Assalamualaikum.
Berat sangat hati nak menulis dekat sini, sejak dari bulan Januari lagi dah menyimpan segala perasaan yang bercampur baur. Sakit hati, kecewa, sedih, sia-sia, semua ada.
Refer link 'Resign : Bukan Mudah Sebenarnya'

25 Mac 2013.
Harini aku taip sikit-sikit, belum tahu bila nak publish. Bila entry ni publish maknanya aku dah bersedia untuk berkongsi. Mungkin masa tu aku dah cukup kuat atau aku terlalu rapuh mengenangkan apa yang berlaku sampai malas nak amek port lagi.
Benda pertama dan utama yang aku harapkan dari pembaca ialah anda jangan la anggap aku nak mintak perhatian, minta dikasihani atau apa.. Aku just nak share, dan jadikan pengajaran kepada diri sendiri. Bukan senang main politik. Bukan senang makan orang. Susah. Kecuali kamu memang aim untuk makan orang.
Semuanya bermula bila sorang manusia satu pejabat dengan aku 'depan baik, belakang?' Aku taktau apa yang tak kena sampai dia mengadu domba dekat kerani kami yang aku takde kerja dan tak pandai buat kerja. Hahaha. Memang lawak at first. Aku cuba cerna baik-baik. Aku cuba terima dengan cara paling positif. Tapi aku tak kuat. On the way balik rumah aku mengadu dekat kawan baik aku. Hati sejuk sikit. Malam tu aku langsung tak happy, susah sangat nak happy-happy tengok tv dengan Suami. Last-last aku mengadu jugak dekat Suami. Ingatkan aku kuat, tau-tau air mata mengalir pelahan-lahan. Aku menangis sepuas-puasnya mengenangkan kawan yang sama-sama lunch, sama-sama breakfast, sama-sama mengadu pasal boss tiba-tiba mengata aku dekat kerani. Sedangkan, aku serius jujur berkawan dengan dia. Sikit tak pernah ada rasa tak puas hati dekat dia, nak berdengki? Untuk apa? Kalau dia ada mata aku pun ada mata, dia ada hidung aku pun ada hidung. Cakap pasal berkawan ni, benda first yang aku pegang ialah jujur dan ikhlas. Kalau tak ikhlas nak berkawan, baik tak payah. Aku pun taktau apa masalah dia. Tiba-tiba mengata aku, sedangkan elok je dia bercerita segala mak nenek hal rumah, hal family dia kat aku. Kalau aku jahat sangat boleh je aku cerita pasal family dia dekat semua orang, tapi untuk apa? Takde puas mana kalau kita sibuk jaja cerita orang. Tup tup nama aku naik, naik dengan cara paling kotor. Sejak tu aku taktau nak senyum dekat dia macam mana, aku taktau nak bercakap dengan dia macam mana. Aku senyap, buat hal sendiri, tak tegur, tak pandang muka dia. Sebab? Perlu ke aku senyum2, borak2 dengan manusia yang depan aku bukan main baik cakap manis macam gula perang, belakang aku boleh pulak kata kawan sendiri takde kerja. Hahaha. Memang sentap mak okeh. Rasa nak bagi pelempang, tapi tangan tak sampai.
Sejak tu aku dengan dia macam tak kenal, walaupun meja jarak sedepa je. Kisah pulak aku? Orang nampak aku buat hal, taknak bercakap langsung dengan dia. Tapi orang taktau, diam-diam dalam selimut busuk dia mengata aku. Of kos satu pejabat nampak aku mulakan dulu kan? Saila yang taknak bercakap dengan aku, tiba-tiba taknak kawan aku, bukan aku yang mulakan dulu. A'ah, lain kali mulut jangan celupar sangat mengata kawan sendiri. Mengata kawan tingkat 80 takpe lagi, ni kawan meja sebelah. Yang hari-hari kau makan kat meja aku. Aku tak kisah pun.
Sejak tu jugak moral aku down. Aku dah malas nak buat kerja. Aku rasa macam loser gila. Kawan sendiri kot. Kawan yang habis pasal seluar dalam dia koyak celah mana pun aku tahu. Serapat itu faham tak? Eh, aku langsung tak boleh terima. Susah aku nak pujuk hati aku. Susah. Sampai sekarang. Aku belajar abaikan, aku belajar maafkan, tapi aku masih ingat, masih rasa. Masih.
Sejak itu aku hilang kepercayaan dengan kawan. Especially kawan baru. Aku kenal dia tak sampai setahun. Tapi sejak hari pertama lagi aku dah anggap dia kawan macam bertahun-tahun dah kenal. The end?? The end??? Damn!
Selalu jugak la aku tertanya-tanya, part mana yang aku takde kerja dan tak reti buat kerja? Setahu aku, aku buat je kerja macam biasa. Cuma aku takde la buat itu buat ini mencadangkan macam-macam dekat boss, mintak tandatangan boss, buat program macam-macam, rancang segala aktiviti grand-grand. Kau rajin, kau pandai, kau berkebolehan suruh orang angguk-angguk apa kau cakap. Aku tak reti la nak paksa-paksa boss sign, aku tak reti nak mencadang benda grand-grand sebab aku tau apa aku cadangkan takde sape heran. Aku sape, kau sape. Rasanya semua orang pun tau kot.. Kau nak gunakan kelebihan yang kau ada untuk condemn orang lain? Kau nak guna kelebihan, nama yang kau ada untuk pandang rendah dekat orang lain? Silap la.. Patutnya apa yang kau ada sampai MAMPU memudahkan kau, kau gunakan untuk bantu kawan-kawan yang datang ofis bekerja untuk dapat sesuap nasi. Bukan angkat diri sendiri letak kat atas bumbung pastu kata orang itu macam tu, kata orang ini macam ni, condemn sana, condemn sini. Ramai cakap kau salah guna kelebihan yang kau ada. Tapi kalau kau tahu hal ni kau kata orang dengki dengan kau. Dengki buat apa, sini pejabat, bukan rumah.
Bila jadi macam ni sure aku sebagai pekerja nampak macam tak ke depan, takde idea. Aku bukan tak pernah mencadangkan apa-apa, tapi last-last cadangan aku idea aku simpan dalam laci je. Bila dia buat semua boleh je, semua takpe je. Politik ke itu? Sikit aku tak kisah. Bagi aku dia bagus, dia berani, dia mampu buat dan laksanakan. Takpe la, yang dia buat tu pun kerja dia. Yang dapat nama pun dia, tak kisah la. Buat apa nak cemburu, aku buat kerja aku, dia buat kerja dia. Senang kan? Kenapa mesti tak puas hati dengan aku?
Sebelum aku tahu dia mengata aku tu, aku memang dah perasan, bila dia sumbang idea dan tenaga dekat tugas-tugas aku, mesti jadi huru-hara. Masa tu aku bersikap positif lagi, aku boleh psyko diri sendiri 'aku tak pandai, takpe la dia pandai, bagusnya dia'. Masa tu aku ingat aku yang kurang fokus sampai tugas aku jadi agak kelam-kabut sikit. Aku cool lagi, hadam je kebodohan diri sendiri.
Sampai satu tahap aku punya event jadi super huru-hara sebab dia. Untuk pengetahuan, dulu tanpa ada dia, cuma ada PA boss aku, kerani aku sorang boleh je buat bengkel. Memang la tak segrand bengkel dia, takde la Dato' Dato' datang jadi pengerusi, meja bulat bagai, tapi jadi lah jugak. Siap jugak pelan walaupun tak semenggah. Sebab boss pun tak semenggah, jadi orang yang datang pun pandang rendah la event boss aku tu. Nak buat mcm mana? Takkan aku nak terpekik-pekik suruh orang pay attention 105% kot..
Tapi satu benda yang paling la berkesan dalam hati aku bila aku langsung tak ambil cuti kawen macam orang lain. Aku nikah hari jumaat, hari rabu masih kerja half day. Balik naik erl. Khamis tengah buat pelamin nikah, boleh orang hotel call aku cakap pasal hotel untuk bengkel aku. Orang hotel tu cakap 'dia' yang bagi nombor henfon aku. Pandai. Dah tau kawan nak kawen lagi mau bagi henfon number aku dekat pihak hotel. Aku tak kisah pun nak layan call orang hotel tu, tapi agak terasa la kenapa tak bagi privacy sikit kat aku?
Tapi, tapiii.. Paling berkesan sangat-sangat bila dia pilih tarikh untuk bengkel aku weekdays aku kawen. Aku nikah hari jumaat (9 Nov), boleh dia pilih tarikh 5 Nov - 9 Nov untuk buat bengkel. Cerdik! Bila aku bagitahu Jumaat tu aku nikah, boleh dia cakap 'takpe la, Saila jaga bengkel Isnin sampai Rabu, Khamis, Jumaat saya jaga dengan ***' Pandai nak mati. Superb gila cadangan dia. Superb! Nak naik hantu je aku dengar. Tapi, aku pujuk lagi hati aku. Sebab kawan, aku layankan je cadangan dia, dah dia pandai kan. Aku bodoh kan. Aku call satu pihak ni mintak tunda tarikh bengkel. Dapat tarikh baru tak sampai sebulan lepas aku kawen. Takpe. Aku ikutkan semuanya. Sape kat sini minggu kawen pun kena kerja? Handle bengkel? Sape? Kalau ada meh bagitahu, aku hadiahkan veil heavy beads free untuk dia.
Akhirnya bengkel yang 5 hari tu aku hadap jugak. Sampai aku terdetik dalam hati 'nasib baik aku tak pregnant'. HR buat bengkel pun 3 hari 2 malam urusetia sampai 3,4 orang. Aku? 5 hari, urusetia aku sorang. Nasib la. Settle bengkel 5 hari tu, hari last hari Jumaat aku stay back sampai pukul 12 malam tolong dia settle kan folder untuk mesyuarat hari Ahad pulak. Boleh je aku tolong, kalau aku tak reti buat kerja takde la aku tolong meringankan beban dia buat 60 folder tebal-tebal. Kalau aku takde kerja takkan aku sanggup tolong dia. Suami pun ikut sama stay back. Suami aku siap tolong buat folder sekali. Sulit tak sulit, dah terdesak. Hari Ahad aku datang tolong jadi urusetia mesyuarat dia dekat Cyberjaya. Ahad tu genap sebulan kami kawen, tak kisah pun. Siap breakfast McD dulu kenyang2 pukul 7pagi. Takde pun terniat nak mengata dia. Tapi bila dah jadi macam ni, macam-macam aku tulis, dah macam mengungkit kan?
Lagi, dan lagi aku terasa dengan dia bila tugas-tugas aku dia yang agih-agihkan. Dia buat apa, aku buat apa. Eh? Tu bukan kerja boss ke? Bila aku usulkan benda ni dekat boss, boss pujuk aku cakap 'takpe2, tu boleh ubah'. Sampai sudah takde tindakan, sebab boss aku takut, segan kat dia. Bapak dia somebody kat tempat kami cari sesuap nasi. Oh! Itu pun aku pujuk lagi hati, aku cakap aku mana pandai agih-agih kerja kat orang. Selagi aku mampu aku buat, nak suruh kerani aku pun aku fikir banyak kali. Selagi boleh, buat jelah.. Tak jatuh pun pangkat.
Bila semua-semua tu berlaku, aku psyko mental sendiri cakap dia pandai, aku tak reti, tiba-tiba kerani aku cakap dia kata aku tak reti buat kerja dan takde kerja. Aku tak serang pun dia, dan aku tak marah pun kerani aku, aku dengar simpan dalam hati sampai terhiris. Aku telan walaupun pahit. Meleleh2 air mata mengadu dekat Suami. Sampai kawan baik aku cakap 'bukan ke kau selalu puji dia rendah diri semua'. A'ah, untuk seorang kawan aku tak pernah kedekut berkira nak memuji kalau layak dipuji. Aku suka bila kawan aku happy tersenyum.
Aku rasa rugi sangat psyko mental sendiri. Konon aku bodoh sangat, konon aku loser sangat tak cadang macam2 dekat boss, tak buat event grand-grand. Siapa yang bodoh sebenarnya? Siapa yang loser sebenarnya?
Lately ramai sangat yang bercakap pasal dia. Aku lah yang bodoh selama ni ingatkan dia hebat sangat, bagus sangat. Bila orang-orang lain bercakap sape dia sebenarnya, aku jadi ting tong. Habis tu selama ni dia apa? Maknanya semua kerja-kerja hebat yang dia buat semuanya kena condemn? Ingatkan orang suka dengan kerja-kerja dia. Aku dengar je. Malas nak cakap lebih-lebih. Yang bercakap dari level kerani, PA, pegawai, boss pun cakap. Dari bahagian-bahagian lain pulak tu. Dah kenapa? Malas aku nak amek tau. Diorang cakap aku dengar. Nak lebih-lebih malas. Bukan effect kat aku pun kalau perangai dia jenis annoying macam tu.
22 April 2013.
Aku sambung semula apa yang dah terhenti.. Apa yang aku tulis dekat atas ni memang penuh dengan perasaan kecewa yang amat. Maaf lah kalau ayat yang aku guna over..
Siapa yang bekerja satu organisasi dengan aku, dan kenal siapa yang aku maksudkan, tak payah lah susah-susah perah otak fikir apa-apa. Kalau dia dan kamu takde masalah, teruskan macam biasa. Jangan simpan apa-apa tanggapan dekat dia.
Punca yang aku kecewa sangat kerja dekat situ bila carta organisasi berubah. Bawah boss aku tinggal aku dengan sorang pegawai lelaki. Dan dia bagi sorang kerani untuk kami. Dekat unit diorang pegawai sampai 4, kerani pun 4. Apa? Agihan tak seimbang? Diskriminasi? Salah agihan? Gila kuasa? Hanya Allah je yang tahu. Last-last, semua orang tak puas hati. Kecuali team dia. Yang lain semua berapi berasap, tapi takat berapi depan aku jelah. Depan dia tak berani. Kan dia ada kuasa mutlak. Sampai satu tahap semua yang tak puas hati mencemuh dia.. Kata dia tak reti buat kerja, menyusahkan, apa-apa lagi lah malas nak tulis.
Aku tak reti buat kerja ke dia tak reti buat kerja??? Bukan dia kata aku ke? Tapi apasal orang kata dia tak reti buat kerja? Bukan sorang. Bukan dua orang. Bukan tiga orang.
Hellooooooo?? LOL!!!!
Kalau kau nak kata aku tak reti buat kerja, takde kerja aku terima je. Walaupun sentap tapi takpe, aku terima. Tapi aku rasa kau mesti tak boleh terima punya kalau orang cakap kau tak reti buat kerja. Mesti jadi raksaksa hijau kau kan? Confirm!
Tak boleh terima kenyataan. Hidup penuh khayalan.
Sejak aku hantar surat resign, macam-macam cerita lagi aku dengar. Aku gelak je dalam hati. Aku doa supaya division aku kembali pulih sedia kala macam dulu. Dulu okay je, dulu takde masalah macam ni pun. Takat masalah tu mana-mana pun ada, tapi still on track. Masih boleh bekerjasama siapkan tugas. Takat tergigit lidah tu biasa la. Tapi sejak dia masuk dalam division kami tu, sumpah macam neraka. Nak kerja pun asyik dengar ngomelan tak puas hati staff je.
Oh! Dia pernah cakap, division lama dia tu kena mandi bunga. Bhahahahahahahahahahahahahahahahahaha! Bukan division lama dia yang kena mandi bunga, tapi dia! Sejak dia datang division aku tu, aku rasa gak macam nak kena mandi bunga je division aku ni. Tapi bila fikir-fikir balik, dia tu yang kena mandi bunga. Mana dia stay, division tu terus problem. Dah tu, dia lah kena mandi bunga. Mandi bunga rafflesia.
Dia pandai. Itu lah pandai dia.
Kawan yang dulu okay je dengan aku, tetiba tarik muka tak senyum. Eh? Kau dah kenapa? Macam kau lak yang sakit hati. Tak kuasa aku nak layan. Aku siap remind kawan aku, yang bermasalah tu aku dengan dia je. Jangan la bermasam muka dengan dia pulak. Nanti orang cakap aku menghasut. Tapi kawan aku sorang ni siap cakap dia menyesal berkawan dengan dia, menyesal bawak dia naik kereta biru kesayangan dia tu. Sabar jelah. Nanti kita basuh dalam kereta kau tu dengan clorox eh.
25 Jun 2013
Lama betul masa yang aku ambil untuk publish benda ni. Serba salah, tapi perasaaan kecewa aku masih tersisa. Aku publish supaya semua tahu, ada manusia jenis macam ni. Actually aku tak heran pun sebab aku pernah je rasa, manusia yang aku tak kenal tapi berdengki gila babi dengan aku. Tu gila. Aku tak heran langsung. Faham dah mental dengan hati dia kotor. Tapi kawan yang aku percaya.... Hahaha. Kelakar lah.
Jujurnya aku resign sebab dia. Pertamanya memang sebab dia, keduanya sebab kerja (kerja paling tak logik aku buat, paling hampeh aku buat. tapi macam gempak sangat padahal takde menda), ketiga sebab boss, keempat sebab takde gaji untuk cuti bersalin, kelima organisasi tak bagi sokongan padu untuk tetapkan kami-kami yang kontrak angkat batu padahal kami-kami yang kontrak ni la buat keja macam gila.
AKU RASA DIA SURE PUAS HATI GILA AKU RESIGN. Banyak la kerja dia boleh buat. Supaya semua umat manusia dekat situ tahu dia HEBAT.
Untung lah ye.
Entry ni memang panjang, gambar takde. Best jugak kalau ada gambar, kira macam lakonan semula tu.. Hehehehe! Takpe lah, mungkin ini pengajaran untuk aku, jangan mudah percaya dengan orang lain mungkin? Jangan baik sangat dengan orang lain mungkin. Jangan bagi orang pijak, pijak, pijakkkk kepala aku mungkin. Pengajaran supaya jauhkan diri sendiri dari manusia-manusia yang ada masalah hati. Supaya kita tak jadi macam tu jugak.
Aku berharap sangat, division aku tu berjaya. Berjaya dengan pekerja yang bernilai murni, solat tak tinggal, hati bersih, ikhlas bekerja untuk rakyat, merancang sesuatu, melaksana sesuatu untuk kebaikan bersama, bukan untuk kepentingan diri. Apa yang perlu diperbaiki bermula dengan staff (manusia) tu dulu. In syaa Allah kerja boleh berjaya.
Apa-apa pun aku sangat berharap, dengan perletakkan jawatan aku, mereka-mereka lebih bahagia. Takde la pekerja tak reti buat kerja macam aku dah. Aku? rasanya bakal bahagia sebab dah tak terlibat dengan orang-orang bajet bagus. Rimas!
Oh, nak mention dekat sini kenapa dia boleh berjaya lebih hebat dari aku? Sebab bapak dia ada dalam organisasi tu. Semua orang tau. Sebab tu kalau dia request Dato' ABC present pasal masak lemak cili api pun Dato' ABC sanggup buat!
See, dia pandai kan?
Betul janji Allah untuk orang-orang yang teraniaya. Alhamdulillah.
Love,
Nursaila Norman!