Okay, pertama sekali saya terpanggil untuk buat entry ni bila Cik Fatin_Nah , tinggalkan komen semalam supaya saya buat satu entry tentang The Real Story : Who is Puan Anon? wahh, gempak tak tajuk? Semalam saya tak sempat nak balas komen2 korang semua sebab saya sibuk ptg semalam. Jadi hari ni saya buat jugak satu entry. TAPI..... bukan nak cerita siapa itu Pn Anon. Tak perlu rasanya saya nak cerita siapa dia di sini. Siapa dia? Hebat sangat kah dia di Malaysia? Apa jawatan dia di Parlimen? Saya tak kenal pun siapa dia. Apa perlunya saya bercakap tentang dia? Tak perlu. Jadi Cik Fatin_Nah, saya bukan nak menulis siapa itu Pn Anon sebab saya tak kenal dia. Saya ulangi, saya tak kenal dia.
Tujuan saya buat entry ini adalah untuk membangkitkan beberapa persoalan. Persoalan yang diutarakan oleh Pn Anon dalam komen2 dia semalam.
1. 'kalo ko menyumpah suruh tuhan kasi cash baguslah aku nak tgk gak bila tuhan nak balas org yg perasan dan busuk perangai cam ko'
Di manakah entry yang saya ada menyumpah Pn Anon? Pembaca blog yang tak seberapa ni, sila kemukakan kat saya entry mana yang saya ada menyumpah Pn Anon ni. Setahu saya, En Chu-E ada tinggalkan komen supaya 'TUHAN akan bayar dorang COD or by credit'. Kepada siapa En Chu-E tujukan? Untuk Pn Anon ke? Di mana ada nama Pn Anon di situ?
2. 'kenapa sebenarnya ko tak kasi tau kat kawan2 ko mak boyfren ko pun tak suka ko dgn dia'
Saya agak tertanya-tanya jugak la pasal ni. Tapi bila pikir2 balik, dari saya pikir sorang2, baik saya tanya sendiri dengan 'mak boyfren ko' yang Pn Anon maksudkan tu. Dont worry Pn Anon, saya akan tanya sendiri. Konfius gak.. Takkan la sampai dalam blog pun nak libatkan mak kot. Mak siapa. Jangan sebarangan. Silap mak kang, malu..
3. 'kami ni tak pernah pedulik pun apa ko nak buat ke hubungan ko dgn dia'
Kami tu siapa? Tak pernah pedulik apa saya buat? Hubungan saya dengan dia? Apakah? Konfius kejap kat sini. Hubungan apa Pn Anon? Tak pernah pedulik tentang apa ya? Seperti Pn Anon mengakui yang Pn Anon tahu tentang hubungan saya dgn blablabla. Seperti Pn Anon itu pernah ambil pedulik. Sebab tak timbul langsung isu ni kat entry. Tapi dengan tiba2 Pn Anon sebut tentang hal ni. Perlu ke? Konfius sgt2.
4. 'ko porak perandakan org lain'
Haaa.. Yang ni siyes saya pelik Cik Fatin_Nah. Saya porak perandakan orang? Kepada Pn Anon saya mahukan penjelasan yang lebih detail tentang perkara ni. Adakan saya pernah berebut suami dengan Pn Anon? Adakah saya pernah berebut harta dengan Pn Anon? Adakah saya pernah laga-lagakan Pn Anon dengan jiran tetangga? Saya mahukan penjelasan.
5. 'apasal guna blog main fitnah org'
Dengan tegas dan yakin saya nyatakan bahawa saya tidak memfitnah. Sila nyatakan mana satu fitnah saya untuk awk Pn Anon. Berani kerana benar.
6. 'kalo takat hidup pun masih menyusahkan org,baik tak payah hidup'
Pn Anon, saya menyusahkan hidup siapa eh? Saya mintak duit dari Pn Anon untuk makan tengahari ke? Saya mintak duit Pn Anon g shopping ke? Saya tumpang rumah Pn Anon ke? Ohhhh Pleaseeee... Cik Fatin_Nah saya gelak besar baca komen dia semalam. Saya menyusahkan hidup orang? Come on.. Saya ada kerja, saya ada gaji. Saya ada rumah sendiri, saya ada family yang harmoni,happy,supportive. Saya tak mintak duit orang, saya tak tumpang rumah orang. Yang penting saya mampu miliki apa yang saya mahu dengan DUIT saya sendiri. TAK PERNAH mintak,guna atau pinjam dari orang lain. Sila nyatakan apa yang saya susahkan orang?? Cakap jangan sebarangan. Padah nanti.
7. Untuk pengetahuan Cik Fatin_Nah, Pn Anon ada mempertikaikan tentang fizikal di komen dia yang pertama. Dan kemudian dia bercakap tentang ustazah, Allah Maha Adil blablabla. Saya rasa dia terlupa, dalam dia memuji Allah itu Maha Adil, dalam tak sedar dia menghina ciptaan Allah yang Maha Sempurna tu. Pn Anon, kecacatan/kekurangan saya adalah ciptaan Allah semata-mata. Allah menciptakan saya dan awk. Jangan terlalu takbur dengan apa yang awk miliki. Cermin diri sendiri baru cakap tentang orang lain. Menghina ciptaan Allah hukumnya apa ya ustazah?
8. 'ke awak malu nak beritahu kengkawan cerita sebenar'
Cerita apa Pn Anon? Jangan sampai saya rasa tercabar dengan kata-kata awak tu. Awak sendiri tahu apa padahnya kalau saya cerita hal yang sebenar kat sini dan dekat kawan2 saya. Fikirkan maruah orang yang satu itu. Kalau awk bercakap mcm orang tak habis sekolah kat sini, saya bukan mcm tu. Cerita sebenar akan melibatkan banyak maruah. Hati2 bila berkata2.
9. 'bagus sungguh karangan awak'
Ini bukan karangan. Ini penulisan. Karangan tu untuk budak sekolah rendah. Tahap UPSR. Ini penulisan ya.
10. 'satu je saya puji awak sungguh pandai berlakon'
Terima kasih banyak-banyakkkk.. Setahu saya, saya menulis di blog. Bukan berlakon di blog. Dasat.
11. 'saya rasa u dgn encik gaban buat cerita palsu la. fact salah'
En Gaban telah pun maklum tentang kata-kata Pn Anon itu. Dia amat amarah. Pn Anon kenal En Gaban ke? Saya kenal En Gaban lebih 4 tahun. Pn Anon kenal dia tak tahu la berapa ratus tahun kan. Tapi setahu saya En Gaban bukan jenis putar alam. Bukan jenis penipu, pembohong, pembelit. Emak kandung En Gaban sendiri yakin anak dia bukan penipu. Apa lagi nak buat cerita palsu. Tapi kalau salah fakta tu mungkin la.. Mungkin peratusan statistik yang En Gaban bentangkan selama ni salah kot. Mungkin sumber2 yang dijadikan rujukan tu salah sikit kot. Nanti kita semak semula k.
12. 'jgn ganggu rumah tangga orang, awang ( patutnya awak - salah eja ) belum kawen'
Part ni saya nak gelak pun pikir banyak kali. Nak gelak slow ke nak gelak kuat-kuat sampai orang tingkat 11 leh dengar. Apa saya nak cakap eh? Macam ni jelah.. Mohon penjelasan dari suami Pn Anon, saya ada affair dengan dia ke? Saya ngorat suami Pn Anon ke? Saya ada niat nak bermadu dengan Pn Anon ke? Adohaiiiii.. Saya nak ganggu rumah tangga awk bt apa Pn Anon.. Hubungan saya yang terumbang ambing ni pun kena ganggu, ada orang nak porak peranda kan.. Saya sibuk nak pikir cara nak bertahan dengan dugaan yang datang tak habis2 ni tau. Apa ada hal saya nak ganggu rumah tangga awk? Alahaii.. Sape la yang patut grow up ni.
13. 'kan dah ckp u dgn gaban salah facts,sbb tu delete komen i'
Bukan saya delete sebab salah fakta. Tapi karangan awk tu memperbodohkan diri sendiri. Awk cerita pasal 'mak boyfren ko', kekurangan fizikal org, cakap orang salah fakta. Kalau saya appear kan komen2 awak tu, yang malu awak sendiri. Cara awak mengarang nmpk sgt awak takleh kontrol nafsu marah awak. Saya perlukan penulisan yang tenang,teratur,profesional mcm Niza dan Eifa. Wanita-wanita berilmu. Bukan karangan.
14. Untuk Cik Fatin_Nah, saya harap entry ni dapat memuaskan hati anda. Saya buat entry ni bukan nak cari pasal, cari gaduh atau nak panjang2kan hal. Tapi saya rasa saya perlu timbulkan persoalan ni kepada empunya badan. Dia komen panjang lebar, ngamuk2, kutuk2.. Saya jadi pelik. Siapa dia ni tiba2 mcm harimau masuk kandang kambing. Salam takde, tau2 meroyan. Pom pang pom pang pom pang, habis semua cerita dalam kain dia kuarkan kat sini. Tu saya delete. Tak malu ke cerita pasal seluar dalam koyak kat sini.
Sesungguhnya saya tak kenal siapa Pn Anon a.k.a Aida ni. Saya tak pernah berkawan dengan dia, saya tak pernah berbual panjang dengan dia ( sama ada dgn secara mesra ataupun gaduh ), saya tak tahu asal usul dia, saya tak tahu pun nama penuh dia, berbinti kan siapa ( sebab kwn2 saya sume saya tahu dia bin @ binti apa ), dari mana dia datang, siapa diri dia, tak pernah pun duduk dengan dia lebih 24jam, tak pernah bergelak ketawa pun dengan dia, tak pernah apa-apa pun dengan dia. Senang kata saya langsung tak kenal siapa dia. Tapi dia mcm kenal sgt dengan saya. Padahal kitorg tak pernah pun berkawan. Dia kenal saya dari mana? Dari orang tengah ke? Ada pasang spy ke? Dia intip saya? Intip blog saya ke?
Prinsip saya : saya takkan bercakap tentang orang yang saya tak suka. Itu hanya meletihkan saya umpama membawa seguni beras dibelakang.
Tapi saya menegur orang-orang yang saya rasa sudah terlalu melampau mengganggu hidup saya sama ada secara nyata atau maya ( dalam blog ). Di dunia nyata dia mengumpat,mengeji saya. Dalam blog dia pantau saya. Kalau tidak masa kan saya terdengar orang cakap
si polan tu tak puas hati apa ko tulis sebab apa ko tulis tu terkena kat batang hidung dia sendiri
Pn Anon rasa Pn Anon tergolong dalam isu ni ke? Mohon maaf saya pinta andai Pn Anon terasa. Bukan Pn Anon saja yang ada dalam dunia ni. Ada ramai lagi manusia lain. Blog ni terbuka luas merentas sempadan. Jangan cepat sangat melatah. Saya menegur manusia-manusia yang suka jaga tepi kain saya di blog supaya orang tu baca dan dia sedar. Timbul isu fitnah ke kat sini? Timbul isu mengata ke kat sini? Kalau fitnah saya cakap belakang2, kalau saya mengumpat baik saya mengumpat bawah katil. Bukan di blog. Blog tempat bersuara secara bebas.
Saya pernah terjumpa blog sorang blogger ni.. Dia kata
' CAKAP BIAR LEPAS KALAU BENDA BETUL'
Moralnya :
1. Jangan jadi Melayu yang cepat melatah
2. Jangan sempitkan hati
3. Jangan jadi Melayu zaman Komunis, jadilah macam orang Barat. Tegur dan terima setiap teguran secara terbuka.
Pn Anon ada sebut 'kalo ko ada masalah dgn kami datang jumpa kami terus terangla' saya terima pelawaan tu. Saya secara terbuka mahu berjumpa dengan Pn Anon. Apa-apa Pn Anon leh contact saya di 017-2322453. Supaya jelas dan nyata saya tidak memfitnah, saya tak bersembunyi di sebalik blog. Saya tak perlu jadikan blog tempat harimau mengaum tapi takde taring. Blog saya tempat saya menulis. Nak caci maki bukan di sini.
Wassalam.