CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 23, 2014

Random Story semasa Wordless Wednesday :D

Assalamualaikum.


Sabtu lepas (19 April 2014) kami pergi Kamdar cari kain untuk buat barut dengan selimut baby. Pergi dua-dua Kamdar yang ada dekat Jalan TAR tu, tapi takde corak yang menarik sangat. Berakhir dengan beli je kain yang paaaaaaaling okay bagi aku. Sehelai jelah yang aku suka. Sebab gambar bas sekolah kecikkk-kecikkk. Itu pun Suami yang nampak. Ingat nak beli dua jenis corak je, tapi dalam tak cantik tu, berkenan jugak sampai tiga jenis. So total aku beli lah tiga jenis corak untuk buat barut.

Settle kain cotton, cari kain flannel pulak untuk buat selimut baby. Maybe aku akan beli jugak untuk buat selimut sendiri. Wink! Wink! Sebab plain flannel dia cantik-cantik la! Macam-macam warna. Cuma printed flannel je out. Ada sehelai tuuuu je yang aku rasa okay. Itu pun kalau baby boy yang pakai macam kesian sikit. Haha. Sebab biru and pink sama balance. So aku ambil satu jenis yang plain. Kot-kot baby boy kan. Plain flannel aku ambil royal blue. Dah aku pulak yang geram!

Pastu tadi aku saje lah google kain cotton online, pastu jumpa lah satu blog ni, kain cotton dia gila cantik! Tapi harga dia boleh tahan jugak mahalnya. sobs! Setakat nak buat barut, macam tak berbaloi pulak nak beli kain semeter rm26 untuk barut kan. Nasib akal masih waras, kalau tak maybe aku terbeli jugak tadi. Huhu. Kain cotton yang aku beli dekat Kamdar baru rm9 semeter dengan rm12 semeter. Murah je kan?!

Nak buat baby quilt boleh lah beli yang mahal-mahal, so far baby quilt KIV dulu. So bila dah nak buat baby quilt nanti boleh refer balik blog http://maymayshop.blogspot.com/
























Dalam masa yang sama aku dah pilih-pilih set tilam kekabu untuk baby. Sekarang ni tengah konfius antara kekabuonlinedotcom atau Little Dje. Sebab dua-dua pun comel-comel corak dia. Huhuhuhu. Tapi bab harga kekabuonlinedotcom lebih murah berbanding Little Dje. Tapi corak Little Dje lebih comel dari kekabuonlinedotcom. Haha. See? Harga atau corak? For sure aku pilih keselesaan untuk baby kan. Boleh agak tak aku pilih yang mana? Wink! Wink!






Oh, wardrobe untuk baby pun dah pilih. Tinggal nak ke IKEA je membeli. Bila ntah nak pergi, start minggu ni slot dah full. Huhu! Dua minggu lagi lah baru pergi kot. sobs! Tak sabar nak ke IKEA sebenarnya, selain shopping wardrobe baby, nak makan meatball dengan chicken wingsss! Tapi memikirkan sesak.. Lemau rasanya. Ke, apply cuti supaya boleh ke IKEA dengan tenang? Hmm..

Nak surprise gender, tapi bila bershopping mulalah serba salah. Agak-agak jumaat ni check up minggu ke-21 baby nak tunjuk tak gender dia. So far orang-orang sekeliling teka gender 50-50. Susah rupanya nak teka gender baby kita. Dasyat lah you baby :)

Itu jelah nak cerita, doakan barut dengan selimut baby menjadi. Doakan kita tak konfius memanjang masa nak pilih corak set tilam baby. Saving moreeeee untuk shopping barang baby dengan ibu dia!





Love,
Nursaila Norman!  



14 comments:

LiNda said...

saila, juz nak share lagi satu tempat boleh survey tilam kekabu yg cantik2. Try cari kat FB nama amirah collectiions

https://www.facebook.com/amirah.collections?fref=ts

Hikhik..:)

Affy Afiqah said...

cant wait to see your baby kak saila ihiks :)
teruskan jaga diri and kesihatan :))

- AZIE - said...

memg boleh rambang mata dgn set kekabu ni..akak berkenan gak dulu yg Little DJE punya..cantik kain2 yg diguna

Nursaila Norman said...

thank you Linda! dah add dah.. bertambah konfius lahhhhhh!

Anonymous said...

semua tu cantik2 lah.. suka tgk warna2 dier tu !

cik mah said...

saila..setuju kat nagoya n kamdar corak xde yg cantik2..huhu....ttq2 share link..cik mah mmg tercari2 sngt tau...gud luck DIY dear...t share tau hasilnya...

Unknown said...

seronoknya tengok tilam bantal baby ni..kita yang takngandung pun rasa geram je nak beli..hahah

Unknown said...

seronoknya tengok tilam bantal baby ni..kita yang takngandung pun rasa geram je nak beli..hahah

athirahassin said...

bestnya sempt DIY brg baby.. skang dh 32wk tp brg ke hospital pun x ready kan lg.. excited tp xde masa... sobbbsss..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. wahh bestnya mommy buatkan barut dengan selimut baby. mesti baby seronok kat dalam tu. btw pergi scan jantin 24weeks ke atas dear. sebab kalau pergi awak, baby pun takda lemak nak tunjuk kat awak. hehehee. biar dia berisi sikit, baru sedap nak scan dia lama2. hehehe singgah menabung lenovo sini~~~

Jaga diri baik2 mommy

safurara said...

alahaiii.rinduuu nya time2 giniii~

ayut said...

Ayut suka lagi dje tu..haaa...cantik plus cute.Tak sabar jugakla nak rasa feeling2x mom pening pale krana baby plak ni..hahaha..dulu pening kawen skrg baby punya plak..slmt baby xleh ckp dlm perot tu nak yg mana :p

F Hzh said...

Assalamualaikum Saila
Hee, best la dah start nak beli brg baby. kite skrg dh start rasa xnak makan fav food dah. smua rasa x best, craving untk yogurt je. tgok benda lain cam nak muntah. hahaha. anyway, slmt bershopping nnti!

Rozie said...

Emmm masa nilah rasa macam2 nak beli itu best ini best... teringat masa akak mula2 peggy mula2 beli adalah kereta sorong bayi.. fuh punyalah excited.. dan membeli dan membeli sehingga sampai saat dia...

apapun semoga dipermudahkan urusan