CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 15, 2014

Terbalik

Assalamualaikum.


Orang cakap kalau pregnant ni nanti mood tak baik selalu. Cepat sensitif, cepat nak marah, cepat nak masam muka, cepat nak merajuk. Tapi aku rasa dalam kes kami, macam terbalik.

Hmmmm..

Aku mudah sejuk hati kalau touching-touching dengan Suami ke, termerajuk ke, Suami macam tegas sikit ke, aku okay je cepat cool. Kalau duluuuu? Sorry. Huhuhuhu! 

Pernah gak Suami macam marah (kot) sebab aku leka ke pelupa (kot) tak ingat.. Aku macam nak nangis lah jugak, yelah Suami jarang tegas. Sekali dia tegas aku rasa macam 'apakahhh mamat ni marah akuuu??'. Padahal tegas je pun. Tapi aku boleh buat bodoh je, nak nangis lah jugak, tapi boleh abaikan lak. Muka pun tak berubah. Macam tak kena marah lak. Padahal kalau duluuuu? Laju je muka berubah. Tarik muncung terus. Merajuk sejam dua. Padahal kena tegur je. Mengada itu aku.

Tapi sekarang aku perasan, Suami aku cepat betul marah. Especially hal kerja dia. Hamboiii, marah kuat betul. Kadang-kadang aku rasa benda tu kecik je, tapi dia punya marah.. Aku lak rasa pelik. Pelik yang amat. Motip nak marah sangat? Sebab Suami bukan pemarah. 7 tahun 10 bulan aku kenal dia, marah tak pernah ada dalam hidup dia. Dulu, aku yang tolong marahkan bagi pihak dia. Haha.

Tapi, sejak aku pregnant ni, bukan main sensitif lagi dia. Kuat betul sensitif, pasal bola pun nak marah beriya-iya. Duluuu? Orang kutuk lahhh kaw-kaw, boleh je dia sengihhhh. Aku dah keluar asap dah kat kepala. Aku dah marah dah, rasa nak bersilat dah. Dia cool je dengan senyuman. 

Aku rasa terbalik lah. Serius terbalik.

Kadang-kadang tu dia boleh marah berminit-minit. Berkerut-kerut muka. Membebel-bebel. Lainnnnnn. Lainnnnn sangat lah! Dulu Suami tak macam ni. Dulu aku tak cool macam ni. Lain. Dulu Suami nak tegas 30 saat je tak lebih. Kalau dia marah sangat-sangat kat aku pun sebab perangai annoying aku, dia marah kejap gilos. Pastu dia okay macam tak ada apa berlaku. Sekarang? Tolonglah.. Sensitifnyaaaaa dia.

Tak best lah tengok Suami sensitif macam ni, macam dia pulak mengandung. Hehehehehe! Kalau bab mengidam pun macam dia jugak. Aku rileks je tak kisah nak makan apa. Selalu la craving sesuatu, tapi kalau aku dah kenyang, benda yang aku teringin tu hilang terus. Tapi kalau Suami, beriya dia nak dapatkan. 

Terbalik.





































































Happy Birthday Sayang (13 Apr 2014), jangan sensitif sangat ye! Awak tak mengandung pun, kita yang mengandung. Hehehehehe <3!





Love,
Nursaila Norman!



9 comments:

Yna said...

alala..comelnya..
takpela kak saila..nanti baru dia ingat kesusahan ibu yang mengandung ni kan..hihi..

take care

DYatie said...

hihihi. simptom pergi kat husband tu. hehehe.

Nuriesya Nadia said...

Hahahaha cuteness overload. Adakah kalau kita mengandung nanti akan terbalik macam ni. Hahahaha. Okayla tu , kurang darah tinggi kita nanti. :P

misz sheyla said...

amboiii...mcm die lak yg pregnant..huhu simptom dah terbalik ni..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hihihi...

tengah bayang nanti pregnant macam mana plak la keadaannya

Diyana said...

hehe biasa laa tu... sama2 kena penangan mengandung kan.. (^_^)

Ann said...

setuju2...encik gaban cpt marah skrg..hihi..

Kesuma Angsana said...

hehehe sweet sgt !

ayut said...

Hahaha...penangan baby tempias ke ayah ye dh plak..mak ye rilek je..tp mmg ad mcm tu..akak ayut pon dulu gitu..suami dia yg mcm ngandung plak..hahaha