CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 29, 2014

IKEA : Barang Barang Murah Untuk Area Dapur

Assalamualaikum.


Last update pasal rumah kecik cinonet sewa aku tu bulan Januari rupanya. Sekarang dah nak masuk Mei. Sepanjang bulan itu jugak lah rumah aku tu tak berseri-seri sebab aku tak pantau dan maintain pun. sobs!! Macam rumah hantu. Serius.

Haritu adalah kesempatan kami Suami Isteri curik-curik untuk ke IKEA. Niat sebab nak makan meatballs dengan chicken wings. Nomnomnom. Lepas tu niat nak beli drawer untuk baby. Jadi kedua-dua niat tu sangatttttt lah kuat.

Cerita pasal drawer baby kemudian ye. Walaupun drawer dah siap dipasang oleh Suami, tapi kita cerita kemudian ok. Sekarang ni celik mata je, nampak drawer baby, macam nampak baby jew. Hehe!

Kalau dah ke IKEA, tipu lah kalau beli satu barang je kan? Mesti berbarang-barang. Tapi sebab kitorang pun pergi time belum dapat gaji, jadinya aku beli benda yang murah-murah jelah. Kalau bergaji pun tetap beli yang murah-murah je. Tak mampu lah nak beli yang mahal-mahal.

Untuk elak aku ambil benda yang bukan-bukan, aku keep remind diri sendiri yang gaji belum masuk. Haha. So aku ambil benda yang aku sukaaaaaaaa. Memang aku nak kumpul banyak-banyak, sebab aku suka dan kedap udara :)


Boleh agak tak kesukaan aku tahap macam mana dengan balang kaca ni? Harga rm9.90 masa aku mula-mula beli tahun lepas. Beberapa kali aku ulang beli, harga tetap rm9.90. Tapi baru-baru ni aku beli, harga dia jadi rm7.90 pulak. Nasib baik belum gaji, so aku ambil satu jelah. Kalau ikutkan hati nak je ambil banyak sikit. Hehe.



Baru 5 bijik. Sebijik tu je yang pendek. Konon nak variasi kan saiz. Hehehe. Last-last merembat yang saiz tinggi je sebab puas hati boleh isi kacang lebih sikit. Ingat nak print label, tapi risau buruk pulak. Takut tak cantik or tak kemas. Hmmm..



Ini overall meja untuk bancuh air. Kabinet ni kecik je, supaya muat-muat dengan saiz dinding. Aku cuba guna sebaik mungkin ruang dapur yang ada, sebab dapur pun kecik, tak boleh salah letak, nanti dapur jadi sempit pastu susah nak bergerak :( Kabinet ni beli masa mula-mula kawen. Memang takde meja / ruang untuk letak bekas-bekas bancuhan air. Lepas dah puas berkira-kira dengan ruang dapur, aku beli jugak. Sebab kabinet ni kecik, aku beli shelf dekat IKEA supaya dapat jadi ruang sikit lagi untuk letak biskut-biskut atau makanan ringan lain. Shelf ni pun harga rm15 je. Murah kan? Aku beli sampai 3. Tapi pasang 1 je. Lagi dua simpan buat tukun. Ada yang nak?

Barang lain yang aku beli masa ke IKEA baru-baru ni, ialah laundry stand.. Masa nampak laundry stand tu aku ingat mahal. Sekali tengok harga rm9.90! Pastu aku rasa maybe laundry bag je kot. Dah murah macam tu. Tapi bila Suami cakap siap sekali dengan stand, aku pun kelip-kelip mata tengok Suami. Hehe. Suami excited suruh ambil rupanya, sebab dia yang membasuh. Haruslah dia yang excited nak laundry stand tu ganti bakul biasa kannnn.





Bila dah jalan lagi dan jalan lagi, sampai dekat area frame. Gambar kawen pun takde. Teringin pulak nak letak sekeping gambar dalam frame dan letak dalam bilik tidur. Tapi tak plan. Nak letak area mana, saiz nak macam mana. So KIV dulu lah. Tapi.. Sebab dah ternampak frame murah rm9.90, why not ambil satu dan letak gambar scan baby tiap-tiap bulan tu kan? At first nak letak gambar scan dalam pregnancy diary, tapi tak buat-buat jugak. So tukar lah. Yang original punya letak dalam frame. Yang copy punya lah tampal dalam diary. Hiks! Cepat betul berubah fikiran.



Dah dapat sekeping dua lagi gambar scan baby, boleh lah gantung frame. Yang penting dekat drawer baby lah. Wink! Wink! 

Itu jelah barang yang aku sempat beli sebelum dapat gaji, hehehe! Ada beberapa benda lain macam tuala tangan, sudu plastik yang berwarna-warni tu tak payah share lah kan. Huhu. Minggu ni balik Kelantan, niat nak beli toto untuk masa berpantang dengan cari tilam kekabu untuk baby. Kakak ofismate kata sana murah. Kalau tak pun, beli online jelah. 

Selamat hari pekerja in advance ye! 




Love,
Nursaila Norman!



19 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. wahh bestnya singgah Ikea. lama tak makan meatball dan chicken wings sana. hihi... rasanya minggu ni nak bawa mertua dan akak ipar ke sana. hehehe take care mommy! nanti share pasal drawer pula ye. hihi singgah menabung inti sini~~~

misz sheyla said...

canteknye balang kaca awak...beli banyak2 letak kat dapur...lepas tu susun cantik2... suke tengok

Nursaila Norman said...

Sheila : waalaikumslam, insyaallah i will..nnt dah mendobi baju baby,saila review eh..masa tu for sure dah rasmi drawer..hihi :)

sheyla : betul2..susun byk2 kat dapur cantikkkk je..kalau tetamu dtg pun senang, keluarkan je balang buat kunyah2 sambil borak :D

Sheila Salim said...

Awak, pasal stretchmark ni.. depends pada badan orang kot. kalau badan dia gain weight melampau masa awal pregnant pun dah boleh timbul parutnya tau.. macam sheila, hujung pregnancy ni makin bertambah KG. pastu baby makin membesar. tu yang baru timbul. btw perut sheila kecik je. macam pregnant 6 bulan. hahahaha

Lyaa Suriany said...

murah nya laundry stand tu. nak nak.
tp bila lg blh p ikea ni. xjauh dr rmh pn pmls nk p.

cik hani said...

G ikea mmg best..mcm2 nk beli

athirah said...

smlm ke g ikea? kita g smlm gak... tp sume brg yg nk out of stock.. kecewa gila.. sobbbss

Nuriesya Nadia said...

Yang penting kenapa sekarang berseri seri ! Hahahaha. You look good kakak sejak preggy ni. :)

Petak Bunga said...

kita guna jar jem je saila..

eh maintain comel saila..
berpa buln dah?

cik mah said...

Best2...seronok sngt kan g ikea..ada je bnda nk beli...cantik ruang bancuh air tu....xsbr nk tgok hadil frame nnti...

Kuazue Mohd said...

selamat hari pekerja dari ibu yg bekerja dari rumah..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kalo g ikea mmg rambang mata...

semua benda comel2

cenetos said...

oh ade eyh balang cenggitu kt ikea..nmpk old skool cute jerr..kite tgh cari balang jugak..tapi malaih la pulak nak ke ikea..tau kirim kat saile jekkk...ekekeke ;D

Fha Hzh said...

wah dah start shopping. Saila, thanks for the info ye,. hehe. nti try crik kat popular. kreatif la gune space yg x bsr. beli wall shelf kan. jimat space jugak.. :)

Sheila Salim said...

singgah menabung inti sini, terliur lagi tengok meatball tu ;p

Kesuma Angsana said...

hehehe kalau kat IKEA semuanyer nak dibeli ... byk yg bagus & menarik kan kat sini !

~Nor Arena~ said...

kenapa kat kelantan xder ikea... so sad... !!!!!!!!!!

hehehe kita pun suka hias2... lepbih2 lagi dengan benda yg warna warni... ^^,

Fizah said...

paling suka tgk bekas kaca ikea tu buat isi kekacangs. kedap tak tu dear? belum pernah beli ni. takut lemau plaks.

Nursaila Norman said...

Fizah : kedap dear! memula beli satu je..lps dah tau kedap tu yg repeat beliii :)