CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 15, 2016

17 Hari Sebelum Masuk Tahun 2017

Assalamualaikum



Macam biasa, permulaan ayat yang klise - cepatnya masa berlalu. Heh! Setiap minggu sebut ayat yang sama. Setiap bulan. Memang masa datang dan pergi macam tu je. Macam menggila.

Aku berani kata, dalam banyak-banyak tahun yang aku lalui, tahun 2016 adalah tahun yang paling sempurna dalam hidup aku! Tahun 2016 aku berada dalam persekitaran kerja baru yang sangat sempurna. Orang-orangnya, cabaran kerjanya, semangat berkumpulannya, rasa kekeluargaannya. Apa lagi yang aku nak dalam organisasi selain daripada perasaan yang sentiasa aman, damai, tenang walaupun boss bagi kerja last minute. Monday Blues dah lama takde dalam hari-hari aku sejak aku kerja dekat Celcom. Sekarang ni jangankan Monday Blues, hari apa pun aku tak ingat dah. Haha! Isnin? Sabtu? Rabu? Ahad? Khamis? Kadang tu takde beza. Tapi aku tetap tenang. Happy. Dah genap setahun aku dekat sini. Macam sekejap. Macam dah lama. Macam sekejap sebab buat kerja sampai tak sedar masa berlalu. Macam dah lama sebab macam-macam yang aku dah lalui sampai aku tak sedar apa yang dah aku buat. This is my workplace, and my home as well. Really.

Selain itu (cewaahhh) aku dah mula stay dekat rumah. Pergh.. Seriously, tahun pertama kawen - duduk rumah sewa - kerjanya keluar tak lekat dekat rumah. Tahun kedua kawen walaupun pregnant tetappp tak lekat dekat rumah. Kalau duduk rumah pun duduk dalam bilik - bilik lengkap macam bilik hotel (haha!). Tahun ketiga kawen separuh jalan duduk rumah Ibu sejak berpantang (sebab rumah sewa dimasuki perompak) kemudian baru masuk rumah sendiri. Dah setahun duduk 'rumah kami' tu, baru ni start beli-beli barang. Sadis betul. Yang takde sofa je. Yang lain sume dah lengkap. Nak apa lagi kan? Nak perfect macam upah ID masak la. Kerja asyik outstation je, nak perfect cammanaaaa? Haha. 

Melissa? Dah 2 tahun dah pun. Dah 2 kali buat birthday untuk dia dekat 'rumah kami' tu. I learn from my past, tak penting jemputan ramai. Penting sekali bila birthday celebration tu suasana cool, enjoy the foods, chit-chat. Itu aku lah. Ada sesetengah orang suka ramai, suka riuh, suka sibuk-sibuk. Aku jenis suka enjoy every moment. Semua duduk dan chitchatting together makan dan gelak-gelak. Peace and harmony. Cewahhh. So untuk next birthday celebration buat simple for less than 15 people macam tu. Maybe taknak fokus sangat dengan hiasan birthday (mata pandang ke atas), nak fokus dengan makanan. Home cook, makanan yang perlukan semangat bersama macam steamboat (celup dalam satu periuk) atau nasi ambeng (makan dalam satu talam). Cita-cita kauuuuu kemain. Tahun depan tema Ultraman. Ya, Melissa gilakan ultraman. Letih mak nak beli ultraman setiap kali keluar.

Melissa sekarang perlukan perhatian lebih. Dia pulak jenis rajin terlebih baca buku. Seronok memang seronok, semangat aku dengan Suami berebut-rebut nak belikan buku untuk dia. Tapiiii, setiap malam wajib baca buku sebelum tido. Kalau baca satu buku je takpe, ni.. Kesemua buku wajib dibaca. Kalau satu round takpe, kadang tu dia mintak ulang dah jadi dua round. Selalunya mak dia baca buku satu round je pun dah berpinar2 mata mengantuk. Hahahaha! Aku harap minat dia membaca kekal sampai ke tua macam Ibu dia, amin. Dalam seronok anak suka buku ni, aku malas nak tambah buku. Makin bertambah buku makin banyak buku aku kena bacaaaaaa. Huwaaaa!

Kalau bab bermain aku serahkan dekat Suami. Aku pulak memang dari kecik tak banyak mainan perempuan, aku masa kecik banyak puzzle dengan buku. Bila dah ada anak ni aku memang tak reti nak belikan dia Melissa anak patung ke, pinggan mangkuk ke. Aku cenderung belikan dia buku, mainan susun-susun. Suami pulak belikan kereta, motor, lori, lego, ultraman, thomas and friends. So bila bermain, Suami akan take over. Aku masak sambil basuh baju. Settle masak, makan. Settle makan Melissa ajak masuk bilik cakap nak tido, tapi end up 'ibuuuu, nak baca buku?' dengan nada suara paling manjaaaaaaa sekali. Cis. Suami akan sidai baju yang dah siap dibasuh. Macam tu lah ruti harian kami. Heaven!

Kalau diikutkan, entry ni akan jadi entry aktiviti harian aku dalam rumah je. Perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2016 pun banyak dihabiskan dekat office dan rumah je. Aktiviti DIY pun dah jarang sangat. Jarang? Errr, terlalu jarang. Aku tak banyak masa sangat, banyak outstation. Huhuhu! Cita-cita nak buat quilt lah, nak hias rumah lah, nak itu lah, ini lah. Cita-cita je, buatnya taktau bila. Hehehe! Entry ni pun taip semalam petang nak dekat balik kerja, itu pun tak habis taip. Sambung harini nak dekat-dekat lunch tadi. Petang baru post. Hampeh betul.

Harapan aku untuk tahun 2017 nanti semoga keluarga kecil kami ni dilimpahkan pelbagai rezeki, dilipat gandakan pendapatan, diberikan kesihatan yang baik, semoga hubungan suami isteri kami semakin utuh, dan Melissa jadi anak yang paling sempurna untuk kami. More prosperity moreee! Takwin 2017 dah full. Aku dah boleh nampak masa depan aku untuk tahun 2017. Hahaha! Get ready jelah ya untuk full throttle. Huhuhu! Semoga tahun 2017 ni construction dalam #homesuitehomesailashahir tu 80% done. Oh, untuk #homesuitehomesailashahir sila refer IG ya. Sorry Blog. Heeeeeee. Oh dalam blog boleh refer label homeSUITEhome. Sehingga berjumpa lagi dalam Blog yang tak pasti bila, bye 2 0 1 6!


Untuk REFRESH

Bye Bye 2010

Bye Bye 2011

Bye Bye 2012

Bye Bye 2013

Result Not Found for 2014

Bye Bye 2015



SEKILAS 2016











































2016, anda terlalu baik untuk kehidupan kami, semoga 2017 lebih baik berganda-ganda, amin. Ya Allah lajukan masa bila kami diduga, lambatkan lah masa bila kami bahagia.

Can't wait to see you 2 0 1 7 !



Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, November 30, 2016

Review : Perabot Pejabat Second Hand

Assalamualaikum



Perabot pejabat terpakai. Second hand office furniture. Perabot office second hand. Perabot pejabat second hand. Perabot office terpakai.

Perabot Second Hand Murah.
Second Hand Furniture Murah.


FLIP CHART WHITEBOARD




MEJA OFFICE



MEJA OFFICE


Ketiga-tiga items hanya RM1,500 sahaja!

PERCUMA 2 items di bawah ni



Kepada yang berminat, boleh terus hubungi :
CONTACT : 011 3219 3393 (whatsapp only)


Perabot Second Hand Murah.
Second Hand Furniture Murah.





Love,
Nursaila Norman!








Monday, November 14, 2016

SUNWAY LAGOON

Assalamualaikum



Pergi Sunway Lagoon pada 22 Oktober. Harini baru dapat update entry. Haihhh. Kenapa tak genapkan aje sebulan? Cepat-cepat taip, sebelum segalanya terlambat macam haritu. Hahaha!

Mula-mula kita warm up dengan gambar website Sunway Lagoon dulu eh. Macam aku haritu, benda first yang aku concern kan of course locker dengan pakaian yang boleh dan tak boleh dipakai. So aku google beberapa website/blog yang aku jumpa, tengok rilexxxxx je acik-acik tu pakai baju pergi pasar. Setakat pakai t-shirt tu lagi lah boleh kan. Haha!







































Disebabkan Melissa ni takut kolam, tempat mandi manda, jadi kami banyak habiskan masa dekat Wildlife Area. Lebih kurang macam dalam zoo, tapi dalam Sunway ni tak kena matahari, takde la panas macam pergi zoo. Sejukkkkk je tengok haiwanssss. Hehehe

























First of all, selfie in a car!























Yeah, AVIARY!







Our first picture on that day! Masa ni berapa kali snap ntah.
Sebab first time pakai monopod. Hahaha!
Dah biasa orang ambilkan gambar, tiba2 kena ambil sendiri.
Awkward! Hehehehe















Dah semakin pandai guna monopod time ni. Haha!





























Awak geram apa tu awakkk?


Rehat kejap.
Penat dah jalan-jalan dalam tu dengan orang ramai lagi.



















































Angsa ke itik entah, HAHA! Comel je dia kejar Suami.
Sekali rupanya Suami takut. Kahkahkah. Kelam kabut tutup pintu besi tu.
Aku kalau dapat itik tu aku peluk kuattttt2 bawak balik. 







































Lissa, apa tu?
Lion! Warghhh..
Okay siap ada sound effect.























Taktau burung apa ni (peacock ke eh?)
Banyakkkk berkeliaran hujung kaki.
Hampeh betul. Sakit betul hati tak dapat peluk.























Ayam pun ada bersepah hujung kaki.
Melissa bukan main gembira tengok haiwan berkeliaran depan mata.
Dengan kolam mandi takut, haiwan ni lari-lari tak takut?
Huhu
























Sepanjang aku tengok diorang ni, tak pernah sesaat pun diorang stop berjalan.
Jadi pak guard depan rumah bagus ni.
Non stop action.




Dah habis dekat Aviary, kitorang sambung dekat haiwan dalam kandang pulak.
























Jiran bergaduh dengan jiran. Kelakar tengok kambing ni sound jiran sebelah.
Yang sekor lagi baru datang dah jadi batu api.
Nasib baik busuk, kalau tak leh sorak 'gaduh, gaduh, gaduh' Hahaha!





















































































Arnab tak pandai kenyang nama dia. Erk!
Kat sini best, dapat pegang arnab lama-lamaaaaa. Lissa pun seronon bagi rabbit mamam.






























Yang sekor ni taktau kenapa terlepas. Part ni Lissa macam takut sikit.
Maybe sebab dia tengok rabbit tak duduk dalam kandang.







































Bila dia rasa confident, terus dia tolak tangan aku.
Dia nak bagi sendiri. Cisssss.
Kalau boleh bela sekor, pastu suruh Lissa amek part bagi makan mesti best ni.
Hahaha







































Yang ini spesis hamster kot. Entah.
Yang pasti kenapa tak sikat rambut niiiiii?




Kesian Lissa kena buli dengan Ibu & Abah.
Yang atas gambar dari hand phone Ibu.
Yang bawah gambar dari hand phone Abah.
Ostrich nak kawan laaaa.. Dia tengok Icha nangis terus dia kona..







































Cubaan untuk ajak Melissa mandi kali kedua.
Kehkehkeh!
Kawasan ni memang cantik! Rasa nak lepak kat tangga lama-lama. Haha!

























Sekali dah naik takkan turun dah.
Macam naik tangga Batu Caves. Tu hujung belum habis tangga lagi tau.





















Amek mood nak main dengan air yang sangat banyak.
Compare air dalam bilik air. Hahahaha!
Sejak lahir Lissa memang jenis suka air. Nak bagi dia happy ajak je mandi.
Tapi sebab aku tak ajar dia mandi kolam, of course dia terkejut tengok air banyak macam ni.
Hehehehe. Sorry Lissa, it's okay Lissa take your time sayang.





















Of course Abah is our HERO!!
Abah datang pujuk-pujuk terus nak.
Dapat la basahkan baju. Takde la rugi bawak swim suit tu.
Hahahaha!

Settle mandi kejap tu kitorang balik ke check point asal. Makan-makan kejap, layan Lissa kejap pastu balik. Masuk je kereta bagi susu terus ZzzzzzZzz. Penat, kenyang dan mengantuk. Hihihi. Overall okay lah. Kalau ada anak kecik ni kena bagi chance anak happy. Esok-esok anak dah besar baru boleh main yang adventure tu. Nak jugakkkkk.. Haha!



Last but not least, penutup entry aku letak gambar aku selfie ye.
hikhikhik!





Love,
Nursaila Norman!


Thursday, November 10, 2016

4th Anniversary : 9 November 2016

Assalamualaikum



Sukar macam mana pun nak update blog sekarang, tapi ulang tahun perkahwinan punya pasal, aku gigihkan jugak update. Kejap taip kejap stop. I am trying my best to update as quick as i can. Apa yang terlintas aku taip. Asalkan aku tak miss entry anniversary untuk tahun 2016. sobs!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Its been 4 years already.

Nampak macam eleh, baru lagi. Eleh, baru empat tahun. Orang lain dah 40 tahun. Rilex je.

4 tahun hari ni tak sama dengan 4 tahun dulu. Dalam masa 4 tahun ni macam-macam benda boleh berlaku dalam sekelip mata. Kejujuran, ketahanan, kesetiaan semuanya serapuh skrin handphone. Sekali jatuh boleh retak. Calar.

Aku ada lagi setahun nak melepasi fasa pertama perkahwinan. Kalau ikutkan artikel 4 Fasa Perkahwinan tu, fasa pertama ni paling banyak dugaan. Seram okeh masa mula-mula baca dulu, masa tu baru nak kahwin pulak. Hahaha. Dugaan sikap pasangan, kewangan, mertua, anak kecil bla bla bla bla. Tapi untuk aku pulak fasa pertama ni okay lah, semuanya berjalan dengan lancar. Masalah sikap tu hilang bila dah kahwin. Sebab dah puas bergaduh masa 6 tahun bercinta okeh. Last-last dah pandai nak manage perasaan. Biasa bergaduh tu berpunca dari emosi lah kannnn. Hehehehe. Kewangan pun takde sebab nak kena fikir hutang kereta je. Mertua alhamdulillah dapat family in law yang saaaaaaangaattttt lah baik. Tapi aku takut fasa ketiga. Katanya dalam fasa ni pasangan dah mula bosan. Erk! Aku harap aku tak membosankan Suami. Aku harap Suami tetap nak jalan peluk pinggang macam harini, Suami tetap nak pegang tangan macam harini, Suami tetap nak ajak kita teman dia pergi mana-mana sekali pun ke bengkel motor. Amin. Hehehehe!



Tahun lepas kami ke Mexico. Tahun ni kami ke Jepun pulak. Hahahaha! Sila jangan mudah percaya. Tahun lepas aku masak burrito dengan nachos. Tahun ni takleh nak masak sebab hari bekerja, jadi kita lunch luar jelah yeeee. Ofis aku dengan ofis Suami dekat sesangat. Nak jalan kaki pun boleh, tapi basah ketiak sikit la. Kami memang selalu lunch sama, dah kata my best friend is my husband. Harus lah lunch sama. Tapi sempena anniversary kitorang makan bento je sebab taktau nak makan apa. Hehehehehe.

Tahun ni aku tak tanya pun dekat Suami 'lusa hari apa?' 'esok hari apa?'. Saje je nak tengok dia ingat ke buat-buat tak ingat. Malam tu Suami cakap 'esok anniversary kitaaa.' Something like that la. Aku lupa sebab masa dia cakap tu aku tengah tengok phone. Hehehehe! Esoknya masa on the way pergi kerja, dia wish anniversary. Okay lah, dapat wish pun dah okay. At least he is still remember our anniversary. And again, alhamdulillah for this man in my life.

Taktau nak tulis apa. Nak tulis perjalanan rumah tangga macam awkward pulak. Hmmmm.. Nak cerita tips, macam poyo pulak. Nak cerita yang manis-manis kang ramai yang kena kencing manis pulak. So takyah lah nak tulis apa-apa, takde orang nak tau punnn. Haha. Cukup lah entry ni menjadi bukti awak berjaya bertahan dengan saya. Kehkehkeh!






Love,
Nursaila Norman!


Friday, October 28, 2016

Ruang Pemisah / Divider Area : FINNBY

Assalamualaikum



Sementara ada ruang dan peluang ni, kita guna secepatnya ya. Haha. Actually aku taktau nak update yang mana dulu tentang rumah kami ni. Proses ubahsuai yang melibatkan habuk-habuk dah siap. Aku tak amek gambar pun. Cissss. Sekarang ni slowly nak create ruang pulak. So aku dah terlepas beberapa perkara untuk ditulis kat sini, macam cerita wiring dengan cornice. Tapi takpe, nanti bila dah ada gambar aku tulis eh.

Ruang pemisah / divider area. Ramai yang melalui isu yang sama macam aku, isu divider. Selalu kes-kes pemisah antara ruang tamu dengan dapur, ruang tamu dengan ruang makan, ruang makan dengan dapur. Macam aku asalnya fokus dengan ruang tamu dengan ruang makan. Tapi bila dah mula buat ubahsuai, aku nampak ruang makan dengan ruang dapur aku benda paling kritikal. Eceeehhhh. Sebab dari ruang tamu boleh nampak sikittt ruang dapur. Nanti aku bagi contoh gambar kat bawah eh.

Aku pun start fikir-fikir nak guna apa untuk tutup sikit ruang dapur tu. Yang hazabnya dari ruang tamu boleh nampak belakang peti ais. Hahaha! Maklum lah, rumah kecik. Kehkehkeh. Peti ais pulak bukan disebalik dinding. Haruslah nampak sikit. Puas aku fikir lepas tu mintak pendapat Suami. Usha website IKEA bagai, usha idea-idea orang lain dalam group KDIM majoriti guna Kallax sebagai divider. Perkara pertama kena lah ukur saiz dulu. Bila aku ukur, ketinggian Kallax dengan peti ais aku sama. Hmmm. Tak boleh, tak boleh. Tak lepas syarat nih. Syarat dia kena lah lagi tinggi dari peti ais. Sebab plan asal pun nak tutup peti ais kan. 


























Sebelum pergi IKEA usha website tengok Albert. Nak Albert pulakkkkkk. Konon situ area dapur. Albert sesuai untuk dapur. Esoknya pergi IKEA nampak Albert depan mata rasa awkward. Sebab Albert ruang kosong dia sangat luas. Kriteria divider dah out kat situ. Hehehehe! Next time ye Albert. Tetiba beli Laiva. Sudahhhh. Pening la kau ni Saila. Balik rumah tak puas hati. Nak Kallax balik. Okay-okay, Kallax. Laiva nak letak dalam bilik Lissa. Beberapa hari kemudian pergi IKEA nak beli Kallax ternampak Finnby. Diskas-diskas, aku pulak dah terjatuh hati dengan warna Finnby, kami decided untuk beli Finnby. Sorry Kallax sekali lagi. Hihihi.

Sebelum tunjuk gambar Finnby, aku tunjuk dulu gambar asal ruang tamu, ruang makan dan sedikit ruang dapur eh.





























Nampak tak arrow merah tu? Kawasan tu lah aku nak tutup. Dari ruang tamu boleh nampak peti ais kan? Cissssss. Memang situ je tempat peti ais. Takde tempat lain dah. Masa ni belum ada meja makan lagi. Memang tak alert. Bila dah bawak masuk meja makan baru tersedar - Heyyyy, apa ni nampak belakang peti aissss? Keji okehhh. Hahaha.

Jadi, selepas beberapa siri dilema Kallax - Albert - Laiva - Kallax. Akhirnya yang menjadi pemisah / divider ruang makan dengan ruang dapur aku ada Finnby!!





Thank you Finn! You are my life saver. Hehehehehe! I was thinking to have another Finn. But its not sure yet. Maybe no. So far, I really enjoy for having you in our house. Hehehehe! One more thing, here is our dining area! Hi din. Hehehehehe!

Nanti kita sambung lagi ye. Bye!






Love,
Nursaila Norman!


Friday, October 21, 2016

SERONOKNYA MEMBELI-BELAH DI ezbuy!

Assalamualaikum



Siapa yang suka online shopping? Angkat keyboard! Baru-baru ni kawan aku tunjuk kasut. dia beli dari ezbuy! Cantik! First time dengar ada website baru untuk bershopping. Hikhikhik! Gelak nakal. Kita pun masuk la dalam website ezbuy tu. Wow! Macam-macam barang adaaaaa. Tinggal nak pilih je okay. Fuhhh.. Tiup akaun bank. Haha!

Masuk je website ezbuy terus rambang mata. Taktau nak klik mana satu dulu! Sebab gambar yang ada dekat website ezbuy sangat berwarna-warni. Benda yang paling aku suka sudah pasti Home & Garden. Wink! Wink! Okay, sebelum kita mulakan shopping, korang kena tau kenapa mesti shopping di ezbuy?







































Apa istimewanya ezbuy ni berbanding website-website online shopping yang lain? Benda yang paling mengujakan aku of course lah shipping rate diaaaa. Paling rendah yang aku pernah tahu. Ya, sangat murah. Hanya RM4.50/500g. Mana nak dapat dari website online shopping yang lain kan?





































Kedua ezbuy ada Prime! Apa itu Prime? Prime ni korang boleh beli barang baaaanyak-baaanyakkk tapi shipping Cuma RM8.80 sahaja! Tak percaya? Betullll. Tak kisah saiz, berat dan kuantiti, shipping tetap RM8.80. Kalau tak percaya sila ke website ezbuy sekarang!






























Kalau tengok dalam website ezbuy kat atas ni kan, korang boleh jimat sebanyak RM1,415.20 dengan Prime. So apa lagi? Kita shopping banyak-banyak! Hehehehe.



Kalau korang shopping guna handphone, korang boleh refer gambar kat atas ni ek. Ketiganya ada barang yang berharga di bawah RM30 okeh! Macam gambar kat bawah ni, ada barang yang bawah RM30 dan ada yang bawah RM60.




































































Keempat ada banyak diskaun dengan ezbuy ni tau. Kalau tak percaya jugak korang memang kena masuk website ezbuy ni cepat-cepattttt.


Aku suka apa dalam ezbuy ni? Of course lah Home & Garden. Cuba tengok gambar kat bawah ni, ini cuma sebahagian je tau. Haaaa.. Ada baaanyak lagi.


Dan of course Oversize T-shirt macam dalam gambarrrr! Tengok, baju tu ada tanda Prime la.. Wink! Wink! Hehehehe!

Tunggu apa lagi? Jom terjah website ezbuy, dan jangan lupa register juga ya!

Jap! Untuk pembaca blog ni bukan sekadar baca je tau. Korang boleh dapat voucher dari ezbuy okayyyy. Selepas register korang klik je link ezbuy 

Nanti korang akan dapat 15% off shipping fee dengan masukkan code ezship15

Jom shopping dengan ezbuy! Klik https://ezbuy.my/ untuk bershopping!





Love,
Nursaila Norman!