rupanya doctor pun terkejut tengok baby kicking.

Sepanjang doctor scan tak stop kicking, melonjak-lonjak. Aiyooo.. Takut pulak aku tengok. Huhuhu. Kaki dia tolak-tolak area ari-ari aku, pastu badan dia apa lagi melambung-lambung la. Kelakar ada, pelik ada, comel pun ada. Hehehe. 

First time tengok benda bergerak seaktif itu dalam perut. Hewhewhew. Doctor cakap dia tendang-tendang tu sebab nak kuatkan otot. Ohhww.. Okay lah, tendang lah 24jam pun takpe, sebab awak comel sangat melambung-lambung macam tu. Hehehehehe!


























Masa ni aku demam terukkkk, demam 'sesuatu'. Almost nak gugur. Sebab tu perkembangan baby macam kurang memberangsangkan. Time ni sepatutnya 9w. Tapi doctor kira hanya 7w. Sedih. Dah tak ngam dengan tarikh period :( Risauuuuu takyah cakap lah.




Masa ni dah 13w0d. Dah ngam balik dengan tarikh period. Yayyy. Happy! Masa ni baby posing  kemainnnnn lagi. Tergelak-gelak kitorang tengok dia posing. Huhuhuhu. 





Today 17w0d! Baby melambung-lambung, melonjak-lonjak like crazyyyyy. Rasa nak pegang suruh dia duduk diam je. Hehehehe.

Ukuran tinggi rahim pun perfect, alhamdulillah. Semuanya perfect doctor puji-puji. Okay lah, janji baby sihat, semua okay, takde problem, alhamdulillah. 

So far gula dalam badan masih negatif, padahal aku kuat jugak makan benda-benda manis lately. Huhuhu. Lepas ni control lah, sebelum jadi apa-apa. Huhuhuhu. Boss rajin sangat belanja staff aiskrim. Magnum lah, Cornetto lah. Baby lah orang paling happy kannnnnn? Huhuhu.

Okay lah, entry pendek je harini. Update pun dah petang-petang. Esok nak pergi Alamanda, kalau jumpa tegur lah ye! :)





Love,
Nursaila Norman!


Monday, March 24, 2014

Main MasakMasak : Salmon Grill with Lemon Sauce

Assalamualaikum.



Salam Isnin semuaaaaaa!

Sejak awallll awallll pregnant aku rajin gila ke dapur, lagi-lagi kalau aku nak makan benda tu, laju je aku buat. Semalam pepagi buta bangun tidur je terus rasa nak makan salmon. hiks :) Dah sihat sikit kannn, rajin pun datang lah :)

Sampai Ibu aku cakap macam tak mengandung je dia nih, larattt je ke dapur. iheeeee.. Alhamdulillah.

Sebelum membeli bahan-bahan, aku sempat tgk channel 703 (AFC). Sempat aku tengok chef Bruce Lim grill sayur-sayuran! Dan-dan aku nak! Oh, aku sekarang suka sangat tgk rancangan masakan. Mana yang aku sempat tangkap pakai mata, laju aku try. So semalam aku try cara Bruce Lim grill sayur!

Kalau bab membeli sayur aku memang hantu! Aku bukan penggemar terung sangat, tapi sebab tgk Bruce Lim grill terung, aku beli.

Cut it short....


















Disebabkan aku gila sayur, aku grill sayur dulu walaupun niat asal nak makan salmon. Haha. Resepi nak sedap grill sayur boleh cuba :

Olive oil
Garam
Lada hitam

Gaulkan sayur yang korang suka sampai sebati dengan bahan-bahan kat atas ni, pastu grill! Masa grill sayur-sayuran ni, bau diaaaa.. Ya Allah.. 


























Ini lah rupa paras sayur-sayuran aku yang telah di grill :)



Lepas tu baru aku grill salmon pulaks..


























Aku perapkan salmon dengan perahan limau sikittt, lada hitam, garam dan rosemary leaves. Lada hitam aku letak banyak lah jugak, sebab aku suka lada hitam.

Sambil tunggu salmon di grill kan, aku buat kuah dia. Kuah lemon sauce ni aku ambil dari google je. Bahan-bahan dia pun senang :



1/2 cawan butter
2 ulas bawang putih
Lada hitam
Garam
Lemon (tapi aku gantikan dengan limau nipis)

Panaskan butter, lepas tu masukkan bawang putih. Perahkan sikit lemon ikut citarasa masing-masing. Bau dah wangi masukkan lada hitam dan garam. Kalau nak masam lagi, perah lagi lemon tadi. Macam aku kurang suka masam-masam, aku aku perah sikit je.

Salmon dah masak, sila hias atas pinggan bersama-sama sayur-sayuran tadi. Lepas tu siram salmon dengan kuah lemon sauce tadi. 

Masa masak kuah lemon tu, aku rasa macam tak best je bau dia, sebab aku tak suka bawang putih :( Rasa macam fail je nih. Tapi dah masak kan, takkan nak cancel, tawakal jelah :)


























Rupanya sedapppppp gilerrrr :) Ikan rasa manis manis masin, ada aroma rosemary, kuah pulak masam-masam sikit.

Makan separuh ikan aku dah kenyang, pastu tak puas hati aku grill lagi sayur. Kali ni tambah ubi kentang pulak sebab nak try ubi kentang + rosemary :)


























Jadi lah macam ni.. Lebih sayur dari salmon. Hehehehehe.. Ni terus rasa nak grill lagi! Huhuhuhuhu.. Sabar ye, balik ni kita grill sampai lebam ye baby :)

Aku ni tak lah pandai masak, tapi kalau sekali masak tu boleh je sebenarnya. Tapi malas yang lebih. Padanlah muka. hiks!







Love,
Nursaila Norman!


Friday, March 21, 2014

Pengalaman Heartburn & Perut Berangin Teruk!

Assalamualaikum.


Bila bercakap pasal perut berangin, heartburn dekat sesiapa sahaja termasuk lah doctor, jawapan semuaaaaaa sama 'normal'. Tapi maybe, maybe kes aku lain dari orang lain. Maybe. Sebabnya orang lain perut berangin, heartburn masa pregnant, muka coooollllll je. Macam takde pape pun. When it comes to me, masyaallah..... Rasa tak selesa terseksa, macam berlaku pendarah kronik okeh. Aku tak tau lah rasa pendarahan dalaman tu macam mana. Tapi itu lah yang aku boleh bagi contoh. Nak bagitahu betapa terseksa nya. Huhuhuhuhuhu.

Lebih 2 bulan, aku hadap masalah perut berangin + heartburn secara pakej eksklusif tu. Start tahu pregnant masa 6 weeks tu dia mula dah. Sampai lah minggu ke 15. Bertabah aku ikut panduan untuk elak perut berangin + heartburn. Masa memula aku taktau, tekak pulak masa tu nak makan yang bestttt-besttt je. Nak tomyam, nak laksa. Tak pasal-pasal kami laki bini makan tomyam almost every night. Kebetulan, aku baru baik demam teruk, batuk2 pulak. Petuanya minum air limau kasturi campur madu. Memang mujarab, tapi kena amalkan selalu. Bila makan kat luar aku order air limau panas.

So?

So.... Semua tu penyumbang kepada kesakitan yang teruk! 

Sepatutnya aku tak boleh makan pedas dan masam. Tapi nampak tak apa yang aku makan? Masuk minggu ke-11 macam tu aku stop makan masam dan pedas. Tak sentuh langsung dah. Apa-apa sumber makanan yang ada rasa masam dan pedas aku elak. Kalau terpaksa macam g kenduri kawen ke, aku elak ambil sambal. Ambil isi je. Sambal asing tepi. 

Tapi aku still sakit perut. Susu takyah cakap lah, tak minum lansung. Beli je susu HL tapi duduk dalam peti ais comel-comel. Susu kan ada unsur masam. Kadang-kadang tu curik-curik minum soya, takpun kalau Suami makan koko krunch dengan susu, aku minum sikit.

Makan kuantiti yang sikit tapi kerap pun aku buat. Apa je yang sepatutnya, semua aku buat. Huhuhuhu. Perut tak boleh kosong doctor dan nurse cakap. Ya. Tak sempat nak kosong, otak ni ligatttt je fikir nak makan apa. Tapi? Makanan terhad la.. Masakan melayu apa yang takde pedas dan masam???

Kalau masakan cina tu halal, dah lama aku g sana okeh! Wu wu wuuu!

Aku amalkan makan kerap, kat meja ofis aku ni diorang cakap macam pantri. Pastu share ramai-ramai, kejap-kejap ada yang singgah bukak tupperware aku. Haha. Kurma lah penyelamat aku. Lapar sikittttt je, sikittttt je babe, laju-laju bukak tupperware makan kurma 2-3 biji. Pastu aku bawak cornflakes dalam tupperware, lapar sikittt je aku kunyah cornflakes. Buah lah, segala macam. Biskut vegetable pun ada. Nak?

Tapi masih sakit. Sakit yang 24 jam, kecuali aku tidur, bangun tidur pagi nak pergi keja je tak sakit. Lepas tu start sampai ke malam. sobs! Rasa nak baringggggg je. Baring je selesa. Baring mengiring. sosb!

Kalau orang lain kata perut berangin dan heartburn tu normal, aku tak rasa aku normal. Huhuhuhuhu.

Habis idea dah nak buat apa. Pantang makan sudah (pedas, masam, makanan berangin), jangan bagi perut kosong sudah, jangan makan berminyak sudah (walapun susah). Apa lagi eh, kot ada yang aku terlupa..

Tiap-tiap malam sapu balm kat tapak kaki konon supaya angin tak masuk dan menambahkan sengsara, entah ye ke tidak. Hehehehe. Sapu balm urut-urut sikit, pastu pakai stokin. No more sapu losyen-losyen. Hahaha. Burp takyah cakap lah, macam raksaksa and orang tua! Orang kecik, tapi burp macam raksaksa kenyang. Ngeeeee..

Semua ni sebab pregnant, tapi aku tak suka dan tak pernah salahkan keadaan pregnant aku menyebabkan aku jadi macam ni. Tak baik kan. Aku salahkan diri sendiri sebab tak jaga makan sebelum ni. Dan aku pun tak prepare langsung pasal perut berangin ni bila pregnant :(

Hakikatnya ruang jadi sempit sebab ada kehadiran baby, mudah senak dekat ulu hati. Kan? So bila kita makan lebih sikitttt je, berkawan pulak dengan angin dalam perut, serba tak kena terus! 

Minggu ke-15 aku jumpa doctor sebab dah tak tahan (macam dalam entry lepas yang aku pernah cerita), doctor kesiannnnnn dengar cerita aku pastu doctor bagi lah ubat. Safe for pregnancy. Walaupun gaviscon ada untuk pregnancy, tapi aku tak confident kecuali dapat nasihat doctor. Since Dr Ezeta ni satu-satunya doctor yang tahu keadaan aku dari pertama kali lewat period, sampai lah ke hari ini, senang lah dia tahu track record aku.



Kalau ikutkan cadangan makan ialah 10ml 3x sehari. Tapi aku ambil sekali sehari je. Itu pun hari pertama. Hari kedua aku ambil 7.5ml sehari sekali. Hari seterusnya 5ml sehari sekali. Ambil dalam 4 hari je. Harini tak ambil. Cuba untuk tidak ambil sebab perut dah okay sejak hari pertama ambil.

Alhamdulillah, legaaaaa banyak. Walaupun orang cakap tak elok ambil ubat sebab takut effect baby, tapi kalau atas nasihat doctor aku berani lah. Aku tak sanggup nak abaikan hari-hari aku hanya kerana aku sakit perut berangin. Banyak benda yang aku tak buat lagi untuk pregnancy ni. Kismis pun tak beli lagi sebab bila dah sakit perut tak selesa ni rasa nak baringggg je. Nak malas-malassss je. Pastu nangis sebab sakit :(

Kacang badam tak beli lagi, salmon tak beli lagi. See? Cream untuk stretch marks pun tak beli lagi. Kang dah bergaris2 kang sape yang bengang? Akuuu jugak. Sekarang ni sapu baby oil je. Dah okay ni boleh lah fikir pasal baby dengan seriusnya! Sebab Ibu dah sihat! Makan pun dah boleh makan banyak sikit, hiks!

Setiap Jumaat adalah permulaan hari baby membesar week by week. Jumaat ni baby dah 16 weeks! Alhamdulillah :) Jumaat depan 17 weeks kita jumpa sayang :) Insyaallah, amin.

lalalalalalalala hati senang sebab perut dah okay :)







Love,
Nursaila Norman!



Thursday, March 20, 2014

Conversation #8

Assalamualaikum.


Macam best-best je nak share conversation laki bini kan? Kalau yang tak sesuai tu tak payah lah share. Hehehehehe. Yang elok-elok je share.. Yang kureng tu, gelak berdua jelah. kehkehkeh.

Bagi chance aku nak share conversation kami eh.. Dah lama tak usik Suami dekat blog :p

Tak payah lah nak buat entri asing-asing kan? Buat sekali jelah kan?

Conversation 1

Situasi di pagi Sabtu, sesi mengemas rumah. At first aku cakap dekat Suami tolong tarik cadar, sebab tilam berat yang amat! Sengaja nak ngada-ngada, tarik selimut macam merbahaya. Hehehe! Tapi Suami mandi lama sangat. So aku mintak tolong Suami pasang cadar sebab nak angkat tilam berattttt yang amaattt. Jenis cadar pulak fitted. Tak baik untuk ibu dan baby. Hiks! So aku tinggalkan Suami memasang cadar sorang-sorang dalam bilik. Aku menyapu lantai dapur. Tak lama tu Suami tanya dari dalam bilik :

Suami : corak bunga kat cadar ni macam ni kan?
(macam lah aku boleh nampak)
Aku : haaa? (tak fokus)
Suami datang dapur : corak bunga patut macam ni kan? (sambil tunjuk cadar)
Aku : yee, pandaiii..

Tak lama tu aku masuk bilik nak bersiap.

Aku : Laaaa, kenapa sarungkan bantal sekali.. Tolong sarungkan cadar je ayangg..
Suami : takpe lahh..

Tapi macam biasa lah kan, kalau orang lelaki buat keja.. Buat tu memang buat.. Tapi.. Errr, tak kemas mana lah kan.. Hehehehe.

Aku : apa lah teruk sangat cadar ni, kemas-kemas lah sikittt (sambil betul-betul kan senget benget cadar)
Suami gelak sengihhh je.
Aku : sebelum ni pernah pasang cadar tak?
Suami : pernah.. (dengan penuh confident)
Aku : bila?
Suami : ni lah, first time..

Terus aku tergelak besar tak jadi nak marah, rasa nak peluk pun ada. Tapi kang jadi lain pulaks T___T


Conversation 2

Sejak aku pregnant, sejak berat badan semakin menaik dan bertambah ni, lagi galak Suami mencubit pipi aku. Dulu cubit jugak tapi takde la macam sekarang ni, 24 jam nak mencubit je keja. Apakah??

Tak kira time aku tengah tunduk menulis pun gigih carik pipi aku pastu cubit. Tengah ngadap cermin sapu-sapu krim pun cubit. Dang. Grrrrrrrr..

Sampai lah satu tahap kami nak keluar rumah, dia cubit lagi pipi aku. See? Agak lah nak keluar rumah dah pun, pun kena cubit? Pastu boleh dia cakap sesuatu yang aku tak dengar part yang last sekali. Memang aku tak dengar ayat last tu, so aku curious la nak tau ayat yang last tu sebab dia gelak. Aku pun nak gelak gak. Aku paksa jugak dia cakap..

Suami : baru bela setahun dah mok mok dahhh.. macam bela ayam..


Korang agak apa jadi lepas tu? Urgggghhhh! Kejamm samakan aku dengan ayam. Huhuhuhuhu. Dia gelak, aku gelak jugak tapi aku cubittttttt lengan dia kuattt2!

Huh!





Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, March 19, 2014

Klinik Kesihatan vs Klinik Swasta : Pregnancy Story

Assalamualaikum.


Just a simple story of me, yang orang lain dah lalui, yang aku baru nak lalui with exciting experience :) Setiap kali ada appointment check up, Suami yang super excited keep remind me 'yeay, minggu ni check up!' ' yeay, lusa check up!' 'yeay, esok check up!'. With a big smile! 

Aku kalau excited pun check up kat Klinik Swasta lah, sebab dapat jumpa baby :) Kalau check up dekat KK bukan tak best.. Bestttt. Tapi masa yang kita dah buang dekat situ, dengan info yang kita dapat tak berbaloi. Huhuhu. Bukan nak compare2. Tapi semua pun tahu kan?

For example, kalau dekat KS (klinik swasta) masa menunggu cuma 5-10 minit. Kalau aku sampai awal dari doctor, tunggu lah dalam 10-15 minit. Kalau aku sampai ngam-ngam dengan doctor, aku cuma perlu tunggu 5 minit. Suami akan pastikan kami sampai awal supaya kami adalah first patient. So doctor boleh layan aku dengan lebihhhh lama. Hehehe. Kalau KK pulak, so far aku tak pernah tunggu depan klinik sebelum klinik bukak. No point. Sampai lah awal macam mana pun, tetap kena tunggu nurse prepare apa yang patut, kan? Pukul 8am baru kitorang keluar dari rumah, sampai dekat KK 5-10 minit kemudian.  Orang dah ramai, so far aku tetap kena tunggu sejam (paling cepat). Jumpa nurse 10-15 minit itu pun tunggu diorang isi buku merah dua kali (sebab ada dua buku merah kan). Takde apa yang dikongsi meaning takde two way communication :(

Kalau ubat memang KK provide, macam sekarang ni nurse bagi Folic Acid, Vitamin B Complex, Iron Tablets, Vitamin C. So no need dari KS lagi lah kan. Nurse cakap makan ubat 2 jam lepas makan. Noted. Sebelum pregnant pun, kawan baik cakap dia selaaaaaaluuuu lupa makan ubat yang KK bagi sebab 2 jam lepas makan adalah masa dia tertidur. Selalu skip. Homaii aku dah la pemalas!

Skema lah aku makan ubat2 tu semua 2 jam lepas makan. End up dengan skip jugak! Sebab apa? Sebab tak sampai 2 jam aku dah lapar, aku dah makan. Tak main la makan biskut sekeping dua. Nak makan yang best-best je. Delay punya delay, selalu lah aku lupa nak makan ubat. Kadang-kadang tu skip sehari, skip dua hari :( Skema tak?

Bila check up dengan KS aku pun mengadu lah macam-macam (best part check up dengan KS boleh mengadu segala macam dengan penuh perasaan) ngeeeeee! Doctor cakap tak payah tunggu 2 jam pun, sebab aku pun bukan makan kenyang2 macam single dulu. Sekarang makan sikit dah kenyang, pastu lapar balik. So tak payah tunggu 2 jam. Agak-agak 40 minit or sejam macam tu, boleh dah makan ubat. 

Ya Allah, yeke? Skema and ngokngek nya aku. Haha. Lepas tu aku dapat minimum kan skip makan ubat. Alhamdulillah. 

Bab bloating and heartburn pun KK tak boleh nak tolong, sedih :( Nurse cuma cakap its normal for pregnant lady like me! Yeay, its like only me! Lepas tu aku selalu down sebab aku je yang bloating teruk ya rabbi. Even ayat nurse tu normal orang mengandung, tapi aku rasa macam aku je yang teruk. Serius teruk. Sampai aku nangis (tak keluar air mata pun, merengek je lebih) dekat Suami tak tahan la anginnnnnn. 

Honestly, masa aku bujang memang aku kuat angin dalam perut, tapi its like nothing for me sebab dah biasaaa (sambil buat muka kerek). Letak balm atau minyak panas kat perut settle. Tapi bila ada baby dalam perut ni takkan nak sapu minyak panas kot! Nak urut perut? No way. Lepas tu dia punya sensitif tak payah cakap la, makan sambal sikittttt je tak boleh. Makan benda masam sikitttttt tak boleh. 

Aku cuma boleh makan makanan omputih yang kat London tu je! Hahaha. Tak pun makanan cina dari China yang langsung tak kenal apa itu cili (itu pun kalau Halal lah).

Semua orang cakap 'esok anak kau mesti tak boleh makan pedas' 'esok baby mesti nak makan western je'. Waaahhh, baby, what say you? Kesian baby, bukan salah baby, salah Ibu lah. sobs!

Bila mengadu kat KS, doctor bagi ubat angin which safe untuk pregnant lady. Sampai tahap aku paksa muntah sebab angin menguasai perut (doc cakap), so tak bagus lah kan sampai tahap paksa muntah. Best lah kann bila dah muntah walaupun sakittttt gila masa muntah tu. Urghh! Doctor advice, bagi kata-kata semangat, bagi ubat yang sepatutnya untuk wanita mengandung macam aku, sobs.. So aku tak down lagi dah. Ngehngehngeh. Balik dengan senyuman dan kelegaan.

Migrain light-light pun malas nak tanya nurse KK. Bukan memperlekehkan diorang, tak. Huhuhuhu.. Tapi jawapan diorang kurang membantu atau memberangsangkan :( Jadi aku refer doctor KS. Doctor cakap simptom morning sickness ni macam-macam. Memandangkan masa bujang aku migrain seminggu sebelum period, ia agak normal asalkan aku masih okay (takde sampai tahap kritikal). Doctor cakap morning sickness ni start dari 6weeks sampai 16weeks. 

Aku lupa, aku baru masuk 15weeks. Daaaa.. Memula check up dulu doctor dah cakap tapi lupa. Hehehehe. Lepas doctor convince kan aku macam tu, terus migrain aku baik. Cisss. Aku rasa ni semua psikologi semata-mata. Bila dapat kata-kata semangat, advice dari doctor, kita rasa lega, tenang, acceptable, dan-dan tu okay. Huhuhuhuhu.

Tak dinafikan lah, KK pun ada kelebihan macam detect gula, kencing kotor, hb, darah cukup ke kurang, tapi kita tak boleh nak mengadu, bertanya lebih-lebih. Jawapan diorang simple sangat 'normal'. Morning sickness yang teruk sampai boleh memudaratkan kesihatan dan waktu bekerja pun ada ubat, aku pun baru tahu dari doctor KS aku tu. Takde sebab kita nak suffer dengan morning sickness doctor cakap. Tapi kalau KK mesti diorang cakap 'tu normal'. Huhuhuhuhuhuhuhuhu!!

Tapi dekat KK nurse-nurse semua baik lemah lembut.. Lama menunggu pun sejuk lah hati. Takde lah nurse moody ke apa ke. Orang cakap nurse KK suka marah-marah kalau ada yang tak kena, tapi so far okay lah.. Harap takde lah yang nak marah-marah kan. Macam aku, kena pergi Klinik Desa, so environment lain sikit dari KK. Tempat kecik, orang pun tak ramai, tak sesak, nurse pun cool je.

Korangs yang dah lalui benda ni mesti faham kan, walaupun tak best macam mana pun kita tetap kena pergi. Nurse KK jangan la salah faham pulak, nurse dengan doctor kan tak sama, that's why susah nak buat two way communication.. So aku okay lah dekat situ, sebab ada Dr Ezeta tempat rujukan segala kemusykilan. Kalau tak sempat nak ke KS aku refer babycenter dulu. Situ pun bagus banyak info dan tips :)

Bila dibaca-baca balik nampak macam aku sengaja nak buat comparison antara klinik kerajaan denga klinik swasta kan? Sebenarnya nak cakap pasal masa dan info je.. Hmmm, hakikat kan? Takpe kan?



























Sejuk kan mata dan hati dengan Turkey Breast + Chicken Slice! Urggghh.. All time favourite nih. Kalau boleh tiap hari nak makan ini. Sebelum pregnant bukan main gigih melantak ini konon makanan sihat. Roti, sayur-sayuran. Last-last time pregnant ni memang ini jelah makanan yang sesuai tanpa mengganggu perut :)

Bagus untuk ibu dan baby. hikhik :)





Love,
Nursaila Norman!


Daisy Crepe Hand Bouquet : Bandar Sunway

Assalamualaikum.





Soft Purple + Cream










Alhamdulillah, ada jugak yang nak menempah. Ingatkan dah tutup kedai dah, hihihihihi. Maaf lah, kualiti gambar tak cantik sebab snap gambar dalam rumah, pencahayaan pun tak cukup. Tapi hakikatnya bunga sangat comels. hiks! pitam T____T

thanks customer :)




Love,
Nursaila Norman!



Tuesday, March 18, 2014

Dulu Checklist Kawen, Sekarang?

Assalamualaikum.



Baby kita dah masuk minggu ke-15, alhamdulillah. Masuk minggu ke-16 je kita nak sibuk-sibuk buat checklist. Dulu sibuk buat checklist nak kawen kan.. Dah setahun lebih meninggalkan dunia checklist diy tu. Sekarang nak menyibuk buat checklist diy untuk baby pulakkkkkkk. Semalam MC melepak rumah Ibu sebab aku kan pemalas nak masak, duduk rumah Ibu macam duduk kat restoren (Suami cakap), sambil-sambil tolong Ibu masak tu cakap la aku nak buat itu ini. Tapi Ibu tak bagi aku menjahit dah! Orang-orang tua/dulu-dulu tak bagi gadis mengandung (gadis ke?!) menjahit. Dang! Baruuu berangan nak jahit itu ini. Wahhhh, macam banyak kan itu ini. Padahal alas tidur baby (baby quilt) dengan barut je pun. Hehehe.

So Ibu lah kena jahit. Aku menggunting jelah. Heeeeeeee.. Plus aku pilih kain, decide itu ini, bab menjahit bagi kat Ibu. Bagus tak? kehkehkeh.

Checklist setakat ni belum banyak lagi, baru beberapa je :

1. Barut
2. Baby Quilt (actually tak perlu mana pun, Malaysia kan panas)
3. Selimut
4. Bedung

Set tilam nak buat sendiri macam tak mampu je.. Walaupun berkobar-kobar nak pilih corak sendiri. So tempah jelah. Pilihan yang ada pun takde lah memuaskan mata sangat, apa yang aku pilih tu kira dah puas hati habis lah tu. Huhuhu.

So far itu jelah.. Diy barang baby tak banyak macam diy barang kawen. Sebab tu best lagi nak ada baby. Hikhikhik :)

Doakan checklist aku berjaya :)





Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, March 5, 2014

Wordless Wednesday : I Wish I Can

Assalamualaikum.









kembalikan mood rajin (lah saaangat) seperti dulu. banyak nak diy nih. khas untuk baby ibu :)





Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, March 4, 2014

Kasut Pregnant Kita :)

Assalamualaikum.


Masa kami decide nak pregnant, aku saja cakap kat Suami, yang aku nak kasut Clarks sebagai hadiah (ngeeeee). Suami cakap okayyy walaupun memula dia usik aku cakap 'errrkkkk!'. Tapi lepas tu dia cakap 'okayy'. Hehehehe. Tapi aku tak amek serius pun benda tu. 

Sampai lah lepas check up baby minggu ke-13, first time nampak baby dalam perut gila comel! terus tak sabar nak g beli barang baby T____T. Lepas check up tu, kitorang laki bini asyik tersengihhhhh je. Selain happy teramat sangat, postur baby dalam perut buat doctor dan kitorang tergelak. Hehehehe. Baru 13 minggu dah pandai posing ye!

Okay, kembali kepada cerita kasut, hehehe.. Jumaat check up, Sabtu terus pergi OU konon nak usha-usha baju baby. Tapi sampai-sampai OU Suami ajak beli kasut dulu. Suami bawak masuk Clarks tapi taknak lah beli brand tu. Tak masuk akal harga dia. Haritu aku saja je nak usik Suami. Lepas tu kitorang keluar. Aku ajak masuk Parksons. Situ kan banyak brand best-best. Bila masuk sana, Suami asyik cakap better Clarks. Ulang-ulang. Aku nak pilih kasut pun berbelah bagi tau. Huhuhuhu. Tapi aku tetap nak try semua brand sampai aku puas hati. Tapi ada jugak yang aku tak snap picha.. Sebab SA ada. Hehehehe!


Primavera


FlipFlop


Banyak pilihannnnnn dengan FlipFlop!

Primavera tu sedap di pakai. FlipFlop, memang super selesa. Nampak tak aku siap try depan cermin.. Aku nak FlipFlop je kalau Suami nak beli. Tapi Suami cakap aku requested Clarks so mari beli Clarks. Dah lah Parksons dengan Clarks bapak jauh macam berkilo-kilometer. Bertabah aku menapak ikutkan Suami.



Cuba teka, mana aku punya? Hehehe. Hati suka lah nak dapat Clarks. Pattern yang aku nak dah habis saiz. Terpaksa lah aku pilih pattern lain :( So takde la syok sangat.. Tapi dah Suami beriya nak belikan, terus happy balik :)

Sebelum decide nak patah balik ke Clarks, aku argue lah dengan Suami buat apa beli kasut mahal-mahal. Primavera tu pun okay. Tapi Suami cakap nanti berat badan aku makin berat, nak jalan nanti tak selesa. Sekarang pun baru pregnant 3 bulan, berat dah naik 3 kilo. Makannnnnnnn je. Huhuhuhu. Lagi pun pattern Primavera tu macam makcik-makcik, dia tau aku tak suka. Tapi sebab taknak susahkan Suami aku pejam mata je cakap cantik jugak apa. Hehehehe! Yang FlipFlop tu rm399. Walaupun lebih beberapa ringgit je dari Clarks, makin lah aku tak sampai hati nak ambil FlipFlop tu :(

Alhamdulillah, aku dah tak perlu pakai flat shoes lagi pergi office atau jalan-jalan. Kalau pergi office tak pakai kasut bertumit ni rasa macam tak corporate lah. Huhuhu. 

Nak tau ke aku pilih yang mana? Ihehehehehehe..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



mine!

komen sendiri pun masih ada. hahahaha!
pattern ni yang dah habis saiz :(


Terima kasih sayang, kita main-main je haritu. Tapi dapat betul-betul. Huhuhuhu. Tiap kali nak pakai kasut punya lah pakai dengan penuh kasih sayang. Haha. Keji. Paling kelakar Suami yang keluarkan kasut dari kotak, letak depan aku semata-mata nak suruh aku pakai, nak sangat tengok aku pakai. Huhuhuhu. Padahal masa tu aku tengah bersiap pakai tudung kot. Sabarrr jelah :)

Alasan aku dapat kasut pregnant idaman :
1. Berat badan makin bertambah
2. Ada baby untuk Suami inside my tummy :)

Kasut kawen pun Primavera tak best tu je. Haha. Ini untungnya sebelum kawen tak pernah dapat hadiah apa-apa. Haha. Lepas kawen Suami layannnn je bini dia, dengan alasan sebelum kawen tak pernah bagi  aku apa-apa. T_____T

Thank you sayang. Thank you. Hari-hari cakap thank you. Hahahaha. Ntah apa-apa aku ni.





Love,
Nursaila Norman!