CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 18, 2014

Separuh Jalan Lagi - 20 weeks :)

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, macam tak sangka aku dah separuh jalan lalui semua ni. First time pregnant aku gugur, bila pregnant kali ni aku serius nak! Tapi bila takde morning sickness aku risau giler. Takut tak jadi lah apa lah. Lagi-lagi aku demam teruk yang amat masa awal-awal dulu (minggu ke 8-9 kalau tak salah). Hampir gugur kalau aku tak berubat cara kampung. Alhamdulillah.

Harini genap 20 minggu. 5 bulan sudah. Setiap hari Jumaat je aku happy gila, sebab baby dah bertambah usia. Tapi kali ni aku dah rasa lain, banyak yang lain. Salah satunya baby dah start bergerak akhir-akhir minggu ke-18. First time aku rasa sesuatu bergerak aku tau tu baby. Naluri kuat gila, perempuan kann.. Tapi aku deny. Sebab aku kan penuh angin satu badan, aku cakap tu angin tu. Kali kedua aku rasa, aku tak mampu nak deny. Tapi aku diam je tak cakap kat Suami pun, macam janggal. Huhuhuhuhu. Rasa macam ada orang jentik dari dalam perut. Hikhik.

Dah seminggu aku rasa macam tu, aku admit dan bagitahu Suami. Sejak tu aku seronok bila baby bergerak. 'baby dah bangun laaaa..' 'eh, baby tak tido lagi ke? dah malam ni..'. Kitorang akan cakap pasal pergerakan baby jelah, baby dah bangun belum, baby buas-buas tak..

Masuk 2nd trimester ni aku makin okay dari masalah angin (tahap sakit teruk-teruk).. Kerana aku pregnant ni lah aku belajar jaga makan. Dulu aku belasah je semua makanan. Tak pernah jaga, tak pernah sayang diri.

Sejak sakit perut teruk, sensitif pada makanan, aku belajar makan makanan yang baik-baik je. Tiap malam sekarang ni aku makan nasik putih + telur mata + ikan bilis. Air suam, milo O panas atau horlicks O panas sahaja. Nak air sedap, aku minum tembikai jus atau barli suam. Lain aku tak ambil.

Kalau Ibu masak udang sambal atau udang masak lemak, aku akan mintak Suami lap sisa-sisa kuah lemak kat udang tu kat nasik Suami. Dah bersih udang atau sotong dari sambal atau kuah lemak, baru aku makan. Aku tak sentuh kuah bersantan. Pun mengundang sakit azab kat perut.

Selera aku memang ke arah masakan cina, jepun, yang tawar-tawar takde cili dan santan. Maaf lah, aku tahan selera melayu sebab aku tak mampu nak tahan sakit teruk kalau makan masakan melayu :(

Pernah sekali tu aku lunch salad dengan sup ikan. Malunyaaaaa nak makan time tu. Malu orang pandang sinis. Huhuhuhu! Macam good good je makan salad time lunch. Tapi aku terpaksa. sobs. Air pun air suam.

Banyak yang aku belajar tentang makanan sejak Allah bagi aku rezeki dan peluang pregnant ni. Belajar jaga makan. Dah tak raksaksa macam dulu, walaupun hakikatnya aku sungguh bernafsu nak makan segala macam juadah yang ada kat Malaysia nih!!

Walaupun aku tak boleh makan sebarangan, aku kena makan dalam jumlah yang sikit (dulu, sekarang macam dah boleh makan lebih sikit, yayyyy!), tapi tiap kali check up dekat private dan KK, berat badan naik tak pernah turun! Bayangkan kalau Allah tak bagi aku sakit? Mesti aku makan macam normal, macam raksaksa.. Mesti dah cecah 50kg. Konfirm!

Dulu masa bujang sampai la dah kawen berat aku 37kg je. Itu pun dah naik lah jugak sejak kerja, dah melantak je kat ofis. Bila pregnant je, bukak buku merah masa tu minggu ke-11 berat aku jadi 39.9kg. Nurse tulis guna pen merah. Macam zaman sekolah, pen merah untuk sesuatu yang salah! Huhuhuhuhu. I gain kot. Takpe, i'll make sure pasni biru!

Minggu ke-13 aku check up dengan private pulak, masa ni berat jadi 40kg. 
Minggu ke-15 aku check up dengan KK untuk kali kedua, berat jadi 41.6kg
Minggu ke-17 aku check up dengan private, kali ni berat 42kg.
Minggu ke-18 check up dengan KK berat dah jadi 43.9kg.

Minggu ke-21 nanti dengan private, ntah berapa pulak. Nak pastikan pen nurse KK bertukar jadi biru, aku kena berat 45kg ke atas. 1.10kg to go! Nurse okay dengan penambahan berat aku, dia suruh aku makan banyak-banyak lagi. Oh sukanya hatiiii dengar. Haha. Tak boleh pun, makan kena jaga, cuma kuantiti jelah boleh tambah sikit..

HB walaupun dalam kategori normal, tapi drop sikit demi sikit. Aku rasa aku dah kurang makan kurma lah. Hmmmm.. Dari 1st check up sampai 3rd check up, drop dari 13.* kepada 12.* kepada 11.* Masih kategori normal, tapi tak best lah kan? Kena makan kurma lebih sikit lepas ni. Ikan bilis maintain, mesti ada selagi ada :)

Semalam download lagu-lagu untuk baby, pastu test dulu lah kan sebelum bagi baby dengar. Alahai bestnya, terbuai-buai. Huhuhu. Segan nak letak headphone kat perut masa office hour, malam tu kat rumah lepas dah settle aku baring sambil letak headphone kat perut, aku pulak main lah Word Search sebab malas nak buat Sudoku - pemadam tak jumpa. Haha! Tak lamaaaaa tu, baby bergerak-gerak. Macam normal, tapi aktif dia bertambah sikit dari biasa. Senak pulak! Dalam 30 minit, aku bertabah bersenak-senak sebab baby. Huhuhuhu!

Dah 30 minit tu aku pun start lah mengantuk. So aku ajak baby tido sambung esok pulak.

Sekarang ni tengah berfikir-fikir nak tukar ubat-ubat dari KK kepada Obimin atau tak. Check up dengan private haritu, aku tanya lah aku perlu ambil Obimin tak. Doc advice aku boleh pilih sama ada nak ambil Obimin atau remain dengan ubat-ubat dari KK. Benda sama cuba beza Obimin ambil sebijik, ubat KK ambil 4 bijik. Lagi satu beza Obimin saiz besar, ubat KK kecil-kecil. Cuma doc advice ambil Obimin Pluz alang-alang tu. Bila aku google, saiz Obimin dengan Obimin Pluz lain sikit. Obimin Pluz agak besar sikitttt dari Obimin biasa tu. Hukhuk!

Kalau ikut apps yang aku download kat handphone ni, dia bagitahu :

Due date information :
                    September, 04 2014
                    140 days to go
                    20 weeks to go
                    4 months to go
                    Second trimester
                    Autumn season
                    Virgo

Pasal gender, kalau boleh aku nak surprise, tapi kalau check up dengan private minggu ke-21 nanti, doc bagitahu, i am okay je!




Love,
Nursaila Norman!



20 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. alhamdullilah. bila dapat tahu mengandung lepas gugur mesti kena jaga2 kandungan tu. macam sheila.tunggu 1tahun 3bulan baru dapat rasai lagi pengalaman indah ni.. sheila gain sampai 10kg sepanjang pregnancy ni. tinggal lagi 6 minggu je. Ya Allah, nervous kita. awak jaga diri baik2 tau. rajin2 borak dengan baby, minta suami usap perut sambil berzikir.. such a wonderful moment kan.

Z@i Z@mR33 said...

Sy hr tu pon awal2 pregnant demam teruk tp ptg smpai pg ja.siang tu x demam

Miss Dilla said...

saila...bestnyer dgr...xsabar nk rasa semua ni... pasal xda alahan tu kn dear, normal x? salu org start lah weeks ke berapa ye?

Nuriesya Nadia said...

Kenapa berat akak yang pregnant tak sampai lagi berat orang yang sekarang ?? Omaigod ! Orang gemok keee. Y__Y

shu said...

bestnya! hopefully sy akn dpt rsa jgk nnt..aminnnn :)

MyCherita said...

Salam ukwah..salam perkenalan.. 1st Blogwalking time sampai sini.. salam dari MyCherita

Kesuma Angsana said...

pasti mkn teruja kan.. apapun jaga diri yer dear !

misz sheyla said...

seronok kan first time rasa baby kick...Dulu mild je rasa dia..skang ni makin kuat... senget2 perut kena kick,

Norhazrina Abdul Hamid said...

ok jeles dgn berat saila. ms peknen 43kg jek?? berat sy double saila T_T

Fiza Basman said...

Best baca pengalaman mummy to be ni. :) jaga diri baik2..makan mana yg mampu pun da syukur sgt :) keci ya badan.huhu berat fiza ni blum kwin pun da 50kg.hahaa

Nursaila Norman said...

Miss Dilla : normal kalau ada morning sickness..kalau takde tu kira rezeki lah Allah bg :) tp morning sickness start dr minggu ke-6 sampai minggu ke-16. ada yang kejap je, ada yg berlarutan..apa2 pun doc private akan advice ubat kalau memudaratkan kita..ini apa yg doc private saila ckp lah..

Nursaila Norman said...

kita memang saiz XXXXXXSSS! urghhh.. dulu masa zaman sekolah kwn2 ckp org kurus susah pregnant..kejamnya mulut.. huhuhuhu! kita pun mcm redha jelah apa kwn2 ckp..ye kot kita xkan pregnant :( sobs!

cenetos said...

take care saila happy dgr citer org preggy...awk mmg superrr kurus..mcm kawan kami. dh ada baby dah pun..;)

- AZIE - said...

seronoknya baca moment2 indah ni..have a gus rest syg..

cik hani said...

saila..
sonoknya baca moment-moment indah ni..

harap one day saya dapat jugak lalui moment yang indah ni sama macam saila ..

wah, nak tengok perut saila..hehehe

Diyana said...

ya tuhan... ringan nye Saila ni....
tp xpe, asal berat naik ok, xde hal kot.. inshaaAllah

ayut said...

Kurus yela kak saila dulu ....39 je..hoho..xpela.janji akak dh makin sihat baby pon ok ckupla tu :) happy ye nk sambut baby..hahah

Nurul said...

Hai, Saila...
Berat badan Saila sblm kahwin sama cam k nrl... dulu ramai yang kata, ko ni nrl kurus sangat, bila anak dah masuk 4 ni, diorang kata plak, nrl dah makin berisi... mana taknya, berat badan dah susah plak nak turun, statik kat situ je... ^__*

~Nor Arena~ said...

salam... ina singgah sini..

akak, kita ada masalah yg sama. but ina x preggy lagi. kahwin pun belum.. hehehe... tapi masalah yg sama kita ada angin... ina pun mkn kene jaga kalau x, mmg xtidur mlm la jawabnya.. pape pun, akak jaga diri ye..... semoga baby dan akak sihat ^^,

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak, selamat pagi. singgah menabung digi untuk baby awak ~~~