CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 1, 2014

April : Bulan Kami :)

Assalamualaikum.


Ya Allah, hari ni dah masuk bulan April. Lupaaaaa sangat April bulan penting kami. Huhuhuhu. Hari ni nak buat entry kosong, entry sukasuka. Asyik entry mengandung dengan makannn je kan. Hehehehe.

Insyaallah, 13 dengan 14 April ni kami sambut ulang tahun kelahiran. As usual lah kan.. Tapi kali ni kali ke-2 sambut sebagai Suami Isteri. Tahun lepas Suami takde, berkonvoi pulak dia. Tahun ni dia nak jadi bapak-bapak dah, so takde konvoi-konvoi. Jadiiiii, super excited lah daku! Ehem, ehem.

Aku ingat tahun ni nak beli lah hadiah untuk Suami. Tahun lepas kekok lagi taktau nak celebrate macam mana. Hikhikhik. Tapi susahnyaaaaa nak beli hadiah orang lelaki. Kan? Huhuhuhu! Puas lah fikir nak bagi apa. Awal-awal tahun dulu ingat nak beli aksesori motor untuk dia. Tapi tak jadi. Pastu blur taktau nak bagi apa.

Tiba-tiba, kebetulan.. Kasut bola dia sudah rosak. Dua minggu lepas dia main bola pastu rosak. Kelakar pun ada, hehehehehe! Tiba-tiba ada lah idea nak bagi hadiah apa. Tapi masalahnya bila yang aku nak belinya? Aku mana pernah pergi kedai sorang-sorang tanpa dia. Waima ke kedai bunga depan rumah je, pun dia nak ikut. Jalan kaki berdua-dua lah kami. Oh suwittttttt T____T.

Kalau dah macam tu bilanya aku nak beli kasut bola dia sorang-sorang, balut and surpriseeeee! Jenuh aku memikirkan macam mana lah aku nak curik-curik keluar g beli hadiah dia. Sobs!

Malam tadi aku rajin pulak nak keluar jalan-jalan, aku ajak Suami pergi Aeon Keramat. Niat nak makan coleslaw+whipped potato. Dalam kereta kawan Suami called, bagitahu Ahad ni ada bola. So kena turun. Aku dalam hati 'alamak!'. Aku nak belikan hadiah kasut bola, tapi dia nak kena main ahad ni pulaks. Dilema terus aku dalam kereta. Pastu Suami cakap kena beli kasut bola nampaknya, sebab dia nak beraksi ahad ni. Beraksi tu takyah lah korang ingat dia akan beraksi macam Oliver Giroud pemain bola antarabangsa. Tapi sebagai Isteri aku tetap cakap dia sebijik macam Ozil. Haha!

Sampai je dekat Aeon Keramat, Suami layan selera Isteri dulu. Kemain nak makan Tako Tao. Lepas tu nampak rumpai laut, nak rumpai laut jugakkkk. Last-last makan tak habis. Orang pregnant takpe kan kalau macam tu. Hehehehehe.


lama tak letak gambar sendiri.
malu nyew!
malu-malu kucing nak suruh Suami snap kan gambar ihee!


Lepas dah dapat Tako Tao, Suami ajak carik kasut bola dia. Masa tu aku plan nekad jelah beli hadiah tak surprise. Huhuhuhu. Masuk Al-Ikhsan, Suami busy pilih kasut bola dia. Aku usha kasut perempuan, konon nak buat kasut pregnant lagi. Lagi? Huh. Dah lama sikit tu, Suami jumpa lah yang dia berkenan, tapi dia bajet-bajet je. Taknak yang mahal-mahal sangat. Masa ni aku suruh dia pilih yang dia betul-betullll suka dan elok. Aku cakap aku belanja untuk birthday dia. Bersinar-sinar bijik mata dengar nak dapat hadiah birthday. Hehe! Pastu dia gigih nak amek yang bajet-bajet gak. Tak payahhhh, yang penting puas hati sayang.

Orang lelaki kalau memilih barang lama Ya Rabbi. Kalah aku. Aku kalau berkenan, mahal ke apa ke kalau sesuai dengan poket aku belasah je. Tak dapat aku masuk Daiso malam tadi sebab Suami memilih memilah kasut bola punya lah lama. sobs!

Ending dengan dua pilihan ini. Actually sama je, cuma kaler yang berbeza. Huhu! Nampak tak kasut yang aku pakai tu? Tak menyesal beli sebelum kawen, sekarang pakai sebab pregnant. Cuma kaler dia putih, bahagian dalam kaler firus. So nampak macam kasut sekolah. Uhuk! From Puma. Puas hati walaupun nampak dah comot momot :(

Untuk birthday aku Suami tak pandai nak beli kan apa. Nak buat surprise lagi lah tak reti. Jadi dia suruh request aku nak apa. Apa ya? Hmmmmm.. Mood sekarang nak shopping barang baby je. Sekali dah start, susah nak berhenti! Scary. Huhuhuhu.

Laki bini tak pandai nak surprise-surprise. Huhu.. First time membeli hadiah birthday kelakar macam kartun pulak. Hehehehe! Kena praktis lagi lepas ni. Hikhik.

Yang penting Suami dah buat perangai macam Isteri dia. Balik-balik terus pakai kasut bola. Suka bukan main. Aku dah golek-golek dalam bilik layan TV, boleh dia masuk bilik dengan kasut bola, posing-posing depan aku. Haihhhhh.. First time dapat hadiah birthday ye sayang.. Cumilllllll je T_____T. Anda dibenarkan pitam beramai-ramai. Silakan.

* lama betul nak siapkan entry ni, banyak sangat gangguan :P





Love,
Nursaila Norman!



16 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. sweetnya! lelaki dia pun excited kalau dapat barang tau. hehe 9 april birthday suami kita. heee tak sabar nak buat 3rd suprise untuk beliau. hihiiii~~~

anariffin said...

wah saila..
nak wish burfday kamu berdue awal2 la...comel sungguh..Nampak cm malu2 sgt aihhh..hehe...now dah toksah pening2 ye saila...happy dgor cite kamu berdue neh...

cikCT said...

saila, nmpk dh muka tu chubby sikit. hihi

Petak Bunga said...

saila ada iras2 model safi pink putih yg suruh cerahkan gmbr tu dulu..
cb letak kat sebelah nampak sama..
ke kakak?

Kesuma Angsana said...

jaga diri yer... cantik pic saila ni, KA suka !

shu said...

sy ngn hubby pun bday April sebelah2..hehe..dok fkir nk beli apa jgk ni..

Nuriesya Nadia said...

Hahaha cumilll gile ! ^^

Suria Lekatlekitgurl said...

akak ni memang kejam tak pernah beli hadiah kat asben.. Tapi cuma tak lupa wish. birthday dia ke, birthday akak ke birthday anak ke hadiah kami adalah keluar, spent time, shopping, makan2.. tu la hadiah tu la celebration. Tapi bulan April.. ada 2 tarikh yg paling bermakna... 24 april 2014 ni genaplah arwah ayah akak meninggal & 28 april 2014 genaplah 4 tahun akak jadi isteri orang. Sebaya jer hari ulangtahun pemergian ayah akak & anniversary akak...

Ann said...

seronok la Mr.Gaban dpt kasut baru..
Eh..last week jmp xpasan pun perut tu..Comell!!

Affy Afiqah said...

cuteeeeeeee overloaded heeeee :))

akak, ika nak jemput akk join GA ika :) sudi2 laa ya join heeeee~

http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

cik ems said...

Hahaha COYG!!!

Nurul said...

Haha... excited dapat kasut baru... Biasalah tu...
Comey je perut Saila, k nrl tgk...
Take care...
^__^

DYatie said...

Hihi. Sama la dengan kami pun Saila. Mg tiap tahun xd surprise. Belikan apa yg pasangan nak je. Heee.

Fiza Basman said...

Mum to be memang nampak berseri2 sangat. ;)

misz sheyla said...

sape tak excited kalo dpt adiah dr org tersayang..hehe... nasib baik dia x bawak tido kasut tu...huhu

Fha Hzh said...

wah dh nampak baby bump.. kecik je awk eh.. lelaki nye brg memang susah gak nak carik plus kalau ade mmg la mahal. tak macam pompuan, beli aksesori rambut ke badan semua boleh n murah je. hahaha. sekali beli kene kumpul duit setahun.