CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 31, 2015

Story Telling : Stroller & Car Seat

Assalamualaikum


Bawak baby keluar berjalan benda mudah sebenarnya, tapi bukan untuk kami. Me and husband bukan peminat budak-budak, bila nak bawak anak sendiri keluar berjalan bukan satu benda mudah sebenarnya. HUHU. Selepas Melissa berumur 4 bulan baru kitorang berani nak bawak dia keluar berjalan. I mean, using her stroller, whole day, walking in a mall like crazy!

Sebab sebelum ni cuma bawak dia berjalan dalam kereta. Sekali je bawak dia masuk AEON, tak sampai sejam kitorang cabut lari sebab dia start meragam. Hahaha. Fail mom and dad!

Benda yang paling kitorang takut sebenarnya kalau bawak berjalan ni – Melissa meragam. Kitorang tak tau macam mana nak handle actually! Macam mana nak pujuk, what to do?????

Ada yang advice supaya kami guna carrier. Baby rasa lebih selamat dan dekat dengan parent dia. Tapi kami dah beli stroller + car seat. Kalau kami beli carrier, itu akan menyebabkan pembaziran. Huhuhuhu! Beli boleh, tapi aku tak puas lagi guna stroller. 9/10 pun belum. Huwaaaaaa.

So kami decided untuk practice sampai boleh.

Firstly kami biasakan Melissa duduk dan tidur dalam car seat dia. Sampai dia mampu tidur sendiri dalam car seat even she is not 4mo yet. Alhamdulillah.

Bila dia dah 4 bulan lebih, kitorang bawak dia pergi sunat. Lepas sunat doc Ezeta cakap takde penjagaan khusus, macam biasa. Aku tanya kalau nak bawak dia berjalan boleh ke, doc cakap boleh. Takde sakit pun sebenarnya. Oh, memang pun. Sikit pun tak bunyi. Dia leka main gelak-gelak dengan assistant doc. Tau-tau dah siap. Hahaha.


Lepas brunch, kitorang teringin nak pusing-pusing mall. 4 bulan kot tak jalan-jalan. Kitorang pilih OU sebab situ friendly stroller. Masa tu risau sangat kalau dia meragam, tapi kitorang dah plan, kalau dia meragam kita terus balik. Tapi Alhamdulillah! Dia tidur bangun tidur bangun je. Haha. Puas mak dengan bapak dia berjalan. Balas dendam 4 bulan tak keluar dating.



Kalau ikutkan family aku diorang tak bagi kitorang bawak Melissa keluar. Sebab memula dulu nak ajar dia duduk dalam car seat, meragam jugak. Bagi diorang tunggu Melissa besar baru bawak keluar berjalan. How big? Hahaha. Takkan nak tunggu umur dia dah 10 bulan baru nak ajar dia guna car seat, stroller.. Masa tu dah terlambat. Sebab dia dah banyak akal time tu. Nasib baik lah family aku, aku buat keras jelah. Sebab kitorang kan banyak stay kat rumah family aku (since rumah sewa kena masuk pencuri), bertabah lah bila orang tua asyik melarang. Sobs!

That is why aku cakap practice makes perfect. Kalau aku ikutkan larangan family aku jangan bawak Melissa keluar berjalan sebab dia meragam beberapa kali, I’m a death meat. Huhuhuhuhu!

Esoknya kitorang ketagih, yelah dah lama sangat tak keluar.. Hari minggu kitorang bawak Melissa pergi taman pulak. And yay!! Melissa okay!


Selepas dua hari tersebut dah tak susah nak bawak baby kami keluar berjalan. Susah tu sebab kami tak pandai handle baby, lepas tu pulak baby mesti lah tak selesa tiba-tiba keluar kat tempat awam yang lapang, terang, besar, bising. Lepas beberapa kali try Alhamdulillah. Actually first try kat AEON tu kami cabut lari, second try pergi Terminal Bersepadu Selatan due to husband punya hal kerja, Melissa enjoyed tengok lampu kat siling. Hehehehehe. Masa tu kitorang rasa Melissa dah ready untuk pergi ke tempat yang lapang.

Selepas OU dan taman, semuanya dah ok!

Bab kedai makan pulak letak je dia dalam car seat sama ada car seat atas meja atau car seat attach kat stroller, kitorang makan macam biasa. Usually aku tak ambil makanan berkuah, sebab tiba-tiba Melissa nak aku riba dia, aku boleh terus makan tanpa perlu stop.

Memang kebiasaan salah seorang makan dulu, seorang lagi akan jaga baby. Then tukar. Tapi aku cuba jugak makan sama-sama dengan Suami. Jarang la Melissa meragam. So aku boleh makan berdua-duaan tanpa gangguan. Hehehe. Kecuali kenduri kawen, sebab tak bawak car seat or stroller, so kitorang makan gilir-gilir walaupun rasa janggal. Huhu.

Melissa kalau masuk kereta je terus tidur. Lepas dia tidur aku akan beralih ke seat depan. Tak mustahil akan ada orang bercakap aku pentingkan diri sendiri biarkan anak tidur dalam car seat. Dah ada anak buat cara ada anak. Tak payah nak duduk sebelah Suami lagi. Hahaha. I am a mother, and I’m still a wife. Aku tak boleh jadi emak sahaja. Meluangkan masa berdua is always! Pandai-pandai curik masa untuk berdua.

Benda paling penting sebenarnya keselamatan anak. Aku pernah je pangku Melissa dekat seat depan. Sama ada aku pakai seatbelt atau tak pakai lansung. Taktau lah pulak kalau ada baby yang duduk diam bila pakai seatbelt. Suami kena beringat masa drive. Dia takkan bawak terlalu laju untuk elak break emergency. Sebab dia tau anak dia tak pakai seatbelt. Kan bahaya. Huhuhuhu! At the same time aku selalu risau kalau lah jadi apa-apa.. Kami berdua tak pakai seatbelt. Tak sanggup!

That’s why aku akan letak Melissa dalam car seat, make sure dia dah tido lena, aku akan pindah ke seat depan untuk teman Suami drive pulak. Aihhhh, its not easy to be a woman actually. Sobs!

Till then.


Love,

Nursaila Norman!

Monday, March 30, 2015

Dah Start Buat Stock Untuk Solid Food

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hampir sebulan dah Melissa start solid food. So far semuanya okay and Alhamdulillah she has good apetite!

Tapi ada jugak hari-hari yang aku tak bagi dia makan. Sebab mak dia sibuk pastu skip lah prepare solid food anak. Hehehehe.

Cut it short, cakap pasal solid food anak dalam entri ni, nothing special pun about my solid food. Sama je dengan solid food baby lain. Sebab dah ada rules kan. Cuma aku saje nak buat entri jugak supaya ada lah kenangan sikit, bukti betapa rajinnya Ibu Melissa dan adik-adiknya ni. Kehkehkeh!

Check up Melissa 6 bulan nurse tanya bagi anak makan apa? Aku cakap puree buah dan sayur, nurse suruh bagi bubur tanpa bahan-bahan lain. Alaaaaaa. Sehari sebelum check up KK, kitorang bawak Melissa jumpa paed, seronok bila doctor bagi sokongan, bagi cadangan, bagi kata-kata semangat. Huhuhu. Takpe lah. Ikut kata hati seorang Ibu jelah.

Balik check up tu try bagi brown rice dekat Melissa. Kebetulan brown rice memang dah siap. Cara-cara haluskan/sediakan brown rice untuk baby?

First step aku basuh lepas tu rendam brown rice/beras perang selama 12jam. Lepas tu aku sangai dalam kuali sampai beras tadi kering semula. *sangai bermaksud goreng tanpa minyak. Aku goreng sampai beras tadi jadi ringan. Boleh beza beras yang basah (berat) bertukar jadi kering (ringan) dengan cara kita angkat beras tinggi sikit pastu jatuhkan dalam kuali. Beras kalau dah kering nampak smooth je jatuh dari sudip ke dalam kuali. Third, aku kisar sampai halus.

Bila dah siap masak brown rice aku rasa tawar, aku campurkan jugak dengan carrot. Tapi first time buat aku terlebih beras. Walaupun dah letak carrot, masih tawar. Manis carrot jauhhhhhhhhh sangat. Aku bagi jugak Melissa makan, tapi muka dia tak excited macam biasa. Huhuhu. Aku kira berapa suap dia boleh makan bubur tawar tu.. 60x suap jugak. Not bad. Hehehe. Malam bagi lagi sekali, 40x suap je.

Sebagai pengajaran, dan nak elak bubur rasa tawar, aku kurangkan beras. Tau kan sudu IKEA yang kaler-kaler tu? Aku ambil satu sudu beras tapi tak full, ambil lebih kurang je. Lepas tu campur dengan carrot dan peas. Baru sedap. Hoyeaa!

Lepas tu aku tukar lagi cara masak, kali ni aku rebus apple. Air rebusan apple tadi aku masak beras perang. Bila beras dah masak, beras tadi yang sekarang dah jadi bubur rasa apple! Apple yang dah dikisar aku masuk balik dalam periuk kacau sampai sebati pastu siap!

Tapi takkan la aku nak buat cara macam tu setiap hari. Sabtu Ahad boleh lah buat special sikit sempena hujung minggu. Melissa pun dah settle follow 4 days rule secara cincai sebab terbantut atas arahan nurse (salahkan nurse pulak), hujung minggu yang baru je berlalu ni aku prepared solid food Melissa untuk stock 2 atau 3 minggu. Lepas ni masak beras dalam 10-15 minit dengan api kecil sebab aku ni pelupa, oleh itu perlu api yang sangat kecil. Dah jadi bubur masuk je puree apa yang aku suka.

Sebenarnya takde niat dan tak terfikir pun nak snap picha, tapi aku prepared pada waktu malam, Melissa dah tidur, banyak lah masa aku nak buat slow and steady lepas tu snap picha senyap-senyap sebelum Abah dia nampak. Hehehehe.




































kupas kulit dan basuh bersih-bersih




kukus atau rebus




Broccoli






Cauliflower




Sweet Potato




Carrot




Pear




Apple

Bila dah buat stock untuk 2 hingga 3 minggu mesti lah memerlukan space dalam freezer kan. Aku pulak duduk rumah Ibu, freezer Ibu confirm penuh. Jadi macam EBM, dapat je dalam 10 bags, Suami bawak balik EBM ke rumah sewa masuk freezer peti ais kami pulak. Sadis betul. Tak sabar nak tunggu Jun. Haih!

Niat nak beli storage tray tak jadi sebab memang dah takde space dalam freezer Ibu. Macam mana nak buat stock tanpa makan ruang dalam freezer? Aku taktau option ni okay atau tak, tapi nampaknya aku berjaya tak ambil space dalam freezer Ibu aku.


Buat sementara waktu ni je, bulan Jun kita frozen guna storage tray. Dont worry k! Lagi pun untuk penggunaan kurang dari sebulan okay kot.

Till then.






Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, March 18, 2015

Apabila Puree Adalah Benda Baru Bagi Orang Lama

Assalamualaikum



Aku taktau bila munculnya ilmu memberi puree kepada bayi berumur 6 bulan ke atas ni. Seingat aku tahun 2012 aku dah terbaca satu dua entry/artikel secara tak sengaja. Masa tu aku baru nak kawen, makanya aku just noted jelah. Lepas tu makin ramai yang share ilmu puree ni kat blog dan FB. Bila Melissa dah masuk umur 4 bulan aku study balik mana-mana yang aku noted dulu, kali ni kena jot down pulak. Sampai lah aku prepare apa yang patut untuk get ready bagi Melissa puree.

Tapi, bukan senang nak explain dekat orang lama/tua apa itu Puree. Huhuhuhu!

Kalau sebelah aku takpe, but when it comes to my in-laws? So far Suami lah jadi tukang explain. Sebab aku malu nak explain. Nasib baik lah Suami jenis ambil tahu apa yang aku explain kat dia. Tak sangka pulak dia explain balik dengan baik. Walaupun ada maklumat yang tercicir sikit-sikit. Hehehe. Mak dengan Ibu sama-sama orang lama, diorang suggest bagi makan bubur, cerelac, tepung kanji ke apa ntah. Takde la pelik mana kan. Normal lah tu, kita-kita dulu pun mula makan dengan benda-benda macam tu. Tapi sebab dah ada ilmu baru, suruh bagi anak puree untuk permulaan so kita ambil lah mana yang terbaik. Jadi kami explain lah baik-baik. So far diorang okay, boleh terima. Tapi aku tau mesti tetap janggal kat diorang.

Ada jugak yang cakap kesiannn lapar tu, tak cukup bagi makan buah je.

Susu kan hadoooo.

Paling ngeri, bila Ayah aku cerita ada kawan dia bagi anak dia makan pisang masa baby tu umur 2 hari! Omaigod! Sebab anak dia nangis je, bagi makan pisang. Sebiji pisang pulak tu! Pastu senyap tidur. Fine! Lepas tu, one by one aku dengar orang lama/tua cerita dulu hari pertama lahir, hari kedua lahir, diorang dah bagi makan pisang. Sebiji pisang. Sebab asyik menangis. Errrr..

Jiran aku, dia bagi anak dia makan masa umur 2 bulan. Campur cerelac dengan susu pastu bagi anak dia minum. Sebab anak dia asyik menangis je. Errrrr.. Kalau anak dia menangis sebab colic? Atau tak selesa? Atau nak didakap? Atau nampak ‘sesuatu’? Melissa, you are so lucky to have me as your mother. Hahahaha! At least I didn’t put you to sleep bila you menangis. Coz I know there was something wrong happened.

Ada jugak yang cuba bagi roti kat Melissa, almost! Masyaallah, time tu berdebar kot. Aku pulak macam kena pukau. Nasib baik ada yang melarang. Masa tu belum bagi Melissa puree. Bagi diorang masa tu Melissa dah boleh makan, dah 5 bulan. Melissa pun satu, tiap kali tengok orang makan dia mengunyah sekali. Malah, dia mengunyah lagi sedap dari kita yang makan ni. Macam mana orang-orang tua tak kesian? HUHUHU.

Tapi tak boleh nak salahkan diorang jugak, sebab masa tu belum muncul lagi ilmu-ilmu yang kita dapat sekarang ni. Zaman diorang dengan kita tak sama. Kita explain lah baik-baik, kalau diorang macam susah nak terima, kita diam jelah. Buat apa yang kita rasa betul.

Cuma, aku risau bila aku tak nampak.. Bila Melissa takde depan mata aku. Aku risau kalau diorang bagi curik-curik. I know it will happen. Macam mana eh? Lagi-lagi benda yang bergula. Macam Ibu aku cakap, jangan ajar anak makan benda manis. Nanti susah. Especially susah nak jaga gigi dia nanti.
Halamak!

Any advice mommies?


Love,

Nursaila Norman!

Tuesday, March 17, 2015

Permulaan Solid Food : BERJAYA

Assalamualaikum.



Permulaan solid food untuk Melissa nampaknya OKAY. Bermula dengan Avocado, Banana, Sweet Potato, Apple dan Carrot. 

Masa bagi avocado, Melissa dah start kurang menyusu time tu. Taktau kenapa. Tapi bila aku bagi avocado dia makan pulak. Tiga hari yang pertama dia makan, enjoy, tapi tak banyak. Hari keempat baru nampak dia betul-betul enjoy dan makan banyak. Tapi dari air muka dia aku rasa dia suka makan tapi kurang minat dengan avocado. Makan tu makan, tapi muka tak happy sangat.




Settle 4 hari avocado aku sambung dengan pisang pulak. Masa ni selera makan dia dah kembali asal. Macam dalam entry sebelum ni, lepas selera dia dah kembali normal, dia qada' balik susu yang dia miss beberapa hari tu. Masa ni aku tengok dia happy gila makan pisang. So aku tak tau sama ada dia kurang minat avocado atau selera dia out masa tu. Huhuhuhu.




Lepas pisang aku bagi sweet potato. Tapi aku bagi 3 hari sahaja sebab perut dia kembung sikit ditambah pulak dia kerap berak. Untuk elakkan benda yang pelik-pelik berlaku, aku stop sweet potato pada hari ketiga. I'm not sure makan sweet potato akan menyebabkan dia kerap berak atau apa. Aku stop untuk tengok effect dia. Tapi still berterusan. But don't worry, dah refer pead, its not diarrhea, alhamdulillah. Just continue solid food macam biasa. Takut jugak kalau infection, tapi takde. Fuh!




Masa bagi apple, Melissa dah 250% enjoy her food. Cuma apple ada rasa masam sikit dihujung-hujung rasa, first spoon dia terbuat muka masam erk! Haha! Lepas tu dia telan macam biasa. Apple nampaknya takde masalah macam avocado, pisang, keledek. Dia tak boleh stop pulak dengan apple. Dah habis pun dia mintak lagi. Huhuhu.




So far dapat snap 4 jenis solid food yang dah settle Melissa telan. Alhamdulillah semuanya mengikut jadual yang aku buat haritu. Sekarang ni tengah bagi dia makan carrot. Hari pertama bagi, tak lama tu dia berak. Terkejut aku apasal najis dia kaler orange! Gelabah kejap, pastu teringat dia makan carrot. Hikhik! Picha carrot takde sebab malas nak snap. HAHA.

Rasanya ramai dah tau cara-cara nak sediakan solid food kan? Google je mesti jumpa. 

Avocado dengan pisang tak payah kukus atau rebus. Boleh terus blend. Campur dengan air atau susu (BM atau FM). Aku lebih suka campur dengan susu, sebab ada rasa banding campur dengan air. 

Sweet potato, apple, carrot kena kukus dulu. Lepas tu baru blend. Nak sediakan puree senang sangat. Kukus/rebus, blend pastu campur dengan air/susu. 

Benda paling best nak bagi Melissa makan bila aku masukkan puree dalam mangkuk dia macam dalam picha atas ni, campur dengan susu pastu kacau-kacau bagi sebati, dia start excited habis semua benda dia tendang. Tangan macam burung nak start terbang. Muka tak sabar. Mulut dah nganga! Dia kenal pulak tu mangkuk dia! Kalau aku suap lambat sikit mesti dia panggil 'huh!'. Hehehehehe!

So far walaupun bagi dia solid food, kadar penyusuan dia masih macam biasa. Maybe puree, tak kenyang sangat. Yeke? Alhamdulillah dia okay dengan solid food. Harap dia kekal okay macam ni. Amin.

Okay lah, good night! *cutting board, pisau, mangkuk dari DAISO.






Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, March 11, 2015

Selepas 6 bulan!

Assalamualaikum.



Hari ni genap Melissa 6 bulan! Alhamdulillah. Semuanya okay-okay saja. Beberapa minggu sebelum CNY dia kena infection kat cuping telinga. Pergi klinik swasta dia bagi krim tapi tak jalan. Lepas CNY terus refer HKL. Dapat antibiotik sapu, titis terus baik. Seminggu sebelum masuk 6 bulan Melissa kurang aktif. Dalam 2 hari jugak dia pasif. Susu pun taknak. Masa tu badan dia macam panas sikit. 5 hari kurang menyusu. By the time nak refer HKL, dia baik pulak! Sehari sebelum decide nak bawak dia jumpa doctor, aku google dulu. Cari dalam BM tak jumpa. Cari dalam BI jumpa macam-macam. Harap apa yang diorang bincangkan tu berkesan.

And its work!

Macam yang artikel tu tulis, lepas selera dia okay, dia menyusu macam kelaparan. Yup, 5 hari tak menyusu betul, macam kelaparan 5 hari tak makan! Selepas 5 hari dia menyusu lebih dari biasa, badan dia back to normal. Kalau tak, masa 5 hari dia taknak menyusu tu, ketara lah badan dia mengecil. Huhuhuhuhu! Ibu risau giler.

Bab makan sekarang ni tengah try solid food yang ke-3. Alhamdulillah dia suka makan!

6 bulan macam sekelip mata je. 6 bulan kemudian pun sama, macam sekelip mata. Sekejap je dah setahun. Cepat betul masa berlalu. Belum puas tengok dia macam ni.. Baby, buat perangai comel buat orang geram-rasa-nak-cubit. Haihhhhh..










































macam biasa, bila baby suka makan kaki sendiri. sedap melampau-lampau!


Melissa, Ibu dengan Abah sayang Melissa sangat, sangatt, sangattt. You never know how much. We also dont know how much. One day, you will read my blog. That time you dah besar, jangan malu pulak tengok picha awak makan kaki sendiri. HAHA! How time flies....

Time flies, but memories last forever.





Love,
Nursaila Norman!




Monday, March 9, 2015

homeSWEEThome : 'Rumah Kita' dah tak macam dulu

Assalamualaikum



Just a quick flash back : 'Rumah Kita' ni ialah rumah sewa semata-mata. Mana yang dah follow lama, dia tau lah how much i put my effort untuk rumah sewa ni. Kitorang hias slow-slow rumah tu. Bermula dengan mengecat dan pasang tikar getah sebab rumah sewa takde mozek. Masa tu dari April 2012, sampai lah aku bersalin September 2014. Walaupun rumah sewa, rumah orang, tapi kitorang anggap macam rumah sendiri. Dinding merah menyala, kitorang tukar jadi putih cream.

Tapi semuanya berakhir bila rumah tu kena masuk pencuri masa aku berpantang kat rumah Ibu. Pencuri masuk 2x! Pertama kali masa aku baru berpantang hari ke-3. Kali kedua dua minggu selepas itu. Kali pertama duit hilang. Kali kedua dia amek TV.

Dia masuk kali kedua sebab Suami cakap 'nasib baik duit kat *&****&^*@## dia tak amek'. Sebab kali kedua tu nampak kesan yang sangat ketara tempat yang Suami cakap tu terbukak. Tapi duit dah selamat simpan kat rumah Ibu. Dia masuk kali kedua sebab nak amek duit kat tempat yang Suami cakap? Dekat siapa Suami cakap biarlah rahsia. Hehehe. Kami perhatiiiiiiii je pencuri tu sampai ke hari ni. Kali pertama tu lesap duit seribu lebih. Kali kedua dia nak amek pulak duit yang lebih banyak kat *&****&^*@## tapi duit dah takde kat situ. Jadi dia amek lah TV. Jangan ditanya kenapa simpan duit banyak-banyak dalam rumah, hanya kami suami isteri je tahu kenapa. sobs!

TV dalam bilik. Sebab masa aku pregnant aku nak baring atas katil sahaja. Taknak baring syok-syok depan TV waima beralaskan toto. Jadi Suami masukkan TV dalam bilik lepas tu kitorang fefeeling macam dalam bilik hotel setiap hari sampai lah aku bersalin. Hehehe. Syok gila bila diingat-ingat balik. Makan, minum semua dalam bilik. Mengada betol! Tapi sekarang TV dah takde.


kesian, dinding kosong je. yang ada pun pas kerja Suami. haha!

Pasal duit tu takpe lah, tapi TV tu.. Satu hal nak kena beli baru. Grrrr! Tapi, benda paling hazab kalau dikenang-kenang, difikir-fikir.. Rumah tu dah takde rupa rumah. Kena masuk pencuri 2x. Rumah bersepah tak payah cakap lah. Tempat yang dia dah selongkar dia tak usik. Dia selongkar tempat yang dia tak usik masa first time dia masuk tu pulak. Berganda-ganda bersepah. Polis datang pun 2x jugak. Bila polis nak cari cap jari polis akan tabur satu serbuk kaler hitam. Rupanya serbuk tu bukan boleh lap sapu macma tu je. Habis barang-barang yang kaler putih kat rumah tu jadi kotor.


Tu drawer baby yang aku beli. Ada kat entry SINI. Masa tu aku pregnant 5 bulan. Beriya aku tolak troli dengan Suami, dalam tu ada drawer Melissa ni lah. Berat ya ampun! Balik malam tu jugak Suami pasang, aku tengok sambil tidur. Bangun pagi tengok ada drawer baby! Olo tomel tomelll. Sekarang tak comel dah! Habis hitam-hitam kena kesan habuk polis. Huhuhuhuhu! Nak bersihkan kena guna air sabun, sental slow-slow berulang kali. Pitam. Paling sedih, sampai ke harini, Melissa tak rasmi lagi drawer tu. Sedihhhhhhh. Sempat jadikan tempah simpan baju Melissa masa dia dalam perut. Lepas basuh, lipat comel-comel simpan dalam tu. Dressing table kosong macam baru beli kan? Haha. Suami tercinta kemas habis licin. Semua tu nak kena sental. Tengok, stool pun dalam bilik. Dah huru hara dah rumah tu.

Dia mencuri masa aku berpantang kat rumah Ibu, hari ketiga berpantang aku masuk wad paed sebab Melissa demam kuning. Suami uruskan semua. Dia uruskan rumah dari pagi, aku pergi HKL tanpa Suami. Malam baru Suami datang tengok kitorang. Time tu kitorang taktau nak cakap apa. Sebelah otak fikir pasal rumah, sebelah lagi fikir pasal Melissa. 

Suami tunjuk gambar rumah yang bersepah, tapi itu pun lepas Suami kemas mana yang boleh sebab dia taknak aku terkejut tengok keadaan rumah. Aku plan lepas habis pantang aku nak kemas balik rumah tu slow-slow. Tapi tak sampai sebulan, kena pecah masuk lagi sekali. Masa tu Suami marah takyah cakap lah macam mana. Dia masuk semua barang-barang dalam kotak. Takde satu benda dalam almari dan laci. Kosong. Suami nak pindah.

Aku tak habis pantang lagi, aku tak dapat nak buat apa-apa selain marah dalam hati, sedih tengok muka Suami. Sayu sangat tengok Suami time tu. Seharian dia kemas rumah tu, beli kotak sampai cukup. Tinggal nak angkat kotak je untuk blah keluar dari rumah tu.

Masa tu family semua risau dia akan curi pulak mesin basuk ke, peti ais ke, almari ke, katil ke. Kitorang tawakal je, mana nak letak barang-barang tu. Huhuhuhu! Serabutnya fikir masa tu. Sejak bersalin, sampai lah ke harini kitorang duduk rumah family aku. Tak best okeh. Tapi nak buat macam mana. Nak cari rumah sewa lain aku malas nak pindah randah.

Jiwa aku memang kuat gila time tu. Aku pun taktau dari mana aku dapat kekuatan untuk tidak rasa gusar yang melampau. Risau sejam dua lepas tu okay, sedih sejam dua lepas tu okay. Semua risau takut aku meroyan. Semua tak bagi aku susah hati, tak bagi aku sedih, nangis. Aku okay, tapi aku tak boleh tengok muka Suami time kejadian tu. Aku sedih sangat-sangat tengok muka dia. Penat, kecewa, sedih, susah hati semua ada. Tapi dia senyum bila pandang aku.

Sekarang rumah tu aku biar je macam tu. Suami balik subuh, lepas tu dia siap-siap pergi kerja. Balik kerja Suami balik rumah sewa dulu, mandi, basuh baju, sidai baju, lepas maghrib dia datang tengok anak bini dia kat rumah family aku. Macam tu lah rutin Suami. Kesian sangat, ulang alik 2 rumah. Walaupun tak jauh, tapi wajib naik kenderaan. Kalau jalan kaki, tanggal skru lutut.

Aku nak kemas dari mana pun aku taktau. Paling sedih, kad-kad yang aku diy zaman bercinta dulu Suami simpan elokkkkkk. Banyak rupanya aku diy. Kad birthday, kad good luck exam, kad hari raya banyak lagi semua koyak mangkuk hayun tu buat. Sakitnya hati tu di sini. What ever macam mana pun lirik lagu tu. Sakit hati tengok kad aku buat cantik-cantik dia koyak one by one. Aku nak hidung dia, aku nak tumbuk sampai patah. Tu niat aku. Urghhhhhh!

Huhuhuhuhu! Huhuhuhuhuhu!

Lepas kecurian kali kedua tu, Suami tak bagi aku kemas rumah tu. Dia cakap kita pindah je. Kalau kemas pun sama macam masuk rumah baru. Erk! Aku taknak pindah randah. Kalau pindah masuk rumah sendiri berbaloi. Berbaloi penat tu.

Tapi dalam aku marah kat pencuri tak guna tu, aku patut bersyukur sebab semua yang berlaku ada hikmah. Allah dah atur baik dan sempurna. 

Apa hikmah tu? Sambung next homeSWEEThome k!





Love,
Nursaila Norman!